Buku Nik Aziz masuk pasaran Indonesia
| Harakahdaily, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Buku karya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk 'Bertemu Janji Allah' akan memasuki pasaran Indonesia tidak lama lagi."Kami mengadakan kerjasama dengan penerbit dan penjual buku di sana untuk mengedarkan buku ini di sana," kata penerbitnya, Masri Abu Soed kepada Harakahdaily.
Buku 'Bertemu Janji Allah' juga menjadi sejarah tersendiri bagi penerbitan ini kerana buku edisi Bahasa Malaysia juga dicetak di Indonesia.
"Buku ini berkulit keras dan di cetak di Solo, mula sampai ke pasaran Malaysia awal Jun," kata beliau.(Buku 'Bertemu Janji Allah' yang baru sampai dari Indonesia)
Buku ini adalah kompilasi dari kuliah Tok Guru Nik Aziz yang boleh dianggap segar sepanjang masa.
Untuk permulaan, edisi Malaysia telah dicetak 5,000 manakala untuk edisi Indonesia juga akan dicetak 5,000.
Harga buku ini adalah RM39.90 di Malaysia manakala harga untuk edisi Indonesia masih dalam penilaian pihak penerbitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan