ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Rabu, 30 Jun 2010
Ust Ahmad di Lenggong
Beliau juga menceritakan pengajian beliau dan pengajian mufti harussani.
Beliau mengakui bahawa mereka berdua dari daerah yang sama. bagan serai
Selepas pengajian di Kolej Islam beliau terus ke mesir. tapi harussani dah bekerja jadi SB.
banyak lagi cerita. mungkin PAS lenggong akan panggil Ust Ahmad untuk berceramah di lenggong lagi nanti.
Diiktiraf sebagai Ulama'
Selasa, 29 Jun 2010
Implikasi yang besar untuk mamfaat rakyat
Mahkamah arah k'jaan dedah perjanjian konsesi air | ||
|
Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen tersebut - yang diklasifikasikan kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - diumumkan kepada awam.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut.
Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut.
"Ia juga bertentangan dengan prinsip urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelutsan dan kepentingan rakyat harus didahulukan," katanya dalam hatinya.
Hadhariah memutuskan bahawa oleh kerana kerajaan telah gagal memenuhi prinsip-prinsip tersebut, maka mahkamah terpaksa memerintahkannya untuk berbuat demikian.
Hadhariah membuat keputusan tersebut dalam kes semakan kehakiman yang dikemukakan oleh presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dan 13 orang lagi, terhadap kementerian Tenaga, Air, dan Telekomunikasi, dan kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan.
Menurut peguam para Plaintif, Ang Heng Leng, ini adalah keputusan penting yang membolehkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, boleh dicabar demi kepentingan awam dan masyarakat mempunyai hak untuk melihat dokumen tersebut.
Bahana Yahudi sebagai penasihat.
Banyak perkara yang timbul di malaysia kini kerana mengambil yahudi sebagai pemimpin.
29 Jun 2010
Buli di MTD: 1 disingkir, 4 digantung
Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lepas, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.
"Pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta. Kes saman sivil juga akan dikenakan. Dia akan berdepan tindakan daripada tentera, kami (kementerian) dan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata kementerian memandang serius kes buli di sekolah dan tindakan perlu diambil bagi membendung gejala itu serta mengelak perkara sama daripada berulang.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah yang juga Pengerusi MTD, berkata kementerian menyerahkan siasatan hal berkenaan kepada polis.
Katanya sebelum ini maktab itu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan MTD seperti terlibat dalam kes buli, dengan mengasingkan pelajar itu atau terus menyingkirkannya dari maktab.
Beliau berkata kawalan ketat akan dilakukan termasuk warden dikerah bertugas pada waktu malam bagi mengelak insiden sama berlaku.
"Kejadian ini membuatkan kita berhati-hati dan memandang serius dengan gejala buli di sekolah," katanya.
Mohammad Naim meninggal dunia Rabu lepas di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai dibuli.
Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.
Malaysiakini/-
Daftar Pengundi secara On line.
benarlah apa yang diberitakan berikut.
Daftar online selesai semua masalah
http://mutaligat.blogspot.com/ |
Berita Harian hari ini memuatkan berita bahawa nisbah kaum yang mendaftar sebagai pemilih baru 1:40 antara Melayu dan Bukan Melayu memang sesuatu yang tidak memelikkan. Masalahnya sekarang kita berasa hairan dan pelik mengapa kerajaan tidak mahu memberikan kuasa kepada SPR dan JPN untuk menjalankan pendaftaran secara automatik seperti yang telah lama dituntut oleh BERSIH dan Pakatan Rakyat |
Perak jadi miskin dalam bn
Statistik Jabatan Perdana Menteri bukti Perak miskin dibawah BN, sudah tiba masanya untuk berubah!
Negeri Perak telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling banyak dalam jumlah keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan dan Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Saya menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk berubah bagi rakyat di seluruh Perak.
Mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, manakala Perak mempunyai bilangan yang paling banyak, iaitu 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran di mana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.
Fakta ini amat memalukan rakyat Negeri Perak kerana pada 1970-an, Negeri Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukannya merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu.
Saya menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.
* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping
Siapa yang dikatakan ULAMA.
Yang kata depa tu tak dijemput tu kenal akan yang kata tertipu atau ditipu. Sepatutnya yang kata depa tak dijemput pi lah tanya awatnya hang pa mai sini ni . awat hangpa tak pergi ke sinun?. Bila depa kata depa ditipu dan tertipu awat pulak hang pa kata depa tak dijemput? dah tu pulak hangpa perhena pi kat depa pulak tu pasal makan bedal. Ni ka yang dikatakan ulama muda? tak dak horma. dahla hangpa bagi depa tu penat pusing-pusing depa makan pun hang pa dok kata?
Kalau begitu hang pa senarai yang 40 orang tu dan tunjukkan gambak depa tu.
Balik ke soal asal siapa yang dikatakan ulama' kita tengok yang dalam umno yang mana umno sendiri yang kata ulama.
1. Dato Dasuki
2.D Wan Mukhtar
3. Hamid Osman
4. Yusof Noor
5. Abdullah m Zain
6. Hamid Zainal Abidin
7. Zainal kadir
8. Jamil khair- pasal dilantik jadi menteri di jpm.
tapi umno tak kata abdullah badawi sebagai ulama walau datoknya ulama
jadi kalau ada orang tu lulusan agama dari dalam negeri barangkali bukan ulama agaknya.
begitulah kecetekan dalam fahaman ulama kapada umno.
Sebanarnya ulama ialah orang yang diberi Allah ilmu tentang agama yang mana orang itu merasai bertanggung jawab baginya mempertahankan ilmu itu dengan cara mengembangkan untuk dimakmur suburkan kepada manusia lain.
Biarpun seorang itu sekadar belajar di pondok Tok Kenali atau mana-mana pondok mereka tetap ulama selagi mana mereka menyampaikan ilmu Allah itu secara hak kepada orang lain.
Kalau orang itu ada ilmu agama dan duduk di jawatan mufti tetapi membiarkan orang yang hampir dengan minum arak macam mana? dengan keulamakannnya? Pasti orang akan pertikai.
Kalau orang yang dikatakan ulama bertaraf mufti berbohong dan memfitnah akan saudaranya yang juga kulaannya bagaimanakah nak dikatakan keulamakannya itu?
Banyak salah tafsir terhadap ulama. sebenarnya salah tafsir itu sebenarnya menghina institusi ulama itu sendiri. Yang dikatakan ulama muda ini sebenarnya membiarkan ulama dihina. sesungguhnya mereka lebih hina dari ulama su'
Golongan ini membenarkan diri mereka diperbodohkan.
tengok saja program imam muda begitukah caranya mengambil kaedah dari yang jahil dalam AF serta mentor dibawa dalam mencari imam muda. yang mengerti bahasa ugama diam bisu dan kelu. mufti dengan cara mufti senyap sepi.
Benarlah apa yang dikata oleh Tok Guru Nik Aziz yang ulama tidak akan tertipu. Yang tertipu ialah ulama jahat.
Ulama masuk umno?
Dalam pada itu naib presiden hishamudin mengatakan tiada tempat istimewa untuk ulamak muda.
begitulah yang terjadi kepada yang dikatakan "ulama" yang terdahulu. senyap sepi
mereka iaitu
Hamud osman, Hamid zainal abidin, zainal abidin abdul kadir, yusof noor, mashitah, firdaus-imam besar masjid negara. aabdullah matzain dan ramai lagi. semua tiada mendapat tempat dalam umno. Nak tubuh dewan ulama umno seperti kata muhyidin yasin. barangkali dalam perhimpunan agong nanti akan dipinda perlembagaan parti umno untuk mengujudkan dewan tersebut. sehingga kini tidak berbunyi kata nak pinda perlembagaan umno.
oop kita terlupa umno parti kerajaan boleh buat apa saja sebab ros tak berani nak beri tunjuk sebab.
Boleh juga umno untuk tidak buat dewan ulama sebab hanya tak sampai 40 orang. maka akan jadi ahli umno kena tipu. tak mengapa kerana ahli umno sanggup ditipi oleh pemimpin mereka.
Memuji adalah satu unsur tarbiah.
Bertasbih tapi menghalalkan yang haram
Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’. Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan Umno yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal. Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga Dun Kelantan yang Ke- 12. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan. Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT? Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan Umno/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan Umno, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud: “...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...” Sudikah kiranya pemimpin Umno yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa. Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan. Sayangnya, pimpinan Umno pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang Umno, saya hanya mampu untuk bersimpati. |
Isnin, 28 Jun 2010
Lagi rahsia bocor
Kes harta felda ahmad maslan kata susut 2b tapi husam kata 8b
dan terbaru ulama masuk umno
baca berita berikut ini
Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan. Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi. “Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. “Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu. Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu. Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan. Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu. “Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya. Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari. Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah |
Ulama tidak berbohong dan menfitnah.
dia berbohong banyak seperti kata Ust Ahmad awang, Dia kata Tuanku setuju tatapi persetujuan Tuanku tak di khabar semasa telefon. Dia sengaja menghina Tuanku dengan fitnah seperti itu. Segala kerja buat dia adalah untuk umno. banyak lagi cerita dari ust Ahmad Awang. sejarah pengajian dan awal pekerjaan harussani juga diterangkan. Harussani perlu membersihkan dirinya dan juga membersihkan nama Ustaz Ahmad Awang.
Ulama yang menjadi Warasatul Ambia
Ulama tidak terperangkap dengan politik dhirar
Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Imran: 18) Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul di Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada pagi ini. Kalungan tahniah saya rakamkan kepada urusetia program yang telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana dijemput untuk hadir seterusnya menyampaikan ucapan perasmian pada pagi ini. Saya difahamkan bahawa majlis hari ini diadakan khusus untuk menyampaikan anugerah kepada individu-individi yang telah banyak merencana aktiviti bermanfaat demi pembangunan persatuan dari semua aspek. Saya yakin bahawa individu yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini telahpun membuktikan segala komitmen dan mencurahkan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi di dalam memastikan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar ke arah akhirnya meraih keredhaan daripada Allah SWT. Suka saya nyatakan bahawa pemberian anugerah bukanlah satu perkara yang asing di dalam Islam. Allah SWT telah memperkenalkan budaya pemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Ini disebut di dalam al-Quran apabila Allah SWT memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam as di atas kelebihan ilmunya mengatasi para malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!" Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu. Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah: 31-34) Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan bagaimana Nabi Adam AS telah diajar dengan pelbagai jenis ilmu oleh Allah SWT sebagai nikmat pertama yang diterima oleh manusia. Kemampuan untuk belajar dan mengajar ini merupakan keistimewaan yang hanya ada pada manusia dan tidak ada pada makhluk yang lain hatta para malaikat. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas. Berasaskan kepada kelebihan inilah, Nabi Adam AS telah menerima aanugerah daripada Allah SWT berupa perintahNya kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. Ini merupakan anugerah yang pertama yang diterima daripada Allah SWT kepada manusia bagi menunjukkan pengiktirafan terhadap kebolehan manusia menerima dan menyampaikan ilmu. Ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi juga menunjukkan pengisytiharan daripada Allah SWT bahawa penyaksian bahawa Dialah Tuhan yang layak disembah diakui olehNya sendiri, para malaikat serta orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan. Ia menunjukkan ketinggian golongan yang diberikan ilmu oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan, apa jua anugerah yang diterima pada hari ini bukanlah sesuatu yang hakiki. Semahal manapun anugerah yang diberikan, ia tidak dapat menandingi anugerah yang paling besar yang menanti di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT. Oleh yang demikian, belajarlah, bekerjalan dan berilah sumbangan bukan untuk anugerah yang diperolehi di dunia tetapi untuk anugerah yang dijanjikan di akhirat. Jika ini berjaya diyakini oleh kita semua, Insya-allah, kita tidak kecewa jika tidak diberikan anugerah, tidak merajuk jika sumbangan tidak dihargai, tidak lari jika usaha kita dinafi. Bukankah kita sering membawa firman Allah SWT di dalam surah at-Tin, ayat 5-6: Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Ilmu, kemahiran dan segala macam pemberian yang datang daripada Allah SWT tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT menuntut untuk diamalkan. Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan agar kita semua sentiasa meneguhkan niat untuk melakukan amal yang soleh sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Ilmu yang tinggi tanpa disertai dengan amalan yang soleh tidak akan bernilai di sisi Allah SWT. Selain menjadi seroang yang soleh, kita juga dituntut menjadi seorang yang musleh. Soleh ertinya baik, musleh ertinya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Menjadi soleh barangkali tidaklah terlampau payah, tetapi menjadi seorang yang musleh bererti menempah kesukaran dan kepayahan di dalam hidup. Saya menyatakan peringatan ini kerana saudara-saudari masih di alam pengajian, masih belum terserempak dengan onak ranjau yang merintangi perjuangan, masih belum terjumpa duri-duri tajam yang melukakan sepanjang perjalanan, masih belum bersua dengan binatang-binatang buas yang sentiasa menanti masa membaham mangsa. Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali. Sejarah telah menukilkan bahawa telah lahir golongan yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah SAW sedangkan merekalah yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT. Justeru, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah membahagikan ulama kepada ulama akhirat dan ulama dunia atau ulama su’. Golongan ulama su’ inilah yang menjadi penghalang kepada perjuangan Islam. Pada zaman Rasulullah SAW, telah muncul ketua munafik seperti Abdullah bin Ubay, yang mengepalai golongan munafiqin merosakkan dakwah Rasulullah SAW sedangkan mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa invididu yang mereka tentang ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Lalu lahirlah daripada silibus perjuanga munafiq ini projek-projek yang lahirnya nampak baik dan murni namun hakikatnya bertujuan untuk memusnahkan Islam. Muncullah projek Masjid Dhirar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dimusnahkan. Walaupun namanya masjid, tetapi tujuannya untuk memecahbelahkan. Lalu menjadi tanggungjawab para ilmuwan sekalian untuk mengenal dengan pasti yang mana satukah projek masjid dhirar dan yang mana pula tidak. Ini penting agar para ilmuwan yang akan muncul sebagai golongan ulama tidak terperangkap dengan politik dhirar tanpa disedari. Akhir kata, saya berharap supaya saudara-saudari sekalian dapat memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT pada hari ini untuk menimba ilmu dan juga pengalaman sebanyak mungkin. Dunia hari ini tidak lagi menuntut lahirnya mahasiswa yang menggenggam segulung ijazah semata-mata, tetapi mahasiswa yang mampu berinteraksi dengan masyarakat. Segulung ijazah hanyalah merupakan pengiktirafan akademik namun belum membuktikan saudara-saudari mampu menyumbang kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Teks ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Perasmian Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) di Hotel Raudhah, Kota Bahru, 27 Jun. Teks dibacakan oleh Dr Mohd Fadzli Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan. |
Ahad, 27 Jun 2010
Selepas khabar 40 ulamak masuk umno
Sambutan kemenangan ganti demo anti judi | |||
|
Bagaimanapu
Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.
“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.
Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.
“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.
“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.
“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.
"Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya," katanya
Nak kenal Tun Mahathir.
sememangnya beliau amat memusuhi perjuangan PAS. namun begitu dia sendiri membina keburukan namanya. Barangkali itulah makbul sampingan dari doa Ust Fadhil Noor. Pastinya itulah dari balasan perancangan jahat beliau terhadap DSAI. Sesiapa yang berasa sayang kepada Mahathir beritahulah kepadanya.
Tun M jangan tempah nama bapa judi
Mohd Rashidi Hasan |
Mohd Rashidi Hassan |
SETIAP insan yang bergelumang dalam dunia politik, atau mereka yang bergelar ahli politik, kebiasaannya bertekad untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat. |
Perkhabaran yang disampai oleh Ust Ahmad Awang
Jadi sebagai orang yang mengetahui mufti wajib membersihkan nama baik kulaannya. Jika tidak maka mufti harussani bukanlah seorang kulaan yang baik. sebaliknya menjadi kulaan yang buruk kelaku.
baru diketahui bahawa kulaan ustaz Ahmad Awang tu sebelum jadi khadi dan mufti pernah jadi SB. Padan lah begitu cara beliau. Tapi yang 40 masuk umno tak temasuk mufti harussani. mengapa dia tak isi borang agaknya????
Sabtu, 26 Jun 2010
Ustaz Ahmad Awang di Lenggong malamni
Banyak perkara akan di khabarnya.
Jemput beramai-ramai.
Jumaat, 25 Jun 2010
Gerhana Bulan
Gerhana Bulan 26 Jun 2010
Posted on Thursday, June 24 @ 02:12:21 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: rozmal
"Sabtu 26 Jun 2010 akan berlaku gerhana bulan antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam.
Menurut Hadith perkara yang sepatutnya dilakukan apabila melihat gerhana bulan ialah berdoa, bertakbir, solat dan sedekah.
Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.
Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.
Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.
Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas. Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .
-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508053
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)
Sumber : http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html
"Al fitnatu asyaddu minal qatlu
Thursday, June 24, 2010
Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf
KUALA LUMPUR, 24 Jun: PAS menuntut kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zamihan Mat Zin, meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata pihak polis perlulah melengkapkan siasatan sebelum tuduhan sebegitu dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit. PAS, katanya tidak mahu imej polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. “PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini,” tegasnya dalam satu kenyataan. Menurut laporan Malaysiakini, Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya. Justeru, PAS katanya amat mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan Wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah pengganas. “PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama,” katanya lagi. Menurutnya, pada tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Pada tahun 2007, jelasnya Presiden PAS memenangi saman ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror di mana akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay. PAS, tegas Idris tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta itu selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba menggugat PAS sebelum ini. Katanya, PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti itu. Beliau menambah, PAS yakin fitnah itu juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan parti itu. Katanya, ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS, maka musuh PAS cuba menggambarkan Presiden PAS sebagai pengganas. “PAS yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin PAS bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas,” katanya lagi. Katanya, Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama dan tidak mustahil kewujudan tuduhan jahat itu akan dijadikan peluang oleh Umno untuk menggamit beliau bersama parti itu bagi mengelakkan ancaman ISA. “Ini adalah tidak profesional dan memalukan,” ujarnya |
Baru bersuara
Semalam pula Khairi kata pemuda tolak judi bola. Katanya pemuda menolak cadangan mengeluarkan lesen dterhadap judi bola. Ternyata banyak lambatnya kenyataan itu. Pertama lesen itu telah dikeluarkan. Kedua perlawanan piala dunia telah sampai keperingkat pusingan kalah mati. barangkali dah banyak pertaruhan dah dibuat dalam judi yang umno halalkan itu. buktinya banyak tangkapan kepada judi dan pertaruhan yang haram (tidak berlesen).
Mufti Harussani juga lambat menolak tapi penolakan Harussani setelah lesen dikeluarkan dan sebelum perlawanan bermula.
Begitulah umno sengaja melambat segala urusan agama. sememangnya umno tak layak untuk mentadbir negara.
umno nak atau tak nak judi?
Roslan SMS |
Isu judi bolasepak yang dilesenkan kepada Ascot milik jutawan Vincent Tan terus hangat diperkatakan. Saya percaya ramai yang tidak ambil pusing jika tokok-tokoh bukan Islam atau bukan Melayu yang mengeluarkan kenyataan tak kiralah menyokong atau menentangnya. |
Rabu, 23 Jun 2010
Ahad, 20 Jun 2010
Khairy ,suruhlah Samsul dedahkan!
Khairy Terlibat Dalam Penawaran Lompat Parti?
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa keghairahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 48 jam kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti video RM2 juta untuk lompat parti menimbulkan kesangsian samada beliau turut terlibat dalam penawaran kepada bekas ahli parlimen KEADILAN.
"Kita yakin respons Khairy menunjukkan bahawa kemungkinan beliau terlibat dalam penawaran dalam usaha lompat parti sebelum ini.
"Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bertindak seperti 'lebih sudu daripada kuah', sedangkan tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bersuara.
"Daripada 'track record' Ketua Pembangkang, Anwar tidak pernah berbohong contohnya dalam isu video VK Lingam yang sebelum ini didedahkan," kata Shamsul Iskandar kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Katanya lagi, daripada 4 ahli parlimen KEADILAN yang melompat itu, tidak ada seorang pun yang menafikan perkara tersebut.
Malahan semasa Anwar mendedahkan tentang kereta dan rumah baru yang dibeli oleh ahli parlimen yang melompat parti dalam Dewan Rakyat baru-baru ini tidak ada seorang pun daripada mereka yang terbabit bangun membantah kenyataan beliau itu.
"Kesemua mereka sememangnya sudah dibeli dan kita ada video untuk membuktikannya.
"Khairy juga perlu memberikan jawapan sama ada apakah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil tindakan selepas kita melaporkannya?," soal Shamsul Iskandar.
Tambahnya lagi, mengikut rekod sebelum ini, banyak pendedahan yang telah dibuat oleh Anwar dan satu pun tidak diambil tindakan oleh SPRM yang seolah-olah bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN.
Pengarah Strategik KEADILAN Tian Chua pula berkata Anwar telah pun membuat pendedahan dan mempunyai bukti kukuh malahan ahli parlimen yang melompat seperti Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim dan ahli parlimen lain yang turut melompat juga tidak membuat penafian.
"Seperti yang dikatakan Ketua Umum, kita akan dedahkan pada masa yang sesuai, tidak perlulah Khairy menjadi jurucakap bagi pihak mereka.
"Konsensus Bebas ini adakah mereka ini mempunyai maruah dan jika kita dedahkan sekarang, adakah mereka ini akan meletak jawatan?," soal Tian.
"Tidak ada maknanya kita sahut cabaran Ketua Pemuda Umno ini sedangkan sebelum ini apabila kita serahkan video berhubung VK Lingam, tidak ada tindakan pun yang diambil.
"SPRM sepatutnya menghubungi Anwar dan meminta beliau mengemukakan bukti tersebut dan jika benar tindakan terhadap mereka harus diambil dengan melucutkan jawatan mereka sebagai ahli parlimen," kata Tian Chua.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu itu turut berkata kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak serius dalam menangani isu lompat parti yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Sebelum itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat beberapa siri pendedahan berhubung ahli parlimen Bebas yang berpaling tadah menerima imbuhan sebanyak RM2 juta serta janji kontrak daripada agen Umno.
Isnin lepas, beliau sekali lagi membuat pendedahan tersebut di dalam parlimen semasa perbahasan ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.
Jumaat, 18 Jun 2010
Mencari keredhaan Ilahi
Misi seperti bermakna disi Allah. Sudah tentu misi menyelamat manusia dari kezaliman kepada keadilan dan kesaksamaan islam juga menjanjikan ganjaran yang baik disisi Allah.
Armada Kebebasan Ke 2 (Fleet of Freedom 2) Siap Siaga Belayar Ke Gaza , at 18.6.10,
- Rombongan Misi Gaza Yayasan Amal Peroleh Senarai Keperluan Perubatan KritikalAktivis hak asasi manusia di Eropah merancang untuk menghantar armada bantuan baru ke Jaluran Gaza dalam usaha lain untuk memecahkan pengepungan rejim Israel ke atas wilayah miskin itu.
Kempen Eropah untuk Menamatkan Pengepungan terhadap Gaza (European Campaign to End the Siege on Gaza) memberitahu enam buah kapal telah bersiap sedia untuk dihantar ke Gaza.
Keputusan itu datang ketika Parlimen Eropah menemui jalan buntu dalam perundingan tentang bagaimana seharusnya respons dibuat atas serangan kejam Israel mematikan ke atas armada Kebebasan (Freedom Flotilla)
Jurucakap rejim Israel mengatakan mereka masih belum membuat sebarang keputusan bagaimana menghadapi kapal-kapal sekiranya mereka menghampiri perairan Gaza pada masa depan.
"Kami mempunyai enam kapal yang siap sedia meninggalkan Eropah, kami berharap untuk berlepas pada bulan depan, dalam dua minggu akhir Julai,"kata Mazen Kahel, jurucakap Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza, kepada wartawan, Rabu di Parlimen Eropah.
"Pada hari ketika Parlimen Eropah berdebat bagaimana Eropah harus menanggapi serangan Israel, sangat penting bahawa kita mendengar suara mereka di atas kapal tersebut, serta menegaskan bahawa tidak ada pilihan lain kecuali untuk menamatkan kepungan,"kata Ahli Parlimen Inggeris Richard Howitt sebagaimana dipetik AFP.
kumpulan Pro-Palestin, seperti gerakan ‘Free Gaza’, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Melepaskan Pengepungan di Gaza, dan Turki, Greek, serta LSM Sweden, dijangka menyokong konvoi kedua kapal, yang dipanggil Armada Kebebasan 2 (Fleet of Freedom 2).
Tentera Israel menyerang armada ‘Freedom Flotilla’ di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean pada Mei 31, membunuh sembilan warga Turki di atas kapal MV Mavi Marmara dan mencerakan sekitar 50 orang lain, sebahagiannya dari pasukan di enam-kapal konvoi tersebut.
Israel juga menangkap dan kemudian membebaskan hampir 700 aktivis dari 42 negara yang berada di dalam kapal-kapal dari armada ‘Freedom Flotilla’, yang berusaha memecahkan pengepungan Gaza dalam rangka untuk memberikan 10.000 ton bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang menderita dari wilayah Gaza .
Sementara itu, rombongan Misi Gaza, Yayasan Amal Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir, mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi memudahkan usaha menghantar bantuan melalui Rafah.
Menurut Setiausaha Misi tersebut, Mohd Fauzi Abu Samah, perjumpaan dengan Pemangku Duta Malaysia di Mesir, Encik Saiful, berlangsung dengan baik.
Katanya, pihak kedutaan berjanji akan cuba berusaha membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk masuk ke Gaza.
Menurutnya lagi, kunjungan ke pejabat Persatuan Bulan Sabit (PBSM) Palestin di Al Thawra St Heliopolis memberikan kami beberapa maklumat berkenaan peraltan bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza.
“Kami telah di beri taklimat oleh 'Deputy Secretary General', Tarek Arafat. kami dimaklumkan antara keperluan yang kritikal yang diperlukan dari segi perubatan adalah peralatan seperti mesin dialisis dan lain-lain.
“Kami juga dibekalkan dengan senarai ubat-ubatan dan keperluan kritikal di Gaza,”jelas Fauzi yang dipetik dari laman blognya. -BO
Gelama Ikan Duri
Dapat gelaran pembohong.
semakin tak sedar diri.
Mengenai beberapa ekor katak
Khamis, 17 Jun 2010
Siapa yang percaya cakap zahrain
Zahrain Penipu Besar!! - Bung Mokhtar
Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.
“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.
Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.
"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.
Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.
“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.
“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.
Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.
“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.
“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.
Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.
"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.
Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.
Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.
Zahrain tersepit...Akhirnya beliau dapat gelaran pembohong besar.
Selasa, 15 Jun 2010
Hiba dan terhiba.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Semua pemimpin dan penyokong PAS sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dijemput menyertai majlis tahlil arwah bekas timbalan presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang akan diadakan malam ini dan malam esok. (Gambar: Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat menyembunyikan kesedihannya atas pemergian rakan seperjuangannya Hassan Shukeri. Sementara menanti jenazah untuk disembahyangkan Nik Aziz kelihatan termangu kesedihan. Beberapa kali dia menyapu air matanya yang deras mengalir di pipinya. Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan cuba menenangkan Mursyidul Am PAS itu.) |
Jiwa Pemimpin PAS
Nik Aziz Sokong Timbalan Presiden
Posted on Monday, June 14 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: admin_ann
"KOTA BHARU : Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap di sesi penggulungan Muktamar PAS ke 56 telah bersetuju dan menyokong cadangan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa untuk menjadikan bulan Rejab sebagai Bulan Palestin dan Masjidil Aqsa.Beliau bersetuju dan akan melaksanakannya di negeri Kelantan.
Sebelum itu, Nasharudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok telah memberikan cadangan beliau kepada muktamar untuk menjadikan bulan Rejab sebagai bulan untuk Palestin dan Masjid al-Aqsa. Cadangan yang sama juga telah beliau kemukakan di Parlimen dan kepada kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.
Di dalam ucapan penggulungannya juga, Nasharudin memberitahu kepada perwakilan bahawa beliau telah dihubungi oleh wakil Hamas di Palestin yang mengesyorkan supaya PAS dapat menghantar kapalnya sendiri ke Gaza untuk misi bantuan kemanusiaan. “Kapal itu nanti hendaklah diletakkan bendera PAS,” ujar Nasharudin disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan.
Nasharudin seterusnya menyahut seruan yang dibuat oleh seorang perwakilan untuk berdebat dengan pemimpin UMNO mengenai isu judi. Beliau bertindak mencabar secara terbuka Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk berdebat dengannya mengenai isu judiIsnin, 14 Jun 2010
Jiwa Pemimpin Pakatan Rakyat
Anwar paling layak pemimpin utama PR - Nik Aziz
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 14 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji. |
Jumaat, 11 Jun 2010
YB Karpal Singh bebas dari aduan hasut
Sebuah hipokrit yang teramat nyata
Kapal Israel di Kelang Bukti Najib APCO Hipokrit
Dari Sharpshooter.blogspot.com
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.
“Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.
“Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.
“Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata,” kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.
Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besarSepatutnya
Sarawak vote-buying scandal: Malaysian PM should be prosecuted
The Bruno Manser Fund believes that, given the strong evidence of his involvement in vote-buying, the Malaysian Prime Minister should indeed be prosecuted and asks the international community - governments, NGOs and the media - to give their full attention to the further development of this serious issue during the coming weeks.
Ladies and Gentlemen,
Ngap 4= Yahudi +Judi
Posted on Thursday, June 10 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: pemudagombak
"Kronologi Peristiwa Penahanan 4 Pimpinan Pemuda
[links] Berita ini teleh mendapat liputan di dalam Malaysiakini dengan tajuk 4 ditahan sebelum ceramah ‘Yahudi & Judi’ dan di Harakahdaily dengan tajuk Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang.
Inilah lokasi dan ceramah yang ditakuti itu…
Kebetulan, petugas-petugas Pemuda Gombak bertugas di ceramah berkenaan malam semalam dan bergegas bertolak ke Kelantan untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat di Kelantan, menyebabkan berita tersebut tidak sempat untuk dilaporkan di laman web rasmi kami www.PemudaGombak.com.
Namun, ia sempat dilaporkan secara lansung di Facebook rasmi kami dihttp://www.facebook.com/pages/PemudaGombakcom/265133725593.
Berikut kronologi dan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika detik-detik cemas kejadian tersebut…
06:15 petang
- Beberapa buah kereta polis mula kelihatan di sekitar Dewan Muhibbah Taman Bolton, tempat ceramah 3 Pimpinan PR bakal berlansung.
- Gerai-gerai jualan sudah mula berjalan seawal jam 3 petang lagi.
6:30 petang
- Beberapa pegawai polis mula memasuki pintu pagar dewan dan bertindak untuk mengepung dewan.
- Ketua Pemuda Gombak, Ustza Syarhan Humaizi Abdul Halim mula mengerahkan para pemuda Gombak untuk turun awal bertugas bagi menghadapi sebarang kemungkinan tidak diingini.
7:00 petang
- Polis mula membuat sekatan jalan raya di jalan masuk utama ke Taman Bolton.
- Beberapa pegawai polis mula masuk untuk mengawal beberapa pintu masuk ke dalam kawasan premis tertutup.
- Para peniaga mula bersungut kerana tindakan tersebut akan menjejaskan periuk nasi mereka.
7:15 petang
- Polis mula mengarahkan program dihentikan.
- Orang ramai di dalam dewan menunaikan solat fardhu Maghrib, diimamkan oleh Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
- Pegawai polsi yang hadir hanya memerhatikan orang ramai menunaikan solat tanpa menunaikan solat.
- Selepas solat maghrib, imam berwirid zikir ma’thurat dan kemudian menunaikan solat hajat agar Allah memudahkan urusan program hari itu.
7:50 malam
- Jemaah selesai menunaikan solat.
- Anjing-anjing mula menyalak tidak tentu pasal
- Polis mula mendekati para jemaah dan mengarahkan untuk bersurai.
- Timbalan OCPD mengarahkan Ust Hasbullah bersurai atau mendapatkan lokasi ceramah yang tertutup.
- Ustaz Hasbullah bersetuju dan cuba mendapatkan Stadium Selayang.
Pihak polis mengarahkan Ustaz Hasbullah untuk bersurai biarpun ceramah masih belum bermula.
8:00 malam
- Suasana agak kecoh ketika para hadirin mula bersurai apabila polis cuba menangkap Ustaz Hasbullah sekalipun beliau cuba untuk bersurai dan memindahkan lokasi ceramah.
- Anjing-anjing mula menyalak tidak tentu pasal
- Beberapa pimpinan pemuda Gombak ditangkap tanpa sebarang makluman penangkapan termasuk Ustaz Hasbullah sendiri, Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Gombak dan dua lagi pimpinan Pemuda PAS Gombak; Setiausaha dan Ketua Penerangan.
- Mereka dibawa menggunakan van polis untuk ke IPD Gombak.
(Gambar agak kabur kerana diambil daripada video amatur. Nantikan video tersebut)
8:30 malam
- Keempat-empat pimpinan Pemuda Gombak tadi dibawa ke ibu pajabat polis (IPD) Gombak untuk diambil keterangan.
- Sementara itu, ceramah di Dewan Muhibbah Taman Bolton dipindahkan ke Stadium Selayang.
- Orang ramai mula bergerak selepas dimaklumkan tentang perpindahan lokasi.
- Begitu juga para peniaga yang sudah membuka gerai jualan mereka semenjak petang tadi terpaksa mengangkut barang jualan mereka ke sana.
- Pihak polis masih berkawal untuk memastikan ceramah di dewan itu gagal.
- Petugas Unit Amal mula bertugas di sepanjangjalan masuk ke dewan untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan lokasi.
9:00 malam
- Peralatan-peralatan ceramah mula dipindahkan ke lokasi baru; Stadium Selayang.
- Orang ramai mula berpusu-pusu ke Stadium Selayang.
- Sementara itu, di IPD Gombak, peguam Tuan Khairuddin Othman yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Selanor hadir untuk memberi nasihat guaman kepada keempat-empat tahanan.
- Keempat-empat pimpinan Pemuda Gombak yang ditahan mula diambil keterangan.
10:00 malam
- Ceramah dimulakan dan berjalan lancar tanpa gangguan.
- Ketiga-tiga pimpinan PR hadir kecuali YB Lim Kit Siang yang diwakili oleh YB Tan Seng Giaw.
- Tuan Guru Dato’ Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan dan mengutuk sikap polis yang tidak profesional pada malam itu.
11.00 malam
- Keempat-empat tahan dibebaskan dengan jaminan polis.
- Mereka bergerak ke Stadium Selayang dan disambut meriah di luar stadium.
- Ceramah tamat kira-kira jam 11.30 malam.
- Keesokan harinya peristiwa tersebut telah mendapat liputan di Harakahdaily dan Malaysiakini.