Walaupun Dato kita tu pergi ke England tapi yang riuh rendah di dalam negara. Macam-macam telah dituduhnya. Kita kena peringat kat Dato Zaid yang bila balik nanti dia kena mengadap polis. Sebab polis dah kata begitu semalam.
Mudah sungguh bagi Dato Zaid berjumpa dengan RPK dan Bala. Belanja Ais kacang saja boleh jumpa dan bergambar pulak tu. SPRM janji nak ambil keterangan dari Bala tiba-tiba batal rancangan itu kenapa. Kata atas nasihat peguam negara. Bimbang atas faktor perundangan barangkali. Soalannya kenapa batal pemergian itu. Pergilah juga dan kalau takut atas perundangan belanja saja Bala dengan cendol dan duduk sembang-sembang off rekod. Bila Bala cerita siapa yang terlibat dalam kes Altantuya diam saja. Bila balik katakan kami makan cendol bersama bala saja. Mula kami nak belanja tetapi bala yang nak bayar jadi Balalah yang bayar. Habis cerita. Merasa melawat england pegawai SPRM tersebut. Rasanya tiada siapa yang nak dakwa pegawai tu agaknya atas makan angin saja-saja. Dari batal penerbangan yang dah ditempah rugi saja. Apakah batal tiket kapalterbang tu tak kena duit? Kalau tak kena duit maka itulah pasalnya Mas rugi.
Dato Zaid boleh jumpa kedua top men itu sedangkan Menteri polis sendiri kata dia hairan? Apakah sistem pengawasan keluar masuk negara begitu lemah sekali sehingga orang yang keluar dan masuk tak diketahui. Dituduh orang bersubahat bawakeluar orang pasaltulah menteri dan polis tak tahu. Orang yang masuk tak diketahui pun ada seperti Altantuya sehingga si hisyamuddin tak dapat jawab di Parlimen.
Yang beribu malah ratusan ribu PATI boleh pulak dikesan. RPK dan Bala keluar negara polis tak tahu. Altantuya masuk dalam negara polis tak tahu.Tapi bila zaid dan peguam bala pergi dan jumpa kedua top men itu aaa jaga depani.
Macam mana boleh tak tahu orang keluar masuk. Shafie Afdal yang tersedar yang dia akan terbang bersama DSAI dalam satu penerbangan pun tahu dan segera batalkan penerbangannya. Keadaan itu sebenarnya kerana takut nak duduk satu flight dengan DSAI.
Macam mana tak boleh jumpa dengan RPK dan Bala? Semua tahu kehebatan polis Malaysia. Peguam Negara Malaysia juga hebat. Dalam kes perbicaraan dalam malaysia semuanya menang. Kes MB Perak peguamnegara sebagai pencelah juga menang. Tapi yang diluar negeri kes batu putih bukan saja menang malah menang-menang kata rais yatim.
Hebatnya Peguam Negara dalam kes engin jet. zahid hamidi kata peguam negara telah berjaya bawak balik enjin tersebut. Sedangkan harga engin tersebut kata zahid hamidi hanya sekitar RM300,000 sahaja. Tetapi RPK yang tahu banyak tentang jenayah kemanusiaan yang mati dan memalukan negara tak dapat dibawa pulang. Malah khabarnya tiada siapa yang tahu dimana RPK berada.
Dalam semua tak tahu RPK berada tiba-tiba Dato Zaid dengan sembawa nak belanja ais kacang dah boleh bergambar dengan RPK termasuk Bala sekali. Mudah benar. Murah benar. tak banyak karenah benar rupanya two top men ni.
Betulkah itu gambar Dato Zaid. Mana tahu kalau dieditkan macam gambar masa PRK Hulu Selangor dulu? Gambar dulupun keluar muka depan juga.
Dalam apa-apa hal cerita yang hangat diperkatakan sekarang memperlihat temberang umno-bn. Rakyat tidak akan mudah terpedaya begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan