ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 24 Disember 2009

Tiada berita Engin Jet hilang di TV

Semalam tiada berita pasal engin jet F5E yang hilang disiarkan di berita TV. Di semua TV tak siarkan sebarang komen. Macam sepakat pula tidak disiarkan. Serupa isu umno minta pengerusi bn pulau pinang. Bila najib kata stop debat tersebut, semua cakap tersebut di TV stop.
Kenapa jadi begitu? Barangkali sikit sangat kot. tetapi yang pastinya ialah untuk mengelakkan dari diketahui rakyat dengan jelas. Dalam berita TV semalam banyak memperihalkan catatan PM dalam blog 1Malaysia PM. Dipanggil penganalisis untuk berbicara pandangan PM tersebut. Tidak lain semata-mata mengalih pengetahuan rakyat dari isu kepincangan kepada isu lain. Disinilah media utama memainkan peranan. Tiada isu dibuat isu. RTM1 dengan cuba mengalih isu dengan memanggil penganalisis dari UKM berbicara pasal DSAI kata letih. RTM1 juga pergi tanya pada roslan kasim dan ezam. kedua-dua tersebut lari dari PKR masuk umno. tapi umno tak mahu bagi tempat kepada mereka. mereka ialah umpama pejuang yang gugur dan berundur dari bertempur. Bagai kokok ayam berderai-derai ekor bergelumang tahi. Bertelur sebiji riuh sekampong.
Semata-mata mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Terlalu tidak manasabah dek akal engin yang begitu berat dan dalam kawalan boleh hilang. Lebih 10 tahun lalu kita digegarkan dengan cerita almaunah merompak senjata dari kem di gerik dan boleh main tembak-tembak pulak dijenalik. Bila diteliti kejadian tersebut dengan kejadian engin hilang terasa memang betullah barangkali almaunah rompak senjata tersebut. Ditambah pula dengan pengeboman c4 kepada atantuya yang memperlihatkan terlalu longgar kawalan keselamatan dinegara kita. Menteri kata yang terlibat dalam kehilangan engin itu ialah ALP yang berpangkat rendah. MasyaAllah sanggup zahid ni menghina para perajurit yang berpangkat rendah tu. Tentera yang pangkat rendah kalau deme tu nak curi pun sekadar curi jual minyak saja. ni dah sampai ratus juta handal benarlah anggota tersebut. Tetapi kalau benarlah begitu ternyata sistem kawalan keselamatan negara teramat-amat longgar.
Boleh jadi benar juga kalau kita fikir 2 orang yang dikatakan meletupkan atantuya itu ialah polis. mereka dikatakan meletupkan atantuya dengan c4. Polis tak guna c4. yang guna c4 ialah tentera. Jadi polis boleh ambil senjata tentera. Polis tu pangkatnya cif inspektor. jadi kalau Sargent dalam tentera tentu bolehlah. polis pun boleh curi inikan pula sama-sama tentera.
Jika kita merenung sedemikian rupa akan gambarannya ternyata terlalu terlalu terlalu amat amat longgar sistem pertahanan negara.
Kita dengar komision kapal selam sampai RM500 juta. benda dok dilaun lagi senang hilang. tup-tup nanti hilang 1 buah. sapa yang tahu. kalau begitu juga barangkali dah banyak sangat agaknya harta tentera yang hilang barangkali. kereta perisai untuk tentera darat. Manatahu benda yang masih boleh dipakai lepas tu dilupuskan beli baru.
Di Lenggong ada dua buah kenderaan tentera yang dikatakan yang lama 1 depan rumah rehat dan sebuah lagi dekat lampu isyarat nak masuk ke pekan lenggong.
Berita semalam dakwat kekal yang nak digunakan untuk pilihanraya 12 lalu telah dilupuskan kosnya bukan sekupang dua tapi berjuta. membazir sahaja. Membazir itu sedara syaitan.
Nak harap mufti harussani menyatakan kebenaran sorrylah. kerana itu atas rasa tanggung jawab setiap ahli dan penyokong PAS-PR mesti berbuat sesuatu. Paling kecil ialah doa. Doakan semoga Allah beri petunjuk kepada mereka itu atau Semoga Allah binasakan mereka itu. Kita kinta untuk semua yang terlibat tu. tak kira individu atau organisasi. Sebab mufti Harussani tak beri peringatan kita doa juga untuk dia semoga diberi petunjuk atau semoga Allah binasakan dia. Sebabnya Mufti harussani hanya bersuara apabila yang berkaitan dengan umno sahaja. sedangkan beliau diberi gaji oleh kerajaan. Begitu juga dengan RTM1 kita minta Allah beri petunjuk kepada semua wartawan, editornya, pembaca beritanya. penganalisis yang dipanggil memberi pendapat mereka. termasuk kepada pegawai yang berkuasa atau Allah membinasakan mereka dengan kehinaan.
Masing-masing ada tugas sendiri. sebenarnya tugas dan tanggungjawab itu yang utama kepada Allah. Kalau buat kerja kerana umno maka layak bagi Allah melaknat atas mereka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan