ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Khamis, 30 September 2010
Duit Ehsan
Pastinya mereka tak berani bersumpah.
Jadi rakyat miskin yang terinaya kerana kejahatan mereka.
Sepatutnya mereka bersumpah seperti saiful
tapi mereka yang jahat ini sanggup menipu orang tua dan miskin.
Sepatutnya mereka bersumpah dengan nama Allah yang duit yang diberi sebagai wang ehsan itu sebenarnya wang judi.
Tetapi rakyat miskin dan tak perihatin percaya cakap dua orang penipu ini.
Mereka tak dengar apayang di khabarkan oleh LGE.
Mereka sanggup diperbodohkan oleh dua ekor itu. Semoga Allah melaknat keatas kedua-duanya.
Rabu, 29 September 2010
Jamuan Rakyat lagi
Kes Buang bayi di melaka?
Boleh percaya ke?
Macammana orang yang gred 48 boleh kumpul nota dan tak memberi apa-apa. Bagaimana pula dia nak kendalikan kes buang bayi. Kalau pasangan itu mengambil peguam yang handal juga macammana pula. harus barangkali semua dokumen yang diminta oleh pembela tak dapat macam mana semua dokumen yang diminta oleh DSAI semua tak dapat.
Sesungguhnya orang sekarang ni dah pandai belaka mereka boleh melihat dan merenung.
Selasa, 28 September 2010
Dari mana dia dapat duit hah
Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ? |
Oleh Afrar Yunus
Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.
Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.
Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.
Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.
Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.
Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.
Hakim 2 masuk Neraka hanya satu yang masuk Syorga
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar, Karpal Singh mempertikaikan bahawa penghakiman yang ditulis hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah sokongan dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil mestilah dalam Bahasa Malaysia mengikut peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
"Kesemua tiga penghakiman (yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam bahasa Inggeris yang menolak rayuan Anwar) kekal tidak mengikut perlembagaan kerana ini melanggari Artikel 152 dan Seksyen 8," kata Karpal Singh.
Pada hakikatnya, beliau berkata penghakiman Abdul Malik menyatakan bahawa peruntukan wajib hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Beliau berkata mengikut undang-undang, semua proseding, termasuk penghakiman, mestilah dalam Bahasa Malaysia kecuali jika ia dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan di mana sesebuah mahkamah itu boleh mengarahkan proseding itu didengar separuh dalam Bahasa Malaysia dan separuh lagi dalam bahasa Inggeris, melalui usulnya sendiri atau permohonan untuk mana-mana proseding setelah memberikan pertimbangan dalam aspek keadilan proseding berkenaan.
"Penghakiman itu adalah batal dan tidak sah. Tidak ada penghakiman yang sah untuk mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan) untuk meneruskan lagi kebenaran permohonan rayuan Anwar. Mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan) hendaklah mengarahkan Mahkamah Rayuan untuk menulis satu penghakiman yang lebih wajar dalam bahasa kebangsaan," kata beliau.
Peguam veteran itu membangkitkan isu tersebut sebagai perkara permulaan dalam perbicaraan proseding mahkamah mengenai saman fitnah Anwar terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 10 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas alasan teknikal, untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM100 juta beliau terhadap Dr Mahathir.
Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa memorandum rayuan yang difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat dan tidak sah dan dokumen mahkamah itu mestilah difailkan dalam Bahasa Malaysia.
Anwar mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir pada Januari 2006 kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap beliau di persidangan Hak Asasi Manusia Malaysia, 9 Sept, 2005.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka mengenai perkara permulaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.
Peguam Datuk V.K.Lingam yang mewakili Dr Mahathir, mengemukakan prosedur tidak pematuhan dengan mengatakan ia menyalahgunakan proses mahkamah untuk membawa perkara permulaan itu pada peringkat permohonan kebenaran.
Lingam berkata sebaliknya Karpal Singh mestiah memfailkan satu permohonanan yang wajar untuk membangkit isu tersebut.
Beliau menerangkan bahawa dalam Mahkamah Rayuan, beliau memohon kebenaran mahkamah untuk mengemukakan kesnya dalam bahasa Inggeris dan mahkamah
membenarkannya berbuat demikian.
"Penghakiman dan perintah (oleh mahkamah) sentiasa dalam bahasa Malaysia tetapi alasan penghakiman adalah dalam bahasa Inggeris kerana peguam dalam proseding tersebut telah memohon untuk menjalankan proseding berkenaan dalam bahasa Inggeris mengikut Akta Bahasa Kebangsaan," kata beliau.
Di luar mahkamah, Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa keputusan tersebut mengenai perkara permulaan menimbulkan implikasi yang besar.
Beliau berkata ini merupakan pertama kali selepas kemerdekaan, isu tersebut dibangkitkan.
"Saya cadangkan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan mengenai isu tersebut, hendaklah kes-kes lain ditangguhkan di mana penghakiman ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya.
Bernama
Reezal mempamirkan wajah Jahil si Abu Jahl
Sebab itu dia merapu sangat. Rrang yang nak percaya cakap naina tu pi hantar balik duit tu. Yang percaya kata LGE ambil duit tu dan buat belanja. LGE kata duit tu dah di asingkan habis apa si naina tu kacau lagi. Memanglah si anu *** tu jahil seperti abu jahl. Laknat Allah ke atas Abu Jahl dan dan para Jahiliahnya.
SHAH ALAM 28 Sept - Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) berkata Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.
Dalam satu kenyataan semalam, Loke Siew Foo menjelaskan buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.
Malah hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.
Katanya, menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Ia terdiri daripada tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.
Tambah Ahli Parlimen Rasah itu, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.
“Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi.
“Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
“Saya yakin Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal,” ujar beliau.
Merujuk kepada soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu Loke menanyakan, “sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.”
Jelas beliau lagi hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.
“Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.
“Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari.
“Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal,” katanya.
Loke berkata seharusnya Reezal mengetahui bahawa sebahagian perbelanjaan mengurus negara dari perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh beliau.
“Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal,” kata Lke sinis.
Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.
Ini dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mengatakan kenyataan Reezal sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan”.
Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.
Reezal pula mendakwa beliau mempunyai sepucuk surat dari Pejabat Ketua Menteri di Komtaruntuk menunjukkan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Surat tersebut dikatakan ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Mereka yang melihat dari luar dan pastinya akan curiga
Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan | ||
|
"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .
Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.
Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.
"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.
Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.
Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.
Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.
Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.
Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.
Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.
213 Kompatmen Balak di Hulu Perak
Semalam banjir di Air Panas Gerik
Rakyat perlu bangkit dan mengubah pemimpin umno yang rakus memudharatkan rakyat.
Rakyat perlu bangun menyanggah segala penipuan yang dilakukan oleh umno-bn.
Kampong Sumpitan banjir semalam
TV9 juga berniat jahat
Sungguh keji perbuatan mereka itu.
Bantuan kewangan mangsa ribut disegerakan
Mohd Shubihi Muhamad Zain |
SUNGAI PETANI, 27 Sept: Kerajaan Negeri Kedah akan menyegerakan bantuan kewangan kepada mereka yang terlibat dalam kejadian ribut di tiga buah kampung dalam Mukim Simpor, dekat sini, petang semalam. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang melawat tempat kejadian berkata, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kewangan untuk membaiki rumah yang rosak dalam masa terhampir ini setelah mereka yang terlibat tampil membuat laporan kerosakan. "Kerajaan akan menyalurkan sejumlah wang kepada mangsa-mangsa yang terlibat setelah semua laporan lengkap diterima. Bantuan tersebut adalah bagi membaiki rumah yang rosak akibat dari musibah yang melanda. "Sebagai bantuan awal, kerajaan negeri juga turut menghulurkan hamper barangan keperluan harian sebagai tanpa bersimpati di atas apa yang terjadi," katanya ketika menyampaikan bantuan segera kepada mangsa di Masjid Kampung Bukit Kecik, Sungai Pasir, petang tadi. Azizan turut melawat rumah-rumah di kampung berkenaan yang rosak teruk dan menghulurkan sumbangan peribadinya bagi membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung mangsa berkenaan. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Haji Abdullah Jusoh, Senator Ir Zamri Yusoff dan Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda, Elias Shuib. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.15 petang semalam, sejumlah 250 buah rumah di Kampung Bukit Kecil, Kampung Batu Lintang dan Kampung Telok Wang dalam Mukim Simpor rosak dipukul ribut sekitar 15 minit. Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan teruk dan keseluruhan bumbung rumah diterbangkan angin yang cukup kuat, manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil. Kerja-kerja membaiki rumah dan membersihkan kawasan bencana dilakukan oleh orang ramai dan dibantu Pejabat Daerah Kuala Muda, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Turut membantu mangsa adalah sukarelawan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka dan Unit Amal Kedah. |
Isnin, 27 September 2010
Nilai suatu Penghakiman ke atas DSAI
Hakim Didakwa Silap Ketepikan Penghakiman Ingkar Khairy, Anwar Buat Rayuan
Oleh Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM 27 Sept - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin, S N Sankara berpendapat, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof tersilap dalam keputusannya mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Ketua Pembangkang terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Sankara berkata penyerahan surat tuntutan serta writ saman kepada Khairy di pejabat beliau di Akademi Pemuda, Tingkat 37 Menara Dato' Onn di Pusat Perdagangan Dunia Putra adalah sah dan teratur.
"Oleh kerana ia adalah sah maka Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Nazri Yahya serta bersependapat dengan saya bahawa ia adalah sah maka beliau mengeluarkan penghakiman ingkar terhadap Khairy yang dipohon Anwar daripada Mahkamah Tinggi.
"Jadi saya musykil bagaimana hakim boleh menterbalikkan penghakiman ingkar tersebut," jelas Sankara.
Beliau berhujah, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Khairy di Menara Dato' dan diterima oleh kakitangan pejabatnya.
"Undang-undang mengatakan surat tuntutan perlu dikemukakan kepada seseorang tidak kira dipejabat atau dimana-mana lokasi dia seseorang itu berada," kata beliau.
Susulan daripada itu kata Sankara, Khairy telah mengarahkan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah menjawab surat tuntutan itu dengan mengatakan anak guam beliau tidak bertanggungjawab ke atas dakwaan terhadap dirinya.
"Setelah peguam Khairy memberikan respons yang sudah dijangkakan maka saya pun menyediakan writ saman. saya menghantar saman itu juga kepada alamat yang sama kerana itulah alamat terakhir beliau. Saman tersebut juga diterima oleh pejabat Khairy," jelas beliau selanjutnya.
Sankara berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan minggu ini.
"Kita mempunya tempoh sebulan untuk melakukannya tetapi saya akan membuat rayuan minggu depan," kata beliau.
Jumaat lalu Zabariah membenarkan rayuan Khairydengan kos RM4,000 untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar.
Pada 4 Disember 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Khairy apabila Ketua Pemuda Umno itu gagal memasukkan kehadiran selepas writ saman itu diserahkan ke atasnya.
Khairy kemudian memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman itu pada 20 Februari 2009.
Dalam samannya, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan punca pemaparan klip videobertajuk "Anwar and kin no threat" di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com.
Anwar mendakwa klip video di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.
Perkataan memfitnah itu didakwa antara lain membawa maksud yang Anwar terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan Islam, berkeperibadian tidak baik dan tidak layak memegang jawatan politik dan jawatan lain.
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Ahad, 26 September 2010
Zunar di persada perjuangan
Ahmad Lutfi Othman |
Pandangan Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan muka depan Utusan Malaysia, 24 September lalu, bukan perkara baru. Bekas Perdana Menteri itu sudah menyuarakannya berulang kali dengan daleh dan retorik yang sama, tetapi masih tetap dijadikan tajuk utama akhbar yang dikuasai Umno sepenuhnya Umno. Mungkin bagi editor kanan akhbar berkenaan, luahan hati Mahathir seumpama itu masih berkesan untuk memperbodohkan" pengundi Melayu. Beliau mendakwa, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Melayu akan hilang kuasa dan suara. Sebelum ini, Mahathir berkata kuasa politik Melayu makin lemah disebabkan mereka berpecah kepada tiga parti, iaitu PAS, KeADILan dan Umno. Kematangan berpolitik orang Melayu mahu diperkecilkannya. Dan memang begitulah tabiat Mahathir. Logika dan rasional tidak dipedulikan kalau ia dilihat bercanggah dengan kehendaknya. Seolah-olah perubahan dalam pemerintahan - yang lazim berlaku dalam mana-mana negara demokratik di dunia - hanya akan mengakibatkan keadaan huru-hara dan suasana tidakstabil. Taktik kuno ini mudah dibaca. Kamarudin Jaffar dalam bukunya, "Krisis Ketuanan Melayu" mendedahkan teori 4F, yang menggabungkan kaedah dan kandungan kempen BN selama ini, antaranya Fear (Takut) dan Future (Masa Depan). Orang Melayu yang gagal dibangunkan seutuhnya selama Umno berkuasa lebih 53 tahun lalu, termasuk selama 23 tahun di bawah regim Mahathir, dilihat sentiasa gusar dan risau dengan masa depan mereka. Kemiskinan dan keterbelakangan orang Melayu rupa-rupanya menjadi aset berharga untuk Umno mempertahankan survival kuasa. Sedangkan terbukti Umno gagal menjalankan amanah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu. Slogan hak istimewa Melayu dijadikan batu loncatan oleh segelintir kecil kapitalis Melayu dan suku-sakat mereka untuk membolot kekayaan, kontrak dan kemudahan kerajaan. Yang peliknya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu itu - sepatutnya menjadi liabiliti - terus dijadikan modal untuk menyerang saingan politiknya. Motif politik Mahathir jelas. Ia sedar Pakatan berada di ambang kuasa menuju Putrajaya. Yang akan hilang kuasa adalah Umno-BN, bukannya orang Melayu. Masyarakat Tionghua pula semakin muak dan jelak dengan BN. Pelbagai eksperimen yang diperkenalkan Najib Razak, seperti konsep 1Malaysia, gagal diterjemahkan dengan baik. Undi Cina - yang menyelamatkan Mahathir dalam pilihan raya 1999 - sukar direbut kembali. Beberapa keputusan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum Mac 2008, khususnya di Sibu, menunjukkan keyakinan orang Cina terhadap Pakatan tidak berganjak. NGO yang bernaung di bawah dagu Mahathir, Perkasa, tambah membebankan BN. Orang Melayu sendiri tidak tergoda dengan permainan politik Ibrahim Ali dan konco-konconya. Yang pasti Mahathir tidak berubah. Dia masih memandang rendah keupayaan orang Melayu menangani perubahan zaman. Memang, sekali dengar hujah Mahathir nampak logik tetapi jika diperhalusi, hampas! Minda beliau terkurung dan terjajah dengan keyakinan palsunya sendiri. Tengoklah serangannya ke atas PAS, badan dakwah dan gerakan Islam lainnya. Sejak awal menjadi Perdana Menteri sehinggalah ucapan terakhirnya sebagai Presiden Umno pada 2003, argumen sama diulang tayang. Tanggapannya bahawa "orang dakwah" menolak dunia dan perkembangan sains teknologi dikitar semula walaupun realiti jauh berbeza. Pendokong Islam sejak lama menolak konsep sekularisme dan pemetakan dalam ilmu. Begitu juga dengan dakwaannya bahawa PAS memperalatkan agama demi kuasa. Saya mengikuti dari dekat serangan terbukanya kepada Abdullah Ahmad Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Bermula di Taman Melewati, seterusnya di Kota Bharu,Petaling Jaya dan Alor Setar, saya menekuni ucapannya secara berdepan. Seronok mendengar kritikan Mahathir terutama apabila beliau mengaitkan Abdullah dengan menantunya, Khairy Jamaluddin dan beberapa penasihat media di NST. Bagaimanapun, selepas mendengar dua tiga kali kecamannya itu, saya terasa ia hanya sarat dengan emosi dan serangan melulu. Rujukan Mahathir terhadap pengalaman singkat Pakatan menerajui Perak jauh tersasar. Tuduhannya bahawa Nizar Jamaluddin boneka Cina juga bukan perkara baru. Itulah yang ditohmahkan BTN dan pemimpin Umno akar umbi. Mahathir gagal memahami persefahaman Pakatan, yang jauh berbeza dengan pengalaman politik Perikatan, kemudiannya BN. Meskipun PAS mewakili jumlah kerusi Dun yang paling sedikit, berbanding KeADILan dan DAP, ia tidak menghalang tokoh terbaik untuk menjadi Menteri Besar. Memang mudah bagi Mahathir dan Umno untuk meniup api perkauman, sebagai jalan pintas untuk kembali berkuasa di Perak, juga Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi ia satu tindakan paling tidak bertanggungjawab dicetuskan oleh seorang yang dianggap negarawan. Keputusan pilihan raya 2008hanya pencetus awal. Rakyat kini menilai dan akan menghakiminya dengan bijaksana. Jumlah pengundi Melayu yang menyokong Pakatan (sebenarnya Pakatan belum pun dibentuk semasa pilihan raya ke-12 itu berlangsung) mungkin tidak sebesar pengundi Cina dan India. Namun dinamisme politik Melayu usah diremehkan. Selepas menyaksikan keupayaan Pakatan mentadbir empat negeri dengan telus dan adil, saya yakin majoriti pengundi Melayu bersedia untuk menolak Umno sepenuhnya. Penyakit yang dideritai Umno, terutama korupsi, nepotisme dan salahguna kuasa, sukar dirawat lagi. Rakyat sudah boleh membuat perbandingan, tanpa dikaburi propaganda jelik media Umno. Di kala itu, penguasaan kerusi Dun dan juga Parlimen di kalangan Pakatan mungkin dapat mewakili peratusan kaum di negara ini, satu situasi yang dilihat lebih menjamin kestabilan politik. Dari segi statistik pun, Mahathir sudah keliru. Jumlah ahli Parlimen Melayu selepas pilihan raya 2008 lebih ramai berbanding tempoh 2004-2008. Ketuanan Melayu yang dilaungkan selama ini sekadar mitos tanpa makna. Malaysia terlalu kaya dan lebih daripada memadai untuk semua warganya berkongsi kehidupan dengan sejahtera dan damai, sekiranya elemen rasuah, pembaziran, dan sentimen perkauman dapat dielakkan. Segera saya teringat tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei", apabila PM pertama itu mengulas penyebaran surat terbuka Mahathir kepadanya: "Saya telah ditanya, kalau Dr Mahathir menang dalam pilihan raya (1969), mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya .... "Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat Federal Construction Company - sebuah syarikat yang dipunyai orang-orang Cina - dalam perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu lebih besar. "Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi projek perumahan yang tersebut." Zunar memang seorang karyawan yang kreatif dan hebat. Idea kartunnya cukup luar biasa. Genius. Jarang orang perasan bahawa Zunar mungkin kartunis pertama menjadi ketua pengarang akhbar. Dan Suara Keadilan yang pernah diterajuinya dapat melonjakkan jualan ke tahap yang begitu membanggakan. Beliau juga pernah mengelolakan beberapa halaman dalam Harakah, khusus melaporkan perkembangan reformasi. Semasa saya mengendalikan majalah Detik dan siri akhbar tidak berkala, Zunar banyak membantu. Beliau bersungguh, tekun dan cermat dalam kerjanya. Paling istimewa beliau agak kerap dapat menyeludup surat-surat Anwar Ibrahim dari penjara. Detik turut dibekalkan kenyataan eksklusif Anwar. Lakarannya memang terasa pedih berbisa. Zunar tidak pandai berselindung. Kritikan sosialnya tajam dan keras. Langsung mengena pada sasaran. Justeru, bagi yang terkena tentu tidak selesa dan marah. Bagaimanapun, bagi saya, itulah yang diperlukan untuk menegur kepincangan penguasa zalim, yang begitu sukar memahami bahasa diplomasi. Dalam ketawa terasa menusuk di kalbu! Selepas meninggalkan Suara Keadilan, Zunar membuka syarikat penerbitan sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd. Majalah Gedung Politik dua kali sebulan diterbitkannya. Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung memaparkan gelagat Perdana Menteri, Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara. Ia menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta drakonian ISA. Jelas, Najib dan isteri, Rosmah Mansor melimpahkan ilham buatnya. Tanpa menunggu lama, Zunar diasak kontroversi baru. Keluaran sulung majalah satira politik itu dirampas sebelum diedarkan, atas alasan tiada permit. Pejabatnya di Brickfields dan kilang percetakan di Serdang, diserbu penguatkuasa KDN. Zunar mencari ruang untuk terus berkarya. Jika majalah diharamkan, kompilasi dalam bentuk buku tidak disekat undang-undang. Namun, di Malaysia segalanya serba mungkin. Buku-buku kartunnya pula menjadi buruan. KDN mengambil jalan mudah: Haramkan! Alasannya, "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam". Wow ... hebat sekali pengaruh Zunar. Anak muda ini ternyata tidak mudah mengalah. "Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya. Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," katanya. Ujar Zunar, meskipun buku dan majalahnya diharamkan, namun kerajaan tidak boleh mengharamkan mindanya. Pada 26 Julai lalu, Zunar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan KDN mengharamkan buku kartun politiknya. Ini juga satu rekod. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) mesti dicabar dan Zunar sudah memulakannya. Permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman berhubung pengharaman KDN ke atas dua buku kartun Zunar itu akan didengar pada 8 Oktober ini. Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun penerbitnya, Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut. Tiga hari sebelum pelancaran buku barunya, "Cartoon-O-Phobia", Zunar menjemput saya bersama. Keuzuran menghalang. Petang Jumaat, 24 September, saya dikejutkan SMS, Zunar ditahan polis di bawah Akta Hasutan. Malamnya, Nizar Jamaluddin melancarkan tanpa buku dan pengarangnya. Isteri Zunar membacakan mesej bermakna suaminya: "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. "Mereka boleh kurung badan saya, tapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari 'comic strip' kepada 'prison strip'." Salut buat sahabatk, Zulkiflee Anwar Haque! |
Masa Depan Rakyat Malaysia
Pemimpin yang telah teruji dan diuji yang sentiasa istiqaman untuk kesejahteraan rakyat. Tidak lain melaikan pemimpin dan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Anwar: Masa Depan Melayu-Bumiputera Terjamin Di Bawah Pakatan Rakyat
Posted on Saturday, September 25 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Dzulkarnain Taib
PORT DICKSON 25 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hanya di bawah pentadbiran pusat Pakatan Rakyat nasib masyarakat Melayu dan Bumiputera terbela dan masa depan mereka terjamin.Mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik di bawah Pakatan Rakyat, Anwar berkata motif kenyataan tersebut hanya mahu menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya terus menyokong Barisan Nasional.
"Kenyataan Mahathir tidak langsung menusabah. Ia merupakan satu pandangan jumud yang sudah usang, ia bertujuan khusus untuk menutup kelemahan Umno dan terus menerus memenjarakan pemikiran masyarakat Melayu.
"Kita melihat sebahagian besar kekayaan negara ini tergadai di tangan peniaga Cina dan India yang menjadi sekutu dan kroni Mahathir pada zaman pemerintahan beliau dahulu," kata Anwar ketika menghadiri majlis jamuan rumah terbuka Parlimen Teluk Kemang hari ini.
Malah kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bukanlah menjadi rahsial lagi bahawa amalan serta budaya kronisme bermaharajalela seerta dibiarkan berleluasa di mana hanya segelintir golongan elit Melayu yang rapat dengan pimpinan Umno-BN yang diberikan keutamaan dengan mengkesampingkan masyarakat Melayu majoriti.
"Kita dapat melihat kumpulan peniaga besar yang sentiasa mendapat kontrak kerajaan secara rundingan terus seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan dan segelintir Melayu yang menjadi kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar," tegas beliau.
Ini berlainan dengan pendekatan yang diambil Pakatan Rakyat yang menitik beratkan konsep kesamarataan dalam pengagihan sumber kekayaan negara berlandaskan prinsip keadilan dan ketelusan.
Pakatan Rakyat kata Anwar tetap menyanjung dan mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu.
"Ini yang dijadikan isu kononnya kita akan memberi kekayaan kepada kaum Cina sahaja, ini merupakan taktik kotor Umno di mana dia akan mencipta satu isu dan menggunakannya untuk menakutkan kaum Melayu. Di sini, Umno menakutkan kaum Melayu mengatakan hak mereka akan terhakis.
"Siapa yang memulakan isu mempertikaikan hak Melayu? Umno! Mereka akan mencipta isu sebegini dan akan mengesahkan bahawa warga Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan mereka," tegas Anwar lagi
Duit dari judi di bina Mesjid di Lenggong
Orang munafik tempatnya di dasar neraka.
Umno patut malu, mereka lulus lesen judi Posted on Saturday, September 25 @ 17:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh Ali Hashim
KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.
Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.
"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.
"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.
Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.
"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.
"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.
"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi
Sabtu, 25 September 2010
Manusia yang selalu berdalih
Bila roh dalam manusia ada yang engkar dan ada yang taat.
Dalam rahim ibu roh yang berada dalam janin ditanya "ALAS TU BIRABBIKUM"
ada roh yang menjawab "BALA SYAHIDNA"
ada yang tidak menjawab.
Yang tidak menjawab itu dikatakan bila dilahir dia mati atau mati dalam kandungan.
Bagaimanakan boleh mengembalikan roh yang telah berjanji dengan Allah kepada perjanjian asalnya?
Allah mengutuskan Rasul dan juga Quran.
Kedua-duanya pasti mampu menundukkan keangkuhan nafsu yang menguasai dan mempengaruhi roh.
TV1 Hina Permaisuri Agong
Sungguh mengaibkan gelagat dan sikap TV1 itu.
Jumaat, 24 September 2010
Khamis, 23 September 2010
Cubaan demi cubaan
Cubaan 2. Jangan harap untuk satu PAS dan umno datang dari zam ( dah tak laku dan kena buang)
Yang bagus Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World)
Kelantan dah bawak ke mahkamah. sebelumni solat hajat doa pecah perut dan macam macam lagi. sekarang nanti 40 orang tok guru pondok akan bermunajat pula di mekah segala untuk menghapuskan kezaliman umno dan bn.
Tahniah kepada syarikat tu kerana sindiran yang anda lakukan.
Yang tak bagus Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World)
letih juga nak jawab.
Cek RM4 bilion: PAS anggap propaganda jahat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS. Selain menafikan PAS menerima cek itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menyeru ahli PAS berhati-hati dengan isu yang cuba mengaitkan PAS tersebut. "Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS. "Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar selam yang mendakwa Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) memberi sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu. Replika cek tersebut diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat. Nik Din semalam bagaimanapun menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Dalam pada itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu. Beliau juga menafikan bahawa parti pernah melantik Nik Din mewakili beliau menerima replica cek tersebut. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. |
Kenapa Najib kata Polis cekap
Jadi haru biru nampaknya. Rakyat mahukan ketelusan dan pembunuh kejam Sosilawati dan rakannya serta orang hilang yang lain di pastikan dihukum.
KUALA LUMPUR 22 Sept - Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya.
Beliau berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.
Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.
Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.
Selain Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.
Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lepas selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.
Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.
Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas.
Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bernama
Selasa, 21 September 2010
Kita boleh melihat dan memerhati
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 21 Sept - Pembunuhan kejam terhadap ahli perniagaan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau menimbulkan persoalan di kalangan rakyat berhubung motif pembunuhan yang dilihat mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes Altantuya sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan hangat diperkatakan di kalangan rakyat dam masyarakat antarabangsa.
Malah kes Altantuya telah sampai ke peringkat antarabangsa di mana ia kini sedang disiasat secara serius oleh mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kedua-dua kes ini mempunyai persamaan dan perbezaannya, iaitu ianya dilakukan secara kejam, di mana Sosilawati dibakar manakala Altantuya diletupkan dengan bom C4 dan perbuatan ini sudah pastinya bukan dilakukan oleh orang biasa.
"Dalam kes Altantuya, suspek utama ketika itu, Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungkait dengan orang politik yang berpengaruh dan aspek ini ada persamaan dengan kes Sosilawati. Menurut laporan media suspek utama dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin tinggi MIC dan Barisan Nasional.
"Pihak tertentu seolah-olah cuba menutup perkara tersebut daripada pengetahuan rakyat dan telah menimbulkan kemusykilan," kata Tian Chua kepada Suara Keadilan.
Berhubung polis tindak polis bertindak dengan cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, Tian berkata beliau tidak mempertikaikannya tetapi apa yang membingungkan adalah tindakan susulan mengenai motif pembunuhan kedua-dua kes itu yang sehingga kini menjadi misteri.
"Betul, Najib memberikan pujian kepada pihak polis yang bertindak cepat berhubung kes pembunuhan Sosilawati yang dianggap sebagai kes berprofil tinggi. Ini kerana Sosilawati tidak ada kena-mengena dengan beliau, sebab itulah beliau tidak kisah pihak polis bertindak tegas.
"Tetapi dalam kes Altantuya, beliau seolah-olah tidak kenal siapa Razak Baginda, Najib nampaknya tidak telus dan tidak boleh menjawab persoalan yang bermain di dalam kotak pemikiran rakyat," tegas Tian Chua lagi.
Kita lakukan segalanya
Tuntutan royalti: Tok guru pondok bermunajat | ||
|
Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.
Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.
"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.
"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.
Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.
Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.
Luasnya konsep dakwah
KELANTAN MB CALLS ON SOSILAWATI'S FAMILY
KUALA LUMPUR, Sept 20 (Bernama) -- Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today visited the family of murdered cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya.
Nik Aziz, who was accompanied by PAS vice-president Salahuddin Ayub, told reporters he came to convey condolences to the family on behalf of the people of Kelantan.
Sosilawati, 47, the founder of the Nouvelle Visages beauty products, her driver Kamaruddin Shamsudin, 44, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, were reported missing on Aug 30 after they had gone to Banting, Selangor, over a land deal.
Police found out on Sept 12 that they had been killed, their bodies burnt and the ashes thrown into a river near Ladang Gadong near Banting.
Eight people, two of them lawyers, have been picked up to assist police in the investigation into the murders.
-- BERNAMA
Isnin, 20 September 2010
Katakanlan perkara yang benar
Monday, September 20, 2010
Jangan biarkan MAIS dan JAIS mengaibkan Sultan Selangor
Aidilfitri PAS Lenggong
Ahad, 19 September 2010
BN yang beri wang ihsan dari mana?
2. Dari judi - Loteri kebajikan masyarakat di buat mesjid di lenggong - Masjid jame' lenggong.
BN yang pungut hasil dari lesen judi
Wang ehsan: Bukti Umno bankrap modal politik
Mohd Ali Hashim |
KEPALA BATAS, 19 Sept: Dakwaan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bahawa wang ehsan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun setiap orang dari hasil judi adalah satu bukti mereka telah bankrap modal politik. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik, semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Teluk Air Tawar, Kepala Batas, malam tadi. Menurutnya, dengan isu yang ditimbulkan oleh Reezal Merican itu, kemungkinan orang Melayu di Pulau Pinang akan terpedaya dengan retorik perkauman sempit yang mereka laungkan. Namun begitu, beliau yakin isu tersebut merupakan sebahagian dari ciptaan yang akan terus dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih simpati sokongan orang Melayu yang semakin lama semakin terhakis terhadap mereka. "Sejak kita menerajui Kerajaan Negeri pada Mac 2008, konsep berjimat cermat yang diamalkan telah berjaya membawa penjimatan sebanyak 35.41 peratus. Peruntukan perbelanjaan sebanyak RM318.56 juta dijimatkan hanya kepada RM283.15 juta. "Ekoran dari penjimatan tersebut, kita telah berjaya menjimatkan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus dari jumlah peruntukkan yang telah diberikan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta dibelanjakan bagi menghargai warga emas sebanyak RM100 setiap orang setahun. Bukannya dari hasil judi yang didakwa oleh mereka," ujarnya. Tambah Ng lagi, serangan bertubi-tubi yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng adalah kerana mereka beranggapan hanya Umno dan BN sahaja yang mampu berkuasa dan membela nasib rakyat. Katanya, mereka lupa bahawa tanpa Umno dan BN sekali pun, DAP serta PAS dan PKR mampu untuk memberi khidmat yang terbaik bagi menggantikan Umno dan BN sebagai pemerintah bukan saja di peringkat negeri malah sehinggakan ke Putrajaya. Semalam, Reezal yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Kepala Batas telah meminta penjelasan supaya kerajaan negeri menyatakan punca sebenar hasil yang diberikan kepada warga emas setelah terdapat dakwaan melalui satu laman blog bahawa wang tersebut datangnya dari sumber judi. Ng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar turut menyatakan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno itu adalah sebahagian dari usaha mereka untuk mencalarkan imej kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR). "Saya tidak merasa hairan dengan dakwaan ini kerana ia merupakan sebahagian dari tindakan mereka untuk mencalarkan imej PR. Jika sebelum ini mereka mengaitkan Ketua Menteri dengan isu doa dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. "Selepas itu mereka kaitkan pula Lim Guan Eng menyembelih lembu korban yang hanya orang jahil dalam agama saja akan percaya. Kini mereka kaitkan pula dengan sumber judi sedangkan pada awalnya Pulau Pinanglah yang menentang pemberian lesen judi bola sepak oleh Kerajaan Pusat," tegasnya lagi. |