ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 2 Februari 2010

Kekuatan Pemimpin Politik di Malaysia siri 2

Difokuskan kepada kawasan Parlimen Lenggong dan Gerik.
Semasa PRU tahun 1990 sebelum itu krisis dalam umno sehingga munculnya S46. Dato Saidin Mat Piah Ahli Parlimen Cenderoh waktu itu. Bertanding melawan Hamzah dari BN. Dato Saidin Kalah dan Hamzah Zain menang. Kira ketika itu Dato Saidin ialah Ketua bahagian umno Chenderoh ketika itu. Hebat dengan pidatonya tetapi kekuatan peribadinya tak mampu menyaingi umno ketika itu kekuatan keluarga besarnya juga tidak mampu meraih simpati keluarganya. Tahun 1999 pilihanraya umum di parlimen Chenderoh menyaksikan pertandingan antara Dato Nazri dengan Hamzah Zain. Tahun 95 Hamzah tak bertanding kerana umno memberi laluan kepada Dato Nazri (umno nak cendeh Hamzah). hamzah yang menang dengan Dato Saidin kalah lagi dengan Dato Nazri. Hamzah semacam tiada penyokong habis saudaranya dalam umno tak mahu menolongnya. Kalah lagi Hamzah. Tahun 2004 Bertanding lagi tapi kalini peringkat negeri melawan Dato Shaarani. Si shaarani pulak tidak ramai sedara mara yang rapatnya dibanding dengan Hamzah tetapi Hamzah kalah lagi. kenapa ? kerana kekuatan personality hamzah tak berupaya menyaingi penerimaan ramai terhadap umno.
Bukan kerana Shaarani kuat. Kalau shaarani bertanding atas tiket bebas dan umno tidak bertanding dan Hamzah bertanding atas bebas juga baru tahu siapa yang menang. Adakah kemenangan akan pergi kepada yang banyak duit atau yang lebih pengaruh.
Kelihatan di Lenggong Dato Umar ada pengaruh, tetapi pernah Dato Umar kalah dalam merebut jawatan dalam umno bahagian Cenderoh ketika itu. Jadi Pemimpin umno lenggong kalau yang berani berlabun besar tu sedar dirilah sedikit. Tiada kekuatannya anda tu. Pemimpin umno kini mengamalkan kepimpinan bodoh. Mereka memanggil orang lain untuk datang membalun pemimpin PR secara peribadi. Sedangkan Pemimpin PR ada hubungan darah dengan mereka. Hj Razman dari luat ada kaitan dengan rapat dengan Samsul Nasarah (samsul Nasarah juga dari luat) Shaarani dari raban Hamzah dari Kuak dekat sangat tu. Tapi mereka panggil orang luar dan menyuruh orang luar itu menghina saudara sendiri. Bodoh punya pembawakan. Dato Umar juga pemimpin umno tapi beliau tidak menyerang lawan politik secara peribadi. Tetapi ketandusan pemimpin umno yang berakhlak menjadikan mereka tidak bermoral.
Kelak pastinya mereka akan balik seperti kupang tembaga. Tengok saja bekas yb yang ada dok melelau dilenggong orang tak hormat. Orang lenggong lebih mesra dengan Hj Razman, Hamzah, Shukri, Ust Ibrahim.
Dato Shaarani singgah kat benting beli pau orang tak peduli. Dato Khansiah langsong tak nampak rupa main kok lenggong. Roslan Latif masa dekat PRU12 dulu tiap-tiap minggu balik ke lenggong.
Next Parlimen Gerik

Tipu punya pasal

Tahun lalu berita Felda di kelantan diarah bayar kepada peneroka lebih kurang RM12juta. Sebabnya ialah kerana seorang pengurusnya telah menipu akan harga sawit. Yang menyedihnya ialah pengurus itu khabarnya telah meninggal dunia. Hanya Allah yang maha mengetahui akan nasib hambanya itu.
Husam Musa telah mendapat maklumat yang minyak yang dikeluarkan di Terengganu sejak 1984 sebahagiannya dikawasan bertindih antara Kelantan dan Terengganu. Tahun 1984 PM ialah Mahathir. MasyaAllah nak kata Mahathir penipu pun kita tak berani tetapi macammana sekarang? aduhai letihnya kepala memikionya. Dinsman kata jangankan nak beri Royalty nak beritahupun tak mahu. Dah 25tahun depa sedut. memang patut rakyat kelantan berdoa sampai pecah perut puak-puakni.
Kita harap sangat semua rakyat seluruh Malaysia minta doa supaya umno-bn musnah segera. Bukannya banyak royalty yang kena bagi tu (5%) saja tapi taknak bagi. dahle tu kuasa bagi tu bukan pada PM tapi pada Petronas. Jahat sungguh najibni yang tumpang jahat ialah fa dan adek.
Ku Li kata masa nak dapat tt dulu dia pergi jumpa Ketua Menteri Sarawak. Hebat Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Barangkali untuk mendapat tt MB dan ketua menteri lain juga begitu agaknya dimana Ku Li terpaksa mengadap sendiri dengan MB dan ketua menteri ketika itu. Tetapi sekarang dah lain jadinya pulak. Pihak kelantan (atau negeri) pulak terpaksa mengadap CEO Petronas. Dah terbalik jadinya.
Balik cerita tipu, Bangkai gajah tidak boleh ditutup. Bagaimana licik Mahathir memerintah Malaysia selama 22tahun sekarang dia menyaksikan sendiri satu-persatu penipuan yang dia lakukan.
Bagi yang beriman dan yakin mereka yang menipu (menzalimi) pasti akan menerima pembalazan Allah.
Dr Badrulamin dalam kuliah di masjid Banggul Batu membacakan hadis yang menggambarkan orang yang muflis di akhirat nanti iaitu orang yang menzalimi orang lain. Kelak segala kebajikan yang dilakukan oleh orang yang zalim itu akan diberikan kepada orang yang dizaliminya. Jika kebajikannya telah habis, segala dosa orang yang kena zalim itu akan diterima oleh penzalim. itulah orang yang muflis di hari akhirat.
Bagi melepas diri dari itu orang yang zalim berlu bertaubat dan memohon maaf diatas segala kezaliman yang telah dilakukannya. Kerana itu mahathir kena paksa najib bayar royalty.
Buatlah macammanapun kalau nak selamat di akhirat nanti. nak kait dengan orang lain pun kaitlah. macam mufti-mufti yang tak mau tegur tapi yang penting kena usaha untuk menyelamatkan diri. Namun hanya orang yang beriman dan bertakwa sahaja yang merasai kegerunan itu.

Merapu dan merewang

Cerita dari harakah seperti dibawah. Ternyata apa yang dilakukan oleh najib tak mengikut kefahaman peguam umno sendiri. Jadi si najib buat kerja macam mahathir tolak royalty keatas terengganu sejak tahun 2000 lagi.
Walaupun peguam itu membawa hujah (bodoh) yang PBB iktiraf veto us tetapi tidak michigan, begitu juga PPB iktiraf Malaysia tetapi tidak iktiraf negeri dalam malaysia. kita kata hujah bodoh itu sebabnya betul PBB tidak iktiraf Michigan tetapi Perdana Menteri Malaysia itu dari pahang apakah PBBtidak mengiktiraf PM yang juga rakyat Pahang. Bekas Perdana Menteri dari Kedah dan Pulau Pinang. Ketua Menteri Sarawak tak mahu tt jika syarat royalty tidak dijelaskan. apakah sebab Tun Razak nak juga tt Tun Abdul Rahman Yaakog itu.
Jadi cerita yang nak membodohkan orang yang memeluatkan orang ramai. Semoga orang yang berperangai jahat macam peguam itu dilaknat Allah. dan seterusnya disumpah seranah oleh masyarakat.
Bacalah seterusnya
Peguam Umno hairan sebelum 2000 royalti, sekarang ihsan
M Faqih
KOTA BHARU, 2 Feb: Percubaan pemimpin Umno menafikan hak Kelantan ke atas royalti berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 akhirnya dirungkai sendiri peguam Umno.
Peguam terbabit, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan dalam akta tersebut disebut dengan jelas perkataan royalti, tidak timbul istilah wang ihsan.
Pendedahan tersebut dibuat pada rancangan Di Luar Lingkaran yang disiarkan secara langsung RTM1 malam tadi yang dihos Syed Munawar.
Hafarizam berkata, Akta Kemajuan Petronas perlu dibaca bersekali dengan Akta Darurat dan Akta Pelantar Benua.
Katanya, kalau kes ini dibawa ke mahkamah, hakim akan menentukan sama ada tiga batu nautika ke bawah menjadi hak kerajaan negeri, manakala selebihnya pula hak persekutuan.
“Dan kemungkinan itu mahkamah akan endorse segala polemik yang dibangkitkan di Kelantan. Dan sebaliknya jika kemungkinan bahawasanya onshore dan offshore itu dibaca mengatasi Ordinan Darurat dan ada argument lain mengapa sebelum tahun 2000 dikenali sebagai royalti.
“Dan selepas itu ditukar kepada wang ihsan, yang mana saya katakan tadi saya tidak ada maklumat terkini mengenai dokumentasi sama ada betul atau tidak sebelum 2000 royalti dan selepas 2000 wang ihsan,” katanya.
Menurutnya, jika mahkamah berpendapat kerajaan Kelantan dan Terengganu berhak untuk menuntut royalti, ia perlu melihat apakah asas tuntutan kerajaan Terengganu atau Kelantan sama ada mereka mahu menuntut bayaran tertunggak dan sebagainya.
Baginya, jalan tengah ialah tidak membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah.
“Jalan tengah yang bukan kerana ia datang ke mahkamah,” ujarnya menjawab persoalan dibangkitkan Syed Munawar.
Menurut peguam Umno terbabit polemik tersebut boleh diselesaikan tanpa membawa ke mahkamah.
Bagaimanapun, tambahnya kerajaan Kelantan perlu melihat kedudukan undang-undang termasuk Ordinan Darurat, Akta Pelantar Benua, Akta Kanun Tanah Negara dan sebagainya.
Beliau juga mempersoalkan sebelum Akta Kemajuan Petroleum digubal pada 1974 apakah posisi di Sabah dan Sarawak.
“Jika kita lihat kepada akta-akta ini dan sejarah dan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu saya nampak bahawanya ini jelas apa yang diiktiraf oleh PBB ialah legitimasi.
“Misalnya PBB hanya mengiktiraf Amerika Syarikat sebagai pemegang kuasa veto tetapi tidak mengiktiraf Michigan.
“Sama juga Malaysia adalah ahli PBB, dan PBB tidak mengiktiraf Kelantan dan negeri-negeri sebagainya. Jadi untuk undang-undang antarabangsa itulah konvensyen yang terpakai,” katanya.

Orang yang bodoh saja yang bercakap bodoh

Tujuan si zambry ini semata nak membodohkan orang(rakyat) jadi kebodohan dan ketololan serta kebangan pergi kepada diri zambry sendiri. Dahle jahat jadi perompak sekarang buat bodoh dan membodohkan orang. semuanya itu mengundang sumpah seranah rakyat.
Selebihnya apa yang dinyatakan berikut.
Zambry yang bodoh - Dr Khai
Feb 2nd, 2010
By Admin Category: Anaz, Berita, PerakEX TV, videos

1 February, Ipoh -
Dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Negeri Perak, ketika ditanya oleh wartawan, Dr. Khairudin selaku naib President PAS Perak menyatakan Zambry mengeluarkan pernyataan yang bodoh apabila beliau mencabar kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan dan diadakan pilihan raya semula di Dun-dun mereka.

Dato’ Seri Zambry yang sebelum ini mencabar kesemua Adun Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan dalam satu sesi temubual di PerakFM juga menyatakan bahawa tidak akan ada pilihanraya di negeri Perak.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang juga Adun Tronoh, YB S.Sivakumar juga mempertikai kenyataan Zambry kerana cuba untuk mencabar sokongan rakyat di kawasan Pakatan Rakyat. Seharusnya Zambry juga patut mencuba nasib yang sama di kawasan mereka sendiri (BN) jika mereka rasa rakyat masih menyokong mereka.

Dalam sidang media yang sama, Pakatan Rakyat Perak mengumumkan, sempena memperingati Kudeta di Perak, semua Adun Pakatan Rakyat akan mengadakan rombongan kesemua DUN di Perak. Rombongan tersebut akan diadakan pada 6 February 2010 bermula di Pokok Demokrasi. 2 buah bas yang akan membawa kesemua Adun Pakatan Rakyat akan menuju destinasi tertentu untuk menyampaikan sumbangan dan berita berkenaan apa yang terjadi di negeri Perak. Sebuah bas akan menuju ke bahagian utara Perak dan sebuah lagi ke bahagian selatan Perak.

Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs Khalil Idham Lim juga menerangkan isu balak yang disita di kawasan Grik. Beliau bersama dengan beberapa Adun Pakatan Rakyat telah membuat laporan kepada SPRM Perak berkenaan balak yang disita oleh Jabatan Perhutanan. Hasil siasatan awal mereka, balak yang disita itu adalah disebabkan pembalakan yang haram dan juga tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Maka dengan itu, PAS Negeri Perak merasakan ada salahguna kuasa berlaku dalam pemberian tender balak sehingga balak terpaksa disita oleh Jabatan Perhutanan.

Perbuatan yang mengundang sumpah seranah

Apakah perbuatan yang menyumbang kepada sumpahan dan seranah rakyat?
1. Menipu dan membohongi rakyat
2. Bertindak zalim terhadap rakyat
3. Tindakan berpilih-pilih
4. Tindakan berpihak-pihak.
5. Menipu
6. Menzalimi.
7. Banyak lagi
Rakyat akan menghamburkan sumpah dan seranah kepada siapa yang melakukan kerja buat seperti dalam sebahagian senarai di atas. Sebahagian yang lain akan menadah tangan kehadrat ilahi. Sesungguhnya yang jahat seperti dalam senarai tersebut di atas pastinya tidak akan terlepas.
Orang yang cetek iman sahaja yang akan menjadi penzalim dan pak turut kepada yang zalim.
Ya Allak Laknatla kepada orang-orang yang jahat dan zalim di Malaysia ini dengan kehinaan yang pedih.

Mari berdoa

Marilah kita sama berdoa ke Hadrat Allah dan mohonlah semoga:-
1. Allah mematahkan segala rancangan jahat umno bn terhadap DSAI- Banyakkan baca surah Alfatihah dan hadiah kepada Rasullullah,Para sahabat, para wali-wali dan sekelian muslimin-muslimat.
Kita memohonkan semoga Allah mengelukan lidah-lidah jahat mereka dari kalangan pendakwa. Kita memohon semoga Allah melaknat dan memusnahkan orang yang merancang dan bersekongkol serta pak turut yang membuta tuli kepada rancangan jahat lagi hina ini. Sepanjang hari-hari perbicaraan ini kita teruskan berdoa untuk tujuan di atas dan juga kita berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada DSAI dan pasokan peguamnya. Kita juga hendaklah berdoa semoga para penyokong DSAI diberi kekuatan untuk terus menyokong kebenaran ini. Kita juga hendaklah berdoa agar segala perancangan jahat polis ke atas penyokong DSAI (atas alasan keselamatan) dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah menghancurkan tentera ahzab.
2. Semoga Allah menghina dan memusnahkan orang yang menipu rakyat kelantan dan orang yang menidakkan rakyat kelantan terhadap royalty minyak.
3. Semoga Allah memberi kemenangan kepada DS Nizar dalam kes MB Perak.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Pembalasan Allah terhadap orang yang zalim itu amat keras.

Ceramah DS Nizar

Di Sumpitan Lenggong
Pada Khamis
Tarikh 4.2.10
Selepas solat isya'
Semua dijemput

Isnin, 1 Februari 2010

Kenyataan dari ketakutan dan kebodohan.

Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh
Ismail Hashim
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.
Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.
Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.
Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.
Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.
“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.
“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.
Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.
Kita semua patut meneruskan doa untuk pembubaran DUN perak.
Bila dah bubar kita bertanding masa tu jika kata si zambry tadi betul ok. kalau yang ok balik kita balik dia ko. semoga kita doa balik dia menjadi KO. Kekuatan kita ada pada doa kita.
amin.

Kes Disiplin

Dato Hasan Ali dan YB Khalid telah menerima dan akur tetapi ada orang lain yang tak puas hati. Yang tak puas hati itu sengaja mendesak dengan pelbagai hujah. Kenapa jadi begitu? siapakah mereka itu. samada tindakan itu mamadai ataupun keterlaluan semuanya adalah dari keputusan yang amat berat yang terpaksa diambil oleh Tuan Naib Presiden dalam lujnahnya. Itulah istikharah beliau.
Mengapa yang diluar ini riuh rendah. Jika keterlaluan sangat kemukankan cadangan supaya kedua-kedua pemimpin itu membuat rayuan. Sebenarnya tiada salah bagi mereka tetapi pembawaan dan cara yang sukar difahami.
Jangan biarkan emosional mempengaruhi tindakan.

