ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 31 Oktober 2012

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

TOLONG SHARE GAMBAR INI SEKIRANYA ANDA SAYANG NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kondo Batu Caves: S'gor perlu dedah cerita sebenar

MPS sangkal projek kondo Batu Caves diluluskan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.

“Sebenarnya, Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan.


“Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama.

“Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut,” kata beliau.

Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.

“Projek ini telah mendapat kelulusan oleh JMG tetapi dalam laporan tersebut pihak Alam Sekitar tidak menyokong dalam pembinaan yang dirancang tersebut,” kata Zainal Abidin tanpa menyatakan sebab pihak JAS tidak menyokong.

Mengulas Langkah seterusnya yang akan diambil oleh MPS bagi menangani isu yang timbul ini, Zainal Abidin menyatakan MPS akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk memutuskan tindakan susulan.

“Perkara ini akan dibawa ke PSC bagi dibincangkan oleh ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor sebelum mengambil tindakan susulan,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, menteri besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.

“Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan,” kaata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Hujung minggu lalu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

Kohilan mengakui semasa dia menjadi ahli majlis menyedari tentang projek tersebut tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.
“Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan ‘Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622’.

“Tetapi ia bukan kelulusan untuk ‘Rancangan Pembangunan’ dengan tujuan membina kondo 29 tingkat,” kata Kohilan.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

Selasa, 30 Oktober 2012

UMNO, MCA dan Gerakan sama-sama 'berlidah biawak'
Posted on Monday, October 29 @ 16:09:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh  ZULKIFLI YAHAYA

Segalanya bermula dengan persepakatan MCA dan Gerakan Kedah menyerang kerajaan negeri Pakatan dengan menggunakan isu perkauman. Hampir tiga tahun mereka mengasak dengan isu yang sama iaitu kuota perumahan 50-50, 'kegagalan' membina semula kandang pemotongan babi yang telah diruntuhkan berhampiran kampung Melayu dan dakwaan kononnya PAS memaksa papan iklan menggunakan tulisan jawi.


Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan lagi kedua isu tersebut setelah berkali-kali menjelaskan dalam ruangan ini. Untuk isu ketiga, jawapannya sangat mudah iaitu tiada arahan memaksa tulisan jawi di papan iklan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka hanya digalakkan lalu peniaga lebih selesa menggunakan tulisan jawi memandangkan masyarakat Muslim adalah majoriti di negeri ini. Tetapi biasalah BN, fitnah seolah-olah menjadi rukun yang wajib dilakukan oleh parti mereka.
Terbaru ada pihak berkuasa tempatan yang mengambil langkah

mengenakan peraturan terhadap aktiviti pengiklanan. Syaratnya sangat mudah, jika model iklan yang dipaparkan itu Muslim ia wajib menutup aurat. Jika modelnya bukan Muslim ia mestilah berpakaian sopan. Foto seorang wanita bukan Muslim yang memakai choengsam sudah dianggap sopan. Yang tidak sopan ialah wanita yang mendedahkan pangkal dada, paha atau memakai bikini.

Namun semua parti komponen BN menjadikan isu perkauman sebagai penyambung hayat mereka. MCA dan Gerakan pun memalu gendang di kalangan masyarakat bukan Muslim di Kedah bahawa peraturan melarang iklan separuh bogel adalah peraturan yang melampau.

Kenyataan pemimpin MCA dan Gerakan itu disiarkan secara besar-besaran dalam semua media Cina. Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Teh Kok Soo memberi penjelasan panjang lebar kepada semua media tersebut untuk menangkis serangan, namun yang tersiar hanya beberapa baris. Media Cina juga mutakhir ini mungkin sudah diberi kata dua oleh Umno sehingga mereka hilang kebebasan bersuara. Transformasi dalam demokrasi yang kononnya dilaungkan Najib rupanya membawa media Cina ke era komunisme.

Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Kedah, William Khor menjawab kalau hudud dilaksanakan pun ia sangat baik kerana berjaya banteras jenayah. "Kalau saya kena 'potong' pun saya tetap akan sokong PAS," katanya. Jawapan sebegitu tentulah tak diperlukan oleh bukan Muslim, cuma pedas menyindir sebahagian orang Melayu yang menolak hudud.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik tidak berpuas hati dengan kenyataan racis MCA dan Gerakan lalu mengadakan sidang media menjelaskan isu sebenar. Rupanya kenyataan beliau tidak diputarbelit oleh media Cina tetapi Utusan Malaysia pula yang mengambil peranan memutarbelit isu itu dari persepsi perkauman Melayu Islam.

DAP kononnya dituduh akan menentang apa-apa peraturan yang berunsur keIslaman yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, termasuk peraturan iklan tidak sopan. 'PAS perlu restu DAP' dijadikan tajuk utama Utusan Malaysia sebagai tindakan provokasi perkauman terhadap orang Melayu.
Lee Guan Aik lantas menyelar tindakan akhbar pemfitnah itu menyiarkan berita yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.
"Berita tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, mahupun di Malaysia.
“Pada 14 Oktober 2012, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).

“Ianya perlu dibincang bagi mendapat pandangan semua pihak dahulu, baru boleh dilaksanakan, bukan saya kata PAS perlu restu DAP baru boleh laksana undang-undang berunsurkan Islam, ini bertujuan bagi melaga-lagakan kami (Pakatan Rakyat),” jelas beliau ketika dihubungi," ujarnya.
Begitulah MCA, Gerakan dan DAP; mereka dari satu badan (BN) tapi lidah yang terjelir masing-masing pincang bercabang. Macam lidak biawak.

KANTOI! Pelakon Porno MCA Alami Nasib Serupa Dengan Najib Altantuya!
Posted on Monday, October 29 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog JalanPulang



Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika bosnya, Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) amnya.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus atau lebih 4,500 daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulai keluar ketika Chua sedang berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal kununnya bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Ini mengingatkan kita kepada satu insiden serupa di mana perdana menteri Najib Altantuya ditinggalkan hampir 3,000 orang semasa baru hendak memulakan ucapan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Lumut, awal tahun ini.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan penjelasan lanjut untuk menyokong dakwaannya.

Johor antara sasaran terbesar Pakatan Rakyat dalam memastikan kemaraan pakatan itu memperolehi kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tamat kontrak KP JPA, Abu Bakar diainaya

Hazayani Zakaria,30 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam disifatkan sebagai satu penganiayaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerana kegagalan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menimbulkan rasa tidak puas hati penjawat awam, Abu Bakar dakwanya telah dikambing hitam.

"Saya memang menolak SBPA tapi tindakan ini seolah-olah kerajaan mengkambinghitamkan Tan Sri Abu Bakar dengan meletakkan beban ke atas beliau seorang," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada soalannya berhubung perkara tersebut di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Nazri dalam jawapannya memberitahu, keputusan menamatkan perkhidmatan Abu Bakar dibuat atas peranan beliau semasa menerajui perancangan dan pelaksanaan SBPA yang gagal mengambil kira kepentingan semua kumpulan perkhidmatan terutamanya kumpulan sokongan serta implikasi kos yang besar kepada kerajaan.

Mahfuz juga berkata, tindakan ini menunjukkan sikap kerajaan yang suka menyalahkan pegawai mereka apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak disenangi rakyat.

"Abu Bakar hanya melaksanakan tugas sebagai ketua pengarah dan salah seorang anggota jawatankuasa gaji kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

"Semasa pembentangan awal SBPA Perdana Menteri sendiri kata ia yang terbaik tapi bila wujud penentangan banyak pihak, barulah jadi isu yang kecoh dan menimbulkan ketidakpuasan hati kakitangan awam.

"Kalau begini rupa bentuk pengurusan pentadbiran kerajaan ini sukar bagi pengawai tinggi menjalankan tugas kerana apabila lakukan tugas,  bila orang ramai tak puas hati tanggungjawab dibebankan kepada mereka. Ini penganiayaan ke atas pegawai," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Abu Bakar ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Julai lalu.

Berikutan kekosongan tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah.

Perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan lebih awal iaitu ketika berusia 57 walaupun beliau menandatangani kontrak melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun.

Azmin adakan sidang media bersama Khalid Ibrahim

Harakahdaily,30 Okt 2012
(Khalid Ibrahim dalam sidang media bersama Azmin di Parlimen hari ini)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media bagi membantah projek Langat 2.

Sidang media bersama oleh kedua-dua tokoh ini amat menarik kerana mereka berdua dikatakan tidak 'sebulu' dalam banyak hal.

Bagi memberitahu mereka berdua mengadakan sidang media bersama ini, Azmin telah menulis dalam twitternya:

"Saya bersama Tan Sri Khalid mengadakan sidang media berkenaan Projek Langat 2 di Parlimen."

Perhubungan antara Azmin dan Khalid sentiasa sahaja ditafsirkan tidak baik walaupun Azmin membuat kenyataan yang positif kepada Khalid.

Misalnya, apabila Azmin berkata Khalid sepatutnya menjadi menteri pusat selepas berjaya dengan cemerlang sebagai MB Selangor, ia telah ditafsirkan sebaliknya.

Azmin didakwa mahu menolak secara halus Khalid ke pusat untuk membolehkan beliau mengambil alih kerusi MB Selangor.

Namun dengan sidang media mereka hari ini, ia menunjukkan kedua-duanya tidak ada apa-apa masalah.
Maqam dan makan atau maqam makan.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Soi Lek biadap, Najib senyap
Posted on Friday, October 26 @ 18:28:47 MYT by paktam
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim."Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,”" kata Ketua Umum KeADILan itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.



Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.
Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.
Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.
Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.
“Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.
“Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama,” katanya. v Turut berucap Penyelaras KeADILan Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KeADILan, Dayangku Intan.
Pemimpin Pakatan kecam MCA
Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.
Naib Presiden KeADILan, Dato' Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu. v “Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur,” katanya ketika dihubungi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan. v “Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam,” tegasnya.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar. v “Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain,” tempelaknya. v Ahli Jawatankuasa DAP, Dato' Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam. v Main isu hudud politik sempit
Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Lee Khai Loon. v Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud. v “Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011,” katanya dalam kenyataan
Nasihat & teguran buat Dr MAZA.
Posted on Friday, October 26 @ 23:25:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: elharaki

"Berdasarkan kritikan Dr MAZA yang mencuba menyamakan kepimpinan Ulama’ dalam PAS dengan kepimpinan Ayatullah dalam syiah adalah tuduhan yang sangat berat yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat awam di Malaysia dalam menilai kewibawaan para Ulama’ dalam memimpin ummah, maka teguran serta nasihat perlu ditujukan kepada golongan seperti Dr. MAZA dan yang lain bagi mengelakkan mereka tergolong di dalam golongan yang memusuhi orang-orang beriman dan Islam itu sendiri.

Dr Fathi Yakan di dalam kitabnya menggariskan dan menghuraikan beberapa golongan yang memusuhi orang beriman di dalam tulisannya iaitu:

1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Perlu kita sedari PAS bukan hanya sekadar Parti Politik semata-mata tetapi adalah Harakah Islamiyyah yang berusaha untuk menegakkan ketinggian Islam dan kita perlu jelas bahawa musuh Islam akan berusaha untuk mematahkan usaha ini. Saidina Umar R.A pernah berkata:

“tiada Islam melainkan adanya Jamaah, tiada Jamaah melainkan adanya pimpinan, dan tiada pimpinan melainkan adanya taat”

Maka untuk meninggikan Islam perlunya adanya Jamaah Islam yang dipimpin oleh golongan yang memahami Islam dan mempunyai anggota yang mampu memberi taat & wala’ kepada pimpinan tersebut. Lihatlah realiti yang berlaku di dalam PAS sekarang bagaimana perancangan musuh Islam dari luar dan dalam PAS menjalankan perancangan berperingkat dalam merosakkan ahli PAS sehingga tidak mampu memberi taat & wala’ kepada kepimpinan utama PAS.

Justeru kita akan melihat serangan kepada kepimpinan Ulama’ PAS adalah serangan yang akan berterusan dari musuh-musuh Islam kerana para Ulama’ adalah merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan perjuangan Jamaah Islam yang diwarisi dari zaman Nabi S.A.W., maka nasihat dan teguran perlu diberikan kepada golongan ini agar mereka tidak menjadi boneka kepada musuh Islam dalam menghancurkan Islam itu tanpa disedari. Renungilah firman Allah S.W.T

159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Al-Baqarah )


Kebebasan bersuara dan mengkritik dibenarkan dalam Islam tetapi jika hasilnya menatijahkan kerosakkan kepada Islam maka bertanggungjawablah di hadapan Allah S.W.T kelak.

https://www.facebook.com/108823549239406/posts/272272946227798 

Khamis, 25 Oktober 2012


Sambutan 22 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan

http://www.blogtokguru.com,25 Okt 2012
Pengajaran dari semangat korban Nabi Ibrahim – bersabar menyampai perintah Allah
Firman Allah SWT:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 30)

Sesungguhnya, Nabi Adam adalah bapa seluruh manusia di muka bumi. Bapa bagi semua bangsa di dunia ini, tidak kira Melayu, Cina mahupun Arab. Di sebalik cerita Nabi Adam ini, ia boleh menimbulkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak menimbulkan krisis bangsa dan agama bila kembali memahami dan beriman dengan keterangan Allah SWT. Justeru janganlah kita tertipu dengan seruan dan ajakan berkasih sayang berpandukan pembawaan bersifat perkauman tanpa mengambi panduan daripad Al-Quran.
Bersempena genap 22 tahun (pada 21 Oktober 2012) pentadbiran Membangun Bersama islam di Kelantan tahun ini adalah berlaku pada bulan Zulhijah 1433. Bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat Haji di Mekah. Oleh kerana itu, pada bulan ini ummat Islam diseluruh dunia pergi ke Mekah untuktawaf di Baitullah dan berhimpun di Padang Arafah serta menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
Atas nilai kebesaran ibadat Haji itu, kita disuruh mengingati kisah Nabi Ibrahim AS yang memberi sumbangan besar (berkorban) sehingga terbangunnya Kota Mekah sebagai pusat ibadat Haji. Kewajipan yang telah dilaksana oleh Nabi Ibrahim atas semata-mata melaksanakan perintah Allah.
Di sebaliknya, amatlah besar pengorbanan Nabi Ibrahim, maka kita perlu mengingati sejarahnya dan setiap kali solat kita diminta berselawat kepadanya, sama juga kita diminta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Ibadat Qurban
Satu lagi dari sejarah Nabi Ibrahim yang perlu diingati ialah Allah meminta Nabi Ibrahim melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail dan Nabi Ibrahim melaksanakan suruhan tersebut. Dengan kuasa Allah, Ismail ditukarkan dengan kibas.
Firman-Nya:
”Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”
(Surah As-Saaffat ayat 102)
Seterusnya Allah SWT membalas ketaatan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu dengan suatu binatang (kibas).
Firman-Nya:
” Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”
(Surah As-Saaffat ayat 107-109)
Justeru setiap Hari Raya Aidil Adha kita disunatkan menjalankan kurban sebagai satu ibadat. Hikmatnya amat besar dari segi mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta para Nabi yang lain. Atas sifat ini, janganlah kurban itu hanya ingat untuk makan daging sahaja, sebaliknya kita perlu juga memperingati sejarah Nabi Ibrahim.
Bagaimana sejarah Nabi Ibrahim, ayahnya seorang pembuat berhala dan menjual berhala tersebut ialah Nabi Ibrahim. Hidup Nabi Ibrahim amatlah perit seperti juga sejarah Nabi Nuh AS sehingga Nabi Muhammad. Ada sahaja fitnah dan cabaran atas kebenaran yang disampaikan (atas perintah Allah). Bagi Nabi Ibrahim, cabarannya ialah antara untuk mengikuti suruhan ayahnya atau untuk mentatati Allah.
Kebijaksanaan di sisi Nabi Ibrahim ialah dengan mengambil jalan tengah ketika menjual berhala (suruhan ayahnya) dengan melakukan kempen terbalik dengan mengumumkan kepada masyarakat (yang menyembah berhala) bahawa berhala yang dijualnya buta,tuli,dan tepok. Inilah jalan tengah yang dipakai oleh pejuangan islam, termasuk oleh kerajaan Negeri Kelantan selama 22 tahun melaksanakan tuntutan Membangun Bersama islam. Suatu pendekatan bersederhana dalam politik pentadbiran.
Aidil Adha
Kisah Nabi Ibrahim perlu diingati sempena Hari Raya Aidil Adha, selain nilai pengorbannya, ia juga mengandungi kalimah dan lafaz membesarkan Allah SWT. Lafaz zikir ‘wahazamal ahzabawahdah’ iaitu Allah menghancur leburkan bala tentera Ahzab. Ia dapat diambil pengajaran dari beberapa siri peperangan dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, Antaranya, perang Badar, kemudian Uhud, kemudian Ahzab dan beberapa peperangan lagi. Dalam lafaz ini (‘wahazamal ahzabawahdah’), Ahzab bermaksud parti, kumpulan atau NGO yang berpakat untuk lawan dan mengalahkan perjuangan Nabi Muhammad. Diminta sebut perang Ahzab kerana dari segi zahirnya Nabi dapat dikalahkan tapi dengan kuasa Allah, pasir dan ribut diarahkan oleh Allah untuk menolong Nabi Muhammad. Itul;ah kehebatan nilai keimanan dan cabaran prjuangan dalam lipatan sejarah nabi yang membawa Islam hingga samapai kita semua menjadi orang yang beriman.
Ingatlah akhirat
Saat kita menyambut apa sahaja (ulang tahun kerajaan, Aidil Adha atau pun peristiwa perjuangan Nabi-nabi), kita diajar supaya juga agar memperingati bahawa dunia akan hancur dan selepas itu ada di sana dunia baru iaitu akhirat yang mana ada syurga dan neraka. Sesiapa yang menuruti ajaran Islam akan masuk syurga, dan sesiapa yang menolak ajaran Islam akan masuk neraka. Ini kenyataan dan penegasan dari Allah dan Nabi Muhammad. Atas sebab ini, sampai masanya, setiap manusia wajib meniti Titian Sirat dan di penghujungnya ada Nabi Muhammad SAW dengan menyebut “ummati” bukan ‘qaumi’ yang bermaksud ummatku bukan bangsaku.
Hayatilah firman Allah SWT:
” Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Al-Alaq ayat 6-8)
Justeru itu, perbalahan besar antara perjuangan Islam dengan perjuangan sekular atau kebangsaan adalah disebabkan oleh ada pihak yang sekadar ingin menjaga bangsanya (orang Melayu dan lain-lainnya) sahaja. Sedangkan di sana ada perintah Allah SWT yang menyuruh supaya kita menjaga manusia, kerana manusia diciptakan untuk membesarkan kedudukan keinsanan bukan membesarkan kebanggaan atas nama kaumnya. Semoga kita memilih satu jalan yang selamat di akhirat kelak, iaitu Islam yang memartabatkan nilai insan.

Sejuk hati bila pemimpin DAP pertahan PAS

Ahmad Lutfi Othman,25 Okt 2012
Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.

Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas  menggugat sensitiviti. Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.

Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal  -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.

Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan  menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.

MCA, yang kalah  pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.

Untuk mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.

Dalam masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai peraturan kolot, menindas dan zalim.

Bukanlah isu besar jika MCA menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama. Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina Islam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."

Ketika Soi Lek memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan fakta dan data sahih.

Dalam perhimpunan itu,  Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri, memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!

Najib sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak dikenali)  bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia  boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak tegur pun. Mana dia maruah  sebagai umat?"

Namun apa yang ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".

(Dalam satu paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")

Soi Lek secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini." Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita."  Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan Hudud.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."

Gaya politik Soi Lek  -- yang kerap diingati dengan pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek  sejak awal dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan, apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!


Saya tertarik dengan ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang gelisah berdepan hukuman rakyat.     


Sejuk dada saya membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

"Perasan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.

"Adalah jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN  pada PRU13," tambahnya.

Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya  menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai "satu pembohongan besar".

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata  Guan Eng dalam kenyataannya.

"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," ujarnya.

Saya segera teringat bisikan Guan Eng semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Beliau yakin hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.

Selamat hari raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Rumah: Dakwaan Donald Lim tidak berdasarkan fakta

Harakahdaily,25 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berpandangan dakwaan Datuk Donald Lim tidak berdasarkan fakta, tidak cermat, mengelirukan dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang timbalan menteri.


Ini ekoran Donald Lim selaku Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Negeri Selangor telah mendakwa di lobi Parlimen pada 22 Oktober lepas bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak membina rumah mampu milik.

Menurut Iskandar, rakyat sedia maklum akan projek-projek perumahan rumah mampu milik yang dibina di Negeri Selangor sama ada oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju-pemaju swasta.

Katanya, kerajaan negeri sedia ada telah menggalakan pemaju-pemaju membina rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dibina rumah kos rendah atau di mana tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah.

“Beberapa siri lawatan telah turut saya lakukan untuk projek-projek tersebut malah harga  jualan rumah mampu milik di Selangor adalah di antara RM85,000 hingga RM150,000 iaitu jauh lebih rendah dari projek rumah mampu milik kerajaan Persekutuan, Prisma yang dijual sehingga RM300,000.

“Walau bagaimanapun saya hanya akan mengumumkan senarai projek-projek rumah mampu milik yang sedang dibina dan yang telah diluluskan pada 1 November 2012 untuk memberi peluang kepada Datuk Donald untuk menarik balik dakwaan beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan jika Donald Lim gagal, maka tidak ada pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan.

Rabu, 24 Oktober 2012


PR Perak rujuk isu Soi Lek kepada Sultan, Mufti

Muhammad Faeez Azahar,24 Okt 2012
IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

“Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata,  jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.

MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.

“Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka,” jelas beliau.

Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

'Projek selenggara rumah tak wujud tak dikemuka pada exco'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 10:51AM Okt 24 2012
 
Satu sumber dalaman kerajaan negeri Kedah mendakwa, kerajaan negeri tidak wajar dipersalahkan berhubung projek penyelenggaraan rumah kos rendah yang menelan kos RM2.55 juta seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011

Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu mengakui bahawa penyelenggaraan berkenaan, seperti dinyatakan dalam laporan ketua audit, sememangnya dibuat untuk rumah yang tidak wujud.

Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak tahu menahu mengenai perkara itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya sebelum ini.
Dakwanya, pegawai yang bertanggungjawab ke atas perkara itu tidak membincangkannya dengan exco kerajaan negeri.

NONESumber mendakwa, pegawai yang dimaksudkannya itu ialah bekas pengarah urusan Permodalan Kedah Berhad (PKB) Abdul Rahman Mohd Saad yang kini masih bertugas di pejabat setiausaha kerajaan negeri.

"Tak ada siapa yang boleh jawab isu ini. Dia sahaja yang boleh jawab," katanya. 

NONEBeliau berkata lagi, kerajaan negeri akan akan menyerahkan isu itu untuk siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita serah pada polis, SPRM dan pihak bertanggungjawab untuk siasat isu ini," katanya. 

Sementara itu, Abdul Rahman ketika dihubungi pula enggan memberi kebenaran kepadaMalaysiakini untuk menyiarkan kenyataannya bagi mengulas dakwaan terbabit. 

Laporan berkenaan, yang dilaporkan Malaysiakini pada hari Rabu lalu menyebut, kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja pembaikan rumah kos rendah yang tidak wujud

Semakan audit turut mendapati lima kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 di dua Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus serta lima PAKR lain tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). 

Menurut laporan itu  lagi, pengarah bagi lima syarikat kontraktor tersebut mempunyai hubungan antara satu sama lain serta satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.

  • Harussani: Soi Lek tak berhak bercakap soal hudud
  • chua soi lek video blog on hudud thumbnail“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria seperti dipetik akhbarSinar Harian. 

  • MP Umno dakwa individu terima 1 juta saham Felda
  • Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding  (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

  • MP Umno dakwa Syed Mokhtar monopoli semua perniagaan
  • NONEDatuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan.
Agong di Makkah.

si jamil khir sambut agong tanpa pakai songkok, lebai pun tidak.
Tidak hormat kepada Agong.

Memo Bantah MCA

Tatkala Salman Rushdie hina Islam kita bangkit berhimpun secara aman menyata sikap bantahan kita. Tatkala Jylland Posten Denmark hina Islam, kita mara berkumpul secara aman dihadapan kedutaan Denmark. Tatkala Sam Bacile hina Islam, kita gerak berkumpul secara aman di hadapan kedutaan amerika. Sungguhpun mrk nun jauh beribu batu, walau kita tahu risiko yg bakal dihadapi, namun demi
Islam kita bangun menyatakan bantahan kita kerana kita tidak mahu dunia menuduh kita ummat yg lemah dan bacul.


Kini MCA menghina Islam dihadapan kita. "MCA dakwa perlaksanaan Hudud negara mundur, korupsi."
"MCA tuduh TGNA membenarkan penganutnya merogol org bukan Islam." Satu fitnah yg keterlaluan. Ayuh pemuda Islam, kita berkumpul pula secara aman utk menyatakan bantahan kita terhadap MCA dan sekutunya UMNO yg gagal mendisiplinkan MCA agar tdk menghina Islam sedemikian rupa.

Insyaallah , DPPM menyerahkan surat peringatan kpd UMNO dipejabatnya hari ini supaya mengambil tindakan tegas ke atas MCA .

Juga satu Himpunan Aman serta serahan Memorandum bantahan kebiadapan Presiden MCA terhadap Islam akan diadakan pada :

Hari : Rabu
Tarikh : 24 okt 2012
Masa : 2.30 pm .

Semua berkumpul di LRT Ampang, selepas itu bergerak ke Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur .

Insyaallah, langkah berikut selepas Hari Raya Aidil Adha nanti , DPPM akan menghantar memorundum kepada Yang diPertuan Agong utk mengambil langkah wajar ke atas MCA jika MCA masih keras kepala dan angkuh dengan pendirian mereka yang menghina Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS
Malaysia

Penapis air: Muhyiddin tidak dapat maklumat tepat

Harakahdaily24 Okt 2012
KUALA LUMPUR:"Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham teknologi ini, kita sedia memanggil perunding Kanada memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di SPAN." kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Gambaran di Makkah


 Gambaran di Makkah ketika ini.

Isnin, 22 Oktober 2012


20 OKTOBER, 2012

PRU. SPR sedang merancang nak pekena kerajaan PR

SPR siapkan draf kod etika k'jaan sementara


aku memang tak percaya langsung mamat ni!



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku (code of conduct) berhubung kerajaan sementara.

Bercakap dalam forum di Petaling Jaya hari ini, Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan berbincang semua kerajaan negeri di seluruh negara termasuk di negeri Pakatan berhubung garis panduan tersebut.

Lambat untuk elak spekulasi

Wan Ahmad berkata tujuan suruhanjaya bertemu dengan semua kerajaan negeri disebabkan semua pihak berkuasa tempatan berada bawah kawalan kerajaan negeri

Beliau juga menolak tanggapan bahawa mereka "berdiam diri" tentang perkara itu kerana "mahu memilih masa yang sesuai" untuk bertemu dengan semua pihak yang terlibat.

"Kalau kami buat awal, (dilihat) parlimen akan dibubarkan, nanti ada spekulasi sebegitu..." katanya.

Garis panduan itu turut mengambil kira pandangan dan bantahan daripada pembangkang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini, katanya.

Wan Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu sebelum mencapai persetujuan pada tahap tertentu dan sebelum diumumkan.

"Kami juga mengambil kira pandangan parti pembangkang. Kalau kami berbincang dengan mereka, mereka akan bercakap perkara yang sama.

"Pembangkang mengadu mengenai salah guna kemudahan kerajaan, kemudahaan awam, balai raya, kakitangan dan jabatan awam dan sebagainya... Semua orang tahu consent rakyat dalam negara ini," katanya.

Wan Ahmad juga berkata beliau akan mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengajak beberapa NGO untuk yang terpilih terlibat sama dalam penyediaan garis panduan tersebut.

"Kami bertemu dengan rakyat (NGO), ini garis panduannya, apa pandangan kamu... Harap ada penambahbaikan," katanya.
 
P/S: Pakatan Rakyat wajib mengusahakan menjemput wakil2 dari Pertubuhan Bangsa2  Bersatu untuk memantaupematuhan garis panduan dan kod etika tata laku oleh SPR ini!