ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan - Ramai yang belum faham

Membaca dari catatan dan komentar dari pelbagai wadah yang disampaikan ternyata ramai yang belum memahami akan konsep tersebut. Kekeliruan ditambahl agi atas tafsiran oleh media umno bn yang seolah-olah PAS akan menyertai umno. kelonakan itu diparahkan pula dengan nada suara lembut najib yang dibangsakan oleh media tempatan utusan dengan meletakkan gambar ustaz Hadi dimuka hadapan.
Kerana itu konsep yang belum jelas difahami ramai ini sepatutnya tidak diutarakan bagi mengelakkan kecelaruan. Sinar harian semalam memaparkan kecelaruan itu dengan percubaan untuk melagakan kepimpinan utama PAS. Dari pengamatan tersebut tugas kepimpinan yang baru terpilih semakin mencabar. kepimpinan baru perlu meyakinkan kepimpinan PR akan konsep Kerajaan Perpaduan - keadaan ini barangkali tidak sukar kerana kepimpinan PR matang dalam selok-belok politik. Tugasan kedua agak sukar kerana melibatkan ramai. Kepimpinan PAS perlu meyakinkan konsep kerajaan perpaduan tidak merugikan Pakatan Rakyat malah memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat dan rakyat seluruhnya. Selagi rakyat tidak diyakini akan konsep ini selagi itu rakyat akan curiga. rakyat kini terlalu amat membenci kepada umno. Tugasan ketiga amat berat iaitu kepimpinan akan berhadapan dengan media kerajaan bn jentera kerajaan bn serta segala suku-sakat bn yang cenderong kepada bn. Semua institusi menyokong bn. sedang PAS atau PR memiliki apa? Contoh dalam krisis perak jelas dalam jangka masa yang singkat mereka mampu berbuat apa saja. mereka tidak mengira apa akan jadi. mereka tidak mengira apa pandangan dunia kepada mereka.
Dalam menangani keadaan ini kebijaksanaan pimpinan yang baru amat dituntut. Rakyat yang memberi sokongan kepada PR akan kecewa dengan tindakan yang merugikan Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS wajib mengutamakan pemimpinan Pakaran Rakyat. Pastikan Kepimpinan Pakatan Rakyat faham konsep kerajaan perpaduan dahulu sebelum mengadakan perundingan dengan bn. Perundingan dengan tidak sekali-kali berlaku antara PAS dan umno tetapi semua komponen PR dengan semua komponen BN. PAS telah menutup muzakarah dengan umno yang ada hanya muqabalah tetapi umno menggunakan media masih menyanyikan muzakarah.
Kepimpinan PAS perlu konsisten dalam kalimat yang digunakan. Rakyat seluruhnya mempunyai pelbagai pola pemikiran. Jangan biarkan rakyat takut dan bimbang dengan sesuatu yang tidak difahami, kerana ketakutan akan menyebabkan pemberontakan. pemberontakan akan merugikan.
Pemimpin PAS perlu bijak. Pemimpin perlu banyak munajat dan memohon petunjuk dari Allah. Pemimpin PAS perlu memperlihatkan sikap keulamakan yang zuhud dan lemah-lembut dalam perbualan dan tingkahlaku. Pemimpin PAS perlu bijak dalam toleransi. Pemimpin PAS perlu bijak dalam interaksi. ingat peristiwa dalam majlis tahkim perunding Saidina yang lurus dipermainkan oleh perunding Muawiyah. Demikian peringatan untuk kepimpinan PAS. kerana seluruh mata rakyat sedang memerhati kepimpinan PAS dengan harapan. Jangan biarkan ketakutan rakyat berpanjangan. Redakan keresahan ahli dan penyokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan