Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman
Bashir Ishak |
(Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)
Saya seolah sokong Komunis
|
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Bashir Ishak |
(Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)
Saya seolah sokong Komunis
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kelab Protes Harga Barang Naik (Protes BN) yang dilancar baru-baru ini memperhebatkan aktiviti kempen mereka kepada masyarakat menjelang Aidil Fitri ini.
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.
Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.
|
Petikan perbicaraan Liwat 2
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.
“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.
Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”
“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.
“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”
“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.
Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius terhadap cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad (ESSO) dan syarikat-syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation (San Miguel) iaitu sebuah syarikat luar negara dari Filipina. Sekiranya penjualan ESSO ini menjadi kenyataan, ianya menandakan sekali lagi kegagalan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri yang sangat penting dan strategik, selain dari kegagalan untuk membela nasib 98 peratus kakitangan ESSO yang merupakan anak tempatan. Penjualan ESSO ini sekiranya diteruskan, ianya akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara ini. Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik ESSO di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara. Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urusniaga tersebut dan ESSO mestilah menawarkan penjualan aset nya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China, iaitu CNOOC di atas kepentingan strategik. Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan PETRONAS (Petronas) melalui Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah. Sekaligus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan lupa peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputra yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara. Walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya di dalam syer peruncitan, iaitu pasaran stesyen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan. Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex. Sepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih ESSO sekaligus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50 peratus. PAS percaya bahawa keadaan pada waktu ini masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambilalih ESSO. PAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula perstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit. Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis. PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan ESSO kepada kepentingan luar. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Jumaat, 26 Ramadhan 1432 / 26 Ogos 2011 |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 27 Ogos: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh semalam menuntut permohonan maaf daripada wartawan TV3, Karam Singh Walia dan Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker kerana didakwa menjatuhkan air muka dan kredibiliti beliau sebagai wakil rakyat.
|
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN. "Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini," kata beliau. Menurut Mahfuz, bila tidak ada persaingan sihat dan monopoli dijadikan bermaharajalela oleh kerajaan Umno, harga dinaikkan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna. "Sebab itulah kesedaran rakyat perlu digerakkan supaya tertanam di hati mereka bahawa inflasi yang sedang melanda negara ini adalah inflasi Barisan Nasional atau inflasi BN kerana inflasi negara ini adalah inflasi angkara BN, barang naik angkara BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Beliau menyifatkan adalah karut jika kerajaan BN menyalahkan kenaikan harga makanan sedunia semata-mata sebagai punca kenaikan harga makanan di negara ini. "Pertama, kenaikan harga makanan di negara ini berkali ganda lebih tinggi dari kenaikan harga di peringkat global seperti yang dibuktikan oleh angka-angka Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO). "Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia telah menjangkakan perkara itu sejak dua tiga tahun yang lalu dan sudah cukup amaran yang diberikan, mengapa kerajaan Umno BN tidak mengambil langkah pembaikan yang sewajarnya?" Mahfuz mempersoalkan. Malah, katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilanda sindrom syok sendiri. "Perkara itu terbukti apabila langkah-langkah kerajaan bukan untuk menjadikan Malaysia bebas daripada menjadi pengimport makanan, malah wang negara dikikis habis kepada projek-projek mega yang menguntungkan kroni seperti Menara Warisan, 1Malaysia Development, MRT dan sebagainya," katanya. Beliau mengulangi komitmen untuk memastikan Kelab Protes Barang Naik atau ringkasnya Protes BN yang digerakkan oleh Lajnah Pengguna PAS yang diterajuinya akan melipatgandakan penerangan kepada rakyat. "Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN. "Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan, tiada salah keutamaan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," kata Mahfuz. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini. Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN. Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza. Nama-nama tersebut seperti berikut: 1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11. 2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja. 3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12 4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja. 5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.
Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834. "SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain. "Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram. Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN. Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut: 1. 790924145621 2. 750612105026 3. 620826086291 4. 850709146543 5. 850706145967 6. 651105105087 Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut. "Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Masyarakat Islam perlu dijelaskan mengenai murtad yang tidak hanya melibatkan pertukaran daripada agama Islam kepada agama lain semata-mata.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa murtad juga berlaku akibat daripada menolak hukum dan undang-undang Allah Taala. Jelasnya lagi, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang Islam murtad. Justeru, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, masyarakat Islam tidak seharusnya melihat jenayah murtad itu dalam skop yang sempit seperti menganut Kristian sahaja. “Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” jelasnya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakahdaily dan Harakah di ibu pejabat Harakah di sini, pagi ini. Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah gejala murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang. "Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan," ujarnya. Justeru, katanya proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan masyarakat Islam. Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu. Ini, ujarnya agar mereka memahami murtad itu dalam skop yang sebenar. “Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit,” ujarnya. Begitu juga, katanya ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah Taala. “Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram,” ujarnya. |
Harakahdaily |
|
Abdul Aziz Mustapha |
|
Harakahdaily |
Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu. Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. |
Harakahdaily |
Ini, tegasnya adalah hasil daripada pendedahan yang dibuat oleh pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung kesilapan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) seperti nama pengundi bertindih dan lain-lain. Katanya, apa yang dibuktikan oleh Bersih itu adalah untuk menyedarkan SPR terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan. Tegasnya, selagi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh SPR itu tidak dibersihkan, bermakna pilihan raya yang dilaksanakan adalah kotor. “Di dunia kena laknat, di akhirat pun kena laknat,” tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi. Justeru, bagi beliau Bersih telah memberikan khidmat yang besar kepada negara bagi menuntut pilihan raya yang adil. “Siapa nak menang, siapa nak kalah, serah kepada pengundi,” tegasnya. Beliau turut mengingatkan pasukan keselamatan supaya melaksanakan tugas yang utama iaitu menjaga agama. Ini, katanya kerana agama yang menguruskan nafsu manusia yang tidak dapat dilakukan melalui undang-undang. "Dengan undang-undang manusia tidak boleh diurus. Mesti ada sesuatu yang manusia buat di luar kemampuan undang-undang, yang boleh menguruskan nafsu manusia ialah agama. "Ingat, tiap-tiap orang akan mati dan lepas mati akan dibalas oleh Allah," jelasnya. |
Harakahdaily |
(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam) “Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.
|
Harakahdaily |
(Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini)
Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bela diri dari kandang tertuduh Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.
|
Harakahdaily |
|
Mohd Sabri Said |
GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.
|
Mohd Shubihi Muhamad Zain |
Walaubagaimanapun, Dr Isa yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan menimbangkan kemungkinan akan mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat ini. "Peguam saya sedang menguruskan untuk mencabar keputusan tersebut, insya Allah dalam masa yang terdekat selepas kita menerima dan menyemak hujah-hujah penghakiman berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya. Semalam, media melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuduh beliau secara sengaja melakukan kesilapan apabila bertindak mengosongkan kerusi Kota Siputeh pada 2009 lalu. Dr Isa berkata, dalam keghairahan anggota parlimen Jerlun itu memberikan kenyataan kepada media secara tidak sedar beliau telah menonjolkan suatu pemikiran yang tidak sihat. "Mukhriz berkemungkinan sedang mengalami masalah pemikiran yang terencat apabila membuat tuduhan tersebut secara melulu. Kalau saya buat silap bermakna Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah dengan sengaja membuat kesilapan yang sama tiga tahun dulu," katanya sinis. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman pada 16 November 2009 telah memutuskan kerusi Kota Siputeh dikosongkan apabila penyandangnya gagal menghadiri persidangan dewan dua kali berturut-turut dan melanggari Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. |
Hazayani Zakaria |
|
amenoworld |
WOW.. Universiti sekarang memang berbeza dari universiti dulu ye? Adakah perkara di bawah neh ialah subjek terbaru kolej / universiti kita ? 1. Teoh beng hock <-- Belajar cara terjun bangunan ka? 2. Kugen dan aminurasyid <-- belajar cara mengelak dari kena bunuh dengan polis ka? 3. Altantuya <-- belajar cara mengelak bom ka? 4. Kes liwat dsai <-- belajar cara menfitnah dengan budak pondan ka? 5. Seks dsai <-- belajar cara buat video seks ka? 5. Interlok <-- belajar kutuk bangsa orang lain ka? 6. ISA <-- belajar ugut orang ka? 7. Bersih <-- belajar cara mengharamkan demokrasi ka? Lihat gambar di bawah neh ; Kisah nya begini. Pada hari ahad yang lepas berlaku satu ceramah tentang keselamatan dalam negara oleh superitendant polis kedah. Sesi ceramah yang konon nya berkaitan pasal soal keselamatan dalam negara menjadikan 7 subjek di atas daripada sub topic yang dibincangkan kepada budak2 muda yang berusia 19 hingga ke 20 an. Dalam sesi "perbincangan" tue jelas wujud unsur2 brainswashing minda budak2 neh agar menyebelahi pihak polis + kerajaan + pihak penguatkuasa kerajaan. Pihak yang memberikan ceramah [andai boleh di anggap sebagai "ceramah" disini] ialah terdiri daripada dua individu iaitu ; Superintendendent mohd yusri bin mohd yunus yang juga pegawai turus ancaman sosial pdrm cawangan khas kedah. <-- Siap tayang video sumpah laknat sekali tue.. woitt apa kena mengena isu kes mahkamah anwar ibrahim dengan budak2 yang baru masuk kolej neh hah? Ybhg dato' wira othman abdul yang naib presiden mubarak malaysia. <-- dia kutuk2 pas dan bersih dalam sesi orentasi tue. Wooorr kutuk2 pas yer? Perang raih sokongan dalam universiti ka? Adil ka buat macam neh? Pakatan pun nak buat juga laa.. boleh lah yerk? Baru lah adil kan..? Untuk rekod korang sesi ceramah pasal isu keselamatan negara neh dibuat untuk budak2 dari kolej perubatan yang aku takmo dedahkan dari mana. Budak2 yang baru masuk kolej. Lebih kurang macam sesi orentasi lah. Itu sebab dorang kena jejak ceramah neh. Benda neh dibuat di dalam salah satu universiti tempatan. Bayangkan yerk, neh yang kita tahu. Yang kita taktahu mungkin ada banyak lagi. Mereka masuk ke kolej demi kolej, universiti demi universiti untuk brainwash minda budak2 neh agar membenci pakatan rakyat. Tapi dalam masa yang sama dorang gak pongpang2 agar jangan babitkan dan dedahkan bebudak neh denga politik. Dah tue apa pula yang dorang neh buat? Kalau bukan politik nak panggil apa pula? Kalau rasa dah hebat dan betul sangat, kita deal aje depan2. Kutuk aje depan2. Aku teringin sangat nak tengok apa benda yang dorang bebelkan dalam sesi orentasi neh. Kalau ada di antara korang yang pernah pergi ke sesi cuci minda macam neh dan ada rakaman, minta diberikan kepada aku. Nak gak aku tahu apa yang dorang cuak sangat sampai beria2 masuk universiti sekarang neh untuk cari undi dan sokongan orang muda agar memihak mereka. Ameno : Ini terdesak gila neh.. siyes. Betul2 terdesak giler. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ekoran Sinar Harian berjaya menjejaki En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad dan mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing, Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan lima lagi nama "jarang didengar". Tindakan akhbar itu juga telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita. Sambil mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bahasa Melayu itu, Exco dewan itu Suhaizan Kaiat mahu akhbar itu menjejaki lima lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan.
1. Jumaayah Bin Alus
Mengulas kenyataan salah seorang Besah yang dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa beliau kesal dengan fitnah PAS yang menuduhnya mengundi dua kali, Suhaizan berkata tidak timbul soal tuduh-menuduh itu. Ia kerana pihak mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star. "Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS. "Kajian tahap satu telah pemuda PAS lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah PemudaPAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya merujuk kepada nama-nama seperti telah dinyatakan di atas. Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing. |
Subky Latif |
ISU kehadiran petugas Jais di gereja ketika satu jamuan diadakan dapat diredakan apabila Jais menjelaskan betapa ia ke situ adalah untuk melakukan penyiasatan bukan melakukan serbuan seperti yang dilaporkan media. Kerana Jais menerima aduan tentang adanya orang Islam hadir di situ ketika itu kerana dikatakan ia sebagai satu usaha memurtadkan orang Islam, maka Jais pergi bagi memastikan aduan itu. Keterangan sebegitu boleh meredakan isu itu. Apa pun kerajaan Negeri Selangor terperangkap sekali lagi dengan siri isu yang menyusah dan mengganggu kelicinan dan kelancaran pentadbirannya. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dari semasa ke semasa ia diuji dengan siri cabaran, dan ia dilihat berganda apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Dari isu mengarak kepala lembu, memberi lembu korban kepada penduduk Bandar Tun Razak, mencuri pasir, pendakwaan Jais atas bekas Mufti Perlis hingga isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Baru isu bekas Pengarah Jais jadi SUK baru itu reda kini datang pula isu Jais dikatakan menyerbu gereja. Jais sememang aktif sejak dulu lagi. Pernah satu masa dulu semasa Mufti Selangor Almarhum, Dato Ishak Baharum dulu ia bertindak menyekat gadis Melayu menyertai peraduan ratu cantik. Mufti itu sendiri mengetuai tindakan menguat kuasakan peruntukan undang-undang negeri itu. Mufti dan Jais mendapat sokongan rakyat. Ia dibantah oleh Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri masa itu hingga Almarhum Sultan Selangor terpaksa menamatkan kontrak Mufti yang baru disambung. Bagitulah kebatnya Jais. Dengan isu rebuan geraja ini kali kedua kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim merasas payah dengan tindakan Jais. Yang pertama, menahan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berdakwah tanpa tauliah, dan keduanya ia dikatakan menyerbu gereja. Kerajaan negeri menyatakan rasa susahnya atas kejadian itu dan mengambil sikap menutup mulut hingga Jais menyiap laporan tentang kejadian itu. Apa pun ada ruang isu itu dapat diredakan bila Jais membuat penjelasan, ia tidak menyerbu tetapi mengirim pasukan bagi membuat penyiasatan. Ada pun isu gereja berusaha memurtadkan umat Islam adalah isu global. Sejak zaman Peringgi menawan Melaka 500 tahun dulu dan Sepanyol menakluk Filipina adalah bagi memurtadkan orang Islam. Tidaklah ia dinamakan Kristian dan gereja jika ia menarik penganut agama lain menganut agamanya. Orang Islam Tanah Melayu sebelum merdeka tidak berperang dengan penjajah Kristian Inggeris yang mengembangkan agama di kalangan penduduk Semenanjung, tetapi dengan pegangan Islam pimpinan guru-guru pondok hingga merdeka 100 peratus orang Melayu kekal beragama Islam. Masa itu jangankan orang Melayu hendak masuk gereja, melintas gereja pun mereka paling ke lain. Semasa Operasi Lallang dulu di zaman Perdana Menteri Mahathir ada orang Melayu ditahan ISA kerana jadi pengembang Kristian. Ia bukan sekadar masuk gereja tetapi mengembangkan ajaran gereja. Sekarang ada pula orang Islam hadir jamuan makan di gereja. Semua ini adalah sindiran Allah terhadap kerajaan dan umat Islam Malaysia. 400 tahun Inggeris menjajah tiada orang Islam masuk gereja tetapi 50 tahun merdeka dengan Islam sebagai agama rasmi, orang Islam boleh hadir jamuan makan di gereja. Jais buat sekadar yang ia upaya. Ia saja dengan cara itu tidak akan menyekat orang Melayu merasa tidak elok keluar masuk gereja atas apa tujuan jua. Tetapi kerajaan Khalid dan Anwar Ibrahim sudah disusahkannya. Jalan meredakan terbuka bila Jais kata, ia tidak menyerbu tetapi membuat penyiasatan. Persoalannya sekarang sejuah mana masyarakat umum khusus penyokong gereja dapat menerima kehadiran rombongan Jais itu untuk tujuan penyiasatan. Ia mesti bekerja kuat sedikit bagi meyakinkan orang ia bukan serbuan tetapi adalah satu tindakan siasatan. Baik untuk Selangor dan penduduk Malaysia jika penjelasan Jais itu dapat diterima. Tetapi satu ajaran yang didapati dari kejadian itu, kehadiran orang Melayu di gereja atas apa tujuan jua adalah sensitif. Mungkin kebajikan gereja terhadap orang miskin dan memerlukan lebih senang dibuat di luar gereja. Saya adalah lulusan sekolah Mathodist dan selalu ke kliniknya di luar kawasan gereja. Saya antara yang pernah dapat khidmat kebajikan gereja itu, tidak pula saya masuk gereja tetapi masuk PAS sesudah dewasa. Untuk melihat apa yang ada dalam gereja, saya bersama Tok Guru Haji Hadi Awang pernah masuk gereja terbesar di Colonge, Jerman semasa tiada orang di dalamnya. |
Harakahdaily |
Laporan Khas Oleh Arshad Khan
(Inilah perkampungan orang Asli Sungai Ruil yang hilang tujuh nyawa baru-baru ini. Jelas kelihatan aliran air yang turun dari bukit di atasnya.)
(Gambar kiri: Air yang turun ke kawasan perkampungan orang Asli telah melalui aliran yang telah gondol) Arshad dalam tinjauannnya 10 Ogos yang lalu mendapati bahawa sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti mengondokan bukit dan pembalakan di sekitar satu lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.
(Longgokan tanah yang dibawa turun dari atas bukit berhampiran kawasan runtuhan) Kata Arshad, sekiranya pokok di kawasan tersebut ditebang untuk aktiviti perkebunan kecil-kecilan, aktiviti itu sepatutnya dipantau dan langkah-langkah berjaga diambil untuk memastikan tanah tidak terlalu terdedah untuk larian air pada permukaannya.
(Jentera berat yang digunakan untuk membuat kerja-kerja tanah yang menggondolkan bukit berhampiran kawasan bencana)
Selain itu, tinjauan Arshad telah menemukan beliau kepada satu papan tanda yang menunjukkan aktiviti penempatan sekitar kawasan kejadian tanah runtuh telahpun giat dijalankan mulai tahun lepas.
"Terlalu banyak orang yang berpangkat tertinggi yang terlibat dalam rampasan hutan asal mereka, dan kini mereka telah lebih kurang menjadi golongan nomad tanpa tanah nenek moyang mereka atau seperti sesetengah di negara-negara lain, gypsies (orang yang selalu berpindahtempat atas arahan pihak atasan). (Papan tanda projek mewah yang dirasmikan oleh Adnan tetapi beliau berkata kejadian ini tidak ada kaitan dengan kerakusan manusia tetapi akibat bencana alam)
(Air yang turun dengan deras di parit sebelah rumah berasal dari takungan kecil di atas bukit)
|