ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 5 Februari 2010

Disebalik Kemeriahan di Lenggong minggu lepas

Selepas solat maghrib Dr Badrul Amin memberi kuliah di masjid kampong Banggol batu.
Ceramah PKR di kampong Kuak dengan kehadiran Ketua AMK
Di masjid Gua badak diadakan bicara ilmu
dikampong chepor umno pun buat ceramah
Yang paling syahdu dalam kuliah Dr Badrul Amin satu daripadanya ialah Dr menyebut akan orang yang muflis di akhirat kelak. Orang yang muflis di akhrat kelak ialah orang yang menzalimi orang lain. Bila mana ini berlaku Allah akan memindahkan amalan penzalim kepada orang yang dizaliminya. Jika amalan kebajikannya telah tiada maka Allah akan memindahkan dosa orang yang dizalimi kepada orang yang menzaliminya.
Siapakah orang yang zalim itu.
1. orang yang melakukan kezaliman contohnya yang menyebabkan beliau ( Dr Badrul Amin ) di ISAkan.
2. Orang yang memberi kuasa kepada orang yang membuat zalim yakni pengundi-pengundi umno-bn yang memberikan kuasa kepada umno bn untuk berbuat zalim.
Namun begitu penzalim (yang memberi undi dan yang berbuat zalim ) boleh terlepas dengan syarat mohon maah dan bertaubat.
Kerana itu sesiapa yang terlibat itu perlu muhasabah diri. Dah amalan yang dilakukan sedikit diambil habis dan kelak akan menanggung dosa orang lain
Yang nak diberitahu dan ditambah ialah yang datang berceramah untuk umno di cepur ialah bekas aslh pas yang dulunya buat dan jual keset tok guru yang mana hasil jualan itu tidak kepada PAS tetapi kepada dia sendiri. yang beritahu ialah YB kelaboran semalam. Kebenaran akan datang menolak yang batil dan hina.

Khamis, 4 Februari 2010

Filem hindi Shahenshah

Ditayangkan di ZEE tv minggu lepas. sapa yang tengok bagus.
Peguam bela penjahat menembak dan seterusnya mengacu kepada hakim serta menuduh hakim mengaku atau tidak tuduhan itu. Berpeluh hakim itu dan dia mengaku. Dalam keadaan begitu hakim yang arif boleh hilang pertimbangan dan mengaku.
Jadi cerita dibawah ini seolah nak dibawa macam tu. kalau macam tu bagilah segala dokumen tersebut supaya Peguam Karpal baca habis-habis.
Kalau berkeras taknak bagi itu menginaya dan menzalimi namanya. Pendakwa kalau dia beriman dengan bersungguh akan hari akhirat dia akan bagi segala yang dipohonkan oleh Anwar. Kalau tidak rakyat akan anggap Anwar dizalimi. Rakyat akan doakan kecelakaan dan kebinasaan yang hina kepada pasukan pendakwa.
Ingat seksaan Allah amat pedih.
baca cerita seterusnya.

Wednesday, February 3, 2010

Itu Karpal manyak kacau woo ...


Sumber : mStar
Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan itu?
Mohd Saiful: Can I f**k you today?
Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Mohd Saiful: Marah dan takut.
Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?
Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.
Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?
Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.
Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?
Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata what?
Mohd Yusof: Apa respon kamu?
Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.
Mohd Yusof: Seterusnya?
Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.
Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.
Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.
Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?
Mohd Saiful: Ya.
Mohd Yusof: Lepas bilas diri?
Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.
Mohd Yusof: Kamu bertuala?
Mohd Saiful: Saya bertuala.
Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?
Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.
Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?
Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.
Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.
Permohonan itu dibenarkan oleh hakim untuk perbicaraan yang bersambung esok.

Pembunuhan dan kematian

Beberapa minggu pembunuhan di Gemenchih ada mangsa kena sembeleh sampai putus kepala. Ada mangsa dikatakan ada kaitan dengan orang besar. Orang besar itu tidak menziarahnya. Barangkali tiada kaitan agaknya. Orang kamponglah katakan. Semoga mangsa mendapat rahmat dari Allah.
Beberapa minggu lalu juga ada kematian yang dibangsakan kemangkatan iaitu kemangkatan Sultan Johor. Ramai pembesar negara menziarahnya. Ada orang menulis dan menghina baginda walaupun baginda telah mangkat. Semoga Baginda mendapat rahmat dari Allah jua.
Minggu lalu berita kematian King Ghaz,
Semalam pula kematian bekas orang besar yang sebelum bertugas dengan Tun Razak.
Paling hiba semalam kematian akibat terbunuh kerana pergaduhan dua beradik bapa yang mati manakala si abang dalam keadaan tenat.
kenapa jadi begitu. Tiada siapa yang akan menuding jari mencari salah sendiri. Semua akan kata keluarga itu yang salah.
Ada pembunuhan di kuala Lumpur polis minta tolong kalau ada saksi yang nampak. Kalau polis dah minta tolong rasanya payah nak dapat. Tambahan pula mangsa tu bukan orang kenamaan.

Rahsia tentera bocor

Berita terbaru agaknya, siapa pula akan kena kalini. "mari kita lihat siapa yang kena" kata sargen Ibrahim Pemdek dalam Ali Baba bujang lapuk.
Zahid: Rahsia tentera bocor, disalur kepada kedutaan asing
KUALA LUMPUR, Feb 4 — Maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia didapati bocor dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini.
Sehubungan itu Zahid memberi amaran mereka yang didapati terlibat dalam perbuatan seumpama itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Menteri itu berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam waktu terdekat sebelum mengeluarkan butiran lanjut.
Pendedahan ini merupakan isu kedua melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sejak kebelakangan ini. Akhir tahun lalu negara digemparkan laporan kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM
Berikut berita dalam harakahdaily

Cabaran Pakatan Rakyat

Cabaran pertama Kerajaan PR Perak
Cabaran kedua Kerajaan PR Selangor
Cabaran ketiga Kerajaan PR Kedah
Cabaran keempat Tok Guru Nik Aziz dan Kerajaan Kelantan
Cabaran kelima Kerajaan PR Pulau Pinang yang terkini.
Kesemua cabaran tersebut bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Kebanyakan cabaran yang berlaku kerana kita cepat memberi pendapat terhadap apa yang disua kepada kita. Kita lupa ayat " INJA AKUM FASIKUM BATABAIYANU"
kita lupa dan tak kenal yang tanya kita tu siapa. kita ikut sedap cakap tanpa mengetahui samaada yang datang kepada kita itu membawa sirah Imam Bukhari atau Abu Jahl. Ternyata kerana cepat dan tidak periksa kita cepat memberi respon kepada yang datang kepada kita yang membawa sirah abu jahl. penyudah kita mengata sesama kita. Tuan-tuan lebih arif, rakyat memerhatikan kita. Kalau tak kerana rakyat meluat dan menyampah terhadap gelagat umno-bn kita tak akan berada dalam kedudukan sekarang. Yang menang tu kebanyakannya bukan kerana kekuatan sendiri. Jangan biarkan rakyat meluat kepada kita.
Mujur kini rakyat bijak, Rakyat meluat kepada umno-bn. tetapi gelagat beberapa pemimpin PR kini menyebatkan rakyat baru meluat kepada pemimpin tertentu sahaja. Peminpin PR yang baik dan tidak menimbulkan masalah hendaklah berusaha mengelakkan dari rakyat meluat kepada PR. Biar rakyat meluat kepada pemimpin yang tak mahu mengambil hari rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka.
Pengalaman lalu seharusnya menjadi pengalaman. Keruntuhan umno tahun 87. Bersama Ku Li ramai yang bertaraf menteri tetapi PRU1990 berapa yang menang. selain kelantan yang menang ialah Dato Manan di Kuala Terengganu. mana pergi Rais yatim kalah. sedang bila dia masuk umno bertandig menang pula.
Bila DSAI disingkirkan mana ada menteri yang ikut. DSAI tak boleh bertanding tahun 1999 DS Wan Azizah yang bertanding dan menang. tempat lain banyak kalah kenapa rakyat yang meluat kepada umno masih belum ramai.
Kerana itu pemimpin PR kena sedar jangan cepat nak memberi respon. Takkan hilang bisa ular jika menyusuri akar. Kalau orang tanya komen tentang apa yang dikatakan oleh ahli parti rakan yang kita belum dapat kata pasti lagi apa yang kita nak jawab? salahkah atau lekehkah kalau kita jawab saya belum dapat kepastian? nanti saya nak contac dia. atau buat masa ini i tak boleh beri komen, atau nanti saya hello to him? tak bolehkah jawab begitu? sebagai misalannya.
Pertelingkahan antara Khalid Samad dan Zulkifli Nordin berkisar disitu saja. Khalid kata begini. Sampai kepada Nordin bunyi begitu. Menyiraplah darah. Contoh orang kata " Eh Kawan kenapa you kat sini saja tak pergi tengok orang belah kepala bapak yu" si kawan dengar "bapa you" kesudahannya macammana.
Tuan-tuan yang datang kepada itu kita tak kenal mereka. jadi kita perlu berwaspada.
Maaf jika tersinggung.

Rabu, 3 Februari 2010

Ke lokasi kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur barat gerik kali 2

Hampir pasti yang melakukan curi balakni bukan orang Pakatan Rakyat. Kalau orang Pakatan Rakyat pastinya dah kena cekup. Nasib YB titi Serong cepat buat laporan kalau tidak Pegawai Khas mana pulah yang akan disebutkan dalam TV kena cekup oleh SPRM.
ikuti berita seterusnya.
Ke lokasi kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur barat gerik kali 2
PKR Gerik, Tuesday, February 2, 2010
.fullpost{display:inline;}
Semalam bermula jam 6.00 petang dari hentian rehat perah gerik kami meninjau sekali lagi ke kawasan kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur gerik. Turut bersama rombongan ini YB Idham Lim Abdullah ADUN Titi Serong, Ustaz Razman YDP PAS Kawasan Lenggong, Saudara Mohamamad Noor Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik serta Unit Amal dari Gerik serta Lenggong.
Apabila rombongan ini sampai ke kawasan berkenaan didapati jalan masuk ke kawasan ini telah dibuatkan satu lubang besar mungkin menyekat kenderaan dari memasuki kawasan itu,nampak macam baru saja dikorek kerana sebelum ini tinjauan kali pertama ia tidak bergitu. Apabila memasuki jalan masuk kawasan ini 2 papan tanda telah dijumpai yang telah dicabutkan.

DSAI yang difitnah

Membaca catatan R Sivarasa mengenai DSAI pastinya akan membuat setiap pembaca merasa geram dan marah terhadap penama-penama yang disebutkan. Pasti hati geram dari pembaca akah mengata Ya Allah kejam dan jahatnya penama itu. Pasti sumpah seranah dihamburkan kalau tak boleh kuat tetapi dalam diam.
Dalam bahasa diam hamburan sumpah seranah serta caci maki itu penama-penama buat tak endah sahaja. Mereka begitu kerana hati budi mereka telah mati. Hati iman mereka telah tiada. perasaan muslim telah menjadi kufur. Mereka telah menjadi dalam rupa manusia tetapi bukan manusia. Apakah mereka aman. Lihat wajah mereka. Lihat gaya cakap mereka. Harini mereka berbangga dengan keangkuhan mereka. Mereka sombong kerana sumpah seranah orang tidak terkena kepada mereka. Mereka angkuh kerana caki makian orang tidak mendatangkan mudahratkan mereka.
Mereka juga gelak besar dan mendabik dada kerana doa dan solat hajat orang keatas mereka tidak menjadi apa. Mereka gelak dang angkuh kerana mereka kebal, tak dimakan sumpah, tak ditelan bala, mereka takabur kerana doa orang tak mampu menumpaskan mereka.
Sememangnya mereka amat megah. Apakah hati mereka senang dan tenang. Ada ayat menyebut maksudnya "jangan kamu sangka mereka senang malah mereka juga merasai kesakitannya"
Yang telah mati orang sebut kehinaannya. Yang masih hidup satu persatu penipuan terserlah.
lihat sahaja kepada pegawai felda yang telah mati dikatakan menipu akan harga sawit. Hina keluarga yang ditinggal menanggung aib yang dibuat sendiri. Tun Mahathir menjadi PM 22 tahun tetapi menipu (tak beritahu) rakyat kelantan yang dari bumi kelantan telah mengeluarkan minyak. Peguam Negara yang dah dilantik jadi hakim dan telah mati tetapi sebelum itu jatuh dan koma mati dalam keadaan koma. Orang kenal akan Tan Seri Mohtar. Ramai lagi yang angkuh dan kelihatan mereka hebat tetapi derita didalam diri mereka saja yang tahu.
Nun jauh pengganas yang berhati iblis sehingga kini tak diketahui hidup atau telah mampus iaitu ariel sharon bekas perdana menteri yanhudi yang telah melakukan kezaliman pembunuhan ke atas manusia arab. Thaksin yang dekat diutara menyelunkur turun dari takhta PM thai kerana serangan jahat ke atas umat islam selatan thai.
Jadi penama-penama yang jahat itu diberi ingat sejarah akan berulang. Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan. Kumpulkanlah wang sebanyaknya kalau anda sangka wang itu boleh mengampun dosa kamu. Kamu akan hilang kuasa kamu dimamah usia. tetapi wang boleh beli segalanya. Tak perlu bagi kamu untuk meminta maaf kepada Anwar setelah kemu hina dia. Tak perlu bagi kamu bertaubat atas apa yang kamu buat kepada Anwar kerana kamu akan terus menghina dia.
Kamu boleh hidup senang dengan menghina Anwar. Tapi bila kamu mati hanya kamu yang akan tahu apa yang ada sisebaliknya. Kamu tak akan tahu berapa yang akan sembahyang ke atas kamu. kamu pun tak akan tahu dimana akan dilempatkan jasad kamu. Adakah jasad kamu akan di semadi di makam pahlawan atau dibuang ditepi longkang menjadi makanan anjing tidak juga kamu dapat merasai kesakitan untuk dikabarkan kepada yang masih hidup. Peringatan ini untuk yang beriman. Kalau macam ariel sharon tak guna pun.
Barangkali catatan ini tidak sedikitpun mendebarkan penama yang disebutkan.
Bagi yang waras dan budiman selayaknya memanjatkan doa semoga keadilan diperolihi oleh DSAI dan kemusnahan yang hina kepada yang jahat sombong dan takabbur.
Semoga Allah melaknat mereka itu- amin

Kenapa Menteri kena umum bonus TH?

Pasal ape ya
Tabung Haji umum bonus 5 peratus
03/02/2010 1:42pm
PUTRAJAYA 3 Feb. - Tabung Haji hari ini mengumumkan pembayaran bonus sebanyak 5 peratus bagi tahun kewangan 2009.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di sini. - Utusan
ASB bukan pulak PM atau menteri kew.
sedangkan PM yang melancarkan ASB dulu.
Jadi tugas Menteri JPM ialah pasal orang islam malaysia yang simpan nak ke mekah kerja haji. Dia kena bagi tau dapat bonus banyak mana. dia juga yang tentukan banyak mana kena belanja untuk kerja haji. Ada orang kata tahun 2010 ni tentu lebih RM13,000 termasuk wang saku. kenapa jadi begitu. Kena ada dalam simpanan sekurang-kurang RM12,600.00. Kita mintak TH perincikan secara detail bagaimana amaun untuk mengerjakan haji sampai RM13,000.00.

Siapa orang yang Fasik

Terdapat beberapa ketegori manusia dalam islam. Orang islam tergolong kepada
1. Orang mukmin
Dalam mukmin pula la ada mukmin yang muttakin dan ada mukmin yang AAsi( jahat)
2. Orang munafik
3. Orang fasik
Salah satu perangan orang yang fasik ialah orang yang menuduh orang yang baik dengan tuduhan melakukan zina (tuduhan mengaibkan) tanpa membawa 4 orang saksi.
Adakah orang fasik dikalangan kita?
Adakah kita ketahui dimana orang fasik akan ditempatkan di akhirat kelak?
Orang yang beriman pasti akan gerun dengan seksa Allah akibat dari kefasikan.

Blogers PR perlu bersatu memberitahu

Pandangan ini dari perspektif berpolitik. Blog yang memaparkan isu yang tidak melibatkan politik tidak dibawa dalam perbincangan ini.

Nampaknya terdapat berbagai kumpulan dikalangan blogers.
1. Blogers Parti Politik.
2. Blogers Penyokong Parti Politik
3 . Blogers Bebas.
4. Blogers Parti penentang
Blogers Parti Politik
Blog ini biasanya dikendalikan oleh Party Politik sendiri termasuk parti yang menjadi rakan atau dalam suatu pakatan . Disamping itu ianya terdiri dari blog dari blog pemimpin parti. Contohnya blog Tok Guru dan lain-lain. Blog ini membawa masej parti sendiri dan pendirian pemimpin itu sendiri. Segala isu yang dibawa semata-mata untuk parti.
Blogers Penyokong Parti Politik
Blog penyokong parti biasa dikendalikan oleh ahli dan penyokong parti. Blog jenis ini akan memaparkan isu yang akan cuba menaikkan imej parti pendukung blog itu sendiri.
Blogers Bebas
Blog bebas terdiri dari orang awam yang biasanya berada di atas pagar. Dia melihat secara keseluruhan. dia memberi komentar mengikut pandangan umum. Banyak kebaikan dan sumbangan dari blog ini namun tak kurang juga ada perancangan jahat dari agen yang jahat menyamar menjadi blogers bebas ini. Mungkin blogers yang seperti ini dikatakan blog yang menongkah arus.
Blog Penentang
Blog penentang ialah blog parti penentang atau blog penyokong parti penentang atau juga dari blog yang mendakwa bebas tetapi mirip kepada parti penentang.
Bila kita melihat kepada paparan berita umpama dalam tranungkite pelbagai gaya ditunjulkan yang akan memberi persepsi yang berbagai. Misalnya ada blogers yang tidak bersetuju dengan seseorang pemimpin maka dia hentam sungguh-sungguh sehingga nampak menjadi benar pemimpin itu bersalah. sedangkan kesalahan pemimpin itu hanya pada persepsi blogers itu sahaja. Keadaan ini akan merosakkan pemimpin berkenaan sedang bloggers tadi akan mengekek ketawa.
Kerana itu sesuatu perlu dilakukan oleh kepimpinan supaya mengenalpasti kumpulan blogers. Kalau blog itu seperti blog Tok Guru atau blog DSAI atau blog YB Lim Kit Siang atau blog Presiden PAS itu kita tak perlu curiga. Begitu juga blog yeng mempamirkan gambar blogers sendiri. Macam ajijoi dia tunjukkan gambar dia disitu kita percaya dan kita kenal. Blog Mahathir dia tunjukkan gambar dia disitu. jadi kita baca cerita kita faham diatu siapa.
Bagi yang bagi nama macam-macam tu yang payah untuk dikenal. Blogers ini juga memberi sumbangan kerana mereka tak mahu dikenal secara terkenal. Tetapi PR mesti kenal blogers ini kerana kita takut blogers yang menyamar dari blogers yang berniat jahat kepada parti.

Selasa, 2 Februari 2010

Orang Lenggong Tak Merungutpun

YB Parlimen dan YB Kota tampan dah lama tak melawat pekan lenggong. Meraka tak pedulikan rakyat lenggong pun. Depa kira depa saja. Tapi bila nak pilihanraya bukan main lagi. Inikah rupa pemimpin? ada bukti yang mereka tak sensitif dengan apa yang ada di lenggong.
Kini rakyat lenggong ada pilihan.