ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 9 Jun 2010

Tugas DSAI selepas Dinafikan hak

DSAI hendaklah melawat ke kawasan MP yang mengusulkan DS ke JK Hak. DS juga kena pergi ke-kawasan PM yang menafikan hak DS. termasuk kawasan Speaker dan Timbalan Speaker. Semoga rakyat dalam PRU13 nanti menolak mereka. Semoga selepas PRU13 mereka telah tiada di Parlimen Malaysia. Mereka menjadi kalimat sejarah.
ingat nama berikut
Dato Nazri - Padang Rengas
Speaker
Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar)
Nancy Shukri (BN-Batang Sadong)
Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran)
Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah).

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 9 Jun - Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan melanggar Peraturan Mesyuarat 83(7A) apabila menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diwakili peguam pilihan pada sesi pendengaran dakwaan hubungkait 1Malaysia dengan One Israel yang dipelopori kedua-duanya oleh firma komunikasi antarabangsa pro-Zionis, Apco Worldwide.

Selasa lalu Anwar mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga pengerusi jawatankuasa parlimen itu memohon untuk diwakili oleh peguam pilihannya.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mewakili Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa tersebut berkata keputusan tidak membenarkan Anwar diwakili peguam, Datuk S Ambiga dibuat selepas lapan ahli jawatankuasa itu membuat undian berhubung permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Disebabkan wakil Pakatan Rakyat hanya dua orang di dalam jawatankuasa tersebut keputusan menolak permohonan Anwar sudah dijangka daripada awal.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 83(7A), seseorang ahli parlimen berhak diwakili peguam dalam sesi pendengaran itu.

"Kita bersetuju jika Apco mahukan peguam mewakili tetapi pada masa yang sama kita juga mahukan Anwar juga dibenarkan diwakili peguam.

"Kita telah mengusulkan supaya Anwar dibenarkan diwakili peguam tetapi dalam proses pengundian yang diadakan pagi tadi, majoriti ahli jawatankuasa tidak membenarkan Anwar diwakili peguam," ujar Sivarasa pada sidang media di lobi parlimen petang semalam.

Tambahnya, wakil syarikat Apco Worldwide dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz akan dipanggil oleh jawatan kuasa itu pada pukul 11.30 pagi hari ini untuk memberikan keterangan sementara Anwar pula tidak dipanggil hadir semasa sesi pendengaran tersebut.

Berhubung tindakan jawatankuasa yang menghalang ahli parlimen Pakatan Rakyat daripada mendengar sesi pendengaran itu, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat tidak memberikan sebarang respons berhubung isu berkenaan.

Tambah Sivarasa, mengikut prosedur dan amalan di parlimen United Kingdom, seseorang ahli parlimen berhak hadir dalam apa-apa mesyuarat jawatankuasa dengan syarat tidak mengambil bahagian.

"Dengan itu mana-mana ahli Dewan Rakyat berhak mengikuti mesyuarat jawatankuasa tapi malangnya usul tersebut di tolak," kata beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika usul tersebut diterima ini akan menunjukkan ketelusan jawatankuasa itu tetapi malangnya telah ditolak menerusi undi majoriti ahli parlimen Umno-Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut diwakili tujuh ahli parlimen yang terdiri daripada Pandikar Amin sebagai pengerusi dan enam anggota iaitu, Karpal, Sivarasa, Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan