ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 7 Januari 2013



Amanat: TG Haji Salleh Musa minta Ustaz Hadi pertahan

Harakahdaily,07 Jan 2013
ALOR SETAR: Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik Kedah meminta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan amanatnya kerana ia tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama.

Tuan Guru Haji Salleh Musa, 85 tahun, merupakan tokoh ulama Kedah yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia.

Beliau berkata, sebagaimana dipetik oleh blog Gendang Perang (www.wasukalu.com), ucapan Ustaz Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan Umno pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah dan mempersenda sunnah Rasulullah SAW.

"Banyak perkara Umno buat yang bertentangan dengan syarak dan aqidah, yang paling nyata kesalahan Umno adalah kerana asingkan agama dari politik," katanya.

Haji Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan Umno yang bagi beliau sangat ketandusan isu.

Haji Salleh berkata, "Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /Umno) akan diam."

Bagi beliau, golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Datuk Dr Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.

"Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi Exco PAS di Selangor?" soal beliau.

Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang, katanya.

Haji Salleh juga menemplak Jakim dan beberapa orang mufti terutamanya Datuk Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan?

"Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata 'Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat' dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakan, ini soal aqidah," katanya.


Mapim ucap takziah kepada keluarga Qazi Hussein

Harakahdaily,07 Jan 2013
KUALA LUMPUR: NGO Islam di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Sheikh Qazi Hussein Ahmed, bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

“Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia,” ujar Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kami mewakili seluruh NGO Islam di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  (Mapim) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Sheikh Qazi Hussein Ahmed, bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Beliau terlibat dengan pelbagai wadah penting termasuk dipilih sebagai ahli Senat Pakistan pada 1986 selama 6 tahun dan menunjukkan ketegasannya dengan meletakkan jawatan kerana protes terhadap sistem politik yang korup walaupun dilantik semula pada 1992 hingga 1996.

Ketokohan beliau menyerlah dalam peranannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen atas nama partinya Muttahida Majlis-e-Amal.

Beliau mengetuai banyak misi antarabangsa untuk turut menyumbang fikirannya mengenai pelbagai isu ummah.

Khidmatnya sangat besar dalam mengenengahkan sikap umat terhadap perang Iran-Iraq, Perang Teluk, krisis Balkan (Bosnia) dan perjuangan di Afghanistan pasca Soviet. Beliau juga berjasa besar dalam mengangkat perjuangan mujahiddin di Afghanistan.

Beliau merupakan pejuang Islam yang sangat berjasa dalam mengenengahkan Islam sebagai gagasan kepada Pakistan dan konsisten dalam menuntut supaya perlaksanaan Islam di negara tersebut dijadikan asas sebagaimana tujuan asal penubuhan negara Pakistan itu sendiri.

Seluruh hayatnya telah diberikan kepada perjuangan Islam dan beliau boleh dijadi tokoh gerakan Islam yang boleh dicontohi oleh generasi muda.

Kami mengharapkan sumbangannya dapat dilanjutkan oleh para pejuang Islam dalam Jamaat-e-Islam Pakistan Islam untuk mengangkat martabat umat Islam di Pakistan yang memerlukan kepimpinan Islam yang kuat bagi memerdekakan negara tersebut dari hegemoni kuasa besar seperti Amerika.

Khamis, 3 Januari 2013



Umno makin resah, 30 anak muda Telok Bakong sertai PKR

http://paspb2.blogspot.com,03 Jan 2013
Pada 27 Disember lalu berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.

Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.

Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).

Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor. 
Seramai 30 orang warga telok bakong telah mengambil keputusan untuk menyanggah kerajaan yang sedia ada dengan menyertai perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Hasil temubual dengan wakil ahli baru PKR ini, mereka menyatakan kesangupan dan kesediaan untuk melakukan kerja kerja kempen semperna PRU 13 ini,kerana mereka merasakan bahawa kerajaan UMNO/BN sudah diperuntukan masa yang panjang untuk mentadbir dengan baik,tetapi kerajaan ini telah gagal berbuat demikian.

Sewajarnyalah kerajaan yang gagal ini ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan yang menunjjukan prestasi pemerintahan yang baik.
Rumusan dan kesimpulan dari simulasi pilihanraya yang diadakan pada 25 hb Disember dahulu turut dihuraikan pada majlis ceramah ini.

Secara keseluruhan,dari hasil cerapan data yang diperolehi menunjjukkan bahawa PR mempunyai harapan dan peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya ini.

Jentera kempen juga turut mengedarkan risalah risalah kepada tetamu yang hadir didalam usaha untuk menyedarkan dan menyebarkan kepada rakyat tentang perlunya suatu usaha yang gigih untuk menumbangkan kerajaan Umno BN. Telok Bakong Online

Cikgu Hani pun dah join Pakatan Rakyat

Zaharin..Jangan Ko cocok mate Pak Yeop tu..hi..hi..


LHDN: Henti ‘serang’ PKS, siasat kekayaan luar biasa

Harakahdaily,02 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus menghentikan ‘serangan keganasanan cukai’ terhadap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebaliknya menyiasat mereka yang telah membuat ‘sumbangan’ haram kepada BN atau memiliki kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini bagi membuktikan LHDN adil, tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.

Begitupun, katanya DAP mengalu-alukan usaha LHDN untuk meningkatkan hasil cukai melalui keuntungan produktiviti dan memantapkan pematuhan cukai.

“Ini tidak sepatutnya mengakibatkan ‘serangan keganasan cukai’ terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk siasatan untuk kes cukai yang melebihi 6 tahun yang lampau,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Demi kepentingan undang-undang, katanya sebarang peningkatan dalam pengutipan cukai tidak seharusnya diperolehi daripada penindasan sektor tertentu sementara mereka yang mempunyai kabel politik dilepaskan.

LHDN telah berjaya meningkatkan pengutipan hasil cukai pendapatan korporat daripada RM36.3 bilion pada tahun 2010 kepada RM46.9 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 29% serta peningkatan hasil cukai pendapatan individu daripada RM17.8 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.2 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 13.5%. Cukai pendapatan korporat dijangka meningkat 15.5% kepada RM54.1 bilion pada tahun 2012 manakala cukai pendapatan individu dijangka meningkat 11.1% kepada RM22.4 bilion dalam tempoh masa yang sama.

Namun demikian, kata beliau komitmen baru oleh LHDN ini tidak harus menjadi alasan untuk memburu orang dengan sewenang-wenangnya.

Ini, ujarnya termasuk mengejar cukai lama yang melebihi 6 tahun serta penggunaan Akta Pengubahan Wang Haram 2001 untuk menakuti PKS untuk ‘melangsaikan’ tuntutan tertunggak.

Tambahnya, PKS yang merupakan tunjang belakang ekonomi kita, juga menghadapi cabaran-cabaran domestik seperti pematuhan kepada Akta Saingan Adil 2010 dan persediaan untuk pelaksanaan gaji minima tahun ini.

Lim berkata, daripada menggunakan taktik keras dan ‘serangan keganasan cukai’ terhadap PKS dan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membuli NGO seperti Suaram, LHDN sepatutnya membuktikan bahawa mereka bersifat adil dengan menyiasat ‘sumbangan’ RM40 juta kepada Umno melalui Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, mereka yang terlibat dalam skandal RM250 juta ‘lembu dan kondo’ serta kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin BN seperti Ketua Menteri Sarawak.

Katanya lagi, DAP menyeru agar kerajaan mempertimbangkan pemindaan kepada Akta Pembatasan 1953 supaya agensi-agensi kerajaan seperti LHDN tidak diberi carte blanche untuk menyiasat tuntutan cukai tanpa statut pembatasan.

DAP, ujar beliau mencadangkan bahawa 6 tahun yang kini digunakan sebagai status pembatasan untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin medapatkan tuntutan di bawah Akta Pembatasan 1953 juga diterima pakai oleh LHDN.

“DAP juga menyeru agar kerajaan mempertimbangkan ‘pengampunan’ bagi cukai-cukai melebihi 6 tahun yang tidak dibayar untuk membantu PKS melalui keadaan ekonomi semasa yang susah ini,” katanya yang juga Ketua menteri Pulau Pinang.


Takziah kepada keluarga Pahlawan Negara, Kanang

Harakahdaily,03 Jan 2013
KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai di atas kematian Pahlawan Negara, Kanang a/k Langkau, 68, (gambar) awal pagi tadi di Hospital Besar Sarawak.

Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat.

Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian negara selain juga turut menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) semasa hidupnya.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

"Saya mewakili Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM, PAS Sarawak dan PAS Kawasan Batang Lupar dengan ini mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang bersabar di atas kehilangan mutiara negara yang tidak ternilai ini," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau yang juga Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak berkata, kehilangan Kanang adalah satu kehilangan kepada negara dan Sarawak.


Akhirnya pihak yang zalim tetap akan tertewas

Aspan Alias,03 Jan 2013
Semalam saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa.


Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.

“Siapa yang hendak memberitahu Najib itu” merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan?

Pertamanya jika Najib diundurkan maka setiap ahli kabinet yang ada termasuk Muhyiddin sepatutnya berundur sekali kerana mereka semua ini adalah ahli-ahli kabinet lantikan Najib. Jika Muhyiddin mengambil alih imej parti akan menjadi seperti biasa sahaja dan tidak akan ada perbezaannya. Ini adalah disebabkan mereka semua ini datangnya dari acuan yang sama....hanya namanya sahaja yang berlainan. Tidak seorang pun di dalam kabinet itu yang sepatutnya mengambil alih. Jika Najib di gantikan oleh Muhyiddin ia bukan perubahan namanya.

Isunya ialah bagaimana hendak menukar persepsi rakyat itu. Sebenarnya untuk menukar persepsi rakyat terhadap UMNO itu ia mesti bersama dengan siapa atau kumpulan mana yang menerajui parti itu.. Najib dan Muhyiddin ini merupakan pemimpin yang mempunyai satu mentaliti dan jika perubahan pimpinan UMNO itu adalah di antara manusia yang sama sahaja, sikap dan nilai kepimpinannya pertukaran itu tidak akan memberi makna kepada UMNO. Imejnya akan sama. Isu rasuah yang terlekat kepada UMNO itu akan masih menjadi stigma kekal kepada parti itu dan semuanya sama.

Yang sangat perlu ditukar ialah wajah UMNO itu sendiri dengan imej parti yang berlainan dan ini boleh dilakukan jika UMNO berani bertindak untuk menukar semua pimpinannya yang ada dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet yang ada pada hari ini. Pertukaran besar-besaran ini akan membawa harapan baru kepada UMNO untuk berhadapan dengan rakyat yang sudah begitu jemu dengan kelakuan dan sikap serta nilai barisan kepimpinan yang ada pada hari ini.

Rakyat sudah begitu jelak dengan isu-isu skandal kewangan dan rasuah yang terbongkar setiap minggu dan bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua isu ini melibatkan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan wang rakyat. Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki lagi dan rakyat telah memberikan persepsi yang UMNO ini sentiasa melakukan kerja-kerja bagaimana hendak mencuri dan membaham harta rakyat tanpa malu dan silu.

Jadi kalau ada usaha dalam UMNO yang inginkan Muhyiddin mengambilalih Najib, ia hanyalah merupakan permainan politik dalam UMNO. Kelemahan yang terdapat kepada Najib itu diambil kesempatan oleh pihak yang ingin mengambilalih kepimpinan negara. Usaha sebegini tentulah ada ‘pengarah’nya dan orang ramai boleh membuat andaian yang agak tepat tentang perkara ini.

Itulah sebabnya saya pernah menulis dengan panjang lebar tidak berapa lama dahulu yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling bahaya untuk Najib ialah dari dalam UMNO itu sendiri.

Dalam posting yang lepas saya telah mengatakan dengan jelas yang UMNO tidak mampu bertahan lagi. Keadaan ini tidak dapat sesiapa nafikan kerana ramai rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO. Apabila rakyat nampak permainan intra parti UMNO itu  menyebabkan UMNO kehilangan keyakinan terhadap parti itu.

Tiada siapa dalam UMNO yang sayangkan parti itu. Jika ada rasa sayang kepada partinya tentulah UMNO khususnya kepada pemimpin-pemimpinnya membuat tindakan drastik dengan menukar kepimpinannya secara besar-besaran. Kalau ada sesiapa dalam UMNO yang mengaku mereka berkorban itu hanyalah cerita dongengan untuk menyedapkan ucapan di khalayak ramai semata-mata.

Hanya Pakatan Rakyat mesti berusaha menjauhkan sikap seperti yang ada di dalam UMNO itu jika mendapat mandat rakyat. Bagi orang Melayu mereka tetap mempunyai tuah kerana PAS mampu untuk menjadi pengganti kepada UMNO kerana parti itu jelas begitu serius dalam pertarungannya untuk membela bangsa Melayu dan Islam dengan sepenuh kudrat yang ada.

Pandangan saya ini tentulah dibantah oleh penyokong tegar UMNO, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya yakin apa yang saya perkatakan ini akan terbukti dalam masa yang tidak berapa lama lagi. PAS berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua bangsa di negara ini kerana Islam itu adalah agama yang adil dan saksama.

PAS mempunyai kerjasama yang begitu rapat dengan DAP yang sangat di gusarkan oleh UMNO di tambah pula dengan sokongan PKR yang memberikan impak yang begitu besar terhadap keutuhan Pakatan yang bertujuan untuk kebaikan bersama itu.

Bagaimana pun akhirnya ketentuan Maha Pencipta jugalah yang akan terlaksana. Tetapi percayalah, perjuangan menentang kezaliman itu adalah perjuangan yang pasti mendapat kejayaan. -

Rabu, 2 Januari 2013



UMNO dah menggelabah, taktik kotor dah makan diri balik. Selama beberapa hari juak2 kat TV beriya iya lah bedal Presiden PAS pasal Amanat 1981 tu.. Siap reka reka cerita bagi sedapkan fitnah lagi..
Ada pulak sekor menteri siap cabar Hadi buat penjelasan.. Last last Sekarang ni dah macam macam alasan yg puak ni bagi pulak! Hadi mintak siaran 1 jam untuk dibuat penjelasan. Menggelabahlah seluruh ketua ketua lembUMNO.. 1 jam je, menggelabah depa macam hari nak kiamat dah! Apa yg korang takut sangat? Hari tu tunjuk terer? Bukan ajak berdebat ke, main isu nak hentam korang ke.. Just penjelasan Amanat Hadi 1981 je.. Itupun takut?
Betul la cakap ustaz2 aku masa aku skola kecik kecik dulu.. SYAITAN takut jika manusia amalkan ayat ayat suci Al Quran.. Lagi lagi bila disebut dihadapan SYAITAN2 itu.. TERBAKOOOOOOORR!!!

Kih kih kiiihh..
UMNO dah menggelabah, taktik kotor dah makan diri balik. Selama beberapa hari juak2 kat TV beriya iya lah bedal Presiden PAS pasal Amanat 1981 tu.. Siap reka reka cerita bagi sedapkan fitnah lagi..
Ada pulak sekor menteri siap cabar Hadi buat penjelasan.. Last last Sekarang ni dah macam macam alasan yg puak ni bagi pulak! Hadi mintak siaran 1 jam untuk dibuat penjelasan. Menggelabahlah seluruh ketua ketua lembUMNO.. 1 jam je, menggelabah depa macam hari nak kiamat dah! Apa yg korang takut sangat? Hari tu tunjuk terer? Bukan ajak berdebat ke, main isu nak hentam korang ke.. Just penjelasan Amanat Hadi 1981 je.. Itupun takut?
Betul la cakap ustaz2 aku masa aku skola kecik kecik dulu.. SYAITAN takut jika manusia amalkan ayat ayat suci Al Quran.. Lagi lagi bila disebut dihadapan SYAITAN2 itu.. TERBAKOOOOOOORR!!!


Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus popular mengalahkan Maharaja Lawak

http://www.pencacai-semalaysia.com,02 Jan 2013

Rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Popular Di Astro Mengalahkan Maharaja Lawak



Sumber2 dari Astro Oasis (AO) memaklumkan bahawa rancangan paling popular di Astro Oasis sekarang ini ialah Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Penonton tetapnya adalah 700 ribu orang dan siaran ulangannya juga tinggi iaitu 600 ribu orang.J auh mengalahkan rancangan Astro yang lain termasuk Maharaja Lawak.

Allahuakbar... Islam semakin bersinar di Bumi ku Ya Allah. Terima kasih banyak2 Astro Oasis kerana bagi peluang kepada UAI ke udara.

Syukur Alhamdullilah.


Pakatan jumpa KPN bincang Himpunan 12 Jan

Nazri Abdullah,02 Jan 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Mohamad Sabu, berkata pertemuan itu akan disertai pemimpin utama ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP dalam masa terdekat.

"Pertemuan itu bagi membincangkan agar pihak polis memberi kerjasama supaya himpunan itu nanti berjalan dengan baik.

"Kita memberi jaminan bahawa himpunan itu nanti akan berlangusung aman," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP Teng Chang Kim serta anggota jawatankuasa pemandu HKR Hishamuddin Rais.

Selain itu kata Mohamad, pihak jawatankuasa induk sekretariat HKR pula, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Wilayah Persekutuan bagi memaklumkan berhubung penganjuran himpunan itu.

Najib tunai janji

Sementara itu, Mohamad memberitahu, sehingga kini pihaknya belum menerima jawapan dari pihak pengurusan stadium terhadap surat permohonan yang dihantar 26 Disember lalu.

Ketika ditanya sama ada penganjur mempunyai alternatif lain jika stadium itu tidak dapat digunakan, beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengotakan janji untuk membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium itu seperti yang dinyatakan ketika himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.

"Buat masa ini hanya Stadium Merdeka. Saya yakin Perdana Menteri akan menepati janji," katanya.

Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu juga nanti, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai 'Deklarasi 12 Jan' akan dibentangkan.

Beliau juga memaklumkan himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu.
Didunia betapa banyak soalan terhadap kemungkaran yang dilakukan mereka.
Di Akhirat pasti .


Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang?


Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang.

Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).

Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu.

Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

Berikut adalah kenyataan media beliau..

Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik.

Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah. Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain.

Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang.

Chua Peng Sin
Bendahari Gabungan NGO Pengerang
1hb Januari 2013