ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 23 Disember 2009

Dalam Kepelikan Malaysia

Pelik dan indahnya malaysia,
Warga lenggong pernah menjadi Panglima ATM. Namanya General Ghazali Che Mat. Orang lenggong tahu bagaimana General ini menangkap tentera yang mencuri menjual minyak. boleh tanya beliau. Jadi kalau yang sekadar menjual minyak dalam harga ketika itu 10 gallon sekitar RM10.00 merupakan anggota tentera bawahan, kalau yang jual puluh ribu barangkali pegawai kalau dah RM50,000,000.00 ke RM100,000,000.00 pegawai level mana. Kata komision kapal selam sampai RM500,000,000.00 dan melibatkan isteri menteri. 2 enjin RM100,000,000.00 rasanya sampai ketahap menteri juga. Tengok berapa kosong tu bukankah sama.
Tetapi sesuatu yang serius kita patut bersyukur kerana kita berada dikalangan negara asia tenggara. Dalam dunia sekarang ini ada satu negara yang menggunakan senjata dan peperangan untuk menakluk negara lain. Negara itu ialah Israel. Negara yang menjadi pak turut mengikut kehendak negara yahudi itu ialah kuasa besar USA dan UK. Negara lain agak kurang sedikit.
Jika Malaysia terletak dekat dengan yahudi nescaya dah lama malasia menjadi jajahan takluk yahudi. Harapkan pagar pagar yang makan padi. Tentera bawahan jual minyak. Almaunah dikatakan boleh masuk kem tentera dan curi senjata kemudian pergi bukit jenalik main tembak-tembak pulak tu. sampai berhari-hari baru tangkap. Dituduh menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong. Senjata C4 boleh dikeluarkan dan pergi bom atantuya tak boleh dicari pegawai yang mencatat dan orang yang mengeluarkan benda itu.
Sekarang setalah 2 tahun baru dengar khabar engin jet pejuang hilang kena curi dan kena jual. eh mudah sungguh. Jadi bagaimana kalau dekat dengan israel ? Mujurlah negara jiran tak buat begitu. kalau singapura atau thailan buat begitu padah barangkali dari perak ke utara dah pandai cakap siam. selangor keselatan comfirm fasih english.
Semuanya kerana tiada amanah dalam diri? diri siapa?
i. Menteri pertahanan ketika itu- tapi menteri pertahanan itu dah jadi perdana menteri.
ii.Pegawai tentera.
Sekarang sepatutnya PM kena letak jawatan kalau tidak Yang dipertuan agong patut pecat PM. Buat masani agong tak boleh pecat PM. Tapi bila hakim mahkamah persekutuan buat keputusan kes DS Nizar baru kita tengok. Jika hakim kata DS Nizar MB perak yang sah maka agong tak boleh pecat PM. Terapi jika hakim kata zamri MB yang sah, maka Agong sudah boleh pecat Najib dan lantik PM baru.
Marilah sama-sama kita aminkan doa Tok Guru Nik Aziz.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Hakim segera buat keputusan kes DS Nizar. Kalau hakim sengaja melengahkan keputusan itu kita doakan kemusnahan kepada hakim yang dengan sengaja melengahkan keputusan tersebut. Marilah juga sama kita doakan supaya Allah melepaskan segala fitnah dan mehnah yang ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama kepada Tok Guru Nik Aziz dan Datok Seri Anwar Ibrahim. Marilah sama kita berdoa agar Allah memusnahkan semua pemfitnah ke atas pemimpin PR. Kita minta Allah musnah individu dan organisasi jahat itu. Kalau media dari pemberita sampai kepada pembaca berita sampai kepada editor dan sampai terus kepada pemilik media itu.
Semoga Allah mengkabulkan doa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan