The Malaysian Insider Berniat Jahat Terhadap PAS
Posted on Tuesday, June 08 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: admin_ann
Pokok tidak bergoyang, angin tiada ribut pun tiada. Tiba-tiba The Malaysian Insider cuba memainkan isu yang telah lama selesai di dalam PAS. Muktamar PAS sentuh keberkesanan gandingan Hadi, Nasharudin?
Isu kerajaan perpaduan, isu Ust Nasa, isu Hasan Ali, isu hubungan presiden PAS dengan timbalannya adalah isu lapuk dan tidak pernah timbul di mana-mana mesyuarat kawasan dan negeri, tiba-tiba dicanang menjelang Muktamar PAS ke 56 seolah-olah ada tangan ghaib dibelakang Malaysian Insider yang sedang cuba mengucarkacirkan ikatan ukhuwwah dikalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS dan yang lebih penting kelihatan cuba mengalih perhatian perwakilan di muktamar PAS daripada isu “lain” yang lebih besar.
Tidak ada satupun nama kawasan yang diberikan oleh Malaysian Insider dan tidak ada seorang pun nama pimpinan yang disebut bagi menyokong hipotesis mereka. Mereka ibarat menahan bubu di air tenang mengharap puyu dan haruan terperangkap. Rencana yang disiarkan ibarat surat layang yang hanya layak dibaca oleh mereka yang terencat akalnya sahaja.
Kalau setakat nak mencipta sensasi, carilah modal lain yang lebih profesional dan mematuhi etika kewartawanan yang lebih berintegriti. Apa bezanya Malaysian Insider dengan Utusan kalau beginilah corak pemberitaannya.
Yang jelasnya ada pihak sedang gusar dan takut melihat kesepakatan di dalam Pas kerana itulah tunjang kekuatan yang bakal menjadikan PAS lebih kuat dan lebih relevan untuk PRU ke 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan