ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Sabtu, 29 Ogos 2009
Shell Lenggong- Pelaksanaan pembelian minyak di lenggong.
Pantauan di pagi selepas PAS menang di Permatang Pasir
Hanya segelintir penyokong umno yang terus dengan kefanatikan dengan umno.
Jumaat, 28 Ogos 2009
Sokong Pendirian Pesuruhjaya PAS Terengganu
Jumaat 28 Ogos 2009 7 Ramadhan 1430 Hijrah
Adun Umno takut lompat parti - PAS Terengganu
Harakahdaily Thu Aug 27, 09 4:52:55 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos: PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.
Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.
Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.
Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.
TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.
Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.
Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.
Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani." Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.
Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.
Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.
12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.
Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.
Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.
Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)
Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.
Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau._
Mereka (puak Idris) ini telah menghina Sultan Terengganu, dan kita masing nampak gambar banner " Kami mahu deris n*****"
Teruk kita nak jawab masalah sembah derhaka di Perak. Berhempas pulas Dato Seri Anwar menolak tohmahan pengkhianat. Dari terima masuk mereka PKR atau PAS lebih baik bubar DUN Terengganu. Kita masih ingat Adun Bota yang menyertai PKR lepas itu menipu kita. Kalau pilihanraya semula tengok kalau Ahmad said tak dicalonkan baru kita offer kat Ahmad Said dan kumpulannya sahaja. Kalau Puak Idris tak dicalonkan tak mengapalah.
Begitu garapan penyokong PR di Lenggong.
Harapan kepada pimpinan PR bijak dalam membuat keputusan.
Jadikanlah PR sebagai harapan sandaran rakyat.
Selamat meraikan ramadhan dengan Imaannan Wahtisaba.
Khamis, 27 Ogos 2009
Kena Rotan Kerana minum Arak
Rabu, 26 Ogos 2009
Pendekar Bujang lapuk
1. Sudin dibaca bunyi arab sampai buah kurma buat buka puasa.
2. Ramlee senyap sunyi dan terbelek-belak
3. Aziz bunyi surat itu syair sampai kepada sultan firaun.
Bila kalah di permatang pasir
Menurut beliau, BN telah mencuba yang terbaik pada tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu.
Bernama melaporkan, Presiden Umno itu juga enggan mengulas apakah kesilapan yang telah dilakukan BN pada pilihan raya berkenaan.
Beliau hanya dilaporkan berkata: "Saya tahu apa sebabnya".
7 Mac tahun lalu, pendaftaran Rohaizat sebagai penguambela dan peguamcara dibatalkan oleh jawatankuasa disiplin Majlis Peguam.
Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah menolak rayuannya 12 Ogos lalu.
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, salah laku yang menyebabkan beliau dipecat melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah.
"Saya sedih dengan hakikat bahawa masyarakat Cina di sini gagal menunaikan janji mereka untuk menyokong.
"Mereka gagal memahami konsep pembangunan yang cuba dibawa oleh BN kepada rakyat Permatang Pasir," Malaysian Insider memetik beliau berkata.
Calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man menang dalam pilihan raya kecil itu dengan mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi oleh Rohaizat. Beliau menyifatkan kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa menjalin hubungan baik. "Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan PR," katanya._
Anak Emas ( Suatu pembohongan)
Tahniah
Isnin, 24 Ogos 2009
Rais Yatim
Sekarang mulut gatalnya kalini menghina pakaian Rasullullah. Penghinaan yang menyayat hati pencinta yang kasihkan Rasullullah.
Semoga dia segera bertaubat kerana laknat Allah terlalu hampir.
Mahathir lepas hina janggut apa macam jadinya.
Abdullah Badawi lepas menghina islam dengan Islam hadhari hanya tahan berapa lama sahaja.
Jadi jika dia berasa megah tunggulah bahananya nanti.
Pengundi Permatang Pasir
Rakyat Bijak Membaca dan mendengar
Bila hati perut busuk
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.?
Ahad, 23 Ogos 2009
Surat SPRM yang mempunyai berbagai cerita
Kes mata lebam ada juga keluar surat tersebut melayang-layang. orang percaya dan dinafikan. Syukur kerana tak sampai bunuh kalau tidak jadi arwah DSAI. Dan alhasilnya terbukti dilakukan oleh KPN Rahim Noor. Perkara jahat sebenarnya tak boleh nak ditutup. Akan tiba masanya akan terbuka juga. Kalau begitu analoginya pastinya kejahatan yang melampaui telah berlaku dalam institusi SPRM. Kerana itu pepatah yang mengatakan harapkan pagar pagar makan padi.
Banyak huraian dan bacaan boleh dibuat disitu dan di tempat lain.
Di Permatang Pasir isu wang kertas RM100 palsu yang kelihatan baru satu perkara yang serius.
Kesah serangan peribadi calon bn yang beristeri dua yang beliau tak mengaku pasal apa. Kalau beristeri dua atau 4 sekalipun apa masalahnya. Yang dibangkitkan ialah seperti yang didakwa menghisap madu sepah dibuang. Itu rupa gayanya nak jadi pemimpin?
Jadi perangan orang sekarangni macam-macam. Kata Yusri rakan kongsi calon "tak berani nak kata tak baik duduk sebilik di UIA dulu. tadarus sekali" tindakan calon sedemikian memalukan semua orang malah UIA sendiri, ibubapa nak kata apa lagi. Anak dah kaya kalau tak sokong anak nanti miss bantuan. terpaksalah.
Dalam banyak keadaan sekarang ini ternyata dapat difahami bahawa terlalu banyak ugutan yang dihadirkan kepada orang ramai dan individu. terutama dalam sebarang siasatan. Dalam polis yang mengenakan keganasan kepada pemimpin pembangkang seperti terbaru kepada Gobala dan terbaru juga SPRM kepada Teoh dan pembantu Ronei
Semua rakyat sudah nampak segalanya. Dan rakyat boleh membaca yang lebih lagi.
Zam zam alla Kazam
Sabtu, 22 Ogos 2009
RTM1 Berita meragukan
Jumaat, 21 Ogos 2009
Mainan Media Jahil dan Beragenda Jahat
Dalam filem P Ramlee “ Ahmad Albab” Mas ud Al Buaya bertanya menantunya Syawal, “Bagaimana enta boleh jadi kaya raya” Syawal menjawab “ Apa enta belum tahu ke yang rezeki kebahagian dan untung nasib letak ditangan Allah bukan ditangan bapak “ bila dengan kalimat itu menepuk dahi Mas ud Albuaya. Demikianlah tadi sedutan dalam kesah filem P Ramlee.
Analogi yang serupa kepada komen yang Mahathir beri ketika mengulas kenyataan Tok Guru Nik Aziz. Begitulah keadaan yang berlaku bila Mahathir yang kononnya ingin mengkritik Tok Guru Nik Aziz. Maknanya Mahathir belum tahu siapa yang akan masuk syorga sedangkan beliau dah berumur lebih 80tahun. Apa beliau tak tahu tujuan kehidupan manusia didunia inike. Kallau begitu bacaan beliau sia-sialah kehidupannya yang dah lebih 80 tahun itu.
Meneliti dan memerhati komentar orang ramai terhadap isu itu yang member respon hanya segelintir. Malah dilihat yang member kenyataan tak bersongkok pun. Tak pakai lebai pun. Sedangkan pakailebai tidaklah syarat tapi orang tengok lebih berwibawa sikit. Keluar dalam TV Khir Toyo juga pakai lebai. Mahathir juga dah pakai lebai. Dr Zambry pun pakai lebai.
Jadi yang memberi komentar tak pakai lebai. Ada seorang india muslim yang memberi komen yang memakai songkok tapi kata mengikut fatwa.
Persoalan yang berikutnya ialah kenapa takut sangat. Yang tok tok lebai banyak yang tak beri komen yang tak pakai lebai yang komen lebih-lebih. Kalau yang member komen itu yakin yang memasukkan manusia kesyorga apa dia nak risau cakap orang lain. Senyum saja pun cukup kerana dia faham. Ada pula yang bijak pandai pula menunjukkan kehandalan masing-masing dengan merujuk fatwa dari majlis fatwa. Majlis fatwa terpaksa duduk dan muzakarah pasal masuk surga dan neraka sedangkan ayat Qur an dan hadis telas jelas. Rakyat yang bijak pandai akan tersenyum melihat puak-puak yang tak gheti basa. Jadi ada orang tertentu itu suruh orang lain pula bertaubat. Tak payah nak tunjuk baiklah.
Syorga dan neraka adalah hak Allah. Sesiapa yang dikehendakiNya ke syurga akan kesyurgalah begitu sesiapa yang dikehendakiNya keneraka akan ke nerakalah. Janji Allah adalah pasti.
Adakalanya kebodohan dan kejahilan yang berada sebenarnya menjadi musuh pada diri manusia itu sendiri. Orang jenis ini tidak nampak kebenaran sebaliknya yang negetif sahaja. Kumpulan jenis ini hanya melihat dan Nampak yang negetif. Kumpulan ini sebenarnya yang sebenarnya musuh kepada agama. Kumpulan ini tak tahu keadaan sebenarnya tetapi gatal mulut dan nak tunjuk ego dan pandai masing-masing.
Kesah israk mi’raj satu contoh yang amat baik. Sewaktu Rasullullah hendak mengkhabarkan kepada penduduk makkah perjalanan Baginda yang panggil orang ramai ialah Abu Jahal. Abu Jahal fikir dengan kesah perjalanan Nabi ini orang ramai akan menjadi ragu terhadap Nabi. Jadi itu perangai Abu Jahal. Dia berusaha bersungguh agar penduduk makkah keliru dengan Rasullullah. Jadi hari ini kita lihat golongan mana yang berusaha untuk mengelirukan umat islam di Malaysia. Bagi menunjukkan kebenaran jalannya ialah muzakarah. Allah mencabar manusia dalam ayat “ Jika kamu ragu-ragu tentang apa yang kami turunkan kepada hamba kami perbuat satu surah seumpamanya dan panggil saksi kamu “ jadi panggil semua ahli majlis fatwa bermuzakaran masing masing keluarkan hujjah. Baru dapat jalan penyelesaian. Tidak adil bagi kepada kepada haruussani sorang saja. Di Malaysia bukan beliau saja yang jadi mufti.
Ada bidalan orang tua-tua
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa.
Sesiapa yang tak tahu menahu jangan dok gatal mulut untuk tumpang sekaki nak mengata dalam hal agama.
Selasa, 18 Ogos 2009
Pengundi Hantu
Demonstrasi Bantah ISA
Salah menyerang secara peribadi
Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.
"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.
"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.
"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.
"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.
Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?
Gobala ditahan, didakwa timbul kekecohan
Isnin, 17 Ogos 2009
Menuduh seorang dengan niat jahat itu membuat fitnah.
Ahad, 16 Ogos 2009
Mendakwa tanpa Perkenan Sultan Menghina Sultan
Meludah kelangit
Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan
Abdul Aziz Mustafa Sun Aug 16, 09 7:12:10 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Tindakan terdesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).
"Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?
"Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?" kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.
"Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.
"Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu," kata Mohamad.
Kedua-dua tokoh penting BN itu terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya.
Tiong (gambar) ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.
Beliau mendakwa, wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan mengadakan sidang akhbar mengenai tindak balasnya itu.
Ong juga mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik tuduhan tersebut.
Tidak gentar dengan tindakan Ong itu, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.
Beliau juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.
"Beliau boleh teruskan dan saman saya," tegas Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Beliau juga enggan memohon maaf kepada Ong.
"Kenapa saya harus memohon maaf?" soal beliau. "Atas alasan apa saya harus memohon maaf?"
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.
Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.
KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
Sabtu, 15 Ogos 2009
Manusia mempunyai pelbagai persepsi 2
Aug 14, 09 11:06am
Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik itu membunuh diri.Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata pendapatnya itu berdasarkan ketiadaan unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, pada 16 Julai lepas.
Aug 14, 09 7:16pm
Teori bahawa setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam adalah tidak berasas, dakwa peguam pemerhati keluarga mendiang dalam prosiding inkues hari ini.
Manusia mempunyai pelbagai persepsi
Khamis, 13 Ogos 2009
90 pemimpin Pakatan berbengkel esok
Selasa, 11 Ogos 2009
DR Mahathir yang dah lupa
Semasa berkuasa dengan lantang mengatakan melayu mudah lupa sekarang dia kata begini pula,
By Dr. Mahathir Mohamad,on August 7, 2009 10:37 AM
1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.
Lawan kepada Amanah ialah Khianat.
Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.
Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.
ANWAR IBRAHIM
Telus mempereratkan Pakatan Rakyat
Andrew Ong dan Kuek Sek Kuang Keng Aug 11, 09 7:20am
Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan. Sebaliknya, Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi twrsebut hanyalah terhad kepada 'menasihatkan' MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.Menurut Liu, beliau dimaklumkan oleh seorang wartawan bahawa serbuan telah dibuat dan beliau terus menjalankan siasatan, termasuk menyoal pengarah pelesenan MBSA mengenai perkara itu."
Isnin, 10 Ogos 2009
Menjawab Fitnah
Kenyataan Media: Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan
By Anwar Ibrahim 1 Comment
Categories: Agenda Baru, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia and Pakatan Rakyat
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—Petaling Jaya, 11 Ogos 2009
Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.
Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.
ANWAR IBRAHIMKetua PembangkangDewan Rakyat
Hebahan Berita
Pemerintahan Umno Punca Masalah Arak – Pemuda PAS Selangor
Ditulis oleh Wartawan Kita
FRIDAY, 07 AUGUST 2009 02:49
YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor. Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno-BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan SUK petang semalam.
Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama Ronnie Liu itu diketuai Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib dengan menyerahkan memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
DPPNS menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo di Masjid Negeri Selangor hari ini.
Memetik kenyataan tersebut, DPPNS berkata, mereka tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPNS menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPNS melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini.
"Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu," petik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.
Kematian Teo dilupa dek kerana
Wajah Musuh PR
Dalam pada itu sokongan media yang berlebihan dan melampau kepada penentang PAS melampaui segalanya. Kenyataan pemimpin PAS sedikit dan suara tak keluar sedangkan cakap pemimpin umno walaupun sekadar JK cawangan dan bahagian diberi liputan meluas. Namun mujur juga dibuat begitu dizaman IT ini. Bila di beri peluang bercakap kepada ketua cawangan atau JK bahagian tersebut menampakkan sesuatu yang kurang pada penghujahan mereka dan rakyat yang ramai bijak menghidu kejahilan pemimpin umno itu.
Umno membangkitkan isu arak di Selangor, sebenarnya UMNOlah yang meluluskan banyak kilang arak dinegeri tersebut. Di selangor digemburankan masalah arak dinegeri lain tidak kerana tiada penguatkuasaan dilaksanakan. Dipahang bagaimana cerita dengan judi di genting highland. Sebab PR belum menguasai Pahang bila keadaan jadi begitu macammana pula akan jadi. Umno akan pertahankan judi di Pahang agaknya.
Begitu keadaan dengan kampong buah pala di Pulau Pinang, yang punya angkara ialah BN sekarang ada yang menghasut penduduk setempat dengan hasutan yang melampau. Dan penghasut tersebut dikenal dari parti yang bukan PR. Bn yang punya angkara PR yang terbeban.
YAB lim Guan Eng diharap bertindak bijak bagi berhadapan dengan penyangak yang mengambil kesempatan mengharu-harakan kampong buah pala ini. Jika mereka mengharap publisiti murah dari media Negara PR ada cara untuk menyelesaikan masalah itu. YB yusmadi bertungkus lumus untuk selesaikan masalah tersebut tidak mendapat liputan yang bagus sebalik sekadar gambar tanpa suara sahaja.
Ahad, 9 Ogos 2009
Mengenali Musuh PR
3 kumpulan utama yang menjadi musuh kepada pakatan rakyat yang sentiasa berusaha memecahbelahkan kesepakatan pakatan rakyat.
Pertama dan utama ialah UMNO/BN sendiri. Semua boleh perhatikan gelagat mereka setiap hari dalam merencanakan sesuatu supaya menjadi porak poranda kepada pekatan rakyat. Mereka akan menggunakan segalanya yang mereka miliki walaupun batil. Agensi kerajaan mereka gunakan. Mereka paksa atau ugut supaya bertindak untuk mereka.
Kedua ialah media dalam Negara samada letronik atau cetak. Media kerajaan sudah semestinya manakala yang swasta berlebih sudu dari garpu pula. Kita boleh melihat dalam berita yang dipaparkan setiap hari.
Ketiga ialah dikalangan pemimpin dan ahli serta penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang merasa bertanggung jawab atas sesuatu bertindak dan mengeluarkan kenyataan yang tidak menghalusi natijah yang akan berlaku. Pemimpin dan penyokong PR barang kali terlupa bahawa media dalam Negara dan pemimpin umno/bn amat cekap dan bijak memanipulasikan setiap gerak laku dan percakapan atau kenyataan pemimpin PR. Contoh
Tahun lalu isu muzakarah
Isu kerajaan perpaduan menjadi cerita PAS nak masuk umno
Isu tempat sembelihan babi dikedah
Isu kerajaan Kelantan nak berbaik dengan kerajaan persekutuan menjadi PAS nak berbaik dengan umno.
Isu Kg Buah Pala menjadi kononnya janji kerajaan PR di pulau pinang
Sekarang isu arak di Selangor sehingga kenyataan naib ketua dewan pemuda PAS pusat disiarkan lama di TV
Sebenarnya banyak kalau nak disenaraikan . Cuma yang diminta kepada Kepimpinan PR jangan jadikan kita sendiri sebagai musuh kepada PR. Pemimpin PR hendaklah bijak. Kita lihat bagaimana kehebatan kepimpinan PR dalam isu pembunuhan keatas Teo semua kepimpinan PR sepakat. Kesepakatan ini perlu diperkukuhkan. Elakkan tindakan dan kenyataan yang boleh dimanipulasikan oleh umno/bn dan media agen umnodan bn.
PR nak perintah Malaysia. Kita kena bijak memperkasakan rakyat kerana rakyatlah kekuatan PR.
Menghebahkan Kekuatan Kerajaan Pakatan Rakyat
Mohd Nor Yahya Sun Aug 09, 09 6:12:58 pm MYT
KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memuji kecekapan pengurusan pentadbiran pejabat kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Ketua Pengarahnya, Dato' Normah Md Yusof berkata, pentadbiran kerajaan Kelantan begitu proaktif terhadap usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi pentadbiran negeri.
Katanya juga, penyertaan peserta begitu tinggi dalam seminar dianjurkan MAMPU baru-baru ini menggambarkan keprihatinan pengurusan pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Seminar itu dihadiri pegawai tinggi kerajaan, ketua-ketua jajahan dan ketua-ketua jabatan negeri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Pengurusan dan Transformasi MAMPU, Abdul Rahim Mohd Noor berkata, MAMPU begitu yakin dengan sistem pentadbiran yang diamalkan di Kelantan.
"MAMPU tidak membezakan di antara negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan pusat atau pun Pakatan Rakyat.
"Oleh itu sekiranya prestasi sedia ada di negeri ini diteruskan serta ditambahbaikan ia akan menjadi kerajaan yang terbaik di negara ini," katanya pada satu program taklimat di sini, baru-baru ini.
Taklimat tersebut memperkatakan tajuk 'Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Organisasi Negeri Kelantan'.
Abdul Rahim juga berkata, MAMPU berperanan sebagai penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam di negara ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias berkata, pelbagai program dilakukan bagi meningkatkan mutu kerja kakitangan?antaranya mewujud kod etika kepada kakitangan.
Selain itu penggunaan sistem 5S dan pelbagai lagi sehingga menjadikan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar. - mj _