ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Manusia mempunyai pelbagai persepsi 2

Muka depan Utusan Malaysia Teoh bunuh diri sedangkan berita BERNAMA melalui Malaysiakini seperti berikut.
'Ada kemungkinan Teoh bunuh diri'
Aug 14, 09 11:06am
Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik itu membunuh diri.Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata pendapatnya itu berdasarkan ketiadaan unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, pada 16 Julai lepas.
"Buktinya tiada kesan darah, kesan pecah dan barang berterabur dekat tingkap tersebut, dan juga sebatang pen SPRM yang terdapat dalam poket mangsa masih berada di situ."Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh."Pada saya ia lebih kepada bunuh diri," katanya ketika ditanya oleh Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi membantu dalam pengendalian inkues itu.
Teoh, 30, setiausaha politik pengerusi Jawatankuasa Tetap KampungBaru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor di tingkat lima plaza itu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor kepada SPRM. Dr Khairul Azman berpendapat kematian Teoh itu bukannya akibat dia dibunuh kerana tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan berlaku sebarang pergelutan, manakala keadaan tempat kejadian tidak menunjukkan kesan darah dan kesan pecah serta barang bertaburan.
"Dari hasil DNA yang diambil daripada kakitangan SPRM yang berada di Tingkat 14, tiada bukti menunjukkan wujudnya kejadian tersebut. Yang menyokong hujah saya, saya percaya jika (ada) pergelutan, pen itu (berada dalam poket) akan tercampak," katanya.Ditanya oleh Tan mengenai kemungkinan Teoh dilemaskan, Dr Khairul Azman berkata: "Tiada tanda-tanda si mati lemas atau tidak sedar diri semasa di atas."Beliau juga menolak kemungkinan kematian disebabkan kemalangan kerana tiada bukti kukuh berdasarkan tempat kejadian (di Tingkat 14) adalah sukar untuk seseorang yang masih sedar tergelincir ketika berdiri di tepi tingkap kerana kawasan itu dilitupi karpet dan tidak licin.
"Bagaimanapun jika hendak dikatakan kemungkinan masih boleh lagi difikirkan, ini kerana ini boleh berlaku ketika mangsa cuba membuka tingkap dengan seluas-luasnya dan mangsa berada dalam keadaan mengantuk."Tetapi hujah tersebut boleh kita pertikaikan kerana sekiranya jika dia tergelincir di tempat tersebut dan keadaan tingkap separas pinggang, sekiranya si mati terjatuh, kemungkinan si mati mendarat dengan cara lain. "Mungkin kepala atau badannya dahulu, ini adalah kemungkinan sahaja," katanya.Kepada satu soalan mengenai kemungkinan seseorang terjatuh dari tempat tinggi, Dr Khairul Azman berkata secara amnya beliau berpendapat ia boleh disebabkan sama ada si mati terjatuh secara tidak sengaja, jatuh dengan cara terjun sendiri dan kemungkinan dia dicampak keluar atau ditolak.Sebelum itu, beliau berkata pendapatnya itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat dan toksikologi serta pemeriksaan di tempat kejadian yang dilakukan pada 16 Julai dan 22 Julai lalu.Berdasarkan laporan toksikologi itu, saksi itu berkata, beliau mendapati Teoh tidak dipengaruhi dadah dan alkohol pada waktu kejadian. BERNAMA
Seterusnya malaysiakini memaparkan perkara berikut
Peguam bantah teori Teoh bunuh diri
Aug 14, 09 7:16pm
Teori bahawa setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam adalah tidak berasas, dakwa peguam pemerhati keluarga mendiang dalam prosiding inkues hari ini.
Peguam Gobind Singh Deo berkata teori yang dikemukakan oleh pakar patologi itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak disokong dengan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan Teoh telah berdiri dan terjun melalui tingkap di tingkat itu, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)."Saya katakan kepada doktor bahawa doktor adalah salah, ini bukanlah kes si mati terjun dan membunuh diri kerana tidak ada kesan tapak kasut atau kesan cap jari pada tingkap itu.
"Teori bunuh diri ini hanya dibuat berdasarkan fakta-fakta yang tidak wujud kerana doktor sendiri tidak melakukan pemeriksaan untuk menyokong teori ini," kata Gobind kepada Dr Khairul Azman Ibrahim ketika saksi ke-10 itu menyambung keterangannya hari ini.
Dalam prosiding itu, Gobind mempersoalkan mengapa tiada kesan tapak kaki pada bingkai tingkap jika benar Teoh dikatakan telah berdiri di situ sebelum terjun ke bawah."Mungkin ada, tapi tak nampak. Saya ada periksa tapi tak nampak. Kesan tapak kasut sukar ditemui di sekitar kawasan tingkap itu kerana tempat itu berkarpet," jelas Dr Khairul Azman, yang merupakan pakar perunding kanan perubatan forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Beliau kemudian bangun dari kandang saksi dan menunjukkan gambaran bagaimana Teoh dikatakan telah terjun melalui tingkap itu.
Caranya ialah dengan mengeluarkan kaki kanan dahulu daripada pintu kandang saksi (diibaratkan sebagai tingkap), sambil kedua-dua belah tangan memegang kayu pintu kandang (sebagai bingkai tingkap), kemudian mengeluarkan kaki kiri dan berdiri di luar pintu kandang sebelum terjun ke bawah."Jika benar si mati terjun begitu, bukankah mesti ada kesan cap jari pada bingkai tingkap? Tapi kesan cap jari pun tiada. Ada doktor nampak kesan cap jari?" soal Gobind."Tiada, cap jari perlu dikesan dengan peralatan sesuai, di makmal saya tiada kemudahan itu," jelas Dr Khairul Azman."Tapi bukankah doktor boleh arahkan pihak polis untuk jalankan ujian pengesanan cap jari di situ?" soal Gobind lagi dan saksi itu mengakui tidak mengarahkan ujian cap jari dilakukan.Gobind seterusnya mempersoalkan mengapa kesan tapak kasut juga tidak ditemui di tebing dinding luar tingkap tempat Teoh dikatakan berdiri sebelum terjun ke bawah, seperti yang digambarkan oleh Dr Khairul Azman."Saya ada jenguk ke luar tingkap dan ke bawah tapi tak nampak kesan tapak kasut di situ. Kalau tapak kasut itu berdebu mungkin senang untuk dilihat," kata Dr Khairul Azman.Gobind turut mencadangkan kepada pakar patologi itu bahawa kasut sebelah kanan mangsa telah sengaja dicampak keluar melalui tingkap itu setelah mayat Teoh dicampak dahulu, yang menunjukkan adanya unsur-unsur homisid (pembunuhan) dalam kematiannya.
Peguam itu mempersoalkan mengapa kasut yang tercampak tidak beberapa jauh dari mayat Teoh ditemui itu tidak mempunyai apa-apa kesan yang sepadan dengan kesan impak setelah jatuh dari tempat tinggi."Pada pendapat saya, kasut itu tertanggal sebab ada impak yang kuat. Tapi saya tak nampak apa-apa kesan, saya hanya jalankan 'visual observation' (pemerhatian secara visual)," kata Dr Khairul Azman."Tapi adakah doktor bersetuju ada kemungkinan mayat si mati dicampak dahulu, kemudian kasutnya pula dicampak?" tanya Gobind dan Dr Khairul Azman menjawab: "Ya, ada kemungkinan."Saksi pakar itu juga mengakui tidak menjalankan sebarang ujian mengesan cap jari pada kasut tersebut atas alasan tidak mempunyai kemudahan sedemikian di makmalnya di hospital terbabit."Kenapa tidak arahkan polis untuk buat ujian? Adakah sebab hendak menutup cerita?" dakwa Gobind dan Dr Khairul Azman membalas: "Tidak. Saya terlupa nak buat ujian cap jari."Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di situ.Dr Khairul Azman akan menyambung keterangannya Isnin depan. BERNAMA
Pada dua berita tersebut keadaan masih belum jelas maka tidak sewajarnya bagi Utusan malaysia mengambil tajuk tersebut sebagai tajuk muka depan. Akibat dari itu menimbulkan kemarahan keluarga mendiang dan sahabat yang bersimpati dengan mendiang. Sewajarnya Utusan memohon maaf kepada keluarga mendiang dan sahabatnya. Semuanya kerana manusia mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu.

