ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Selasa, 2 Februari 2010
Kekuatan Pemimpin Politik di Malaysia siri 2
Tipu punya pasal
Merapu dan merewang
Peguam Umno hairan sebelum 2000 royalti, sekarang ihsan
M Faqih
KOTA BHARU, 2 Feb: Percubaan pemimpin Umno menafikan hak Kelantan ke atas royalti berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 akhirnya dirungkai sendiri peguam Umno.
Peguam terbabit, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan dalam akta tersebut disebut dengan jelas perkataan royalti, tidak timbul istilah wang ihsan.
Pendedahan tersebut dibuat pada rancangan Di Luar Lingkaran yang disiarkan secara langsung RTM1 malam tadi yang dihos Syed Munawar.
Hafarizam berkata, Akta Kemajuan Petronas perlu dibaca bersekali dengan Akta Darurat dan Akta Pelantar Benua.
Katanya, kalau kes ini dibawa ke mahkamah, hakim akan menentukan sama ada tiga batu nautika ke bawah menjadi hak kerajaan negeri, manakala selebihnya pula hak persekutuan.
“Dan kemungkinan itu mahkamah akan endorse segala polemik yang dibangkitkan di Kelantan. Dan sebaliknya jika kemungkinan bahawasanya onshore dan offshore itu dibaca mengatasi Ordinan Darurat dan ada argument lain mengapa sebelum tahun 2000 dikenali sebagai royalti.
“Dan selepas itu ditukar kepada wang ihsan, yang mana saya katakan tadi saya tidak ada maklumat terkini mengenai dokumentasi sama ada betul atau tidak sebelum 2000 royalti dan selepas 2000 wang ihsan,” katanya.
Menurutnya, jika mahkamah berpendapat kerajaan Kelantan dan Terengganu berhak untuk menuntut royalti, ia perlu melihat apakah asas tuntutan kerajaan Terengganu atau Kelantan sama ada mereka mahu menuntut bayaran tertunggak dan sebagainya.
Baginya, jalan tengah ialah tidak membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah.
“Jalan tengah yang bukan kerana ia datang ke mahkamah,” ujarnya menjawab persoalan dibangkitkan Syed Munawar.
Menurut peguam Umno terbabit polemik tersebut boleh diselesaikan tanpa membawa ke mahkamah.
Bagaimanapun, tambahnya kerajaan Kelantan perlu melihat kedudukan undang-undang termasuk Ordinan Darurat, Akta Pelantar Benua, Akta Kanun Tanah Negara dan sebagainya.
Beliau juga mempersoalkan sebelum Akta Kemajuan Petroleum digubal pada 1974 apakah posisi di Sabah dan Sarawak.
“Jika kita lihat kepada akta-akta ini dan sejarah dan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu saya nampak bahawanya ini jelas apa yang diiktiraf oleh PBB ialah legitimasi.
“Misalnya PBB hanya mengiktiraf Amerika Syarikat sebagai pemegang kuasa veto tetapi tidak mengiktiraf Michigan.
“Sama juga Malaysia adalah ahli PBB, dan PBB tidak mengiktiraf Kelantan dan negeri-negeri sebagainya. Jadi untuk undang-undang antarabangsa itulah konvensyen yang terpakai,” katanya.
Orang yang bodoh saja yang bercakap bodoh
Feb 2nd, 2010
Dato’ Seri Zambry yang sebelum ini mencabar kesemua Adun Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan dalam satu sesi temubual di PerakFM juga menyatakan bahawa tidak akan ada pilihanraya di negeri Perak.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang juga Adun Tronoh, YB S.Sivakumar juga mempertikai kenyataan Zambry kerana cuba untuk mencabar sokongan rakyat di kawasan Pakatan Rakyat. Seharusnya Zambry juga patut mencuba nasib yang sama di kawasan mereka sendiri (BN) jika mereka rasa rakyat masih menyokong mereka.
Dalam sidang media yang sama, Pakatan Rakyat Perak mengumumkan, sempena memperingati Kudeta di Perak, semua Adun Pakatan Rakyat akan mengadakan rombongan kesemua DUN di Perak. Rombongan tersebut akan diadakan pada 6 February 2010 bermula di Pokok Demokrasi. 2 buah bas yang akan membawa kesemua Adun Pakatan Rakyat akan menuju destinasi tertentu untuk menyampaikan sumbangan dan berita berkenaan apa yang terjadi di negeri Perak. Sebuah bas akan menuju ke bahagian utara Perak dan sebuah lagi ke bahagian selatan Perak.
Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs Khalil Idham Lim juga menerangkan isu balak yang disita di kawasan Grik. Beliau bersama dengan beberapa Adun Pakatan Rakyat telah membuat laporan kepada SPRM Perak berkenaan balak yang disita oleh Jabatan Perhutanan. Hasil siasatan awal mereka, balak yang disita itu adalah disebabkan pembalakan yang haram dan juga tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Perbuatan yang mengundang sumpah seranah
1. Menipu dan membohongi rakyat
2. Bertindak zalim terhadap rakyat
3. Tindakan berpilih-pilih
4. Tindakan berpihak-pihak.
5. Menipu
6. Menzalimi.
7. Banyak lagi
Mari berdoa
Isnin, 1 Februari 2010
Kenyataan dari ketakutan dan kebodohan.
Ismail Hashim
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.
Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.
Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.
Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.
Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.
“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.
“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.
Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.