ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 29 Oktober 2009

Siapa tipu, Gambar tak tipu


Surah Yaasin 65,
Pada hari ini kami tutup mulut mereka: dan berkatalah kami kepada tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. suruh mereka tengok terjemahan seterusnya.
Ahli dan penyokong PR yang islam dirikan solat hajat atau baca yaasin atau baca qunut nazilah kita mintak pertolongan Allah. Kita yakin dengan janji dan ayat Allah. Perjuangan perlu diteruskan.
yang hak akan menang.
ayat 68 surah yaasin,
Dan barang siapa yang kami panjangkan umurnya nescaya kami kembalikan dia kepada kejadiannya(kembali menjadi lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikir?
mereka boleh tipu kita dan orang ramai tetapi Allah maha mengetahui.

2 Golongan/Puak Pemberita

Di zaman permulaan islam terdapat dua puak yang berperanan menyebarkan makluman kepada umum. Pertama para sahabat yang berperanan menyebarkan ajaran Rasul dan kedua pula yang berperanan menghasut supaya orang menjauhi Nabi dan ajaran Nabi. Dalam kumpulan kedua ini pelbagai teknik yang mereka gunakan antaranya ialah kaedah yang menyebabkan orang menjadi keliru. Selain itu meraka menanamkan fitnah serta mengada-adakan perkara yang tidak benar. Kumpulan kedua ini juga menggambarkan sesuatu yang bertujuan menanam kebencian.
Kalau di zaman Nabi dahulu puak kedua ini terdiri dari puak jahiliah yang diketuai oleh abu jahal dan puak yahudi. Tidak cukup dengan mengadakan penipuan dan pembelitan fakta dan cerita mereka juga melakukan keganasan. Kerana itu jika kita membaca sejarah bagaimana para sahabat diseksa dalam pelbagai rupa. Dengan kekuatan sabar dan ikhlas perjuangan para sahabat meneruskan perjuangan mereka sehingga kini kita dapat merasai nikmat dari perjuangan tersebut.
Keadaan di atas merupakan sedutan dari sejarah silam. Namun walaupun peristiwa tersebut dari zaman silam trend yang sama bagi kedua-dua puak ini masih berlaku dizaman sekarang. kalau kita baca tajuk berita malaysiakini hari ini seperti dibawah,
manakala kenyataan Tuan Guru seperti dibawah,
"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pembaca boleh melihat pemberita yang menulis berita ini dari puak mana. Dengan gambar Tok Guru yang sengaja mereka pilih untuk menimbulkan kesangsian ramai.
Begitu juga jika kita membaca
Latheefa Koya, Information Chief of PKR serta Anak Ibrahim dan Anak Ali - Dari Blog Azmin Ali
Kita akan nampak dengan jelas dimana letaknya puak penulis tersebut.
Beberapa hari kelmarin ada akhbar yang berani menghinakan puaknya dengan mengolahkan tragedi memali sebagai suatu ajaran sesat. disebutkan berani menghinakan diri puaknya masih lembut kerana dengan menuduh sesat bererti diri mereka sendiri yang sesat. Islam melarang orang islam mengkafirkan orang lain.

Khabar gembira dari mesyuarat khas

Khabar gembira untuk ahli dan penyokong PAS dan PR. PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah



Sebagaimana Saidina Umar bersyukur kerana ada rakyat yang berani menegurnya, diharapkan seluruh kepimpinan PAS dan PR berlapang dada mendengar sebarang teguran dan kritikan. Dan ditangan kepimpinan dengan sokongan ahli dan penyokong hala tuju organisasi PAS dan PR membawa kesejahteraan rakyat Malaysia. Realisasikan manusia sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. dalam acuan kesejahteraan, keadilan dan kebebasan untuk rakyat Malaysia dan manusia sejagat. PAS untuk semua. Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan, keadilan dan kebebasan rakyat.


Rabu, 28 Oktober 2009

Di Tragedi Kuala Dipang


MB Pakatan Rakyat DS Nizar Melawat tempat bersama Raja Nazrin manakala mb haram
Dr Zambry melawat bersama Muhyiddin yasin
bacalah apa gambarannya.

Fitnah ke atas Siti Aishah

Dalam perjalanan pulang dari satu peperangan, Saidatina Aishah tertinggal kerana suatu masalah. Akibat dari itu beliau tertinggal dalam perjalanan. Atas rasa sat tanggung jawab seorang sahabat, mengiringi perjalanan Saidatina Aishah pulang ke Madinah. Malang selepas itu fitnah menimpa. Fitnah itu datang dari seorang yang munafik.
Itulah sebahagian dari perlbagai warna kehidupan yang harus dilalui oleh seseorang untuk meneruskan kehidupan. Walaupun Saidatina Aishah Isteri Rasullullah, tetapi tidak terlepas.
Begitu juga dalam kehidupan berorganisasi. PAS tidak terlepas dari tuduhan fitnah dan khianat. Membaca cerita Brahim Ali macam-macam yang dia kata, macam yang dia kritik PAS. Dia kata dia yang tolong PAS. Dia kata kalau dia tak tanding bebas mungkin PAS kalah dikelantan. Jadi bila dia tanding bebas dengan lambang PAS dia kata dia bebas nak kata apapun. Dia kata PAS macam-macam tetapi kepimpinan PAS tak terasa kerana dah tahu perangai dia. Dia sendiri yang menyatakan dirinya menatang brahim ali. Jadi kerana PAS dah tahu perangai dia, PAS suruh dia letak jawatan, dia tak mahu PAS boleh buat apa. Tunggu PRU13 nanti. sekarang kita buat kerja.
Sekarang Dr Aziz Bari menegur PAS. Pakar ini yang kelihatan tidak berparti dan hanya mengatakan sesuatu berdasarkan undang-undang. Tegoran beliau barangkali berdasarkan pemerhatian dan renungannya. Siapa kita nak label kepada beliau ini. Pastinya kita akan meletakkan beliau seperti penasihat, Jauh sekali dari melebelkan beliau seorang yang jahat. Kita mengharapkan teguran beliau itu suatu yang ikhlas seperti mana beliau kelihatan ikhlas dalam memperkatakan perkara dan situasi politik bersandarkan undang-undang.
Dalam qur an ada menyebutkan " jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat supaya kamu tidak menzalimi terhadap sesuatu kaum". Sekarang kita ditegur maka apa yang perlu kita buat?
Kerana itu atas tanggungjawab sebagai Mursidul Am, Tok Guru mencadangkan suatu maukamar Khas bagi membincangkan teguran tersebut. Nampaknya Tuan Guru Presiden cekap membaca fikiran Mursyidul Am. Begitu juga S/U Agong yang diasak bertalu-talu oleh wartawan.
Yang menjadi masalah sekarang ialah PAS berhadapan dengan komponen BN yang tersembunyi. Wartawan sengaja mengambarkan buruk dan negetive dalam PAS. Kerana itu seperti yang disarankan oleh Tok Guru, sebaiknya PAS menjemput DR Aziz Bari dalam muktamar khas tersebut. Kita boleh ucap terima kasih kepada beliau dan kita boleh tanya beliau dari aspek yang bagaimana beliau membuat andaian tersebut. Kita ambil pendekatan Saidina Umar mengucapkan terimakasih kepada yang akan menegur beliau.
Selama ini kita sememangnya melayan dan mengiktiraf tokoh-tokoh ilmuan dengan baik. Kita memberi penghormatan yang tinggi kepada tokoh-tokoh. Lihat bagaimana PAS menghormati Pak A Samad Said, sehingga sanggup tokoh itu bermandikan pancutan air dalam demonstrasi mansuh PPSMI. Kerana itu sewajarnyalah PAS memberi penghormatan Dr Aziz Bari yang memberi teguran. Kepada yang nama disebut pula inilah peluang untuk mendapat kepastian terhadap teguran tersebut. Penama yang disebut seharusnya mengambil iktibar dari Saidina Umar yang berlapang dada terhadap teguran. Saidina Umar ialah pemimpin yang berjiwa besar lagi bertaqwa.
Semoga PAS akan terus mara dalam membawa wadah seperti catatan Tuan Guru Haji Hadi,
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah

Selasa, 27 Oktober 2009

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah

Ucapan Khalifah Umar Al Khatab pada hari pertama beliau menjadi khalifah yang amat penting ialah bagaimana Umar mengucapkan syukur kepada Allah kerana ada seorang pemuda yang bangun sambil menyatakan beliau akan menegur Umar dengan pedang. Kesyukuran Saidina Umar terhadap teguran itu sebenarnya memperlihatkan contoh teladan pemimpin sebenar dan juga sebagai pemimpin besar.
Dalam suatu hadis Rasullullah menyebutkan bahawa jika ada Nabi selepas Baginda, maka orangnya ialah Umar Al Khattab. Dipaparkan kesah ini sebagai mengulas apa yang dikatakan kemelut dalam PAS ketika ini.
Manusia yang paling dikasihi Allah ialah Baginda Rasullullah. Kerana itu Rasullullah sering mendapat petunjuk dari Allah dalam pelbagai rupa. Petunjuk tersebut dikatakan sebagai wahyu. Wahyu itu dalam berbagai bentuk separti kesah, peraturan dan teguran. Sebagai Rasul dan kekasih Allah, Baginda menerima segala yang segala yang Allah turunkan dalam bentuk tindakbalas amalan yang segera. Baginda ialah Rasullullah, dan Baginda merupakan ikutan bagi umatnya. Dalam bahasa kini Baginda merupakan Idola kepada umat islam.
Atas perinsip tersebut, bila Dr Aziz Barri menegur kepimpinan PAS, Tok Guru selaku Mursyidul Am Pas merasa terpanggil seperti juga Baginda Rasulullah dan Saidina Umar yang bersyukur kerana ada orang yang ingin menegurnya dengan pedang. Kerana itu Tok Guru menulis dan mencadangkan seperti yang dituliskan oleh beliau dalam blognya. Itulah sikap pemimpin PAS. Begitu lembut dan cantik sekali bahasa yang digubah oleh Tok guru seperti sedutan berikut ini.
22 Oct 2009
PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
Kategori: Isu Semasa
Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)iii).
Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan SayaAtas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.
Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Sebagaimana indah tindakan segera Tok Guru begitu juga tindakan pantas dan penjelasan tepat dari Tuan Guru Presiden PAS iaitu seperti,
“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”
Written by Presiden PAS
Monday, 26 October 2009
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009
Last Updated ( Monday, 26 October 2009 )
Cuma yang penting sekarangni Ahli dan penyokong hendaklah faham bahawa kita akan berhadapan dengan musuh dan puak yang jahil yang sentiasa mencari jalan menganggu gugat PAR dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
Kerana itu kita lihat bagaimana pemimpin kita didesak dengan pelbagai desakan. YB Salahuddin yang membawa amanah Tok Guru didesak oleh pemberita supaya membocorkan amanah itu. Dato Mustafa Ali didesak supaya berkata yang beliau terasa hati dengan tulisan Tok Guru itu.
Sebenarnya mereka yang mendesak itu memperlihatkan kebodohan dan kejahilan sendiri.
Kerana kasih Allah kepada Rasullullah maka Rasullullah sentiasa berada dalam bimbingan Allah. Mengambil analogi yang sama kerana kasih Tok Guru Kepada kepimpinan PAS memgerakkan Tok Guru menegur pemimpin PAS. Dan kerana kasih kepada individu tertentu Tok Guru menyebut nama individu tertentu seperti Dato Mustafa Ali, Ust Nasaruddin, Dato Hasan Ali. Analogi tersebut benar jika kita melihat kepada Tok-tok Guru yang mengajar di surau dan di masjid. akan ada individu yang sentiasa disebut oleh seseorang tok guru. Itulah budaya bagi tok guru. Budaya itu dibawa oleh yang bergelar tok guru sejak zaman berzaman.
Tetapi pemuka yang berfahaman sekular tidak melihat ini sebagai suatu tarbiah.

Isnin, 26 Oktober 2009

Agenda Jahat Media/Pemberita

Bila Salahudin Ayoub selesai bertemu dengan tok guru kita melihat bagai mana beliau diasak supaya memberikan butiran pertemuan tersebut. Sedang YB salahudin berkata beliau akan membawa butiran tersebut kepada kepimpinan Parti. Pemberita mahu juga butiran tersebut sehingga terpaksa menjelaskan bahawa itu adalah amanah Tok Guru kepada beliau untuk disampaikan kepada kepimpinan.
Peristiwa itu melihat bagaimana etika wartawan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Sedangkan mereka tak berani dengan pemimpin BN.

Agenda Jahat Media

Bila Tok Guru Nik Aziz meminta diadakan EGM, maka rioh dan gempita dari kalangan media harian dan TV yang tidak bersikap berkecuali menggembur senario yang cuba mencemaskan ahli dan penyokong PAS dan PR. Kita melihat media TV menjadikan perkara itu sebagai suatu keutamaan. hilang terus najib dan muhyidin dari berita utama.
Astro awani yang ingin menunjukkan hero menghubungi penganilisis dari universiti utara bertanyakan penganalisaan prof itu. dalam menjawab soalan tersebut tuan prof itu mengaku beliau tak begitu arif dengan perlembagaan PAS. Terperangkaplah Tuan prof yang disangkakan matang itu tetapi tak tahu perkara yang hendak diperkatakan. Disitu juga kelihatan astro awani sendiri berjaya memerangkapkan diri sendiri atas niat jahat mereka untuk menjadikan ahli dan penyokong PAS, PR menjadi huru hara.
Kalau tuan Prof tak tahu perlembagaan PAS bagaimana kewajaran tuan menganalisa. Jadinya tuan hanya sekadar hentam kromo sahaja. Tuan sekadar jadi tunggangan atau peluru. Tengku Razaligh dulu kata sebagai gurkha. Orang PAS melihat keadaan dengan mata yang berbeza. Orang PAS melihat dan nampak bagaimana ADUN umno kelantan mengaku membakar kenderan dalam dun kelantan. Orang PAS dengan dan nampak akan body language musuh PAS dan agen-agen musuh PAS.
Selepas itu pada hari berikutnya pula TV bertanyakan kepada Prof dari UKM pula lebih kurang begitu juga penjelasan yang diberikan yang memperlihat kepada sesuatu kecenderongan.
Sebagai makluman ada ahli dan penyokong PAS dan PR yang tertanya-tanya akan gemburan media tersebut. Dengan kemunculan watak-watak dan pelakun tambahan yang di tunjukkan ramai dikalangan ahli dan penyokong PAS PR off tv kerana mereka tak percaya. Keadaan meluat kepada media itu ditambahlagi dengan bila melihat komentar dari Muhyiddin, shafie afdal. ali rustam dan lain pemimpin umno. Wajah mereka yang terpalit dengan rasuah nak bercakap pasal PAS ternyata cakap mereka itu mahu memburukkan wajah PAS. Mereka memburukkan PAS untuk menutup keburukan mereka dan umno sendiri.
Kerana itu setiap ahli dan penyokong PAS dan PR perlu ada jati diri sendiri. Pemimpin PAS ada untuk menyelesaikan segala masalahnya. Bagi ahli adalah perlu berbuat sesuatu terhadap hantu-hantu yang jahat yang kemaruk untuk menggerodakkan PAS. Kerana itu setiap waktu lepas solat doakan agar Allah pelihara PAS kepimpinan dan ahli serta penyokong PAS PR. Mohon kepada Allah menghantar pengajaran kepada orang yang jahat. Tak kiralah samada tuan [penganalisis yang tak tahu tetapi memberi komentar secara jahat. atau pengacara atau wartawan yang berniat jahat. Begitu juga orang yang berada diluar tepi.
Kita yang yakin dengan pertolongan dan janji Allah sepatutnya sentiasa meletakkan sepenuh pengharapan kepada ALLAh

Sabtu, 24 Oktober 2009

Agenda tersembunyi media

Agenda tersembunyi media terbit lagi. Kerana itu semua ahli dan penyokong PR perlu bijak. Sesungguhnya, PR terus ditekan oleh pelbagai komponen tersembunyi BN.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pesanan YDP PAS Lenggong

Majlis solat hajat dan bacaan yasin serta berdoa sempena pengistiharaan keputusan mahkamah bagi kes saman Ketua Kampong Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang akan diadakan
Tempat:- Markaz PAS Kampong Kelantan
Tarikh:- 23hb. 10.2009
Masa:- Selepas solat Maghrib
Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir
Bersama kita memohon pertolongan Allah.
Bubarkan DUN Perak.
Takbir

Mahkamah tiada kuasa cabar penggantungan Gobind

Berita tersebut memparahkan lagi krisis perlembagaan Negeri Perak. Dalam mesyuarat DUN Perak, dimana Speaker yang sah diusung keluar dan secara haram melantik speaker baru Perak ternyata tidak sah dan batal. Perbuatan tersebut ternyata menghina DUN Perak sekaligus menghina Sultan Perak.
Speaker Perak telah menggantung 10 Adun Perak. Tetapi tindakan Adun BN Perak amat memalukan sejarah demokrasi seluruh dunia.

Mahkamah tiada kuasa cabar penggantungan Gobind
author_photo("Hafiz Yatim")
Hafiz YatimOkt 22, 096:29pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen.Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff mengarahkan Parlimen supaya membayar imbuhan yang sepatutnya diterima Gobind kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk menahan pembayarannya.
Gobind memfailkan saman pemula pada 23 April terhadap Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz, setiausaha Parlimen dan kerajaan, berhubung penggantungan ke atasnya itu.Dalam saman itu, Gobind memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen pada 16 Mac lalu diisytiharkan batal dan tidak sah.Beliau juga mahu surat yang memaklumkan penggantungannya yang ditandatangani oleh setiausaha parlimen Roosmee Hamzah dan arahan yang terkandung dalam surat itu, sebagai tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang.
Ahli parlimen Puchong juga memohon pengisytiharan untuk dibayar imbuhan dan faeadah lain yang diperuntukkan untuk ahli parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan.Gobind digantung daripada menghadiri sidang parlimen selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan dalam proses itu telah memanggilnya sebagai "pembunuh".Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili anaknya itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu merupakan satu keputusan yang penting, dan menyifatkannya sebagai adil.Katanya, adalah salah bagi parlimen untuk menahan pembayaran imbuhan kepada ahli parlimen.Malah, katanya, beliau dan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan telah digantung pada 2004 dan pembayaran imbuhan mereka ditahan selama enam bulan.
Karpal yang juga ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor berkata, ekoran keputusan mahkamah hari ini, maka parlimen dan kerajaan hendaklah membayar imbuhan mereka itu.Katanya, imbuhan tersebut akan disumbangkannya untuk tujuan kebajikan.Katanya, pada 1984, beliau juga pernah digantung tetapi pada masa ini, pembayaran imbuhannya tidak ditahan.Karpal juga berkata, keputusan hari ini tidak bermakna apa yang berlaku dalam dewan tidak boleh disemak atau dicabar oleh mahkamah.
Bagaimanapun, katanya, Gobind tidak akan merayu terhadap keputusan tersebut.

Rabu, 21 Oktober 2009

Cerita Brahim Ali

Tahin 1990 bertanding atas tiket s46 menang setahun selepas itu masuk umno bertanding tahun 1994 atas tiket umno kalah dilantik senator jadi timbalan menteri. 2 penggal jadi senator tahun 1999 tak pasti bertanding atau tidak atas tiket umno. Masa Abdullah jadi PM persempadanan semula kawasan pilihanraya ibrahim ali tak jadi ketua penaja umno. Pilihan raya tahun 2004 dia bertanding atas tiket bebas yang betul-betul bebas kalah juga.Tahun 2004 wakil rakyat disitu ialah dari PAS.Brahim ali kalah Dato Rahim & Co pun kalah. 2005 prk dikelantan dia bertanding sebagai calon bebas kalah juga hilang wang pertaruhan. Selepas itu dia mula berjinak dengan PAS ada dia kata nak jadi anak angkat PAS. Dalam kebanyakan aktiviti sosial PAS beliau hadir. dalam isu kenaikan harga minyak dia berdiri atas tong drum sambil berkempen. Dalam pilihanraya 2008 dia jadi calon bebas tapi menggunakan simbol bulan. Menang pula tu tapi dia kata dia ada penyokong sendiri. Tapi tahun 2004 kalah pasal apa? Dia boleh mendakwa apa saja. Selepas ini bila dia masuk umno dia akan menyekat rang umno pasir mas dari menjadi calon. Atau umno tidak memilih dia untuk menjadi calon. apakah dia akan bertanding calon bebas lagi. PKR dan DAP akan menjadi sasarannya pula selepas ini. atau dia akan menubuh satu parti baru yang namanya parti BEBAS lambang seperti yang ditunjukkan oleh astroawani bulan putih berlatarbelakang kemerahan.
Bagi tindakan ahli PAS serta penyokong PR kita perlu mengadu kepada Allah taala. Dirikan solat hajat atau baca yasin mohon Allah tunjukkan kepadanya suatu pengajaran yang akan menjadi pengajaran kepada semua. Namrud yang sombong dengan Allah dan Nabi Ibrahim Allah hantarkan nyamuk. Kuasa Allah tidak terbatas. Kita yang telah dianiayai dan dizalimi dengan kelicikan brahim ini boleh menadah tangan mengharap pertolongan Allah. Biar Allah memberi pembalasan kepada brahim.

Perubahan UMNO satu penipuan

Khabarnya umno hendak mengadakan dewan ulama bagi parti itu. Sebenarnya itu merupakan suatu penipuan kerana dalam umno tiada dewan. Dalam umno hanya ada biro yang lebih berpengeruh ialah pergerakan. Dalam umno sayap mereka dikenali sebagai pergerakan iaitu Pergerakan wanita dan pemuda. Ketua bagi pergerakan ini bertaraf naib presiden. Dibawah pergerakan dinamakan sebagai biro. Dalam umno ada biro agama. Ketua biro agama tidak diketahui taraf apa barangkali bertaraf majlis tertinggi. Jadi cerita nak tubuh dewan ulama' umno sebenarnya suatu penipuan dan pembohongan.
Mereka tidak meminda perlembagaan untuk menubuhkan sayap tersebut macammana boleh tubuh sayap tersebut. Akan jadi ialah biro agama jugalah. Namun diselogan dan digahkan bagaikan helilintar serta anggukan oleh para media yang mengampu dan memutar belitkan.
Tiada kesudahan kepada pemimpin yang suka menipu dan berbohong.

Isnin, 19 Oktober 2009

Khutbah Jumaat Di Mesjid Negeri Perak

Dalam tiga minggu ini ada mesjid dinegeri Perak yang tok Khatibnya membicarakan atau membaca khutbat yang berkisar dari tajuk atau isu rasuah. Menariknya rasuah menjadi bahan khutbah ketika di Bagan Pinang pengundinya ketika itu akan membuat pilihan kepimpinan mereka. Pada 11.10.09 pengundi bagan pinang keluar mengundi antara calon BN dan calon PAS. Keputusannya BN menang.
Semua orang tahu Isa telah digantung atas sebab rasuah. Namun beliau menang juga. Persoalan kenapa jadi begitu. Beberapa hari selepas itu temubual dengan Tengku Adnan, Beliau mengatakan yang umno itu parti Islam. Begitu juga Ali Rustam juga menyebut yang umno juga parti Islam. Ali Rustam tak boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden kerana rasuah, Bila beliau tak dibenarkan bertanding jadi tak bertandinglah beliau. atas kerana rasuah tersebut. Selepas perhimpunan umno selesai Ali dilantik jadi MKT pula. Apa ceritani? pasti haru biru jadunya.
Tak boleh bertanding kerana rasuah. tetapi presiden boleh lantik pulak jadi MKT. Isa dulu bila sabit dengan yang hilang darinya ialah jawatan menteri dan naib presiden. tetapi MP tak hilang. Tahun 2008 tak dicalonkan.
Tetapi semua yang berlaku dalam umno tidak melibatkan ahli umno dari Perak. Dalam khutbat jumaat itu menyebutkN bahawa pemberi dan penerima rasuah di neraka. Jadi Tengku Adnan, Ali Rustam, Najib bukan orang Perak pastinya tak dengar khutbah itu. sebab itulah mereka berani dan tak malu mendakwa umno parti islam.
Ternyata pembohongan mereka itu memalukan diri sendiri dan dan umno sendiri. Dalam umno juga ada yang tahu agama. tetapi tak lepas nak kata apa dengan sikap yang tak cerdik pemimpin mereka.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Gotong Royong di Kampong Sumpitan

SMS dari YDP memaklumkan unit amal negeri, gerik dan pemuda lenggong mengadakan gotong royong bagi rumah yang kena banjir dikampong sumpitan petang ini. Dalam tinjauan YDP PAS Lenggong Tn Haji Razman turut berada dilokasi terbabit. Sesungguhnya usaha sedemikian merupakan sumbangan bakti PAS kepada penduduk yang menerima kesusahan. Semoga saudara kita yang ditimpa malang itu bersabar. Terimakasih kepada unit amal negeri, gerik dan pemuda lenggong di atas segala keperihatinan kelian.

Banjir di Kampong Sumpitan

Kejadian berlaku semalam akibat dari hujan lebat yang turun sejak jam 5.00petang. Air sungai telah melimpahi jambatan dan jalan raya. Antara lain sebab banjir itu ialah kerana himpunan sampah yang tersekat pada jambatan.

Selasa, 13 Oktober 2009

Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya

Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.
Satu perkara lagi yang juga amat penting dalam pilihanraya supaya menjadi lebih telus ialah dengan menggunakan dakwat selepas pengundi membuang undi. Penggunaan dakwat yang dibatalkan pada PRU 12 lalu akan menolak terus undi hantu dan nama pengundi berganda yang diwujudkan. Persoalan kenapa penggunaan dakwat tersebut dibatalkan? Sebenarnya pembatalan penggunaan dakwat tersebut menambahkan keparahan SPR dalam ketelusan mengendalikan pilihanraya. Biarpun SPR menghujah arahan itu datang dari pelbagai tempat. Seperti yang didakwa oleh bekas Pengerusi SPR yang kononnya atas arahan Kabinet. Alasan tersebut juga mengundang pelbagai kritikan dan persoalan. Apakah Kabinet masih berkuasa memberi arahan ketika itu?
Jadi rakyat dapat melihat auta dari pihak tertentu. Sedangkan dakwat telah dibeli. Mufti telah ditanya. tapi dibatalkan. Kerana itu pengundi dan pengkritik semacam menuduh bahawa SPR ialah komponen yang tersembunyi dalam BN. Kerana sikap tidak telus dan alasan serta tindakan yang kelihatan berat sebelah.
Dalam PRK Bagan Pinang Papan poster yang ada gambar pemimpin Pakatan Rakyat diturunkan. Bendera-bendera PKR dan DAP semua diturunkan. Tetapi yang anihnya serta amat peliknya Papan poster yang Najib melawat Tok Guru Nik Aziz di hospital terpampam tiada siapa yang menurunkan. SPR tidak menurunkan begitu juga polis. Kalau petugas PAS atau PR yang menurunkan pastinya akan berlaku pergaduhan yang lebih besar. Kerana itu rakyat nampak ketidak telusan SPR.

Isnin, 12 Oktober 2009

Sabtu, 10 Oktober 2009

Lenggong Banjir harini?

Tahun lalu 2008 tiada banjir. tahun 2009 longkang besar dijalan sebelah kanan telah sampai ke kedai gambar salon. Sebelah kiri banjir mulai bangunan umno yang lama.


Kelucuan di Bagan Pinang

Ada yan bercadang nak bertanding calon bebas dan tak jadi bertanding kerana tidak dapat mencari nama pencadang dan penyokong dari anak tempatan. Bila masuk umno ada pengikut pulak tu. Sesuatu yang heran bin ajaib. Suatu seloka yang memualkan yang dimuatkan oleh media yang meloyakan. Pengundi Bagan Pinang pastinya bjiak

Rabu, 7 Oktober 2009

Sesuatu yang amat mempersonakan

Pertama kali dilihat di Perak, DAP memberi dan mempercayai PAS perak dan muncullah ikon dari PAS Dato Seri Nizar, Hadir sama menyemarak PR perak Dato Ngeh dan YB Nga. Bila rampasan kerajaan Negeri Perak muncul pula Speaker V Sivakumar. Elok sungguh natijahnya. Ternyata disebutkan empat nama tersebut malah yang lain lagi dari segi kredibeliti sungguh membangkan ahli PR dan rakyat semuanya.
Kepimpinan PR Perak boleh berada semeja. Diperingkat awal kekecohan tersebut kesemua kepimpinan utama YB DSAI,YB Ustaz Hadi dan YB Lim Kit Siang berperanan utama. sampai beberapa ketika. Selepas itu ujian demi ujian merapatkan lagi persefahaman dan kesepakatan Pakatan Rakyat. Masalah pusat sembelihan babi dikedah perundingan antara YB Lim Kit Siang dengan Ustaz Azizan dan selesai. Isu Kampong selesai diperingkat PR Pulau Pinang sahaja.
Sekarang ini di Selangor kesepakatan dicapai diperingkat PR selangor sahaja. Kepimpinan PR Selangor yang berjiwa besar itu memperlihatkan jiwa kepimpinan yang sebenar.
Sesungguhnya kesepakatan ini amat digeruni oleh umno dan bn. kesepakatan dalam Pakatan Rakyat telah menjangkau kepada kepimpinan peringkat negeri. Sebelum ini ianya terbukti intim diperingkat pusat. keadaan akan menjadi lebih mudah diperingkat kawasan kerana ahli dan penyokong amat mengharapkan keutuhan dalam persepakatan Pakatan Rakyat.
Kepada pemimpin PR semua peringkat peliharalah kesepakatan ini dengan baja persefahaman dan kasih serta hormat menghormati. Kita (PR) mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Tahniah PR Selangor (PAS- DAP) Sepakat

Sekalung tahniah kepada kepimpinan PAS dan DAP diatas kata sepakat yang dicapai. Sesungguhnya jiwa besar tuan-tuan kepimpinan amat dicemburui oleh umno bn. PR mampu mentadbir negara serta membawa kesejahteraan kepada rakyat. Perjuangan PR (PAS, DAP dan PKR) untuk keadilan kebebasan dan kesejahteraan rakyat. Jiwa besar pemimpin PR menuntut kesederhanaan pada pemimpin. Elakkan pertembungan sehingga umno dan bn serta egen mereka memporak perandakan kita. Jangan biarkan sedikitpun jurang yang boleh mencurigakan antara para pemimpin dan para ahli penyokong.
Tahniah kepada semua pemimpin PR yang berjiwa rakyat.

SPR buat kerja yang diperuntukkan oleh perlembagaan

Tak payah nak menyibuk. Keluarkan arahan bertulis yang menyatakan parti yang tak bertanding tak boleh naikkan bendera. Bila surat tu bagi orang ramai tengok. Apa yang dilakukan SPR sekarangni lebih sudu dari senduk. Semua kekalutan yang berlaku sekarangni gara-gara SPR yang buat kerja yang tidak tertulis dalam perlembagaan. Nak kata apa jenih orang-orangni. Sedangkan kerja sendiri bertimbun pengundi hantu. guna dakwat tak boleh kenapa. Jangan jadikan SPR simbol kemarahan pengundi dan lambang penipuan kepada rakyat. SPR kena bela martabat sendiri.

Sokong tangguhkan pilihanraya kecil B Pinang

Semua setuju. Kita tida rela dengan penipuan. Rakyat mesti tentang penipuan. SPR mesti pastikan bahawa tiada penipuan. SPR tidak boleh membiarkan diri menjadi tunggangan. Cadangan lain guna dakwat kekal.

Makin banyak nama berganda dikesan

Makin banyak nama berganda dikesan
Jimadie Shah Othman Oct 7, 09 12:50pm sedutan dari malaysiakini
PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.
Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.
Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini."Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Satu lagi cadangan mengatasi perkara ini ialah semua pengundi yang mengundi secara pos atau pada hari pembuangan undi dikehendaki mengunakan dakwat kekal selepas pengundian. Dengan cara ini tidak akan berlaku yang nama berganda untuk mengundi kali kedua dan seterusnya.
Lagipun dakwat yang dibeli tahun 2008 dulu masih ada dan dah dibelanjakan berjuta untuk tujuan tersebut. Kerajaan 1malaysia arahkan SPR supaya guna dakwat.

Selasa, 6 Oktober 2009

Keresahan dan keadaan terdesak umno

Jika kita lihat gelagat umno semacam kita boleh merayakan kemenangan di bagan pinang nanti.
Pelbagai rupa boleh dilihat dari gelagat umno dalam pilihanraya bagan pinang kini. Tak kena tumbuk dilapurkan kena tumbuk. habis mengamuk menteri dalam negeri. PM sendiri tanpil mengatakan isa dah menjalani hukuman. dah tu tak salahle. Sedangkan yang menjadi ketua dalam bahagian disiplin umno semasa isa dihukum ialah beliau. isa pula menang undi terbanyak dikalangan naib presiden. Kalau tak kerana undi pos rasanya boleh dah nak tempah lembu. Tapi boleh juga tempah lembu sebab tentera pun belum tentu bagi solidpada bn. Kalau dalam keadaan sekarang keyakinan TG Haji Hadi boleh jadi kenyataan.
Bila tengok kat tv pula tiada cerita dari PR yang ada dari umno sahaja. Tapi PR bertuah dalam kerancakan kempen media terpaksa menyair berita lain iaitu gempa di Padang. berita gempa di padng lebih banyak dari berita dari bagan. Orang tak suka dengar berita di bagan malah ramai yang bersimpati kepada mangsa gempa di padang.
Yang menarik di baganni ialah mencurahnya datang pelbagai projek. Kalau dimanik urai dijanjikan sebagai anak emas begitu juga di Permatang pasir belum sampai masa janji emas perak atau berlian di bagan pinang.
Cerita stesyen bas yang ditemui oleh YB salahudin juga menarik bagi isa yang jadi mb n sembilan. Orang negori kenal dengan isa yang ngabihkan boras yang banyak sehingga di jadi kaya raya.

Isnin, 5 Oktober 2009

Cerita kena tumbuk

Tu dia perangai budak yang dilantik jadi kepala putera. Tengok gambar ustaz idris ramai orang pasti faham. yang tak faham hanyalah orang yang bebal sahaja. 3 keping gambar cukup boleh menjelaskan keadaannya. 3 gambar memperlihatkah pergerakan aman pemimpin umno itu bila depa kena tumbuk?
Perkara kedua kenapa menteri itu jalan dua orang saja mana pergi setiausahanya dan pemandunya? satu perkara mungkin saja dia nak tunjuk lagak. kena sorak terasa sendiri sedangkan orang sorak kepada orang lain. Sangka buruk. Jadi itulah perangai huduh lagi buruk pemimpin umno. Mengharap simpati rakyat. Syukur dalam masa dan selepas PRU12 rakyat bijak dan tidak mudah tertipu dengan penipuan umno. PRK bagan pinang kali ini sebenarnya Allah hendak tunjukkan bagaimana penipuan umno dalam undi pos. Tentera yang berkhidmat mempertahankan negara ditipu akan hak mereka dalam peti undi.
Rakyat yang mengundi di bagan pinang pastinya yang bijakj.

Ahad, 4 Oktober 2009

Malaysia ditengah lengkaran malapetaka

Gempa bumi di Padang,
Tsunami di Samoa
Ribut taupan di Filipina.
Malaysia terselamat ditengah-tengah walaupun tempias dirasai.
Kenapa jadi begini.
Dalam akhbar imam masjid diPadang menyebut malapetaka yang menimpa Padang mungkin kerana banyaknya kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku. Cetusan dari khutbah itu banyak kebenarannya. Selain itu usaha penduduk tidak mencegah kemungkaran juga mengundang malapetaka dari Allah. Jika rakyat berdiam diri terhadap kezaliman yang dilakukan yang dilakukan oleh pemerintah juga akan mengundangkan bala dari Allah. Rakyat membiarkan pemerintah berbuat sesuka hati terhadap hukum Allah juga boleh mengundang malapetaka. Rakyat membiarkan pemerintah menzalimi rakyat (membunuh dan menipu) juga akan mengundang malapetaka dari Allah.
Rakyat membiarkan pemerintah memburu seorang dua yang dilebelkan pengganas ( seperti nordin mat top) barangkali juga mengundang malapetaka. Di Malaysia sebahagian rakyat bangun menolak kezaliman umno dan bn sehingga malaysia terhindar dari malapetaka dunia. semua rakyat perlu menginsafinya. Pengundi Bagan Pinang yang bijak pastinya akan menolak bn dan mengundi PAS dari Pakatan Rakyat.
Sekarang ujian bagi pengundi Bagan Pinang.

Pakatan Rakyat yang sentiasa diuji dan diasak

Sejak mac 2008 PR agak selesa beberapa bulan sahaja tanpa asakan. Yang pasti asakan pertama ditujukan kepada DSAI dengan fitnah liwatnya. fitnah itu dalam bulan ogos. selepas itu ancaman mengambil alih kerajaan negeri perak. selepas itu ada sahaja macam-macam ujian. di kedah, diselangor di perak dan agak kurangnya di pulau pinang. tetapi akhr akhir ini semua negeri Pakatan rakyat sentiasa diasak kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru juga tidak terkecualu. Dalam semua asakan tersebut ternyata menambahkan kematangan Pakatan Rakyat terutama dikalangan pemimpin peringkat tertinggi.
Rampasan yang keji lagi hina terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak menambahkan kematangan dan setiakawan dalam pakatan rakyat. Rampasan tersebut yang pada umno berjaya tetapi menjadi duri dalam daging kepada umno bn perak dan malaysia dari pandangan rakyat dan pandangan umum antara bangsa. jatuh hina sistem perundangan dan kehakiman negara. Buruk rupa kelakuan dalam sistem perundangan dan kehakiman akan mengancam usaha umno bn untuk memulihkan imej mereka.
Selepas melakukan rompakan hina lagi keji terhadap kerajaan negeri perak, berbagai-bagai ujian kepada PR. dan yang terakhir sekarang ini isu selcat dan kampong buah pala.
Kerana itu semua pemimpin perlu amat bijak. agen umno sememang ramai. terutama sekali dalam media. Tidak ada media yang bersimpati kepada PR. Semua media mempunyai rancangan jahat dan tersembunyi mereka terhadap PR. Pemimpin PR seharusnya faham bahawa rakyat juga ada perasaan masing-masing.
Elakkan pertembungan secara terbuka. Wajah rupa hendaklah sentiasa ceria terutama semasa bersama rakyat dan sesama pemimpin PR.

Bila musim pilihanraya

Ahli dan penyokong yang steady sahaja yang boleh menonton berita dari TV. yang tak steady lebih baik pergi surau masjid dengar orang mengajar ugama lagi bagus. Tak boleh terpengaruh sangat dengan dakyah dari berita tv. Anggap saja berita tersebut sebagai orang pasik yang membawa berita. hendaklah disiasat terlebih dulu. Bimbang kalau kita akan menzalimi orang lain. Sememangnya golongan fasik ini sememangnya bijak melaksanakan jarum mereka. Biarkanlah mereka dengan rencana pembinaan dosa memfitnah. Biarlah mereka dengan ketidak sedaran mereka kepada hari pembalasan di akhirat.

Khamis, 1 Oktober 2009

Pemilihan Isa suara akar umbi umno didengar?

Nak tau betul atau tidak tengoklah kepada beberapa kerusi parlemen berikut. Di negeri Perak. Mulanya dimulai dari parlimen Taiping PRU 2004 PPP minta satu kerusi dan Abdulah beri tempatnya di Taiping. Sedangkan pada ketika itu Taiping dimenangi oleh Gerakan. Sebagai ganti kerusi Bukit Gantang yang menjadi milik UMNO diberikan kepada Gerakan dan menanglah Sis Tan disitu. mana kenduri yang beliau tak pergi. Begitu juga M Kaveas mana surau yang beliau tak pergi. hebat mereka. Kehendak akar umbikah itu. Banyak juga undi DAP ( PR) perolihi di taiping. Begitu banyak juga undi yang diperolihi olah DR lo Lo'PAS (PR) ketika itu.
Bila PRU 2008 keadaan berlaku di,
1. Perlimen Gerik
Nama calon umno untuk parlimen Gerik asalnya Dato Samsul menamatkan satu penggal bagi Dr Wan Hashim. Tetapi datok ini ditukar ke Lenggong.
2.Perlimen Lenggong
Nama calon ialah Sis Tan MP dari Bukit Gantang. Ada desas-desus nak calonkan Roslan latif kerana hubungan baik beliau dengan Pa Lah tapi entah kenapa tak jadi. bunyi cerita macam-macam. Akibat bantahan umno lenggong Sister tan di tukar ke Gerik. Umno gerik membantah tapi tak dilayan. Jika umno gerik buat macam umno bagan pinang sekarangni harus berjaya.
3. Parlimen Bukit Gantang
Calon umno bukan orang tempatan malah sejak dulu dipermainkan jadi PRU2008 bungkus bendahari umno.
4.Parlimen Taiping
Calonnya M Kaveas bungkus juga. sebelum PRU dia dok bergaduh dengan gerakan mengatakan bahawa kerusi Taiping milik PPP. jadi dia tak mau pindah dari taiping. sebab itu terpaksa tan di bawak ke hulu perak. Sepatut M Kaveas mintah kerusi ipoh timor atau Ipoh barat senang lawan DAP (PR) baru gentlement. Penyudahnya alahai.
5.Parlimen Larut
Didatangkan calon yang orang tempatan tak kenal nasib baik golongan saluran satu masih ramai namun kehendak akar umbi ditolak. akibatnya paklah sendiri yang bungkus. semua yang berlaku dalam pemilihan calon bagi calon BN dilakukan tidak mengikut kehendak akar umbi. berdasarkan kepada 5 keadaan tersebut di atas. kerana itu adakan di bagan pinang ini pemilihan calon berdasarkan akar umbi?
Tetapi yang pasti Isa boleh jadi naib presiden dengan rasuah politik. Tidak bolehkah beliau merasuahkan ketua cawangan di Teluk Kemang? Ada berapa saluran sahaja di Bagan Pinang. Kalau ada 20 saluran atau cawangan tiap-tiap ketua cawangan dibeli dengan RM20,000.00 baru RM400,000.00 nak jadi naib presiden dulu lagikan banyak?. Jadi semua orang boleh mencongak. mungkin ada ceritanya yang lain lagi.
Semua boleh melihat bila pengundian nanti. Semua orang bijak belaka. orang negeri sembilan lagi bijak kerana berada dinegeri yang banyak sampai sembilan. Negeri lain satu sahaja.

Lobi Isa berjaya

Isa samad pasti nekad dalam lobinya untuk menjadi calon. Kalau beliau tidak nekad sampai begitu pastinya bekas naib presiden umno dalam pemilihan 2004 yang terkanan akan terus berkubur. Jadi beliau perlu membuat pelbagai perkara sehingga mengugut boikot. Kalau tak buat begitu alamat bungkus lah karier politiknya.
Isa dari MB NS ke parlimen jadi menteri dan menang naib presiden susuatu yang mengherankan pemimpin peringkat negeri boleh diterima diperingkat kebangsaan. Ternyata selepas itu disabit dalam rasuah politik. Sampai menteri dan naib presiden gugur tentunya banyak duit yang dirasuahkan. Tetapi semasa pemilihan umno diperingkat kebangsaan yang lalu dia tidak berjaya atau tak mengambil bahagian. Beliau kini telah muncul sebagai ketua bahagian suatu tiket untuk kembali aktif berpolitik. Jadi calon mesti bersih jadi bagaimana dia nak buat. dia kata dia dah bersih.
Kalau dia gagal dapat tempat kali ini entahle. Dalam hal ini MB Mohd Hasan barangkali tidak menjangkan perkara yang akan berlaku. Isa bekas Mb lepas tu kalau menang panas pijar kerusi M hassan. Sama kita perhatikan

Kematian Di Lenggong Harini dan semalam

Semalam Pak Mat Isa Temelong dikebumikan harini.
Semalam juga Emak saudara YDP Hj Razman di kampong Luat dikebumikan pagi ni
Di Temelong pagini menantu Ustazah bariah Ketua muslimat PAS perak juga meninggal.
Semoga yang pergi mendapat rahmat dan keampunan. Yang tinggal dalam tabah bersama penjuangan Islam dalam Pakatan Rakyat.