ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Ahad, 31 Julai 2011

Lagi bongkar penyelewengan/kelemahan daftar undi SPR!!

Dizaman infomation di hujung jari ini SPR masih hendak menipu. Bersih minta digunakan dakwat kekal mereka nak gunakan Biometry. Sepatutnya guna dakwat terlalu mudah dan murah untuk mengelakkan penipuan pengundi hantu dan pengundi berganda.

31 July 2011

Lagi bongkar penyelewengan/kelemahan daftar undi SPR!!

Kali ini dua orang pengundi memegang nombor ic 250622715425 dan 380424715016 yang bernama BASRI BURU BIN ALIMIN dan SOESSJE SCWANNE JETTY SILVANA GROENEVELD. Dari nama yang ditunjukkan, kedua-dua individu ini tidak memiliki nama seperti nama rakyat Malaysia yang biasa. Sebaliknya nama mereka seperti berasal dari luar Malaysia samada Indonesia atau lain tempat..



Apa yang peliknya kedua-dua pemilik nombor ic ini tidak wujud datanya dalam laman semakan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN. Tetapi nama kedua-dua pemilik nombor ic ini wujud dalam data sebagai pengundi di laman semakan Pendaftar Pemilih SPR.

Seperti biasa, untuk mengesahkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang benar, bukan rekaan, bukan cerita bohong, bukan hikayat dongeng, silalah ke website rasmi SPR dan semaklah sendiri klik sini [ SPR -http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/ ]

Tambah menguatkan lagi penyelewengan ini, hasil semakan di laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa nombor kad pengenalan 250622715425 & 380424715016 yang tertera di atas adalah tidak wujud. Nombor tersebut adalah nombor hantu atau toyol tak percaya sila semak sendiri, klik sini [ JPN -http://www.jpn.gov.my/semakic/ ]

Ni lagi sekali ic nya - 250622715425 & 380424715016

Selamat Mencuba ^^

-Selatan Online-

Cerita Bazar Ramadhan Lenggong.

Harga borang RM10.00
Harga satu tapak RM150.00
Jumlah RM160.00
Bila si zambry kata tak kena sewa kepada bazar ramadhan
duit tak dikembalikan dikatakan pula sewa khemah pulak.

ertinya mudah,
tahun 2009 si zambry rompak kerajaan pakatan rakyat.
tahun 2011 sizambry menipu rakyat dan merompak dari rakyat.
kalau keadaan ini belrlaku di lenggong ditempat lain tentu jadi juga.
Penjaja boleh pasang khemah mereka. tetapi dan menjadi amalan perompak

SPRM perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas kematian Teoh Beng Hock

Kenyataan media oleh Ean Yong Hian Wah di Shah Alam pada hari Sabtu, 30hb Julai 2011:

SPRM perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas kematian Teoh Beng Hock

Walaupun saya tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, iaitu beliau didorong untuk membunuh diri, tetapi ia telah jelas menunjukan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas kematian Teoh Beng Hock. Ini seperti apa yang ditulis didalam laporan tersebut:

[119] Setelah mempertimbangkan semua keterangan secara menyeluruh, kami mendapati bahawa TBH telah didorong untuk membunuh diri oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keji yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai SPRM tertentu yang melibat dalam operasi yang sedang berjalan oleh SPRM Selangor pada malam 15hb dan memasuki pagi 16hb.

[225] Semasa sesi soal siasatnya, TBH terpaksa berhadapan dengan jaguh-jaguh soal siasat SPRM seperti Arman yang merupakan pembuli [yang akan memanipulasikan saksi untuk mendapatkan keterangan], Ashraf yang merupakan pendera [seorang yang penuh tipu muslihat[berlagak seperti Machiavelli] dalam caranya bagi mendapat bukti] dan HH yang merupakan seorang ketua yang angkuh [yang tidak ragu-ragu untuk berbohong asalkan hasratnya tercapai, biar dengan apa cara sekalipun].

Jikalau kita meneliti kes ini, operasi untuk menyiasat peruntukkan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor secara besar-besaran pada tahun 2009, merupakan satu tindakan yang berunsur politik untuk merampas kuasa dan menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor yang dirancang oleh Barisan Nasional. Ini boleh kita ketahui melalui laporan di para [183] dan [184] bahawa bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim melancarkan operasi ini "hanya didasarkan atas kepercayaan semata-mata dan tidak disokong oleh fakta-fakta sokongan" dan "mengerakkan keseluruhan SPRM Selangor serta mendapatkan tenaga kerja sokongan daripada pejabat-pejabat SPRM yang lain untuk tujuan ini". Laporan tersebut juga membongkar kemungkinan besar kebabitkan Dato¡¯ Seri Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor di dalam kes ini.

Malang sekali, Ketua Bahagian MCA Serdang dan juga bekas ADUN Seri Kembangan Dato' Liew Yuen Keong serta peminpin-peminpin MCA memutarbalikkan fakta dan kisah sebenar kematian TBH dan cuba untuk melindungi pegawai-pegawai SPRM yang bersalah. Sebenarnya, tindakan MCA dan Barisan Nasional dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata untuk merampaskan kuasa di negeri Selangor akhirnya menyebabkan kematian TBH.

Dalam masa dua tahun ini, DAP dan juga badan-badan NGO telah banyak kali menganjur forum dan perhimpunan aman untuk menuntut keadilan dan mencari kebenaran terhadap kematian TBH. Tetapi kita tidak pernah melihat peminpin-peminpin MCA menyertai dan mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti tersebut.

Apa yang belaku pada 25hb Julai di depan Dewan Orang Ramai Seri Kembangan merupakan sebuah lakonan Dato' Liew dan peminpin-peminpin MCA untuk mendapat publisiti murah. Mereka berpakai baju kuning dan berpura-pura menjadi sebagai "kawan baik" TBH. Sebenarnya, selama dua tahun ini mereka tidak pernah melakukan apa-apa untuk menegakkan keadilan untuk TBH. Gambar-gambar yang kita tunjukkan telah jelas menunjukkan bahawa Dato' Liew dan peminpin-peminpin MCA telah menperalatkan pelajar-pelajar untuk mendemostrasi di depan dewan tersebut. Dato' Liew dan peminpin-peminpin MCA telah berbohong dengan mengatakan mereka merupakan kawan baik kepada TBH.

Tindakan yang tidak bermoral ini perlu digutuk dengan sekeras-kerasnya. Mereka bukan sahaja berbohong, tetapi juga tidak hormat kepada mendiang TBH.

Pelukis logo 'ADIL' Syed Ahmad meninggal dunia

Pencinta kebebasan merasai kehilangan beliau. Gambaran beliau bersama A Samad Said menyerlah misi perjuangan. Semoga Rohnya mendapat keampunan Ilahi dan beliau sentiasa di sisi para solihin- Pas Lenggong.
Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam semalam.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedMenurut Bernama, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.

Allayarham sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedSyed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Tindakan itu menyaksikan penyokong tegar Umno yang tidak berpuas hati dan menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedBeliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

"Inilah kuasa rakyat" - Dr. Jeyakumar

Kuasa rakyat bermakna kepada pemimpin yang jujur dan cekal. Tahniah Dr Jeyakumar, anda pemimpin rakyat yang cekal, anda sebaris dengan pemimpin besar PR.

Tidak seperti beberapa katak lompat. mereka diberi amanah oleh rakyat selepas itu mereka khianat dan mencaci maki pemimpin Pakatan Rakyat.

"Inilah kuasa rakyat" - Dr. Jeyakumar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D Jeyakumar menyifatkan pembebasan beliau bersama lima aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dari tahanan Ordinan Darurat (EO) sebagai kuasa rakyat.

Beliau berkata demikian sewaktu disambut ahli-ahli PSM dan aktivis di perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.

“Terima kasih semua. Jika tidak kerana anda semua, kami masih di dalam. Ini kuasa rakyat. Bukan kerana polis yang membebaskan kami,” katanya.

Beliau merupakan bekas tahanan pertama tiba di KLSCAH, kira-kira jam 8.15 malam selepas dibebaskan di balai polis Jinjang kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Beliau yang tiba dengan kenderaan yang diapndu peguam, Edmund Bond disambut dengan laungan ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat.’

Lebih 50 orang aktivis PSM, parti politik dan NGO menunggu di KLSCAH sejak petang tadi bagi menyambut keenam-enam mereka yang ditahan sejak 28 hari yang lalu.

Kira-kira jam 8.45 malam, kesemua mereka iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu tiba di sana dan disambut dengan penuh kegembiraan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menyambut pembebasan EO6 dan menyeru hadirin supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan Ordinan Darurat.

“Kita perlu pastikan institusi dalam negara tidak blagi diperkotak-katikkan oleh kerajaaan yang mahu memerintah selama-lamanya,” kata Nurul Izzah.

Turut berada di KLSCAH adalah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.

Keadaan di dalam dewan penuh dan di luar dewan, vigil terus diadakan bagi memperingati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini yang meninggal dunia sewaktu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiap hari sejak penahanan mereka, acara nyalaan lilin dijalankan di pintu masuk di lokasi tertentu termasuk pintu depan Bukit Aman manakala Dr Jeyakumar melancarkan mogok lapar semalam sebagai protes terhadap penahanan tidak sah itu.

Pemuda PAS sangkal video polis

Hilang kepercayaan terhadap polis.
Pemuda PAS sangkal video polis
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 30 Julai: Seorang pemuda tampil menyangkal video polis disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30, mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis.

“Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan,” katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.

Lan berkata, sebagai anggota Amal dari Pahang beliau ditugaskan untuk mengawal pemimpin di KL Sentral yang sedang membuat sidang media di Hotel Hilton untuk berarak ke Stadium merdeka.

Tambahnya, mereka menunggu pimpinan turun dari di Hotel Hilton, kira-kira pukul dua petang dan dianggap tempat yang paling strategik dan penting kerana menghimpunkan paling ramai pemimpin.

“Antara pimpinan yang ada di situ ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, Tian Chua, Khalid Samad, Dr Zul. Ambiga, Pak Samad dan AJK Bersih. Kami menanti pimpinan di KL Sentral dan saya lihat selepas itu entah dari mana datangnya, kurang lebih 2,000 orang anak muda mengelilingi pimpinan yang turun tadi.

“Lepas itu kami berarak masa itu tengah hujan renyai-renyai berhampiran terowong di situ. Sebenarnya kami ingin bergerak ke hadapan, tetapi FRU sudah menutup dan membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata kiri, kanan, depan dan belakang.

“Saya sendiri mendengar suara kuat seorang pegawai polis yang mengarahkan menembak gas pemedih mata tepat ke arah peserta, bukan seperti biasanya ditembak ke atas. Jelas tembakan itu untuk paling kurang mencederakan peserta jika tidak membunuh,” ceritanya.

Tambah Lan, oleh kerana kawasan tertutup dan polis menembak gas memedihkan mata jadi mereka terpaksa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Katanya, polis pula gunakan taktik merempuh peserta perhimpunan dan membantai dengan belantan supaya rebah lalu memberkas mereka. Namun ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang melarikan diri ke kawasan pembinaan dan patah balik ke dalam kompleks KL Sentral.

“Dengan mata yang kabur kerana dilepaskan bom asap oleh polis, saya lihat seperti kiamat kecil. Depan mata saya lihat, Pak Samad terbaring, Khalid Samad berdarah kepala. Masa itu juga saya lihat pembantu Anwar, Fayaad tercedera.

“Saya bersama Pemuda Amal untuk menyelamatkan diri daripada polis yang mengejar untuk memberkas kami, terpaksa masuk semula ke dalam kompleks untuk menyorok. Jadi tidak langsung provokasi kami kepada polis, yang ada ialah untuk menyelamatkan diri termasuk Tian Chua,” ujarnya.

Lan menganggap di KL Sentral tempat paling teruk menerima tindakan keras daripada polis dan paling ramai anggota keselamatan yang lengkap dengan trak serta kenderaan lain kerana di situ paling ramai pemimpin Bersih.

“Tapi kami tidak pernah merasa serik dengan hambatan dan rintangan yang berlaku, bahkan jika dipanggil untuk memperjuangkan hak-hak rakyat seperti Bersih, saya bersedia untuk turun lagi ke Kuala Lumpur,” katanya bersemangat.

Sabtu, 30 Julai 2011

EO6: Tak perlu ucap terima kasih


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

“Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat,” tambah beliau yang juga Adun Manir.

Kata beliau, nampaknya kerajaan sedar dan terpaksa akur terhadap kesalahan mereka dan akhirnya terpaksa membebaskan aktivis tersebut.

Beliau berkata, aktivis tersebut mempunyai haknya yang dijamin oleh Perlembagaan dan kerajaan tidak berhak merampas hak tersebut.

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.

Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.

“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.

Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.

“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.

Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.

Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.

Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.

Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.

Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.

Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.

Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.- saman kerajaan

Salahuddin, Mahfuz fail saman kerajaan
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.

Tindakan saman tersebut akan dilakukan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya kepada Harakahdaily.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur jam 1.01 petang.

Dalam laporannya itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai 2011 lalu lebih kurang pukul 11.50 pagi, beliau bersama Datuk Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.

Apabila tiba di KL Sentral di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk KL Sentral, seorang anggota polis lelaki berbangga Melayu menahan mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu pegawai polis berbangsa India dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya.

Seorang pegawai polis lelaki berbangsa Melayu, katanya, telah bertanya kepada beliau, adakah beliau tahu terdapat perintah melarang beliau memasuki Kuala Lumpur?

"Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke Lokap Polis Jinjang," ujarnya.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi saya," katanya.

Sementara itu, peguam Zulhazmi ketika ditemui menjelaskan, tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas PDRM, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Berita Lenggong beberapa hari lepas

Hari rabu pemimpin umno lenggong membuat beberapa program di kg sumpitan iaitu pergi kerumah penduduk kampong sumpitan sambil menyerah bungkusan beras tepung dan sebagai nya. Ada peristiwa yang berlaku yaitu bila mereka pergi kesebuah rumah tetapi tak beri apa-apa kerana disitu ada bendera PAS. Ada juga bila mereka pergi kesebuah rumah tuan rumah itu menyebut sejak merdeka itulah sahaja perkara yang baru diterima secara langsong. Tak pernah dia menerima walaupun telah merdeka lebih 50 tahun.
Dan satu keluarga tak di pergi langsung sedang orang itu talah memesan kepada semua ahli keluarga supaya mengundi umno dan ketua keluarga itu telah meninggal dunia. Mungkin dengan berita ini keluarga itu akan dapat.
Ada yang dapat itu kata dia dapat bantuan itu setelah pergi dengar ceramah PAS di gelok.
Jadi rakyat kini telah sedar bila sokong PAS-PR akan dapat macam-macam. Kerana itu beralih sokonganlah kepada PAS-PR

Khamis, 28 Julai 2011

Polis gagal buktikan 'keganasan' Bersih 2.0

Polis gagal buktikan 'keganasan' Bersih 2.0
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 28 Julai: PAS mendakwa polis gagal mengaitkan Bersih 2.0 dengan keganasan apabila sehingga kini tidak mendedahkan hasil siasatan penemuan senjata berbahaya dan t-shirt kuning berlogo Bersih beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin dakwaan penemuan senjata tersebut hanyalah propaganda Umno BN yang menggunakan pihak polis untuk memburuk-burukkan Bersih 2.0.

"Apa yang berlaku sebelum perhimpunan Bersih itu hanyalah propaganda Umno BN untuk menggambarkan peserta Bersih satu kumpulan militan untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.Ini matlamat sebenarnya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Awal pagi 4 Julai lalu, polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut yang didakwa akan digunakan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Bahan letupan itu didakwa ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan t-shirt berlogo bertulisan Bersih yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo.

Salahuddin berkata, apa yang menghairankan, polis gagal membuktikan senjata tersebut digunakan peserta perhimpunan Bersih 2.0, malah perhimpunan berlangsung aman melainkan gangguan daripada pihak polis sendiri.

"Ternyata pada hari itu kita berjaya mengadakan perhimpunan yang ternyata aman dan tidak pernah sekali-kali mencderakan atau merosakkan harta awam.

"Memang kita berjaya membuktikan kita tak bawa apa-apa senjata dan bahan-bahan bukti itu perlu diisytiharkan oleh pihak keselamatan apa statusnya.

"Lepas perhimpunan Bersih kita tak tahu status barang-barang tersebut dan ke mana pergi baju kuning yang dirampas polis," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

'Cerita' yang diada-adakan

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyifatkan dakwaan penemuan barang-barang tersebut sebagai "cerita" yang sama dengan kes penemuan parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak polis April tahun lalu.

Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, 15, sedangkan dalam keterangan tiga saksi selepas itu, mereka mendakwa tidak pernah meletakkan parang itu di dalam kereta dan tidak pernah melihat Aminulrasyid membawa senjata itu.

Menurut Nizar, polis sengaja mengada-adakan cerita untuk memfitnah peserta Bersih 2.0.

"Saya letak cerita ini (penemuan senjata dan t-shirt Bersih) sama dengan kes Aminulrasyid dahulu, episod yang sama, fitnah dari pihak polis dan mereka kena minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana memfitnah.

"Rakyat tak buat macam itu tapi polis mengada-ngadakan cerita jadi terbukti polis sendiri yang buat fitnah," kata beliau yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu, beliau mempertikai tiadanya sebarang tangkapan yang dibuat pihak polis berhubung dakwaan penemuan senjata berbahaya yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0 itu.

"Kita katakan kalau betul apa yang polis dakwa, dah tentulah ada seorang dua yang ditangkap dan dakwa mereka tapi sampai sekarang tak ada sesiapa pun yang ditangkap.

"Kenapa tak ditangkap orang yang bawa barang-barang berbahaya itu? Jadi ini adalah pembohongan mereka sebelum perhimpunan Bersih. Semasa perhimpunan banyak lagi pembohongan dan begitu juga selepas perhimpunan," katanya yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Pemuda PAS terus dedah penipuan pilihan raya

Pemuda PAS terus dedah penipuan pilihan raya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihan raya di negara ini.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan menegaskan bahawa tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, pada 26 Julai lalu, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR.

Pihak SPR juga, ujarnya telah mengakui secara terbuka bahawa masih terdapat ‘pengundi klon/hantu’ yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, mereeka akan membuat laporan polis serentak pada hari 29 Julai (esok) di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja ‘silap mata’ pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu, pihaknya akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihan raya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihan raya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihan raya pada 4 Ogos ini di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya, pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihan raya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian.

Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir, ujarnya.

Rabu, 27 Julai 2011

Ikut Suhakam benarkan perhimpunan aman

Ikut Suhakam benarkan perhimpunan aman
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 27 Julai: Kesedaran sosial yang wujud di kalangan rakyat kesan daripada perkembangan media baru merupakan faktor mereka menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, politik di Malaysia telah berubah kepada politik baru yang mendapat sokongan orang muda, ahli akademik dan profesional.

"Suatu ketika dahulu realiti politik semasa itu berlaku dalam satu lingkaran politik. Lingkaran itu masih wujud kerana itu beberapa perkara yang dilakukan parti-parti politik di kedua-dua pihak masih menjadi kebiasaan seperti turun padang, hulur bantuan. Mana yang buruk seperti politik wang harus diperangi, politik harus diperangi habis-habisan.

"Tapi ada lingkaran politik baru.Media baru bukan hanya alat komunikasi tapi orang dah guna media baru sebagai gelanggang beroperasi dan berkongsi," kata beliau dalam debat 'Apa Selepas 9 Julai' anjuran akhbar Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, dekat sini, semalam.

Beliau turut mengulangi pendiriannya yang menyokong tuntutan Bersih 2.0 dan menyatakan sokongannya kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang terlibat secara langsung dalam tuntutan tersebut.

"Saya tahu kenapa Pak Samad sertai Bersih dan saya hormati Pak Samad.

"Bersih bukan pertubuhan tapi satu program. Tapi bila saya kata saya faham Bersih walaupun saya tak sokong tapi saya pun kena hentam tapi tak apa. Itu hak masing-masing.

"Orang nak hentam pun boleh, sama juga demonstrasi dibenarkan dalam demokrasi. Tengok kamus dewan apa makna demonstrasi, perarakan, perhimpunan. Sebab itu saya rumuskan kita kena ikut Suhakam dengan membenarkan perhimpunan aman, selesai masalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 600 hadirin.

Sehubungan itu katanya, rakyat yang menolak tuntutan Bersih harus menerima ianya sebagai demokrasi yang matang dan mengakui beliau sedang memperjuangkan perkara itu.

"Bagaimana kita boleh mematangkan demokrasi? 9 Julai berlaku dalam dua pusingan. Sesiapa yang melihat ianya berlaku dalam pusingan pertama memang peliklah pandangan dia dan dia tak akan faham apa yang berlaku," katanya.

Tambah beliau, pemimpin mana-mana politik harus mengutamakan pandangan rakyat, bukan mengutamakan kepentingan parti.

"Jangan letakkan parti di tempat pertama tapi rakyat yang pertama," katanya yang juga ahli Parlimen Temerloh

Selasa, 26 Julai 2011

Ikut Suhakam benarkan perhimpunan aman

Malam kelmarin di TV1 ada perbincangan mengenai Bersih2.o dan perbincangan yang disertai oleh Dato Sive dan Peguam terkenal Dato Shafie Abdullah. Antara perkara yang ditimbulkan ialah perhimpunan. Selain itu Dato Shafie Abdullah berkata bahawa hak berarak tidak ada. yang ada ialah perhimpunan sahaja. keseluruhan hujah dalam siri itu seolah-olah mengatakan tiada perarakan. Kalau begitu perarakan maulidurrasul atau hari kebangsaan tentunya haram. Padanlah ada panggilan telefon mengecam beliau.

Ramadhan: Selangor agih zakat RM14.24 juta


Ramadhan: Selangor agih zakat RM14.24 juta
Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Julai: Selangor memperuntukkan sebanyak RM14,240,950 untuk diagihkan kepada 19,008 keluarga fakir dan miskin menjelang Ramadhan dan hari raya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, agihan zakat untuk persiapan Ramadhan dan hari raya telah bermula 19 Julai lalu hingga 14 Ogos melibatkan 41 program di seluruh negeri.

Katanya, sebanyak RM8,975,300 diberikan kepada golongan miskin manakala RM5,265,650 untuk golongan fakir yang diagihkan melalui Lembaga Zakat Selangor.

Di Selangor, ujarnya terdapat seramai 12,159 keluarga asnaf miskin pada 2011 berbanding 14,058 pada 2010 manakala asnaf fakir pula seramai 6,849 pada tahun ini berbanding 9,430 keluarga tahun lepas.

Menurutnya, daerah Hulu Langat mencatatkan paling ramai penerima bantuan iaitu 3,529 keluarga dengan nilai RM2,647,750 diikuti Kuala Selangor seramai 2,621 keluarga (RM1,923,800), Sabak Bernam seramai 2,493 keluarga (RM1,753,150), Petaling seramai 2,197 keluarga (RM1,704,850).

Tambahnya, di daerah Klang (1,995 keluarga - RM1,532,900), Gombak (1,773 - RM1,348,300), Hulu Selangor (1,823 - RM1,385,800), Kuala Langat (1,659 - RM1,263,700), Sepang (570 - RM429,400) dan penempatan berkelompok seramai 348 keluarga (RM251,300).

"Pengagihan bantuan ini dilaksanakan lebih awal bagi membolehkan penerima zakat membuat persiapan Ramadhan dengan lebih sempurna di samping dapat menumpukan perhatian kepada melaksanakan ibada di bulan Ramadhan," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi agihan persiapan menjelang Ramadhan, bantuan berupa wang tunai iaitu setiap asnaf fakir menerima antara RM600 hingga RM1,000 mengikut tanggungan manakala asnaf miskin antara RM550 hingga RM1,000 juga mengikut tanggungan.

Isnin, 25 Julai 2011

Mens rea TBH: Nazri diminta rujuk kes Altantuya

Mens rea TBH: Nazri diminta rujuk kes Altantuya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Julai 25: Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz agar merujuk dimana 'mens ria' (motif) pembunuhan Altantuya Shaariibuu sebelum mempertikaikan 'mens rea' pembunuhan Teoh Beng Hock (TBH).

Kit Siang menjawab dakwaan Nazri kononnya beliau gagal membukti motif pembunuhan TBH kerana gagal menyebut motif pembunuhan itu apabila mendakwa 'menyebabkan terbunuh' sama saja dengan 'membunuh'.

Nazri baru-baru ini mempertikaikan kenyataan Kit Siang dengan mendakwa dakwaan Kit Siang terlalu remote dan tidak boleh dipegang.

“Tengok apa yang Lim Kit Siang kata – paksa bunuh diri sama juga dengan membunuh… mana dia belajar undang-undang ini, ia terlalu remote,” selar Nazri. “Untuk membukti pembunuhan, ia mesti mempunyai mens rea (motif) dan actus reas (tindakan)… dalam kes Teoh, di mana mens rea?” soal beliau.

Lim berkata, perkataan 'mens rea' menyebabkan beliau teringat kes pembunuhan Altantuya di mana dua pegawai Unit Kawalan Keselamatan Pejabat Perdana Menteri, Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah menggunakan bom C4 untuk membunuh model Mongolia tersebut pada bulan Oktober 2006 dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Rakyat Malaysia yang berfikir masih bertanya apa motif pembunuhan Altantuya oleh Azilah dan Sirul...ia membangkitkan banyak persoalan khasnya siapa sebenarnya dalang dalam pembunuhan tersebut dan mengapa dalang tersebut masih bebas?” bidas beliau.

Bagi Kit Siang, dengan mengambil kira benda-benda ngeri termasuk soal siasat SPRM yang kejam dan dipenuhi dengan penyalahangunaan kuasa yang mendorong Teoh untuk membunuh diri seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI), rakyat yang berfikiran waras akan terus menjawab ia adalah satu pembunuhan.

Dalam kenyataannya, Kit Siang juga meminta Nazri mempertahankan kenyataannya yang menyatakan bahawa laporan RCI telah membersihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawainya.

“Ia nampak seperti Nazri tidak membaca dan menelaah laporan RCI James Foong dengan teliti kerana di dalam laporan itu tidak ada penyataan yang membersihkan SPRM dan pegawainya dalam kematian Beng Hock di pejabat SPRM Shah Alam, 16 Julai 2009.

"Bolehkah Nazri memetik laporan RCI untuk menunjukkan bahawa ia telah membersihkan SPRM daripada sebarang tanggungjawab terhadap kematian Beng Hock?” soal Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Sebaliknya, Lim berkata beliau boleh memetik dua perenggan daripada laporan RCI yang menyatakan bahawa pegawai SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

Pada perenggan 198, Lim berkata RCI menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap keterangan saksi pegawai SPRM Raymod Nion anak John Timban yang memberitahu RCI bahawa beliau nampak Teoh sedang berehat di atas sofa pada 6am 16 Julai 2009 di luar bilik Nadzri.

“Pada pandangan kami, beliau bukanlah seorang saksi yang berwibawa dan digunakan oleh pihak bertanggungjawab dalam kematian TBH untuk menjauhkan diri dengan memberikan tanggapan bahawa TBH bukan sahaja masih hidup pada 6am pada 16hb tetapi juga tengah berehat secara selesa dan tenang di kerusi sofa luar bilik Nadzri,” tulis laporan tersebut.

Di perenggan 201 satu pula, Lim berkata laporan RCI menyatakan bukti yang dikemukakan Raymond seolah-olah dibuat untuk disesuaikan dengan objektif tertentu yang dalam kes ini untuk menyelamatkan pegawai SPRM yang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

RCI telah menolak bukti beliau sebagai tidak berwibawa dalam aspek bahawa beliau telah melihat TBH pada 6am 16hb.

“Jadi bagaimana Nazri boleh buat kesimpulan bahawa RCI telah membersihkan SPRM daripada tanggungjawab dalam kematian Beng Hock di mana perenggan 198 dan 201 telah menunjukkan bahawa pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian beliau,” soal Lim, sambil menambah bahawa Nazri perlu membaca laporan RCI itu dengan teliti.

Lim turut menjawab tohmahan bahawa DAP telah mempolitikkan isu kematian Teoh.

“Saya hanya perlu rujuk Nazri kepada laporan RCI TBH yang menyebut bahawa ‘kematian dalam tahanan barangkali merupakan jenayah paling teruk dalam dalam masyarakat yang bertamadun yang ditadbir oleh kedaulatan undang-undang",” kata Lim.

Beliau juga menyeru Nazri agar tidak memandang remeh kematian dalam tahanan sama ada kes Teoh, Ahmad Sarbaini Mohamad yang turut didapati tiba-tiba mati di dalam tahanan SPRM dan juga A.Kugan.

Dalam satu temubual dengan Mingguan Utusan, Nazri dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun SPRM perlu membaiki dirinya, namun RCI telah membersihkan daripada tuduhan membunuh dan ini tidak perlu dipersoalkan lagi.

Nazri turut menuduh bahawa pemimpin DAP telah mempolitikkan isu kematian Teoh sehingga mereka tidak dapat menerima keputusan RCI.

Lim turut menjemput Nazri untuk menghadirkan diri pada forum “RCI Teoh Beng Hock – Di mana kebenaran yang dijanjikan?” yang dijadual besok malam di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall untuk mempertahankan dan memberikan justifikasi terhadap kenyataan beliau.

Jawab Nazri oi.

TBH: DAP dakwa RCI bercanggah dengan SPRM

TBH: DAP dakwa RCI bercanggah dengan SPRM
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Julai: DAP hari mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Teoh Beng Hock bercanggah dengan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang kecewa dengan laporan RCI yang merumuskan Teoh mati kerana membunuh diri itu berkata, laporan itu ternyata tidak konsisten dan hanya untuk memburukkan reputasi DAP.

"Saya tidak dapat menerima laporan RCI yang mengatakan Teoh mengalami konflik emosi yang keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam, putus harapan dan mengalah kepada kekecewaan kerana laporan SPRM tidak menunjukkan ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di antara saya dan Teoh," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.

Adun Seri Kembangan itu membangkitkan percanggahan laporan RCI yang menyifatkan bekas pembantunya itu menghadapi perubahan minda sehingga bertindak membunuh diri yang disifatkan tidak berdasarkan fakta dan bukti.

Sedangkan katanya keterangan saksi IO Ahmad Shafik Abdul Rahman jelas menunjukkan tiada sebarang bayaran pendahuluan dibuat oleh DAP Serdang Aman untuk membiayai projek kecil di kawasan beliau.

Sebaliknya DAP Serdang Aman hanya bertindak sebagai pembantu pengurusan pada ketika itu.

Namun katanya, RCI tidak mengambil kira maklumat tersebut sebaliknya mengluarkan laporan yang berbeza daripada apa yang dikatakan saksi SPRM.

"Kalau lihat testimoni bertulis oleh IO Shafiq ketika pendengaran RCI adalah senario yang bertentangan. IO Syafik memberitahu RCI bahawa siasatan menunjukkan resit adalah sama dan projek tersebut dijalankan," jelasnya.

Tambahnya, RCI tidak mencari pnca kematian sebaliknya meninggalkan lebih banyak persoalan berhubung kematian Teoh.

Sehubungan itu, naib presiden DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan terus komited untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock dan keuarganya dengan menganjurkan pelbagai program penerangan bermula dengan forum bertajuk "laporan siasatan suruhanjaya Teoh Beng Hock-di manakah kebenaran?" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam esok.

"DAP komited untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock dan keluarganya bukan sebab dia merupakan ahli DAP tapi sebab kita mahu tuntut keadilan yang dijanjikan," kata beliau yang juga ahli Parlimen Cheras.

Keputusan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan pada Khamis lalu merumuskan Teoh membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.

Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes yang hanya membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding suruhanjaya diraja menyiasat kematiannya yang didedahkan kepada umum Khamis lalu.

Ahad, 24 Julai 2011

Butiran ceramah Sdr Aliman

Ceramah beliau berkisar tanah felda yang diserah kepada Felda Plantation. Jika PR menang dalam masa 100 hari tanah Felda Plantation akan di agihkan kepada generasi kedua ketiga felda, serta kakitangan bawahan felda.
Beliau juga menceritakan tentang keganasan polis dalam perhimpunan aman bersih. Bagi Penyokong PAS - PR satu perkara yang perlu diperhatikan sekarang ialah hak kita masing-masing. Contohnya jika berlaku kematian pada anggota polis atau keluarga mereka maka kita perlu bataskan tindakan kita. Jika sebelum ini kita ziarah, hulurkan sumbangan dan kita tunggu sehingga solat jenazah. tapi kalini kita perlu bataskan kepada ziarah sahaja. Tak payah sumbang wang dan tak payah mengerjakan solat jenazah kecuali anggota polis yang meninggal dunia itu ialah jemaah PAS atau penyokong PR yang setia atau anak atau keluarganya aktivis PAS-PR. Jika tidak lakukan seperti ziarah sahaja. Menyolatkan orang fardhu kifayah cukup imam seorang sahaja. Mereka pun tidak solatkan jenazah orang PAS PR. Begitu juga kepada jenazah orang umno yang tegar sangat.
Baru-baruni ada berita kematian di gerik. dan peristiwa tak pergi solat jenah itu telah dilakukan. tetapi apa rasa pada mereka ? mereka tak kesah sahaja. Jadi Kalau orang PAS pergi solat pun tak memberi bekas kenapa kita nak solat ?
Kecuali yang kedua ialah jika jenazah itu saudara terdekat. Tepuk dada tanya pendirian.

Hadirin yang hadir sejak petang semalam





Wakil menyerah borang menyertai PAS Lenggong

Tahniah

Sabtu, 23 Julai 2011

Wajah-wajah





Pendaftaran Kerabat





Acara untuk kanak-kanak PASTI




Gambar Semalam




Persiapan Carnival PAS






Malam nanti Timbalan Presiden PAS

Carnival PAS Lenggong

Pagini Pertandingan melukis - kanak

Penghormatan Pertama Kaptain Rosli


Mengawal di pintu masuk carnival PAS Lenggong. Begitulah jiwa seorang pejuang pastinya tahu tanggungjawab sendiri.
Semoga Allah menberkati Kaptain Rosli serta keluarganya serta almarhum bapanya.


Kaptan Rosli Menyertai PAS Lenggong


Setelah kesekian lamanya berjuang di padang rakyat bebas kini menawarkan diri dalam perjuangan rakyat bersama pakatan rakyat - PAS Lenggong.

Menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup. PAS lenggong mengalu-alukan beliau dan mendoakan agar langkah yang di ambil ini akan mencontohi langkah yang telah dilalui oleh Sahabat Nabi Saidina Umar Al Khattab. Semoga kemasukan ini menjadi suatu petanda kebangkitan PAS Lenggong. Takbir

Carnival PAS Lenggong

Semalam di carnival PAS lenggong

1. Dari veteran angkatan tentera

2. YB Nasir

3. YB Nizar

Penerangan dari veteran angkatan tentera berkisar dengan ketenteraan dan pengabaian yang dilakukan oleh pihak BN terhadap bekas angkatan tentera. Lanjujan dari itu penubuhan NGO Kerabat.Kerabat akan memperjuangkan nasib bekas angkatan tentera yang dinafikan hak oleh umno bn. Kerabat akan bersama NGO lain berusaha memastikan perjalanan pilihanraya bersih. Kerabat juga akan bersama mendaftar ahli kerabat da seterusnya bersama Pakatan Rakyat untuk merealisasikan buku jingga jika ditakdirkan PR Berjaya menguasai Putrajaya.

Sekarang ini usaha PR sebagai persedian untuk melaksanakan buku jingga itu segala dokumen adalah perlu.

Malam ini pula penerimaan boring tanah felda plantation.

YB Nasir dalam ceramah memperihalkan beberapa perkara di negeri kedah. Selain itu beliau juga memperkatakan pelbagai isu kebangsaan dimana focus utama kepada keganasan polis dalam menyeleraikan perhimpunan aman Bersih2.0. Keganasan polis yang paling besar ialah menafikan hak berhimpun secara aman dan sekaligus melemparkan tuduhan dan melebelkan perhimpunan itu sebagai haram. Polis juga melabelkan Bersih2.0sebagai haram. Pakai baju Bersih2.0 juga salah boleh ditangkap.

Banyak lagi perkara ganas yang dilakukan oleh polis keatas rakyat awam yang berhimpun.

DS Nizar mengambil tempat sebagai penceramah terakhir. Menceritakan bagaimana beliau diganggu hak dan keluarganya di hotel di KL. Dengan sombong dan angkuhnya polis-polis mengganggu ketenteraman awam. Mereka menangkap orang sesuka hati tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mereka telah menembak dengan ganas orang awam sehinggamenimbulkan pelbagai kesusahan kepada orang awam ketika itu. Hilang segala sifat kemanusiaan manusia pada polis ketika itu. Kalau yahudi tembak orang Palestin kerana Yahudi itu dilaknat Allah menjadikan rakyat Palestin sebagai musuh mereka.Adakah polis setelah apco menjadi penasihat sudah menjadikan polis seperti yahudi