ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan,-Antara belum memahami konsep dengan hilang kepercayaan kepada umno dan bn

Kerajaan Perpaduan,-Antara belum memahami konsep dengan hilang kepercayaan kepada umno dan bn
Meneliti dari catatan bloggers dan hantaran komen kepada blog pemimpin kedua-dua isu itu mendominasi pemikiran ahli dan penyokong PAS dan PR. Ada ahli dan pemimpin peringkat bawahan masih tidak jelas dan tak nampak langsong struktur dan fungsi kerajaan perpaduan. Bila ditambah dengan dakyah media umno ahli dan pemimpin peringkat bawahan ini bertambah keliru. Jadi pelbagai soalan dan pertanyaan disuarakan dan soalan tersebut berlegaran dibawahan menyebabkan timbul kerisauan dan kecurigaan. Ahli yang matang diperingkat bawahan juga terpengaruh dengan dakyah media. Berita sinar harian isnin 8.jun 2009 yang difahami dan dilihat cuba melagakan Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi tidak kurang member I kesan negative kepada ahli dan penyokong PAS dan PR.
Faktor kedua ialah menifestasi hilang kepercayaan rakyat kepada umno dan bn. Barangkali ada yang memahami konsep tersebut tetapi kerana hilang kepercayaan kepada umno dan bn ditambah dengan perasaan meluat dan menyampah kepada gelagat dan tindakan kelakuan pemimpin umno dan bn menyebabkan ahli dan penyokong PAS dan PR memperkatakan dengan nada tidak suka. Mereka melihat akhlak dan tingkah laku pemimpin umno dan bn. Mereka nampak akan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin umno dan bn. Mereka dapat melihat dan mengetahui amalan rasuah yang dilakukan olen kepimpinan umno bn.
Rakyat muak meluat dan menyampah dengan hipokrasi pemimpin umno. Peristiwa-peristiwa dalam Negara memperlihatkan kejelekan pemimpin umno dan bn. Rampasan kuasa kerajaan pakatan rakyat di perak melalui pencolekan 3 adun PR disamping pengheretan istana dalam kancah rampasan ini memuakkan citarasa rakyat kepada umno dan bn. Kelangsongan krisis yang tiada penyelesaian menyebabkan rakyat bertambah kebencian kepada umno dan bn.
Rakyat mempunyai mata dan telinga untuk melihat gelagat dan kelakuan pemimpin umno dan bn. Penggunakan pengaruh dalam kehakiman dan polis serta sprm menjelakkan perhatian. Rakyat boleh membaca sendiri dan rakyat boleh merenung dengan mata dan hati. Berbekalkan kepada sumber informasi alternative. Mereka mendapat segala maklumat. Mereka boleh menghuraikan ketiadaan kekejian hemah pemimpin unmo dan bn.
Kes perundangan politik mereka faham. Kes rasuah sprm mereka faham. YB karpal Singh diserang di parlimen polis kata mereka tak boleh masuk parlimen. Tetapi speaker Perak diheret oleh samseng dari dalam dewan yang berani membawa senjata pula. Rakyat melihat dan mendengar itu dengan geram dan kemarahan yang meluap-luap. Keruntuhan stadium yang baru setahun digunakan angkara siapa kesalahan yang hendak ditudingkan. Orang yang dikatakan menghina sultan perak disegerakan pendakwaan. Orang yang membawa sepanduk kami mahu deris …… tak dengar berita. Orang yang hantar sms bunuh kepada adun Terengganu tiada hebohkan. Banyak lagi yang rakyat Nampak walaupun cuba disembunyikan.
Dari pemerhatian sepintas lalu ini rasanya kemeluatan rakyat kepada umno dan bn mendominasi penerimaan dan persepsi rakyat terhadap kerajaan perpaduan. Tuan Guru Ustaz Hadi perlu melihat keadaan ini sebagai cabaran. Sebarang salah langkah bererti kecundang. Umno dan bn sentiasa melihat kesumbangan langkahan pemimpin PAS dan PR. Target utama umno dan bn sekarang ialah memecahkan kesepakatan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat. Tembakan peluru mereka melalui sinar harian ditujukan kepada pemimpin PAS. Jika mereka Berjaya memecahbelahkan keharmonian sepakat pemimpin mudah bagi mereka untuk memecah pakatan rakyat. Senario di perak member pengajaran kepada mereka. Mereka menyangka mudah mereka merampas kerajaan perak. Tetapi kerana DS Nizar memegang amanah dan kepercayaan rakyat beliau tidak meletak jawatann dan memelihara amanah itu. Kerana komitemen tersebut DS Nizar dan seluruh kepimpinan PAS kebangsaan dan negeri dan kawasan dihormati oleh kepimpinan DAP dan PKR. PAS parti yang memegang amanah dan kepercayaan. PAS mengamalkan ke4 sifat wajib bagi Rasul iaitu siddik, amanah, tabligh dan fatanah. Bila DAP yang mendapat majority di DUN perak memberikan amanah MB kepada PAS yang ada 6 kerusi maka PAS memelihara amanah tersebut.
Kalau PAS ambil umno sebagai kawan tahun lalu PAS juga MB tetapi umno pernah dan sentiasa menipu PAS . PAS bijak kerana tidak mengambil umno sebagai teman. Sekarang telah ramai yang telah berada bersama PAS. Telah ramai yang berdiri di pentas PAS. Walaupun Ibrahim ali menang atas ihsan PAS memalu dan menghentam PAS akhirnya. Tetapi semua pemimpin DAP dan PKR beramai member sokongan dan berceramah untuk memenangkan PAS dalam PRK bukit gantang. Sehingga pengundi mengatakan bahawa Nizar bukan calon PAS saja malah calon Pakatan Rakyat.
Semua yang diatas untuk renungan dan iktibaran untuk semua pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan