Hampir pasti yang melakukan curi balakni bukan orang Pakatan Rakyat. Kalau orang Pakatan Rakyat pastinya dah kena cekup. Nasib YB titi Serong cepat buat laporan kalau tidak Pegawai Khas mana pulah yang akan disebutkan dalam TV kena cekup oleh SPRM.
ikuti berita seterusnya.
Ke lokasi kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur barat gerik kali 2PKR Gerik, Tuesday, February 2, 2010
.fullpost{display:inline;}
Semalam bermula jam 6.00 petang dari hentian rehat perah gerik kami meninjau sekali lagi ke kawasan kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur gerik. Turut bersama rombongan ini YB Idham Lim Abdullah ADUN Titi Serong, Ustaz Razman YDP PAS Kawasan Lenggong, Saudara Mohamamad Noor Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik serta Unit Amal dari Gerik serta Lenggong.
Apabila rombongan ini sampai ke kawasan berkenaan didapati jalan masuk ke kawasan ini telah dibuatkan satu lubang besar mungkin menyekat kenderaan dari memasuki kawasan itu,nampak macam baru saja dikorek kerana sebelum ini tinjauan kali pertama ia tidak bergitu. Apabila memasuki jalan masuk kawasan ini 2 papan tanda telah dijumpai yang telah dicabutkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan