ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 31 Januari 2011

BN Mengajar Rakyat Menipu

Digalas bn mengajar rorang asal menipu ketika berjanji. Maka berjanjilah orangorang asal terhadap Tok Guru bila mengundi mereka menipu. Maka doa orang yang tertipu maka Allah turunkan bencana alam tanah runtuh di Gua Musang. Maka rakyat yang diajar menipu dan mengamalkan menipu menjadi mangsa dengan malapetaka tersebut.
Ditenang seakan seperti itu. BN ajar rakyat agar menjauhi Tok Guru dan orang yang seiring dengan Tok Guru. Natijahnya sebelum mengundi dah datang bala dari Allah. Rakyat juga yang menderita. Berapa ramai yang mengambil itu sebagai iktibar.
Pastinya tidakramai. Tiada siapa yang menduga apa yang berlaku di Tunisia. Tiada siapa yang jangka akan merebak kepada Mesir dan Yaman. Kejadian-kejadian yang berlaku itu kerana kezaliman pemerintah. Berlaku zalim dan menipu rakyat untuk kepuasan sendiri. Berlaku zalim untuk mengaut hasil mahsul negara.
Lebih dahsyat lagi berlaku zalim dalam menafikan hak rakyat. Di Mesir hak rakyat Palestin untuk mendapat bantuan melalui jalan dan perairan Mesir dinafikan. Sebabnya Mesir menjadi sekutu bagi yahudi Laknatullah. Keadaan di Mesir menjadi kacau dan celaru. Di tenang juga hak mengundi bagi orang yang dilanda banjir dinafikan maka banjir manjadi bala. Sepatutnya pengundian ditangguhkan tetapi SPR menjadi zalim. Zalim SPR seperti zalim pemerentah Mesir kerana itu sekarang Hosni Mubarak sekarang berhadapan dengan celaka maka SPR juga akan berhadapan dengan celaka dan laknat Allah. Sememangnya kepada manusia yang zalim itu kecelakaan terlalu hampir.

Rabu, 26 Januari 2011

SELANGOR MAY REFER AMENDMENT ISSUE FOR JUDICIAL REVIEW - MB

SHAH ALAM, Jan 24 (Bernama) -- The issue of amending the Selangor Constitution seems to be far from over.

The Selangor government, which failed to garner the two-third majority needed to approve the amendment at the special sitting today of the state assembly, plans to refer the matter for a judicial review.

"I want to make a change. This change is necessary. I know there are many games in politics, but it is different in management. Otherwise, the efficiency of administration cannot be gauged," he said when winding up the debate at the special sitting.

Abdul Khalid said he would travel throughout Selangor, even in Barisan Nasional (BN)-held constituencies to explain that the PKR-DAP-PAS government had tried in vain to elevate the institution of the monarchy.

"I hope we can all learn together. Why mustn’t we make a change? We are taking care of Selangor. We are elected representatives. Don''t tell me we want to allow the federal government to obstruct development of the state," he said.

-- MORE

ASSEMBLY-SELANGOR (WINDUP) 2 (LAST) SHAH ALAM

Abdul Khalid said what happened today was history and would be recorded in the Hansard of the house and would be remembered and referred to for the future of the country to be better and open.

"To the assemblymen who did not agree with the amendments, I say that it is alright. No hard feelings.

"I extend my thanks to the BN assemblymen who attended the sitting and participated in the debate," he said.

-- BERNAMA

SHS AKT MGN

Penderhaka

Mahathir penderhaka, Umno pengkhianat!


Posted on Monday, January 24 @ 05:08:37 PST by paktam
Berita

Petikan Malaysia Insider

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penderhaka” dan Umno sebagai “pengkhianat” sehingga menyebabkan kuasa Sultan dimansuhkan menerusi pindaan awal 1990-an.

“Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr Mahathir sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir adalah penderhaka dan Umno adalah pengkhianat,” kata beliau ketika berucap membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.



Kata beliau, media yang dikuasai Umno digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen Umno dari Perak yang mengingatkan Raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-raja tidak dapat kekal lama “malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium . . .,” kata Azmin lagi.

Justeru soal Azmin, siapa yang memansuhkan kuasa Sultan Selangor untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat menteri besar.

“Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi,” kata beliau.

Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu.

“Antaranya, seorang Ahli Parlimen Umno berkata ‘adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas’,” katanya.

Azmin juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.

Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, “tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja”.

“Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993.

“Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada,” katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

Azmin menambah, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin jelas hari ini.

Ketika itu Lim dipetik berkata “semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini.”

Kata Azmin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama dengan kekebalan tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Perkara 145(3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan.

“Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit Umno menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum.

“Dr. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan pihak Eksekutif terlalu kebal,” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Perdana Menteri semasa Datuk Seri Najib Razak hanya meneruskan sistem yang dibina oleh Dr. Mahathir.

“Justeru itu, rasuah dan salah guna kuasa semakin berleluasa dan menjadi budaya dalam pentadbiran Umno,” katanya lagi.

Usul pindaan dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim

Dacing membuatkan kita hari-hari rimas dan merisaukan

Sedutan dari Tranungkite

CIKGU DAN DACING


Siapa pernah lupa pada cikgu aminuddin (kapal layar,dacing,exco jelebu, tukang tulis surat tunku dan akhirnya masuk PAS)cikgu kadir, cikgu sarip, cikgu samsul,cikgu brahim cek mat sekadar menyebut sebilangan mereka yang pernah bergelar YB atas lambang dacing.

Mereka-mereka ini adalah cikgu yang banyak berjasa, disegani, dihormati. cikgu yang layak diangkat untuk memimpim - barangkali. Sebetulnya ramai lagi cikgu yang berjuang untuk agama bangsa dan negaranya atas lambang dacing tika itu atau sebelum itu. pendekkata cikgu dan dacing ibarat lagu dan irama. Terima kasih cikgu!

20, 30, 40 tahun selepas itu nama cikgu kian pudar, kian pupus, kian dilupakan oleh dacing. Cikgu bagai tiada tempat untuk duduk berdiri sebaris mengangkat kegemilangan dacing. Cikgu bagai dilupakan, cikgu sekadar mengajar, cikgu cuma dilihat bergelut dengan kerenah anak murid dan kerenah PIBG. Cikgu tinggal cikgu hinggalah pencen.

Dacing kini diwarnai oleh kelompok elit, dacing dijaga oleh golongan bangsawan dan kaya raya. Dacing dipelihara oleh anak beranak hartawan. Dacing bukan lagi pedulikan rakyat. Dacing tempat lubuk menambah khazanah dan keturunan. 2,3 minggu lepas aku terbaca satu artikel dalam SINAR HARIAN berkaitan cikgu dan politik. Penulis seolah-olah tercari-cari apakah kegemilangan cikgu dalam arena politik satu ketika dulu akan muncul kembali, selain mengharapkan batang tubuh anak muda dari rembau 'cikgu bard' bakal mewarnai arena politik negara.

Lalu... tiba-tiba muncul seorang cikgu, CIKGU WANITA di selatan tanahair yang aku kira agak berani barangkali. banyak berjasa, dihormati, disegani dan layak memimpin tampil berkorban demi menabur bakti untuk anak bangsa, agama dan negara. Namun apa yang pasti, 'cekgu bard' dan cikgu ini tidak lagi mengibarkan bendera dacing. mengapa...? Kerana, dacing bukan lagi tempat untuk mereka. Dacing dan cikgu sudah terpisah barangkali. Cikgu yang berjasa, dihormati, disegani, disenangi dan layak memimpin tiada tempat dalam dacing. Dacing kian senget dari agenda membela. Dacing membuatkan kita hari-hari rimas dan merisaukan, lalu mana mungkin dacing dan semangat kental cikgu dapat bersatu kembali.

Nah sekarang... untuk pengundi-pengundi DUN Tenang. Bertenang dan pilih/pangkahlah cikgu kita. CIKGU NORMALA. untuk mengembalikan zaman kegemilangan cikgu. cikgu yang berjasa, cikgu yang dihormati dan disegani, cikgu yang disenangi.

CIKGU YANG LAYAK KITA ANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN. "

Soalan bodoh dari seorang TPM

TPM persoal motif sidang DUN S'gor.......m'siakini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan motif kerajaan negeri Selangor mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1...959. "Apakah usul yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) itu perlu? Adakah benar usul itu untuk memperkukuh kuasa Sultan atau ada tujuan peribadi dan kuasa Menteri Besar? "Apakah muslihat di sebalik itu (sidang khas itu). Itu yang lebih utama," katanya kepada pemberita di Labis hari ini.

Tak perlu diulas. Tidak memberi sokongan kepada usul tersebut bermakna derhaka kepada Sultan. Sedangkan umno yang secara sengaja melucutkan kuasa Sultan.

Tolak usul bukti BN makhluk dua alam
Harakahdaily

KUANTAN, 26 Jan: Keengganan Adun Barisan Nasional Selangor untuk menyokong pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, khususnya pada Perkara 52(1) untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan telah mendedahkan sikap hipokrit mereka dalam laungan mempertahankan institusi raja di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kiasannya berkata apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor Isnin lalu menunjukkan bahawa para pemimpin Barisan Nasional adalah makhluk dua alam yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Pakatan Rakyat sedar implikasi sebelum pindaan dibuat, namun dengan andaian bahawa Umno yang war-warkan isu penderhakaan pada raja akan kekal dengan prinsip tersebut; namun dengan apa yang berlaku jelas mereka adalah makhluk ‘dua alam’ yang tidak boleh dijadikan pimpinan, selar Tuan Ibrahim.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 berhubung soal perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ditolak kerana gagal mendapat restu dua pertiga majoriti Dewan Undangan Negeri.

Walaupun mendapat sokongan kesemua 34 Adunnya, Pakatan Rakyat kekurangan 4 undi untuk menjayakan usul tersebut apabila tiada seorang pun daripada 20 Adun Barisan Nasional yang berani menyokong usul tersebut.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga membayangkan apakah nasib yang bakal melanda kepada Adun Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka bertukar tempat dengan Adun Barisan Nasional.

“Saya boleh bayangkan seandainya PR yang menolak usul tersebut, media akan menyerang habis-habisan dan pasti akan berlaku demonstrasi mendesak Adun kita untuk letak jawatan, dan keluar dari Selangor,” ujar Tuan Ibrahim.

Secara positifnya pula, Tuan Ibrahim berkata disebabkan BN yang menolak usul tersebar, ianya bakal mempunyai implikasi yang lebih besar kerana ianya adalah gambaran sebenar sikap kerajaan pusat terhadap kedudukan raja berperlembagaan.

“Sepatutnya mereka rasa malu dan sebagai wakil yang bermaruah, mereka sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Adun. Bagaimana mereka nak jadi pemimpin seandainya isu kedaulatan raja tidak lagi dihormati?” tambah Tuan Ibrahim.

Lesen TV/Radio- GST Bermula


Sebelum dimansuhkan
Lesen TV- RM24.00 setahun
Radio RM12.00
Sekarang
Gaverment service tax (6%) dari amaunt yang dibeli.
Kalau pakeage terendah RM37.95 maka GSTnya 6% kena bayar RM2.28
Yang dahulu semua rakyat tentang BN teruskan juga dan mula rakyat rasai ialah Astro.
Hancur Umno

GST dilaksanakan juga.

1 Malaysia

Dulu masa Rais yatim lesen Radio TV masih ada dan rakyat kena bayar. Lepas beliau lesen radio/tv dimansuh
sekarang 1malaysia
lesen radio TV tetap tiada tapi rakyat kena bayar yang lain pulak.
itulah 1Malaysia
Sesengguhnya sememang celakalah yahudi dan pengikutnya.
Celaka yahudi
celaka apco
celaka yang ambil apco sebagai penasihat.


Isnin, 24 Januari 2011

Bersalaman- Beritahu jangan paksa-paksa

MCA tak tahu dan mereka berkata begitu.
Manakala yang mengetahui macam harussani dan perkasa kenapa marah beritahusajalah. Ni sampak paksa - paksa tak baguslah.
Tapi kelau beritahu saja pun lagi kacau pasal MCA tengok apa yang rosmah buat sampai main dekat pipi tu macammana.
Mengapa yang MCA kata saja yang dimarahi.
MCA kata begitu pasal umno tipu mereka. Buat majlis di tempat lain ditipu kata buat majlis di Kg Chain. Yang kena tipu itu Timbalan Presiden pulak tu. Si jamil khir tak tegur rosmah. tapi nak berkokok beruk macam orang baru lepas minum todi. Begitukah seorang menteri yang baru balik dari haji.
Barangkali di makkah dia mencari kubur abu jahal dan abdulah bin ubai.

UMNO Tak mahu PM tahu Ahlinya Mati

Akhbar pro-Umno itu hari ini di muka surat 5 di bawah tajuk ‘PAS terbukti memfitnah PM’, mengatakan Perdana Menteri itu dalam lawatannya ke Felda Tenang, 18 Januari lalu tidak diberitahu kematian Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd pada jam 2.30 pagi sebelum itu.

Akhbar tersebut memetik sumber daripada Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.

Letih juga Iman tu nak jawab. Letih juga mereka yang gali kubur tu. Mudah ceritanya suruh orang umno gali semula kubur itu dan angkat jenazah itu mandi kapan dan sembahyang lepas itu panggil PM atau TPM datang ziarah. Katakan saja tok imam yang solat dulu tu tak sah.
agaknya tentu orang akan mengutuk kepada cadangan ini.
Pastinya lagi teruk kutukan kalau umno buat seperti cadangan itu.

Makna perkataan fitnah.

Bila PAS kata PM lupa ziarah utusan kata PAS fitnah PM. Memang pun PM tak ziarah sebabnya kerana dia tak tahu. Jadi utusan tuduh PAS hina PM. Agaknya kalau PAS kata PM tak ziarah tak tahu apa yang ditohmahkan oleh utusan meloya itu.



Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan
Harakahdaily

LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.

"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.

Haji Razman ketawa

Kenapa beliau ketawa?
Beliau ketawa kerana umno lenggong berjaya menipu Menteri kesihatan, umno lenggong berjaya menipu kementerian kesihatan.
tempat yang dilancarkan klinik hari sabtu itu bukan kampong Chain tetapi kampong Batu Dinding.
Dato Samsul bukan orang lenggong jadi dia pun tak tahu.
Dato Sharani orang Raban lagi tak tahu hal itu.
nanti kita nak tulis surat kepada menteri kesihatan akan penipuan itu. Kita juga akan tulis nota bagi tahu kepada kementerian kesihatan dan pejabat kesihatan negeri.

Celakalah kepada pembawa fitnah

Dalam hal ini gua memang betul2 tak puashati...!!!!
Lu orang puashati ke...???? dengan penyalahgunaan harta kerajaan untuk kempen pilihanraya...????
Helikopter tersebut milik Tentera Udara DiRaja Malaysia bhaiiii.... bukannya hak milik barisan nasional atau umnoapco...

Presiden umnoapco nak pergi berkempen pilihanraya... pergi jelah dengan apa cara sekalipun, jangan pergunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.... !!!! kalau teringin sangat nak pergi berkempen naik jet ke... helikopter ke... parti umnoapco kan banyak duit... belilah sebijik helikopter, lepas tu letak lambang dacing karat dengan logo kepala lembu umnoapco...

Ini di belasahnya helikopter TUDM, segala kosnya di tanggung oleh kerajaan dan duit kerajaan tu datangnya dari mana....????

Takan seorang yang bergelar Perdana Menteri tak tau membezakan antara jawatan dalam kerajaan dan jawatan dalam parti. Antara urusan rasmi kerajaan dan urusan kempen parti... ni nak panggil bodoh...atau tidak ... duit rakyat diorang buat macam duit mak bapak diorang jer....

Semoga Allah turunkan ribut taupan bila mereka menggunakan helikopter bawa pemimpin umno.

Umno yang menipu

Ni nak cerita yang berlaku dilenggong hari sabtu lepas. Ramai yang tak perasan ramai juga dah meluat menyampah.
umno bukan saja menipu orang lain tapi orang besar juga kena tipu.
Siapa yang kena tipu.
1. Timbalan Presdden MCA
2. Ketua Pengarah Kesihatan
3. Kalau Timbalan Presiden boleh ditipu bagaimana dengan MCA
Ternyata yang marah dan kecewa ialah yang terpaksa pergi dan kena tipu pulak.
Kehadiran yang meramai itu datang dari staf kesihatan dari seluruh perak. Jadi semua kakitangan kesihatan ditipu kerana milege politik umno lenggong.
tengok gambar dibawah
dia gambar menunjukkan tempat acara itu di kampong Chain
manakala tempat itu sebenarnya bukan kampong Chain.

Celakalah kepada pembawa fitnah

PRK Tenang:
Pemfitnah Cikgu Mala Pasti Terima Balasannya.. Fitnah ‘Zina’ Tidak Berasas - Normala.. mstar LABIS:
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan te...rhadapnya adalah tidak berasas sama sekali. “Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.
“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu. Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.
Pecacai-pecacai yang dikenali sebagai Suara Dari Bumi, Pas Beruk, Papa Gomo, Mahadi Bin Mahbol, Stingrays VII dan Azmy Awang Kelana Jaya mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan. Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.
“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya. Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah ‘zina’ itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS. “Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini. “Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut,” katanya.
Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas. Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh........ Setiap fitnah yang direka-reka akan pasti berbalik kafarahnya kepada si pembikin-pembikin fitnah kerana demikian janji Allah s.w.t.
"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah seorang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan) kemudian mereka tidak bertaubat maka untuk mereka azab neraka jahanam dan azab yang membakar". - Al-Buruj 10

Ya Allah timpakanlah kecelakaan kepada (
Suara Dari Bumi, Pas Beruk, Papa Gomo, Mahadi Bin Mahbol, Stingrays VII dan Azmy Awang Kelana Jaya) dengan kecelakaan dan kehinaan yang amat pedih.

Mengharu-birukan

Dia kata"kerajaan negeri tidak menghalang beliau daripada menghadiri persidangan hari ini kerana tiada surat dihantar kepada beliau menyatakan beliau tidak boleh hadir untuk mesyuarat hari ini."
Maknanya tiada surat untuk halang dia tetapi adakah dia dapat surat untuk hadir? boleh jadi tiada jugalah agaknya.
Surat halang hadia tiada, surat suruh hadir juga tiada. Dia hadir juga dan tak masuk dewan sambil ambil makanan(dia sorang pulak tu)

Badrul hadir tetapi duduk di bilik media

Harakahdaily

SHAH ALAM, 24 Jan: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini tetapi hanya duduk di bilik media dan tidak memasuki dewan.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim minggu lalu dan surat kekosongan kerusi juga telahpun dihantar kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

(Gambar: Badrul dilihat berhampiran bilik media tetapi tidak masuk ke Dewan)

Teng telah mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong pada 20 Januari, 2011 selepas beliau gagal menghadiri sidang Dun lebih enam bulan.

Beliau juga menolak alasan Badrul yang tidak menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan itu dan menyifatkan ianya satu penipuan.

Badrul memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak menghalang beliau daripada menghadiri persidangan hari ini kerana tiada surat dihantar kepada beliau menyatakan beliau tidak boleh hadir untuk mesyuarat hari ini.

Namun beliau tidak memasuki Dun tetapi berada di bilik media sahaja.

Sabtu, 22 Januari 2011

Apakah kehendak umno

Mengikut kata penasihat undang-undangnya- Seperti di DUN Melaka, Speaker hendaklah memaklumkan kepada SPR bahawa ADUN merlimau telah meninggal dunia jadi terserahlah kepada SPR untuk bermesyuarat untuk mengesahkan bahawa telah berlaku kekosongan itu. Jika Speaker istiharkan dun itu telah kosong maka adun yang dan jadi boleh fail di mahkamah seperti diperak. jika adun tidak fail SPR boleh fail dimahkamah untuk tangguh PRK.
Orang akan gelak besar terhadap kenyataan itu. tapi ianya dalam keadaan sekarang akan jadi kenyataan.
umno yang banyak menipu akan berbuat apa saja sehingga menipu berdarat seperti yang berlaku di Lenggong ketika ini. Kampong Batu Dinding dikatakan kampong Chain. Ketua kampong tersebut diam membatu diri kerana elaun tinggi.

Gambar

Tak tipu bukan umno. Situ bukan kampong Chain.

Majlis pecah tanah itu dikatakan di Chain. Tapi orang lenggong cuba dibodohkan dan dibangangkan. Sungguh tak layak bagi umno menipu orang lenggong sendiri. Kalau nak tipu orang lain ditempat lain tak mengapa.
Adakah tempat itu Chain?
Orang kampong disitu tentu kecewa. Pergi tanya cikgu Aziz Debok adakah disitu Chain?
Pergi tanya General (B) Ghazali Che Mat adakah tempat itu namanya Chain?
Malang Dato Saidin telah tiada. Tapi Boleh tanya Dato Umar atau Dato Talha. Hj Razman Pasti ketawa walaupun kampongnya Luat sebab dia tahu kampong itu bukan Chain.
Dato Shamsul orang luat tapi tidak tak tahu kampong itu. Dato Shaarani orang Raban juga tak tahu kampong itu lantas dibannerkan sebagai kampong Chain.
Kelau perkara sebegitu pun nak tipu sememangnyalah tidak layak bagi umno memerintah kerana menipu dan menyusahkan orang.

Gambar yang tidak menipu



Lenggong sesak harini

Majlis Pecah tanah Polyklinik di lenggong pagini menyebebkan keadaan pekan lenggong sesak dengan kenderaan dari banyak tempat.

Rabu, 19 Januari 2011

Kenapa Najib Takut

Kalau kajian isis dibawah adalah tepat? kenapa harus Najib menolak debat dengan DSAI?
Barangkali KP ISIS itu sekadar pengampu sahaja. Sanggup dia mencemarkan status Drnya.

Malaysia bankrap jika laksana program Buku Jingga?
Harakahdaily

Dalam laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.[1]

Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu: 1) Program tersebut semata-mata bersifat agihan dan tiada usaha untuk mencambah ekonomi; 2) Subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali; serta 3) Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat perbandingan terperinci dengan mendalami Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk meneliti kritikan-kritikan tersebut. Secara kesimpulannya, KPRU berpendapat bahawa ketiga-tiga hujah yang menjadi asas kritikan ISIS adalah songsang dan tidak berasas.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat bersifat agihan


Berdasarkan Buku Jingga yang bertajuk Agenda Pakatan: Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama.[2]

Program 100 Hari Pakatan Rakyat hanya merupakan permulaan kepada reformasi tersebut yang berasaskan Dasar Bersama. Dasar-dasar pertumbuhan ekonomi yang lebih luas disebut dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menyentuh ekonomi berprestasi tinggi, berkemahiran tinggi, ekonomi telus, desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri, tenaga kerja dan lain-lain.[3]

Maka Program 100 Hari Pakatan Rakyat merupakan program konkrit yang bakal (atau mula) dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat, dan sebab itu adalah kurang adil jika program 100 hari didakwa bersifat agihan dan tidak mengutamakan perkembangan ekonomi. Sebagai sebuah badan pemikiran bersejarah, ISIS seharusnya memahami bahawa dasar pertumbuhan memerlukan pembaharuan dan transformasi berbentuk struktur yang berjangka panjang, malah program 100 hari adalah sekadar permulaan kepada agenda reformasi ekonomi politik Pakatan Rakyat.

Malaysia akan muflis jika melaksanakan Program Pakatan Rakyat

Kedua, ISIS juga menuduh bahawa dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga Malaysia mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali. Untuk membuat perbandingan, nisbah hutang isi rumah dan hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Greek, Itali dan Malaysia telah diberikan seperti yang berikut:



Definasi bankrupsi bagi sesebuah kerajaan adalah apabila hutang kerajaan tersebut telah melepasi KDNK (nisbah melebihi 100%) dan tidak mampu menjelaskan hutang bon. Greek berada dalam risiko bankrupsi apabila pemegang bon bimbang bahawa kerajaannya tidak dapat menjelaskan hutang bon bernilai AS$23 bilion yang matang pada April dan Mei 2010.

Situasi Malaysia jauh berbeza berbanding dengan situasi Greek. Hutang kerajaan Malaysia berada pada paras 53.7%, manakala hutang Greek dan Itali mencecah 126.8% dan 116% masing-masing. Penambahan RM19.2 bilion ataupun 3.68% daripada KDNK tersebut tidak akan mengakibatkan Malaysia muflis.

Lagipun, punca utama krisis hutang Greek adalah disebabkan korupsi dan rasuah, yang mana juga diperakui oleh Perdana Menterinya George Papandreou. Dalam Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan Greek adalah pada tangga ke-78, lebih teruk daripada Malaysia yang menduduki tangga ke-56.[10]

Maka kita boleh menyatakan bahawa, walaupun tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan Malaysia adalah semakin teruk, tetapi adalah kurang bertanggungjawab jika kita membuat kesimpulan secara tergesa-gesa bahawa Malaysia akan muflis jika melaksanakan pakej 100-hari tersebut yang hanya akan membelanjakan RM19.2 bilion. Lebih-lebih lagi, seperti apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen UMNO Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, kerajaan BN masih gagal menjelaskan ketirisan dan kebocoran berjumlah RM28 bilion yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.[11] Jika RM28 bilion ketirisan ini dapat dijimatkan, kerajaan masih dapat menikmati lebihan sebanyak RM8.8 bilion selepas pelaksanaan Program 100 Hari Pakatan Rakyat,

Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta


Menyentuh kritikan ISIS terakhir bahawa Dasar Pakatan Rakyat menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta, KPRU berpendapat bahawa sebenarnya Dasar Bersama Pakatan Rakyat amat mengutamakan daya saing negara, malah juga bertekad merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan agar menjadikan ekonomi Malaysia berdaya maju.[12]

Apa yang ditolak dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah penswastaan yang membebankan rakyat, struktur subsidi yang menguntungkan kroni dan korporat besar, sistem tender yang tidak adil, telus dan terbuka, serta sistem cukai yang regresif. Maka Pakatan Rakyat bukan menyerahkan segala pengurusan ekonomi kepada kerajaan tetapi sekadar mengembalikan peranan kerajaan yang sebenar (reinstate the role of the government) sementara merombak semula sistem sedia ada yang mengekang pertumbuhan sektor swasta.

KESIMPULAN

KPRU berpendapat bahawa ISIS harus mengkaji Dasar Bersama dan juga Program 100 Hari Pakatan Rakyat secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membawa hujah dan membentangkan kenyataannya. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sebuah badan pemikiran yang berwibawa membuat dakwaan secara suka hati dan tidak berasaskan fakta dan analisa konteks program tersebut.

Dakwah PAS yang terbuka.

Isteri Lee Kuan Yew meninggal Tok Guru Ziarah. Keluarga Sosilawati Tok Guru Ziarah. Keluarga Kugan Tok Guru Hantar sumbangan dan simpati.
PAS berdakwah bukan sahaja kepada yang hidup malah kepada yang telah pergi. Bagi keluarga yang telah meninggal PAS ziarah dengan harapan keluarga itu bersabar.
Sebaliknya umno tidak begitu.

Fan Yew Teng kawan PAS
Subky Latif

PADA malam 5 Januari 2011 lalu saya hadir dalam satu majlis khas memperingati mendiang Fan Yew Teng anjuran DAP pusat di Dewan YMCA Kuala Lumpur.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, Dr. Chen Man Hin, Pengerusi DAP Karpal Singh antara yang hadir. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjadi orang pertama dari sebaris orang kenamaan kenalan mendiang Fan memulakan kata-kata kenangan terhadapnya sebagai seorang perwira negara terbilang yang hidupnya amat sederhana.

Fan meninggal dalam usia 68 tahun di Bangkok awal Desember lalu kerana mengidap sejenis penyakit kenser. Dia adalah seorang pimpinan muda DAP sejak awal menjadi MP termuda pada tahun 1969 seangkatan dengan Lim Kit Siang, Lee Lam Thye yang sudah tidak ada dalam DAP dan Goh Hock Guan, Setiausaha Agung DAP yang kedua yang juga hilang dari politik.

Entah mengapa Fan yang pernah memangku Setiausaha Agung DAP semasa Lim Kit Siang ditahan di bawah ISA telah terpisah dari DAP menyertai beberapa NGO menentang perang Amerika dan imperialis di mana-mana di dunia. Dia membela semua orang yang tertindas dari setiap agama dan bangsa.

Tetapi hujung 90an dia kembali ke dalam DAP dan mati sebagai seorang DAP.

Saya adalah antara orang PAS yang dijemput untuk memberi kata-kata penghormatan kepada Fan kerana saya kenal dia sejak dia mula menjadi Ahli Parlimen.

Saya kenal Fan sebagai antara orang Cina yang menjadi kawan kepada PAS sejak orang bukan Melayu masih takut kepada PAS dan dia muncul di majlis PAS ketika PAS menghadapi kesukaran untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat bukan Islam.

Kemudian apabila PAS memperkenalkan sisipan bahagian Inggeris Harakah, maka Fan menjadi kolomnis yang setia. Sehingga setahun lalu tulisannya tidak ada lagi dan saya tidak tahu mengapa. Saya tidak tahu tentang keuzurannya. Saya tahu dia pulang menghadapi Tuhan apabila membaca tulisan Lit Kit Siang mengenanginya di Harakah.

Usaha awal PAS untuk mendekati masyarakat bukan Islam awal tahun 80an, Fan sudah tidak ada dalam DAP. PAS Wilayah Persekutuan menganjurkan beberapa seminar mengenai Islam dan perundangannya di Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur Fan sering hadir sebagai pembentang kertas kerja dan peserta yang aktif.

Ketika itu PAS pantang bertemu dengan DAP. Sebarang kerjasama PAS dan DAP amat sensitif. PAS amat takut menemui DAP kerana ia akan menjadi momokan besar Umno yang sukar dipatahkan. Bahkan DAP pula tidak berani mendekati PAS kerana ia akan menjadi modal besar MCA yang menyulitkan DAP.

Maka Fan Yew Tenglah orang yang berani hadir ke tengah orang PAS. Sejak itu saya menyarankan untuk berbincang dengan DAP. Kedau-duanya tidak bersedia. Yang bersedia ialah Fan yang memimpin sebuah parti kecil serpihan DAP yang dikenali SDP.

Saya bertemunya beberapa kali di Ipoh bagi mengadakan persefahaman pilihan raya menjelang PRU 1986. Selepas itu dia tidak meneruskan politik partinya itu tetapi tetap cergas dalam NGO menentang kezaliman.

Ada yang memberitahu saya Fan mempelajari banyak aspek kemurnian Islam terutama keadilannya. Dalam ucapan dan tulisannya selalu memetik aspek keadilan Islam sebagai mana yang acap dibuat oleh pimpinan muda DAP sekarang termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sehingga ada yang menyangka Fan mungkin menganut Islam dan ramai yang mengenalinya mengharapkan dia bertukar agama.

Tetapi kami tidak dapat mengubah kepercayaan seseorang. Hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian.

Pada PAS kalau Fan tidak boleh menjadi Islam, kita sudah cukup gembira dia menjadi kawan kepada orang Islam dengan menjadi seorang yang cenderung dan berfikiran Islam. Adalah satu rahmat kalau semua Malaysia boleh menjadi Islam. Tetapi ia suatu yang tidak dapat difikirkan. Kita sudah bersyukur kalau rakyat seperti Fan menjadi kawan kepada Islam sebagai rakyat yang berfikiran Islam di samping mempunyai pegangan agama sendiri.

Fan adalah rakan yang memulakan kecenderungan itu dan sekarang orang bukan Islam yang menjadi kawan kepada PAS berada di mana-mana dalam masyakat kita. Orang yang menjadi kawan PAS itu adalah kawan Islam.

Muafakat berkawan antara PAS dan DAP yang payah dipecah oleh musuh politik mereka sekarang adalah satu sambutan menggalakkan yang dimulakan dengan penglibatan Fan lebih 20 tahun dulu.

Penampilan awal Fan itu dapat saya kira sebagai penampilan DAP menjadi kawan PAS yang setia. Maka pemergian Fan dalam suasana PAS dan DAP sedang meningkatkan setiakawannya adalah satu kehilangan yang besar.

DS Nizar di Parlimen Lenggong semalam


Bermula dengan program muslimat
seterusnya pembukaan cawangan PAS di Lata Papan
Bersama pengundi cina di Ayer Kala
Ceramah di Air Ganda

memperjelaskan kepada rakyat pembohongan dan penipuan umno kepada rakyat.
Rakyat perlu bangun dan menolak umno-bn.

Isnin, 17 Januari 2011

Dari Roket


Ucapan oleh Lim Guan Eng dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihan raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 16hb Januari 2011:

Hampir RM2 juta untuk mewujudkan setiap pekerjaan baru menunjukkan ketirisan (leakages) ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihan raya besar akan datang

Kerajaan BN telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod. Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihanraya besar akan datang. Jelas yang akan bengkerapkan Negara bukanlah Program 100 Hari PR tetapi amalan rasuah dalam BN.

Sebaliknya Program 100 Hari PR akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara. Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Idris Jala sendiri yang telahpun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bengkerap pada 2019.

BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Malaysia mengalami Gini coefficient ataupun ketidakadilan perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara. Kumpulan termiskin golongan bawah 40% penduduk hanya memiliki 14.3% pendapatan negara sedangkan golongan atas 20% memiliki 50% pendapatan Negara. Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40% penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan.

Golongan ini yang akan dibantu oleh Program 100 Hari PR yang di antara lain manambahkan insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka FELDA, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuhraya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bengkerap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.

Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:

  • Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan

  • Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada 2010

  • Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9

  • Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.

Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam 3 tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan.

Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Perseketuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR.

Siapa yang kenal dengan Benar Betul

semalam teruk juga UMNO belasah kita. Hj Razman mcm kita nak jawab hujah mereka ? Siap dengan fakta lengkap ..susah kita mcm ni ....dari risikan yg diterima ramai terpengaruh

Dia menulis pasal ceramah dilenggong malam ahad kelmarin. Jadi kalau beliau jujur sila beri butiran yang di perkatakan oleh penceramah supaya dapat YDP menyediakan data dan fakta. Tiada susahnya jika ada maklumat yang lengkap. Tuliskan saja dan masukkan dalam FB YDP>

Ceramah umno di lenggong

Hari sabtu malam ahad kelmarin.
Hadir puluh orang sahaja.
sampai jam dua belas juga.
ceramah itu nak menjawab ceramah pengerusi ANAK dan pengerusi BAPA
Penceramah suruh pergi tengok rumah orang felda dulu macam mana sekarang macammana?

Ulasan penyokong PAS PR " Kalau hujah begitu yang dibawa buat rugi saja umno bawak penceramah yang merekakata tersohor itu.
Baik Mazlan Aliman atau Hj Razman PAS dan PR mengemukakan hujah berdasarkan fakta.
ANAK dan BAPA membangkitkan fakta kos untuk penyelenggaraan bagi tanam semula. Kos yang dilakukan oleh syarikat suwasta lebih rendah dibanding dengan kos yang dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Segala usaha mereka itu semata untuk memberi elaun kepada penceramah undangansupaya ada kerja. sedangkan mereka telah menyusahkan kakitangan awam.

Kepada PAS-PR telah ditetapkan nak buat ceramah tak boleh dibuat di rumah. tapi ceramah umno di lenggong itu dibuat dirumah. Manakala permohonan permit dibuat dalam tempoh yang amat singkat.

lihat mereka menyusahkan pihak berkuasa polis pula. Kalau polis tak bagi permit apa akan jadi? harus kena jawab atau tukar barangkali.

Sememangnya itulah kerja jahat umno serta para penyokong dan pengampunya.

Kedaulatan dan kuasa Rakyat

PAS alu-alukan kebangkitan rakyat Tunisia
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jan: PAS mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekian lama.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT.

Apatah lagi, kata beliau sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

“Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Menurutnya, Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya dikenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama.

Sedangkan, ujarnya mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.

Rakyat Tunisia berjaya menggulingkan Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun bermula sejak kira-kira empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selepas dihalang ke Perancis oleh Presiden Perancis Nicholas Sarkozy.

Calon Pakatan Rakyat

Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com
Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, sepanjang ingatan saya seorang tokoh muslimatnya - Normala Sudirman, 38 - didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.

Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS.

Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.

Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya.

Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.

Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.

Namun jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan, mana tahu.

Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kemampuannya bekerja, mengatur strategi dengan tepat, menemui sebanyak mungkin pengundi dan sebagainya. Ini adalah pilihan raya kecil bersekala besar, justru ia menarik perhatian semua pihak.

Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.

Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.

Sementara itu dalam ucapan di malam perisytiharan calon PAS itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam
suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya,” katanya.

Beliau menambah, bahawa Pakatan Rakyat sedar, pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. “Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun Presiden PAS itu meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Semakin hampir hari penamaan calon dan hari mengundi, suasana di Labis semakin rancak. Para pemimpin dan penggerak parti kebanyakannya sudah berada di Tenang untuk membantu kempen calon PAS, Cikgu Mala agar memenangi Dun ini.

Mereka akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tenmpat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat.

Cikgu Normala akan berada di tengah gegak gempita kempen ini dan kita yakin beliau kenal ramai dengan rakyat pelbagai kaum di kawasan itu, justru kiranya ini memberikan peluang yang baik kepada beliau untuk mendapat sokongan.

Normala akan bertemu dengan para pengundi di tiga kawasan Felda di Tenang, yang kononnya selama ini menjadi kubu kuat Umno/ BN. Tanggapan ini biasalah, tetapi tidak mustahil pengundi Felda, khususnya generasi baru akan mengundi Normala.

Beliau juga akan menemui sebanyak-banyaknya pengundi kaum Cina dan India dan diharapkan pengundi ini akan memilih calon Pakatan Rakyat ini disebabkan pengundi bandar biasanya melihat faktor isu dan seumpamanya.

Walau apapun keputusannya nanti, Cikgu Normala telah tampil sebagai tokoh muslimat dan pemimpin masa depan PAS dan sudah tentu beliau akan meneruskan perjuangannya.

Jumaat, 14 Januari 2011

Ketokohan YDP PAS Lenggong


Hanya yang buta hati dan dengki serta berakhlak buruk (munafik) sahaja sanggup merapu menghambur fitnah ke atas beliau.

Dakwah Tok Guru Nik Aziz Merentasi Sempadan Negara


Manifestasi dari PAS for All dan Islam untuk kesejahteran sejagat. Ucapan simpati itu merupakan suatu syiar kerana semua manusia itu bersaudara.
Kezaliman dan menipu adalah musuh manusia. umno dan bn yang mengamalkan kezaliman dan penipuan adalah musuh kepada manusia.

Nik Aziz simpati mangsa banjir di Queensland
Harakahdaily

KOTA BHARU, 13 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Queensland, Australia.

“Saya mengucapkan takziah dan menyatakan rasa simpati bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga Malaysia yang terlibat dengan bencana banjir di Queensland, Australia,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Justeru, beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berharap semoga mereka bersabar dengan ketentuan Allah Taala.

“Insya allah, kita akan mempertimbangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menyampaikan bantuan setakat termampu kepada warga Malaysia di sana,” ujarnya.

Harakahdaily difahamkan terdapat kira-kira 500 warga Malaysia di Queensland.

Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane.

Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas.

Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini.

Pada 30 Disember, sebahagian besar kawasan Queensland Selatan dan Tengah, iaitu kawasan seluas jumlah gabungan keluasan Jerman dan Perancis, sudah terjejas akibat banjir.

Sekitar 300 batang jalan raya ditutup, termasuk sembilan lebuhraya kebangsaan. Landasan keretapi pengangkut arang ditutup dan banyak tapak perlombongan yang dilanda banjir.

Pakatan yakin komitmen PAS

Pakatan yakin komitmen PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Jan: DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno.

"Saya penuh yakin, PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat walaupun telah bertemu dengan para pemimpin Umno itu," kata Lim Kit Siang dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.

Sebelum mesyuarat itu, Lim Kit Siang bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar.

Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengenai pertemuan itu.

Bagi Anwar, Umno terlalu terdesak sehingga membuat perancangan untuk bertemu pemimpin PAS sedemikian rupa.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, pertemuan yang diadakan di Istana Terenganu di Kuala Lumpur itu diadakan atas jemputan Yang Dipertuan Agung.

Ia dibuat menggunakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebagai 'posmen' semasa kunjungannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ekoran pertemuan itu timbul pelbagai spekulasi di dalam blog sehinggalah dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini dan penjelasan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan hari ini.

Zaman cabar mencabar mencabar

DSAI cabar PM, PM kata no tiada faedahnya.
tapi Khairy pula cabar DSAI.
Yang menghantar cabaran itu ialah Naina. yang terima surat cabaran itu Cikgu Burd.
Rakyat boleh tengok siapa yang jujur.
Khairy nampak nak bodek Najib.
Kalau Khairy betul anak jantan cabar saja cikgu burd atau ketua AMK.
Baru gentleman. ini apa?
Hantar naina siapa naina lawan naib ketua pemuda pun kalah.
yang menang jadi naib ketua pun sengap dia pula yang kalam kelibut. sememangnya dia selalu kelam kelibut.

Rabu, 12 Januari 2011

DS Nizar Di Air Ganda Temenggor

Insya Allah 18 January 2011

Jemput beramai-ramai.
Gambar hiasan tahun lalu.

Orang yang tak cerdik

orang itu terima wang ehsan di Pulau Pinang. dan dia juga yang menghantar balik wang itu tapi bukan kepada Kerajaan Negeri tetapi tak tahu dimana. Dia mendakwa dia orang susah. macamlah orang umno lenggong yang komplain dengan kata ajk PAS lenggong hanya orang luat sahaja.
Kalau nak bodohkan orangpun biarlah cerdik.
Ada orang yang tak cerdik memberi komen terhadap YDP PAS lenggong. Dikatakan tak cerdik kerana dia mengaku dia AJK PAS Lenggong. Itulah perangai orang umno. hanya yang serupa mereka sahaja yang akan tertipu dengan tak cerdik mereka itu.

Kita boleh berharap tapi nak beri kepercayaan ?

Dikatakan ada kes lagikan kalah inikan baru nak siasat.


SPRM siasat Adun kerana penipuan tanah
Harakahdaily

IPOH, 12 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sedang menyiasat kes seorang Adun di negeri ini berikutan dakwaan penipuan tanah seluas 300 ekar di Kerian.

Menurut sumber Harakahdaily yang turut menjadi salah seorang saksi kes itu, beliau telah dua kali dipanggil oleh pegawai SPRM untuk memberikan keterangan dalam kes itu.

"Mereka (pegawai SPRM) kata, kalau tidak ada apa-apa masalah, dakwaan akan dibuat tahun ini juga terhadap YB itu," kata beliau.

Adun berkenaan yang merupakan seorang kakitangan kerajaan sebelum menjadi calon BN dalam pilihan raya umum 2008 didakwa memperalatkan 30 orang lain untuk mendapatkan tanah yang terletak di Jalan Selamat, berhampiran dengan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kerian.

Permohonan tanah ini dibuat ketika Adun berkenaan masih kakitangan kerajaan iaitu pada tahun 2002 lalu.

SPRM mula menyiasat kes ini pada tahun 2010 selepas mendapat laporan mengenainya. Ia berupakan tanah untuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang dipohon oleh kira-kira 30 orang tetapi berakhir dengan dimilki oleh syarikat milik Adun ini.

Modus operandinya adalah setiap orang akan menandatangani borang permohonan tanah kerajaan itu tetapi ia kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat untuk dimajukan.

Yang peliknya, pada setiap borang itu, ia mempunyai cap jari pihak lain, tandatangan orang lain dan gambar juga orang lain.

Sepatutnya, setiap pemohon yang terdiri dari 30 orang itu akan mendapat 3 ekar tanah setiap peserta.

Namun, apabila telah diluluskan, tanah itu sudah menjadi milik syarikat yang dikuasai oleh Adun berkenaan.

"Saya diminta menandatangani permohonan tanah itu secara tidak sedar ketika bekerja di sana. Rupanya, ia adalah permohonan tanah dari kerajaan dan diserahkan kembali kepada syarikat milik YB berkenaan," beritahu saksi berkenaan kepada Harakahdaily.

Selasa, 11 Januari 2011

Apa DSAI

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

Rakan karib

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

NONEKelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

NONE“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.

Tiada tafsiran lain

azlan“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

azlan“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Isnin, 10 Januari 2011

Khamis, 6 Januari 2011

Lagi Pening

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim. NONE"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami. "Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Bagaimanapun mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor hanya boleh mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar.

Bagaimana angkat sumpah itu?
sahke atau tidak.

Zaman sekarangni orang yang bersumpah dan melakukan khianat terhadap sumpahnya tak jadi ape-ape. tak terkena dimakan sumpah. Kerana Allah tak turunkan laknat kepada pendusta dan pengengkar sumpah. Malah orang lain pulak yang tak bersumpah yang terkena.
Jadi kita tengok kepada SUK selangor yang baruni. Tak jadi apapun kepadanya. Dan dia akan berbuat apa yang diarahkan oleh yang melantiknya.

Semua rakyat selangor dan penyokong PR bermunajatlah mohon perlindungan Allah dan mohon semoga Allah melaknat kerja buat jahat orang yang membuat angkara ini di Selangor dan di seluruh negara.

Rabu, 5 Januari 2011

Susah juga nak tahu ye

Kalau begitu bagaimana kes Sosilawati? alahai lagilah susah.

Apakah keputusan terhadap kematian TBH

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

NONEMenurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.
Dari Malaysiakini.

Pertembungan cuba mengaitkan Istana

Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu.

Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam.

Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin.

Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, "Bila Umno tersepit, minta PAS bersama." Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya.

Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu.

"Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Semoga Allah menyegerakan laknatnya kepada Penjahat itu

Bukti Pemalsuan Ujian DNA Dalam Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim Tahun 1998

SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011

Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,

(Solicitor General of Malaysia)

Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.

Block C3,Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2. Berkaitan dengan “Ministerial Statement” oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato’Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato’Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.

3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai “sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam”. Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan “competent authority” untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan “Decision on Revision” oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

“Suffice for me to say I agree with learned SDPP’s submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto.”

5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan “competent authority” membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan “competent authority” untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai “sah” atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini “once and for all”.Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk “administrative purposes” sahaja dan tidak melibatkan pengambilan “kuasa penuh” Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai “Decision on Revision” di-hadapan Hakim YA Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah “statutory requirement”,atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil “without fear or favour”,sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam “Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya”,walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk “to come clean” untuk menyelesaikan kemelut ini.

9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi 5.1.2011)