Amanat: TG Haji Salleh Musa minta Ustaz Hadi pertahan
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
Tuan Guru Haji Salleh Musa, 85 tahun, merupakan tokoh ulama Kedah yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia.
Beliau berkata, sebagaimana dipetik oleh blog Gendang Perang (www.wasukalu.com), ucapan Ustaz Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan Umno pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah dan mempersenda sunnah Rasulullah SAW.
"Banyak perkara Umno buat yang bertentangan dengan syarak dan aqidah, yang paling nyata kesalahan Umno adalah kerana asingkan agama dari politik," katanya.
Haji Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan Umno yang bagi beliau sangat ketandusan isu.
Haji Salleh berkata, "Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /Umno) akan diam."
Bagi beliau, golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Datuk Dr Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
"Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi Exco PAS di Selangor?" soal beliau.
Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang, katanya.
Haji Salleh juga menemplak Jakim dan beberapa orang mufti terutamanya Datuk Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan?
"Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata 'Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat' dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakan, ini soal aqidah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan