| Abdul Aziz Mustafa, | 08 Mei 2013 |
ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Rabu, 8 Mei 2013
'Kerajaan 47 peratus' akan cengkam rakyat
Terima kasih pengundi Cina sokong calon Melayu
| Harakahdaily, | 08 Mei 2013 |
Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau menolak dakwaan Umno bahawa pengundi Cina bersifat rasis kerana majoritinya mengundi DAP pada PRU13 lalu berbanding calon BN.
Sedangkan katanya, banyak kerusi yang ditandingi antara calon Melayu dengan Cina dalam kawasan campuran, dimenangi oleh calon Melayu.
Ianya membuktikan bahawa pengundi Cina sanggup menolak calon dari kaum mereka sendiri yang dirasakan tidak layak menjadi wakil mereka.
“Ini sekaligus membuktikan dakwaan bahawa pengundi cina menolak melayu hanyalah fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada yang sama, beliau juga menyelar Umno yang bermain api perkauman dengan keputusan pilihanraya ke 13, dengan mengapi-apikan isu Cina menentang Melayu.
Tindakan ini kata Tuan Ibrahim langsung tidak berpijak kepada fakta keputusan sebenar, bahkan lebih kepada membakar perasaan rakyat bagi menimbulkan kebencian antara kaum.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mempersoalkan tindakan MCA yang menolak sebarang jawatan dalam kerajaan.
Kata Tuan Ibrahim, tindakan itu jelas menyumbang kepada jurang kebencian yang sengaja diapi-api oleh BN.
“Tindakan ini akan dilihat seolah-olah seluruh barisan kabinet dan kepimpinan di semua peringkat akan dikuasai oleh orang Melayu sahaja. Yang perlu ditanya ialah apa tujuan di sebalik tindakan ini?” soal beliau.
Tuan Ibrahim berkata sentimen perkauman sedang ditiup kuat oleh media perdana adalah bagi menutup pandangan rakyat terhadap isu-isu penyelewengan PRU13 serta kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapat mandat yang lebih besar sebagaimana yang diwar-warkan sebelum PRU13.
“Ia juga sebahagian usaha menutup isu pendatang asing yang turut mengundi, dan tidak mustahil tindakan perkauman ini akan disusuli dengan pelbagai tindakan bagi mengalih kemarahan rakyat terhadap kecacatan sistem pilihanraya negara ini,”
Tuan Ibrahim juga tidak menolak pandangan sesetengah pihak bahawa strategi ini mungkin adalah sebahagian dari usaha Najib bagi mengekalkan kedudukannya dari dicabar oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagaimana nasib yang menimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana gagal mempertahankan sokongan kepada BN.
“Apakah isu perkauman ini akan menjadi penyelamat kedudukan Najib di dalam Umno setelah Tun Dr Mahathir menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap prestasi terburuk BN di PRU13?” soal beliau lagi.
Di bawah diserta antara contoh kawasan campuran yang telah dimenangi oleh calon Melayu dari Pakatan Rakyat walaupun berdepan calon Cina dari BN.
Ia sekaligus menunjukkan ramai pengundi Cina yang menyokong calon Melayu dan menolak calon dari kaum mereka sendiri.
Kerusi Parlimen :-
Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.
Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.
Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.
Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.
Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.
Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.
Kerusi DUN:-
Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.
Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.
Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,
Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.
Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.
PAS tidak akan tuntut jawatan MB Selangor
PAS tidak akan tuntut jawatan MB Selangor
- 8 May 2013 10:10 am
- admin
- Negeri, Pakatan Rakyat, Politik, Selangor, Sinar Harian
- no comments
Selasa, 7 Mei 2013
Analisis awal PPP tentang keputusan PRU13
Analisis awal PPP tentang keputusan PRU13
| Dr Mohd Zuhdi Marsuki, | 06 Mei 2013 |
1. Secara keseluruhan PPP menyimpulkan kekalahan PAS dan PKR di beberapa kerusi sasaran di seluruh negara adalah disebabkan oleh "FENOMENA TERENGGANU 2004", yang melanda seluruh Semenanjung Malaysia.Yang saya maksudkan "Fenomena Terengganu 2004" ialah pertambahan pengundi baru yang meningkat secara mendadak di beberapa kawasan dan peratusan keluar mengundi yang bertambah lebih 10% di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, 8 - 10% di Pahang dan sekitar 5% di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
2. Dari segi jumlah undi yang diperolehi oleh PAS di kerusi-kerusi sasaran, sebahagian besarnya melebihi sasaran dan meningkat.
Sekiranya peratusan keluar kekal seperti seperti tahun 2008, berkemungkinan PAS akan mengekalkan kerusi di semua kerusi parlimen di Kedah dan Selangor, serta menambah beberapa kerusi yang disasarkan sebelum ini seperti parlimen Arau, Jerlun, Tasik Gelugur, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Besar, Tanjung Karang, Jerantut, Jempol dan Pulai.
Oleh sebab itu, PAS dijangkakan boleh memperolehi 38 kerusi parlimen, iaitu 24 kerusi yang sepatutnya boleh dikekalkan, 4 kerusi yang disasarkan dan menang iaitu Sepang, Temerloh, Kuala Nerus dan Dungun, dan 10 kerusi sasaran yang disebutkan di atas.
3. Peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi ini boleh jadi berlaku disebabkan jentera BN telah mengenal pasti golongan 'pengundi malas" yang tidak keluar dalam pilihanraya-pilihanraya lepas dan telah mengerahkan mereka untuk keluar dengan pelbagai cara.
Bagaimanapun tidak juga boleh ditolak, ada 'pengundi hantu' yang telah keluar bagi pihak 'pengundi malas' sebagaimana berlaku beberapa kes pengundi sebenar yang tidak boleh mengundi disebabkan hak mereka telah digunakan oleh orang lain.
4. PAS berjaya meraih undi lebih baik daripada UMNO bagi golongan muda Melayu, masyarakat Melayu urban, masyarakat kelas menengah Melayu dan golongan Melayu berpendidikan, manakala UMNO dilihat lebih menyandarkan kepada golongan pengundi vateran Melayu dan masyarakat Melayu pedalaman.
5. Sekiranya "Fenomena Terengganu 2004" ini dapat diatasi, PAS dan PKR akan mendapat lebih kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, dan dengan jumlah tersebut PR dijangka boleh menang dengan majoriti mudah di peringkat persekutuan.
Tahniah, orang cina telah menzahirkan ketamadunnan mereka.
Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?
| Pandangan Daniel Teoh Tzu Yong, | 06 Mei 2013 |

Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.
Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.
Maka dengan dua perkataan ini, Encik Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong oleh Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).
Penulis tidak mampu menberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan para penganalisis dan pakar sains politik dalam hari-hari akan datang.
Ramai kawan-kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan komen ‘tsunami pengundi Cina’ . Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Encik Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.
Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang orang telah Cina lakukan?
Dr. Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian tersebut dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.
Pengundi Cina disuap dengan pelbagai jenis berita rasuah dan salah-guna kuasa tiap-tiap hari di media sosial. Walaupun bukan semuanya betul atau tepat, malangnya kerajaan BN yang lepas ada juga mengaku atas tuduhan kepincangan pentadbirannya.
Isu seperti skandal lembu NFC telah memberi persepsi buruk bahawa kerajaan (bukan parti) dipenuhi kekotoran dan memerlukan perubahan drastik.
BN tidak memahami sentiment anti-rasuah (bukan kerajaan Melayu) ini, maka mereka telah menggunakan taktik pendekatan yang amat salah. Cara seperti mempelawa Psy untuk menyanyi lagu ketika Tahun Baru Cina bukan sahaja tidak menyumbang kepada faktor ‘feel good’ terhadap BN, tetapi mengukuhkan lagi tanggapan pengundi Cina bahawa BN kaya sangat dengan hasil rasuah sehingga Psy pun boleh dijemput macam itu sahaja.
Ketidakfahaman ini juga mengakibatkan Encik Najib menanyakan soalan yang ‘memalukan’ kepada hadirin-hadirin di Han Chiang itu.
Sebagai peringatan, BN wajar mendapat maklumat dan nasihat dari sumber yang lain daripada MCA. Kekalahan teruk parti komponen itu telah menghantar mesej yang jelas lagi teru-terang.
Pengundi Cina juga tertarik dengan penawaran calon-calon yang berkaliber lagi menarik daripada parti-parti pembangkang. Kebanyakan calon-calon ini merupakan orang yang relatifnya muda, profesional, dan tidak mempunyai bagasi politik. Kebanyakan mereka bersih dan berani untuk berdepan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.
Calon-calon yang ditawarkan oleh MCA pula terkenal dengan nyanyian dan kelakuan yang memalukan. Malah salah satu calon profesional dari MCA – calon Parlimen Pandan Encik Gary Lim – dikatakan telah melanggar etika peguam dan surat-surat tunjuk sebab yang dihantarkan kepada beliau telah dibongkarkan oleh Rafizi Ramli.
Persepsi rasuah, cara pendekatan yang salah hasil ketidakfahaman aspirasi pengundi Cina, dan perbezaan kualiti antara calon-calon merupakan penjelasan penulis akan sokongan kuat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Wahai Encik Najib, apakah yang orang Cina telah lakukan?
12 Adun Pakatan ke Dun Pahang
| Khairil Abdul Rahim, | 06 Mei 2013 |

TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang buat pertama kalinya bakal menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan apabila berjaya menghantar 12 orang wakil ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, iaitu kurang dua kerusi untuk menafikan 2/3 BN.PAS menambah satu kerusi (Dun) lagi iaitu Tanjong Lumpur di samping berjaya mengekalkan kerusi Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pada PRU 2008 yang lalu.
Yang Dipertua PAS Kuantan Rosli Abdul Jabar, di Dun Tanjong Lumpur mendapat 9,090 undi mengalahkan lawannya Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dengan majoriti 796 undi.
Di Kuala Semantan, penyandang Syed Hamid Syed Mohamad mengalahkan Mohd Anuar Mohd Yunus dengan kelebihan 2,685 undi. Syed Hamid mendapat 12,101 sementara Anuar 9,416 undi,
Aktivis anti Lynas Andansura Rabu di Beserah pula berjaya mendapat 15,346 undi mengalahkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Hazmi Yusof dengan majoriti besar 3,987 undi.
PKR yang tidak menang kerusi Dun sebelum ini, menghantar wakilnya Lee Chean Chung dari Semambu yang mendapat 14, 753 undi dan Sim Chon Siang dari Teruntum yang memperolehi 12,385 undi. Majoriti masing-masing ialah 3,200 dan 4,437 undi.
DAP yang sebelum ini hanya menang di Triang dan Tras, kini menguasai Tanah Rata (Leong Ngah Ngah: 7,878 undi), Mentakab (Tengku Zulpuri Tengku Puji: 7,882), Bilut (Chow Yu Hui: 8,663), Ketari (Lee Chin Chen: 10,050), Sabai (D. Kamache: 4,439) dan Triang (Leong Yu Man: 10,076) dalam pengundian semalam.
Sementara itu Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang sebelum ini bertahan selama lima penggal di Triang berjaya di Tanah Rata mengalahkan calon BN dari MCA iaitu penyandang Datuk Ho Yip Kap.
Leong mendapat 7,878 manakala Ho mendapat 4,734 undi. Setiausaha DAP pula terus unggul di Tras.
DAP yang bertanding tujuh kerusi semuanya, mencipta rekod dengan memenangi semua kerusi ditandingi.
Bagi kerusi parlimen pula PR Pahang berjaya menambah dua kerusi lagi iaitu Parlimen Temerloh dan Raub. Sebelum ini PKR hanya menguasai Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengalahkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang, dengan kelebihan 1,070.
Nasrudin mendapat 28,267 berbanding Saifuddin 27,197 undi.
Undi popular PR 49.96%, BN 46.53%
Undi popular PR 49.96%, BN 46.53%
| Harakahdaily, | 07 Mei 2013 |
Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.
Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN.
Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan.
Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ‘Tsunami Cina’ telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot.
Namun begitu, telahannya disangkal bekas ketua editor News Straits Times A. Kadir Jasin (gambar).“Apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?
"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” tulis beliau di blognya.
Kadir juga berkata walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi hakikatnya, kekuatan BN dalam semua DUN merosot.
“Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri,” kata beliau.
Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Najib. Beliau berkata kerusi Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang dan Penampang tidak mungkin dimenangi PR jika Melayu tidak berubah bersama PR.
Penganalisa politik pula berkata PRU13 ini memperlihatkan pengundi Melayu luar bandar berpihak pada BN, akan tetapi rakyat pelbagai kaum di bandar memihak kepada PR.
“BN menang di kawasan parlimen yang kecil pengundinya dan mempunyai peratusan Melayu yang lebih besar, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata beliau.
Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), PAS (21) dan DAP (38), manakala bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).
PRU 13: Bersih bentuk tribunal, tuntut SPR letak jawatan
| Anis Nazri, | 06 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:Bersih 2.0 mempersoalkan keabsahan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan pelbagai pelanggaran sepanjang proses pilihan raya berlangsung.Pengerusinya, Datuk S. Ambiga, berkata pelanggaran itu bukan sahaja berlaku sebelum tempoh pembubaran parlimen, tetapi turut berlaku ketika hari pengundian.
Bercakap pada satu sidang media hari ini, Ambiga berkata pihaknya menerima pelbagai laporan pelanggaran yang dilakukan sepanjang PRU13 ini.
Sehubungan itu, menurut Ambiga, badan pro demokrasi itu akan membentuk satu tribunal awam untuk memperhalusi segala bukti-bukti pelanggaran yang diterima pihakny.
"Kami mengalu-alukan rakyat yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran sepanjang PRU ini untuk membuat laporan polis, seterusnya berkongsi dengan kami mengenainya," tegas beliau.
Tribunal itu, katanya akan ditubuhkan dalam minggu ini, dan akan melengkapkan laporan berkaitan dakwaan pelanggaran tersebut dalam tempoh sebulan.
Dalam pada itu, Bersih 2.0 turut mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot akhbar utama negara, yang disifatkannya tidak memberikan ruang yang sama rata sepanjang kempen pilihan raya.
Tegas Ambiga, akhbar-akhbar tersebut ialah The New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian perlu diboikot dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Mengulangi pendirian Bersih 2.0 yang menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil, badan itu mendesak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletakkan jawatan secara serta-merta.
"Memandangkan SPR masih gagal memastikan proses pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil, maka kita mendesak agar semua yang berada di SPR untuk meletakkan jawatan serta-merta.
"Satu jawatankuasa baru yang memenuhi aspirasi rakyat perlu ditubuhkan bagi menggantikan SPR," tegas beliau lagi.
Sebelum ini, Bersih 2.0 menuntut lapan perkara daripada SPR bagi menjamin ketelusan dan keadilan sepanjang proses pilihan raya berjalan.
Anwar tegas lagi, tolak keputusan PRU13
| Muhammad Faizal, | 07 Mei 2013 |

Dengan memperolehi 52 peratus undi popular jika dibanding Barisan Nasional (BN), dengan jumlah undi sebanyak 5,623,984 untuk seluruh negara, Pakatan Rakyat sebenarnya menjadi pilihan rakyat.
Anwar turut mengulangi Pakatan Rakyat menyifatkan pilihan raya ini penuh dengan penipuan.
MB dan Exco ziarah TG Nik Aziz di hospital
| Rizal Tahir, | 07 Mei 2013 |

Turut sama dalam lawatan berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat dan Penasihat Undang-Undang negeri Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim.Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia
| Dr Amirul Amin, | 07 Mei 2013 |
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.
5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).
9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.
Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.