Rais Yatim komen Ku Li

Bila Ku Li kata Kelantan layak dapat royalty maka yang turut komen ialah Rais Yatim. Rais yatimni dulu ikut KU Li dalam S46. Pilihanraya tahun 1990 Rais yatim kalah. lepas tu tahun 1994 rasanya bertanding dia kalah lagi. Tapi Ku Li tak pernah kalah. Kalau sebelum ni dikatakan kalau Ku Li bertanding bebas ada orang kata Ku Li menang tentu tiada siapa yang berani kata kalau rais bertanding bebas dia akan menang.
Brahim Ali mula ikut Ku Li menang di Pasir Mas tahun 1990 dalam PR tahun 1994 setelah dia bertukar spisis menjadi katak dia kalah di pasir mas pada hal dia bertanding atas tiket umno/bn.
Jadi kita boleh lihat si berahim ali dan rais yatim ini dalam label mana?
Zainal Abidin Zain di bagan Serai Perak bersama s46 dia kalah. bersama umno menang tahun 1999 dan 2004 tapi kalah pulak tahun 2008. Dato Zainal abidin kalau di perak atau di bagan serai sememang terkenal sebagai ahli strategik tapi bagaimana ketokohannya.
Di Lenggong Dato Saidin semua orang kenal dilenggong terguling dengan yang baru dua kali bertanding kalah juga Dato Saidin. penyudah masuk umno orang tak ambil juga jadi calon sebab dah tua. Roslan Latif di gerik. bertanding 2 kali kalah masuk umno semula katanya PRU 2008 nama dia naik jadi caloh penyudahnya kena cendeh oleh samsul nasarah. sememangnya tak ada siapa yang mahukan dia.
Jadi balik kepada tajuk asal rais yatim yang pernah nak jadi naib presiden tak menang tak payah mendabik dada orang tahu. kalau nak tunjuk kuat boleh tengok kawan seperjuangan dulu iaitu datok sahril samad bila kalah mt dia letak jawatan. dia seorang yang gentleman. semua orang tahu d sahril sepupu dengan PM. tetapi dia tidak mengampu.

Kekuatan Pemimpin Politik di Malaysia

Satu pemerhatian.
Pada hemat dan pandangan ramai kekuatan atau ketokohan seseorang ahli politik di Malaysia terutamanya pada harini banyak bergantung kepada penerimaan rakyat terhadap parti politik yang disertainya.
Hanya ada beberapa orang tokoh sahaja yang mampu berdiri atas persenaliti peribadi sendiri. Ku Li merupakan contoh terbaik dalam mengutarakan analogi pemerhatian ini. Beliau dikeluarkan dari umno dan menubuhkan S46 bertanding dan menang. DSAI dikeluarkan dari umno dan disumbat dalam penjara selepas hampir 10 tahun bertanding dan menang.
Orang lain seperti Mat Sabu bertanding dan menang di kelantan berpindah ke kedah dan menang pula dikedah. Selepas itu kalah dikedah dan di terengganu. Kedudukan Mat Sabu memerlukan kekuatan pada diri beliau dan juga penerimaan masyarakat (rakyat) terhadap ketokohan beliau dan parti beliau. Brahim Ali yang mendakwa ada penyokong sendiri bertanding sebagai bebas kalah dalam PRU tahun 2004 tetapi dengan lambang bulan dan PAS tidak meletakkan calon baru dia menang. Dalam tahun 2004 yang bertanding Parlimen Pasir Mas dari umno ialah Abdul Rahim ( maaf tak pasti ada gelaran apa) tetapi tokoh koperat juga kalah. Kemungkinan Rahim and Co ini kalah kerana penyokong Barhim Ali agaknya. Tetapi secara umum dapat dikatakan Brahim Ali memerlukan parti yang diterima pengundi. Ketokohan peribadi tidak cukup baginya. Malah dari segi ketokohan Mat Sabu jauh lebih diterima sebagai pemimpin. Mat sabu diterima sebagai pemimpin pada negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan sekarang di Perak dan Pulau Pinang.
Hari ini jika umno mengambil tindakan terhadap Ku Li atau dalam PRU 13 nanti KU tidak disenaraikan sebagai calon dan Ku Li bertanding sebagai bebas barangkali PAS atau PKR tidak letak calon dan beri kemenangan kepada Ku Li ( pendapat peribadi).
Ramai pemimpin politik tak berani mengambil resiko ini. Tun Mahathir sendiri tak berani mengambil resiko ini. malah Tun Mahathir pernah kalah untuk menjadi perwakilan umno kubang pasu setelah beliau tiada dalam kepimpinan umno. Tun Abdullah jika tidak disenaraikan dalam PRU 13 nanti dan bertanding dengan tiket bebas rasanya akan kalah di Kepala Batas.
Kita boleh meneka dan mengagak ramai lagi kepimpinan politik negara akan kedudukan mereka sebagai pemimpin politik dengan kekuatan yang dimiliki pada peribadi dan parti atau yang banyak menumpang kepada kekuatan parti.