Manusia mempunyai pelbagai persepsi


Menonton berita TV akan peristiwa yang berlaku ka atas pembantu exco selangor sungguh menyayat hati. Ternyata pelbagai persepsi akan terbayang dalam fikiran masing-masing. Geram marah dan kecewa semua ada. Barangkali ada yang gembira sambil tersenyum. Tetapi antara banyak-banyak tafsiran tersebut ialah suatu tafsiran dan anggapan bahawa SPRM telah bertambah teruk dan hina reputasinya di fikiran rakyat.

SPRM dilihat seperti agen rahsia FBI,CIA atau KGB atau mosad. Keadaan menjadi terlalu sukar bila teoh terbunuh dan juga perlaksanaan siasatan berpilih-pilih. Siasatan kepada dakwaan terhadap pembangkang diambil dan keterlaluan. Manakala siasatan keatas dakwaan kepada anggota kerajaan ada yang tidak diambil dan segelintir yang diambil.

Khamis, 13 Ogos 2009

90 pemimpin Pakatan berbengkel esok

Tindakan proaktif yang perlu disegerakan dan tindakbalas yang sepakat dan bijak perlu kerana BN dan umno telah berbuat fitnah yang melampau dan menjijikkan serta penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.
Tahniah dan tumpukan perhatian. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Penggunaan yang bijak akan memastikan kejayaan PR dan kepercayaan rakyat yang berkekalan kepada PR.

Selasa, 11 Ogos 2009

DR Mahathir yang dah lupa


Semasa berkuasa dengan lantang mengatakan melayu mudah lupa sekarang dia kata begini pula,
BUDAYA ANWAR ?
By Dr. Mahathir Mohamad,on August 7, 2009 10:37 AM
1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.
2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.
3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.
4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.
5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.
6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.
7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.
8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.
9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?
10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI.
Sememangnya beliau telah lupa.
1.Masa pindaan perlembagaan yang buat demontrasi "semarak" dulu masa tu yang jadi PM ialah Mahathir.
2. Yang mengasak Tunku supaya berundur dari PM DRM dan DMH Semua orang tahu dan tak lupa.
3. Yang kena buang lepas tu dan naik pentas di kapar klang juga DRM. Dato Harun yang mengutip balik. Almarhum Sulaiman Palesten tahu banyak pasal ini. katanya banyak gulanya habis memujuk DRM.
4. Yang provok suruh lawan Husin Onn juga DRM.
5. Yang buat pindaan amiunuti raja juga DRM.
semuanya dan banyak lagi orang ingat tetapi beliau lupa.
Demonstrasi 1974 dulu antara sebabnya kemiskinan harga getah jatuh paling rendah. ada orang yang tak makan. rakyat susah.
malang beliau yang lupa menuduh dengan sedap cakap saja.
kesimpulannya itulah personality DR M. melihat dosa seperti seekor lalat yang hinggap dihidung.

Lawan kepada Amanah ialah Khianat.

Sedutan dari DSAI,
Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.
Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.
Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.
ANWAR IBRAHIM
Tengku Razaliegh hanya dapat satu pencalonan untuk pertandingan presiden umno kerana tengku itu tak mahu beli pencalonan. kerana itu Tengku tak boleh bertanding. Maknanya orang yang dapat pencalonan telah membayar sejumlah wang tertentu untuk mendapat pencalonan. Ali Rustam tak dibenarkan bertanding pasal ada politik wang. Rasuah dan politik wang tu macam mana ? . Dari mana depa dapat duit banyak tu. Khir toyo buat rumah 24juta dari mana dapat duit. kalau gaji RM100,000.00 sekalipun tak mampu nak buat rumah RM24juta. Kalau beliau tak makan setahun baru kumpul RM1.2 juta. beliau kena jadi MB 20 tahun baru boleh ada duit banyak tu. itupun kalau beliau tak makan.
Mudah faham itu pengkhianat lagi besar. siapa yang tak rasuah politik. Tan Sri Muhyidin tak bayarke kepada bahagian yang mencalonkan beliau sebagai timbalan presiden. orang umno juga tahu.
Semalam dr rais mengingatkan kelau tunjuk keorang ibujari akan tunjuk kediri sendiri. tau pun dia.
mengata orang konon.
Paling hina manusia ialah yang sanggup diperbodohkan.
ahli dan penyokong perlu mengelak dari sikap membodohkan diri sendiri.
Jangan seperti Pak Kaduk.

Telus mempereratkan Pakatan Rakyat

Penjelasan YB Roney Liu memperlihat dan mengesahkan manipulasi jahat media yang bertujuan memecahkan belahkan pakatan rakyat.
Liu: Saya tidak campuri isu rampas bir
Andrew Ong dan Kuek Sek Kuang Keng Aug 11, 09 7:20am
Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan. Sebaliknya, Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi twrsebut hanyalah terhad kepada 'menasihatkan' MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.Menurut Liu, beliau dimaklumkan oleh seorang wartawan bahawa serbuan telah dibuat dan beliau terus menjalankan siasatan, termasuk menyoal pengarah pelesenan MBSA mengenai perkara itu."
Bila saya bertanya kepada pengarah pelesenan, dia berkata dia tahu yang dia tiada ada kuasa (untuk mengarahkan serbuan tersebut), dan dia mengaku telah melakukan satu kesilapan, tetapi berkata dia bertindak kerana tekanan dari beberapa ahli majlis yang dia tidak mahu menyebut nama mereka."Apa yang jelas ialah tidak ada arahan dari datuk bandar, atau setiausaha majlis. Dia buat keputusan sendiri.
Rayuan dari ahli majlis tidak boleh dianggap sebagai arahan. Jadi terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pengarah pelesenan," kata Liu.Liu menjelaskan demikian dalam wawancara ekskulif dengan Malaysiakini Khamus lalu.'Satu salah faham'Mengulas lebih lanjut, Liu berkata undang-undang kecil MBSA tidak melarang penjualan bir, atau pun lesen diperlukan, kecuali bagi penjualan arak (hard liquor)..
Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus."Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak."(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'.
Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.Ekoran serbuan tersebut, Liu berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan empat ahli malis MBSA, pengarah pelesenan dan seorang pegawai daripada pasukan yang membuat serbuan tersebut.Katanya, dalam perjumpaan tersebut, beliau menjelaskan kepada mereka dasar kerajaan negeri dan kesan serbuan tersebut, dan ianya adalah keputusan MBSA sendiri untuk memulangkan bir bernilai RM600 kepada kedai berkenaan.
Isu tersebut telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu penghinaan besar terhadap umat Islam, sehingga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, mendesak supaya Liu digugurkan daripada menjadi exco kerajaan negeri atau ditukar portfolionya kerana didakwa mengganggu bidangkuasa MBSA.Mengulas mengenainya, Liu berkata, Hassan, yang juga rakan exconya, mungkin menjadi mangsa salahfaham atau tekanan politik dari pihak-pihak tertentu, tetapi berkata hubungan mereka tetap rapat."Saya mesti menyatakan bahawa hubungan saya dengan Datuk Hassan adalah amat baik. Insiden tersebut tidak menjejaskan hubungan kami.
Beliau adalah kawan dan rakan (exco). Kami akan terus bekerjasama."Orang yang mahu mengambil kesempatan daripada situasi tersebut, seperti bekas menteri besar (Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo), harus berhenti daripada bermimpi kerana kami akan terus bekerjasama," tegas Liu.
Beliau juga berterima kasih kepasa Dewan Pemuda PAS Selangor yang mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengannya Selasa lalu untuk mendengar sendiri daripadanya mengenai kontroversi tersebut.Liu berkata, dialog seumpama itu akan terus diadakan pada masa akan datang.
PR sentiasa diasak kerana itu semua kepimpinan PR perlu bijak. Elakkan konflik secara terbuka.
Serangan dari umno dan bn serta agen-agen jahatnya akan bertambah hebat lagi dimasa akan datang. PR berlu berwaspada.
Dewan Pemuda PAS Selangor telah mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadapi Liu tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Isnin, 10 Ogos 2009

Menjawab Fitnah

11Aug.2009 Hebahan
Kenyataan Media: Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan
By Anwar Ibrahim 1 Comment
Categories: Agenda Baru, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia and Pakatan Rakyat
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—Petaling Jaya, 11 Ogos 2009
Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.
Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.
ANWAR IBRAHIMKetua PembangkangDewan Rakyat

Program Sambutan Ramadhan

Bertempat di rumah Kak Yam malam rabu nanti.
Muslimin dijemput hadir.

Hebahan Berita



Pemerintahan Umno Punca Masalah Arak – Pemuda PAS Selangor
Ditulis oleh Wartawan Kita
FRIDAY, 07 AUGUST 2009 02:49
YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor. Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno-BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan SUK petang semalam.
Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama Ronnie Liu itu diketuai Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib dengan menyerahkan memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
DPPNS menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo di Masjid Negeri Selangor hari ini.
Memetik kenyataan tersebut, DPPNS berkata, mereka tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPNS menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPNS melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini.

"Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu," petik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.
Kematangan pemimpin PR terserlah disini.
Setinggi penghormatan kepada YB Ronnie Liu dan kepimpinan Pemuda PAS Selangor. Jangan biarkan wujud lompang yang boleh meretakkan kesepakatan PR. Musuh PR sebenarnya tak tidur untuk menjahanamkan kesepakatan PR. Berhikmahlah semua kepimpinan PR.

Kematian Teo dilupa dek kerana

Kempen mansuh isa.
Konon ada peniaga yang nak saman GMI
Peniaga yang nak saman KDN tak dikhabarkan.
Isu arak- Ustaz Azman Shapawi keluar berita di TV, sedangkan Ust Nasaruddin Ketua Pemuda tidak di beri liputan.
H1N1
banyak lagi berita-berita digemburkan sehingga pembicaraan dan percakapan kematian teo tenggelam. Kerana semua hendak menutup kes tersebut. supaya orang awam terlupa. demikian mudahnya perancangan jahat dimana tiada harga kepada nyawa manusia.

Wajah Musuh PR

Ramainya orang yang melihat sesuatu tugas itu sebagai tugas atau tanggungjawab orang lain. Jadi kerana mereka sering menuding jari kepada sianu dan si anu sahaja. Tidak ramai yang melihat sebagai ibadah yang perludilaksanakan. Dalam aspek politik bila PAS dengan dasar islam maka seolah ahli dan penyokong PAS sahaja yang bertanggungjawab terhadap agama. Orang lain dari PAS tiada tanggungjawab terhadap itu. Kerana itu segala yang berlaku dalam Negara rujukan kepada Kelantan dan barangkali kedah. Tudingan jari telunjuk mengarah ke ahli PAS. Manakala 3 atau 4 jari menunjuk Kediri sendiri tidak diperduli.
Dalam pada itu sokongan media yang berlebihan dan melampau kepada penentang PAS melampaui segalanya. Kenyataan pemimpin PAS sedikit dan suara tak keluar sedangkan cakap pemimpin umno walaupun sekadar JK cawangan dan bahagian diberi liputan meluas. Namun mujur juga dibuat begitu dizaman IT ini. Bila di beri peluang bercakap kepada ketua cawangan atau JK bahagian tersebut menampakkan sesuatu yang kurang pada penghujahan mereka dan rakyat yang ramai bijak menghidu kejahilan pemimpin umno itu.
Umno membangkitkan isu arak di Selangor, sebenarnya UMNOlah yang meluluskan banyak kilang arak dinegeri tersebut. Di selangor digemburankan masalah arak dinegeri lain tidak kerana tiada penguatkuasaan dilaksanakan. Dipahang bagaimana cerita dengan judi di genting highland. Sebab PR belum menguasai Pahang bila keadaan jadi begitu macammana pula akan jadi. Umno akan pertahankan judi di Pahang agaknya.
Begitu keadaan dengan kampong buah pala di Pulau Pinang, yang punya angkara ialah BN sekarang ada yang menghasut penduduk setempat dengan hasutan yang melampau. Dan penghasut tersebut dikenal dari parti yang bukan PR. Bn yang punya angkara PR yang terbeban.
YAB lim Guan Eng diharap bertindak bijak bagi berhadapan dengan penyangak yang mengambil kesempatan mengharu-harakan kampong buah pala ini. Jika mereka mengharap publisiti murah dari media Negara PR ada cara untuk menyelesaikan masalah itu. YB yusmadi bertungkus lumus untuk selesaikan masalah tersebut tidak mendapat liputan yang bagus sebalik sekadar gambar tanpa suara sahaja.