ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 7 Januari 2013



Menteri: Kafir-mengkafir sudah difatwakan haram
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.
Masyarakat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Dis tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

"Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak
dibenarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM26,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), sekolah dan masyarakat kawasan Gurun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Puntar dekat Gurun hari ini.

Jamil Khir berkata ketaksuban sebilangan masyarakat terhadap amanat itu akan memberi implikasi yang amat besar, malah hujah-hujah politik yang diseret ke dalam agama akhirnya hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

"Media turut memaparkan kes penceraian yang berlaku (disebabkan ketaksuban terhadap amanat itu), ia bukan sekadar cakap tetapi ada fakta, malah sampai sekarang masih berlaku, tahun lepas di Kelantan. 

"Ada yang tidak sembahyang jenazah (disebabkan perbezaan politik), tidak makan kenduri, ada berlaku akad nikah dua kali, malah ada masjid mempunyai dua imam dalam satu masa," katanya.

Beliau berkata hal seperti itu berlaku mungkin atas kefahaman terhadap apa yang disebut sebagai amanat tetapi beliau yakin, masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran. 

"Nasihat saya, kita berpegang kembali kepada apa yang dipesan mufti, khususnya dalam muzakarah khas itu, termasuk muzakarah di negeri Kelantan dan Melaka," katanya.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Harvard Bahagian 2, SJKT Ladang Harvard Bahagian 1, SJKT Ladang Sungai Puntar, SJKT Ladang Sungai Bongkok dengan masing-masing menerima sumbangan RM3,000, manakala kelas tadika SJKT Ladang Sungai Puntar pula menerima sumbangan RM2,000.

Turut menerima sumbangan, PIBG SJKT Ladang Sungai Bongkok (RM4,000), Persatuan Kebajikan Kemajuan Kaum India Kawasan Gurun (RM3,000) dan Barisan Badan Kemajuan India SeMalaysia (RM5,000).

Bernama

dari malaysia kini

  • Kenji Tsuyoshi ·  Pengulas Tertinggi
    Bila seorg guru pondok mengkafirkan TGNA..knp semua senyap? siap muka depan akhbar utama..ni di katakan jaman edan..zaman gila..
    • Ahmad Khalil ·  Pengulas Tertinggi · Methodist High School, Ipoh
      semua manusia akan diserah kembali kepada Allah jawablah apa yg kamu semua kata...kerana dialam kubur lah bermulanya selangkah ke syurga atau selangkah ke neraka x takut ke?????
    • Hasmira Hasmi ·  Pengulas Tertinggi · SGB
      menteri ni dituduh kebas duit zakat,dah kaya pun masih nak rembat lagi
  • Raja Mohd Shahrim ·  ·  Pengulas Tertinggi · 375 orang pelanggan
    Pada 11 April 2012 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, UMNO Terengganu telah diadakan program yg jelas mengkafirkan PAS..!! Tajuk program tersebut.. Pas . Parti Ajaran Sesat...!! adakah Menteri makan duit zakat org miskin Jamban Khir Balon tidak melihat itu satu cubaan utk memecahbelahkan org islam.. tambahan pula pihak yg menuduh itu adalah UMNO..!! Parti yg mengamalak Rasuahiyah sebagai pegangan mereka..!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan