ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 3 Februari 2010

DSAI yang difitnah

Membaca catatan R Sivarasa mengenai DSAI pastinya akan membuat setiap pembaca merasa geram dan marah terhadap penama-penama yang disebutkan. Pasti hati geram dari pembaca akah mengata Ya Allah kejam dan jahatnya penama itu. Pasti sumpah seranah dihamburkan kalau tak boleh kuat tetapi dalam diam.
Dalam bahasa diam hamburan sumpah seranah serta caci maki itu penama-penama buat tak endah sahaja. Mereka begitu kerana hati budi mereka telah mati. Hati iman mereka telah tiada. perasaan muslim telah menjadi kufur. Mereka telah menjadi dalam rupa manusia tetapi bukan manusia. Apakah mereka aman. Lihat wajah mereka. Lihat gaya cakap mereka. Harini mereka berbangga dengan keangkuhan mereka. Mereka sombong kerana sumpah seranah orang tidak terkena kepada mereka. Mereka angkuh kerana caki makian orang tidak mendatangkan mudahratkan mereka.
Mereka juga gelak besar dan mendabik dada kerana doa dan solat hajat orang keatas mereka tidak menjadi apa. Mereka gelak dang angkuh kerana mereka kebal, tak dimakan sumpah, tak ditelan bala, mereka takabur kerana doa orang tak mampu menumpaskan mereka.
Sememangnya mereka amat megah. Apakah hati mereka senang dan tenang. Ada ayat menyebut maksudnya "jangan kamu sangka mereka senang malah mereka juga merasai kesakitannya"
Yang telah mati orang sebut kehinaannya. Yang masih hidup satu persatu penipuan terserlah.
lihat sahaja kepada pegawai felda yang telah mati dikatakan menipu akan harga sawit. Hina keluarga yang ditinggal menanggung aib yang dibuat sendiri. Tun Mahathir menjadi PM 22 tahun tetapi menipu (tak beritahu) rakyat kelantan yang dari bumi kelantan telah mengeluarkan minyak. Peguam Negara yang dah dilantik jadi hakim dan telah mati tetapi sebelum itu jatuh dan koma mati dalam keadaan koma. Orang kenal akan Tan Seri Mohtar. Ramai lagi yang angkuh dan kelihatan mereka hebat tetapi derita didalam diri mereka saja yang tahu.
Nun jauh pengganas yang berhati iblis sehingga kini tak diketahui hidup atau telah mampus iaitu ariel sharon bekas perdana menteri yanhudi yang telah melakukan kezaliman pembunuhan ke atas manusia arab. Thaksin yang dekat diutara menyelunkur turun dari takhta PM thai kerana serangan jahat ke atas umat islam selatan thai.
Jadi penama-penama yang jahat itu diberi ingat sejarah akan berulang. Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan. Kumpulkanlah wang sebanyaknya kalau anda sangka wang itu boleh mengampun dosa kamu. Kamu akan hilang kuasa kamu dimamah usia. tetapi wang boleh beli segalanya. Tak perlu bagi kamu untuk meminta maaf kepada Anwar setelah kemu hina dia. Tak perlu bagi kamu bertaubat atas apa yang kamu buat kepada Anwar kerana kamu akan terus menghina dia.
Kamu boleh hidup senang dengan menghina Anwar. Tapi bila kamu mati hanya kamu yang akan tahu apa yang ada sisebaliknya. Kamu tak akan tahu berapa yang akan sembahyang ke atas kamu. kamu pun tak akan tahu dimana akan dilempatkan jasad kamu. Adakah jasad kamu akan di semadi di makam pahlawan atau dibuang ditepi longkang menjadi makanan anjing tidak juga kamu dapat merasai kesakitan untuk dikabarkan kepada yang masih hidup. Peringatan ini untuk yang beriman. Kalau macam ariel sharon tak guna pun.
Barangkali catatan ini tidak sedikitpun mendebarkan penama yang disebutkan.
Bagi yang waras dan budiman selayaknya memanjatkan doa semoga keadilan diperolihi oleh DSAI dan kemusnahan yang hina kepada yang jahat sombong dan takabbur.
Semoga Allah melaknat mereka itu- amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan