ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Ahad, 28 Februari 2010
Ceramah PAS-PR
Jemputan untuk berceramah ialah dikalangan pemimpin yang terkenal dan atasan.
Ceramah umno penceramah yang tak dikenal dan yang dah terbuang.
mereka panggil omar khalid- orang PAS dulu cari makan dengan menjual keset tok guru.
Kamal saidin tak tahu dari mana datangnya
sedangkan pemimpin umno lenggong bertaraf
Ahli Parlimen,
exco
adun.
Sabtu, 27 Februari 2010
Ceramah umno
Dalam metro memetik berita bernama tiada PRK Perak?
Tapi kenapa metro yang keluar
mengapa dalam bernama
semacam sesuatu.
Jumaat, 26 Februari 2010
Umno dah berceramah dilenggong
Malam esok Forum perdana
Malam isnin - digeluk ceramah
bas disediakan.
Khamis, 25 Februari 2010
Begitulah media talibarut
mereka sengaja mengaitkap PAS. Jadi kita tuntut mereka minta maaf.
kalau aduka taruna kata sikit saja depa ambil tindakan.tapi nasir kata banyak lagi mereka tak kesah.
Prinsip keadilan
Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.
Ilmu Allah yang maha luas
Rabu, 24 Februari 2010
Aktivist PAS meninggal Dunia
Selasa, 23 Februari 2010
Ali Baba
Ilmu Allah
Isnin, 22 Februari 2010
Perarakan Maulidurrasul di Pulau Pinang
Bekas mufti Pulau Pinang (Mufti Perak) (ade orang kate beliau sebelum ini jadi mufti pulau pinang. kalau tak betul mintak maafle.) ada kenyataan.
sekarang kita baca apa yang adik Mufti Pulau Pinang Kata.
Umno bercelaru antara perarakan Maulid dan bertafakur depan Tugu Negara
Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini.
Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun Umno sapu bersih di kawasan Melayu.
Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara. Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan. Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.
Di antara fakta sejarah mencatatkan bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara. Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat. Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual semata-mata. Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu. Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk 'Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.
Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri. PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.
Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu. Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.
PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.
PAS menghargai jasa anggota keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu. PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.
Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan PAS Pusat
Pemimpin yang berjiwa besar
Seruan untuk blogger Rakyat
Berita Tipu dan menipu
1. Saya masih teringat kata-kata Mat Sabu dalam ceramahnya 10 tahun dahulu. Akhbar Utusan atau Berita Harian kerjanya menipu je. Yang boleh kita percaya dan betol beritanya hanya keputusan nombor ekor di akhbar tersebut.
2. So kata-kata Mat Sabu tu dah tak boleh diguna pakai lagi. Pada 14 Februari lalu di ruangan RALAT agaknya akhbar Perdana ni telah memohon maaf akan kesilapan tersebur. Bayangkan kepada kaki ekor yg dah melompat kononnya nombor tersebut adalah miliknya tiba-tiba nombor itu bukan yang sebenarnnya.
3. Moralnya di sini, usah percaya langsung mereka...barangkali.
Nak cerita penipuan mereka lagi,
Kenyataan Ustaz Hadi,
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.
Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.
Ketika ditanya wartawan "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?" Abdul Hadi menjawab begini:-
"Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."
Berikut ialah jawaban penuh beliau kepada soalan yang dikemukakan pihak media.ooo
Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?
Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. ayat tersebut dikatakan menyelar. lihatlah kejahatan pemfitnah (Pemberita asal yang dikesan ialah Bernama) ini.
Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?
Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.
Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?ooo
Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.
Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?
Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.
Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?ooo
Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.
Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?
Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.
Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?000Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.
Kenyataan Ust Tuan Ibrahim.
Laporan Sinar Harian tidak tepat – Tuan Ibrahim
Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.
Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka.
“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.
Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, menyebabkan apa sahaja keputusan Lembaga Displin dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.
Menurutnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan: ‘Hendak diluahkan mati mak, mahu ditelan mati bapak’.
Kenyataan itu jelasnya, hanya rekaan untuk mensensasikan berita tetapi sebenarnya ia tersasar jauh daripada apa yang saya sebut semasa dihubungi pemberita terbabit.Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah menerima permohonan maaf daripada pemberita berkenaan melalui khidmat pesanan singkat (SMS).
Kemalangan, berkorban,terkorban.
Sebelum itu ada menteri meninggal dalam kemalangan kapalterbang di johor.
Tahun 90an Dato Nazri kemalangan keretanya. Pemandunya meninggal dunia.
Bulan January lalu DS Nizar kemalangan - terlentang keretanya. tidak ada yang mati. DS Nizar dimasukkan ke Hospital dan khabarnya si zambry juga melawat.
Minggu lepas hari jumaat Dato Tajul juga kemalangan melanggar seorang penonggang motosikal dan penonggang itu mati.
Minggu lalu hari selasa Presiden PAS bukan kemalangan tapi berkorban menyelamat seorang yang sedang lemas dekat rumah Presiden PAS itu.
Cerita ini sebenarnya kemalangan yang melibat orang yang penting.
Ahad, 21 Februari 2010
Kemalangan, berkorban,terkorban.
Kemalangan DS Nizar - Kereta terbabas untuk mengelakkan berlaku kemalangan ke atas orang lain.
Kemalangan DS Tajol - Penonggang motosikal terkorban kerana gagal mengelak
Kemalangan (lemas) - Presiden PAS sekeluarga berusaha menyelamat mangsa yang lemas dan berjaya.
Presiden PAS Dihormati oleh TPM
1. betul dengan hak- jika dia membaca semua kenyataan ust Hadi.
2. betul dengan tongong dan bangang- jika dia hanya dengar cakap pemberita hasil dari putar belit berita.
Kalau TPM sebagai pemimpin yang berwibawa dia akan bercakap pada yang satu.
Kalau dia sebagai TPM yang bangang dia akan ambil yang kedua. maknanya dia masih tak tahu yang berita dari media perdana banyak memutarbelitkan. dan putaran belitan itu memalit sendiri.
Sabtu, 20 Februari 2010
Celakalah media talibarut
utusan sememang mengamal cara yahudi.
sekarang bernama pula turut tumpang
semoga media alternatif pakatan pantas dan cekap
Jumaat, 19 Februari 2010
Mari kita lihat siapa yang kena
2. C4 dan berkecai altantuya kita dah lihat siapa yang kena
3. Teoh Beng Hock tak tahulah siapa yang akan kena
4. Kapal tentera laut terbakar dah tahu agaknya yang kena
5. arak kepala lembu siapa pula
6. Bakar gereja
7. Bakau surau
8. Jual maklumat - belum tahu orang
9. Jual engin jet- dua orang
10. Kena serkap RM2juta- Setpol
11. Jual pasir ke singapura dah kena dakwa
12. Curi balak di gerik belum bunyi lagi
13. Yang merampas kerajaan negeri perak - belum kena kerana ada tangan ghaib
14. Kapal selam yang tak boleh selam - agaknya siapa yang akan kena atau tiada yang kena
Yang dah kena/dakwa
1. yang curi senjata
2. Yang dikatakan bunuh altantuya 2 orang
3. Kapal tentera laut terbakar- pegawai tentera laut
4. Engin jet
5. Setpol menteri
Yang terinaya
1. Ali Rustam tak boleh bertanding Timbalan Presiden- SPRM kata tiada kes rasuah. Badan disiplin umno kata ada kes.
2. DS Nizar- Dirampas kerajaan Negeri Perak.
3. DS Anwar- Difitnah dan di aibkan.
4. Speaker Perak - sampai jubah speaker direbut, yang diusung lagilah.
5. En Arif Fahmi- kena fitnah
6. Ceo Petronas- tamat kontrak petronas- orang lain dah nak masuk
7. Kerajaan PR Perak- menjadi kerajaan rakyat yang tidak berkuasa. kerajaan yang tidak dibubarkan tetapi tiada boleh menjalankan tugas. Mahkamah hanya kata zambry MB sah. Mahkamah tidak kata DS Nizar terlucut MBnya. Masih haru biru. macam pertarungan antara Labu dan Labi- semuanya kalah termasuk sudin yang menjadi pengadil.
8. Bekas TK Menteri Pulau Pinang- tiada kes rasuah SPRM
Yang terlepas
1 Tan Sri Khalid- Korban lembu tiada kes rasuah
Yang menginaya
1. Ibrahim Ali bertanding bebas atas lambang PAS - Lepas tu kata/serang balik ke PAS.
Yang gopoh gelojoh
1. Zulkifli Nordin- Dia dapat berita tak periksa dulu. Dia lupa ayat Qur an yang bermaksud " jika datang kepada kamu berita dari orang fasik hendaklah kamu siasat terlebih dulu" (INJAAKU FASIKUM BINABAIN FATABAIYANU)
Yang ada agenda tersembunyi.
1. Dato Zahrain
Yang menyebok
1. Mufti HaruSSani- Jadi imam solat hajat minta doa agar perampas/penyamun/pencuri (kerajaan negeri perak) menang bicara mahkamah persekutuan.
mencuri hukumnya haram.
menghalalkan yang haram hukumnya - tergelincir akidah. ( mengikut perjalanan Abu Jahl)
marah konon PP batal perarakan maulidurrasul.
dia lupa Mufti Pulau pinang juga anak Perak dari sungai petai Taiping- Anakanda Tuan Guru Haji Ahmad.
Tak tahu nak label apa
Tiga ekor katak Perak
seekor katak kedah
seekor katak selangor
Yang tengah naik tocang - tak berapa berani nak tarok nama
1. ?????
2. ?????
3. ?????
4. ?????
Nampaknya yang PR semua yang kanan-kanan
yang bukan PR yakni BN semuanya yang bilis-bilis sahaja.
tiap kali buang dadu tu yang ke depan yang 2 tanda. dapatkat sargen t Ibrahim juga. Pasaltu dilempar 3 kali sahaja. yang paling malang Sarif Dol. dari kaya jadi miskin.
Khamis, 18 Februari 2010
Mufti Harussani
Ceramah umno di Parlimen Lenggong
Rabu, 17 Februari 2010
Cerita dari khabar-khabar angin
KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya. -Kosmo
maka tak boleh dikatakan berita itu sebagai khabar angin.
Presiden PAS selamatkan orang lemas
(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)