ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Ustaz Azizan Razak
Ahad, 31 Januari 2010
Kepala babi
Meriah di Lenggong Semalam
Ceramah PKR di kampong Kuak dengan kehadiran Ketua AMK
Di masjid Gua badak diadakan bicara ilmu
dikampong chepor umno pun buat ceramah
Yang paling syahdu dalam kuliah Dr Badrul Amin satu daripadanya ialah Dr menyebut akan orang yang muflis di akhirat kelak. Orang yang muflis di akhrat kelak ialah orang yang menzalimi orang lain. Bila mana ini berlaku Allah akan memindahkan amalan penzalim kepada orang yang dizaliminya. Jika amalan kebajikannya telah tiada maka Allah akan memindahkan dosa orang yang dizalimi kepada orang yang menzaliminya.
Siapakah orang yang zalim itu.
1. orang yang melakukan kezaliman contohnya yang menyebabkan beliau ( Dr Badrul Amin ) di ISAkan.
2. Orang yang memberi kuasa kepada orang yang membuat zalim yakni pengundi-pengundi umno-bn yang memberikan kuasa kepada umno bn untuk berbuat zalim.
Namun begitu penzalim (yang memberi undi dan yang berbuat zalim ) boleh terlepas dengan syarat mohon maah dan bertaubat.
Kerana itu sesiapa yang terlibat itu perlu muhasabah diri. Dah amalan yang dilakukan sedikit diambil habis dan kelak akan menanggung dosa orang lain.
Jumaat, 29 Januari 2010
Kuliah DR BADRUL AMIN
pada hari sabtu selepas solat maghrib.
semua dijemput hadir
Khamis, 28 Januari 2010
Agen menipu rakyat
Rabu, 27 Januari 2010
PAS seru solat hajat untuk Kelantan dan Perak esok
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.
Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.
Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.
PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.
Pegawai Khas DS Nizar ditangkap?
Pegawai Khas DS Nizar ditangkap: Samar menyemar kerja terkutukPosted on Tuesday, January 26 @ 00:56:30 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM. Berita yang keluar di TV3 malam tadi cukup memalukan. Berita ini telah menjejaskan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.Sehubungan dengan itu, YB Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.
http://mutaligat.blogspot.com
Selasa, 26 Januari 2010
Menghina siapa yang akan mengambil tindakan?
Tok Guru berpegang dengan Al Qur an
Tidakkah itu menghina Mahkamah.
Ghairah melapur boleh ditafsirkan menghina
Isnin, 25 Januari 2010
Marilah sama-sama kita Berdoa
Kes MB 9 Feb: Nizar minta doakan kemakmuran Perak
IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.
Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.
Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.
“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.
Cerita baru
Cerita lama
Dalam berita ini pula begini ceritanya,
Oleh: geographysycal"
"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.
Tujuh pakar itu ialah
Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. - Bernama
Komponen BN yang hidden
Dalam pemerhatian sememang telah lama perkara ini disedari. sememangnya umno bergantung terus kepada kedua media ini iaitu media cetak dan elektronik. Jika kedua duanya bebas atas melapurkan juga berita dari pakatan secara benar ( tidak dimanipulasi) nescaya lagi cepat umno-bn "ghulabul ghuyub"
Baca juga,
Media harian digerakkan untuk bertembung dengan PR
dalam menghadapi puak-puak berkenaan perlu bagi ahli dan penyokong PAS-PR yang di peringkat ahli berdoa dan bersolah hajat samada bersendirian atau berjamaah. Berjamah adalah terlebih aula. Pemimpin PAS-PR semasa ceramah perlu membaca doa disetiap akhir ceramah pada hari atau malam itu. Ust Idris semasa menutup ceramah di kampong Luat minggu lepas turut berdoa dan diaminkan oleh hadirin. Langkah Tok Guru solat hajat di kelantan 28hb.jan 2010 ini sesuatu yang amat baik. Jika boleh kita buat juga di kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Tiada sesiapa yang dapat menolong kita melainkan Allah.
Nanti di Perak kita buat juga pada 31hb.1.2010 di Darul Ta'alim Insya Allah.
Ahad, 24 Januari 2010
Benda hilang
Begitu perangai mereka semua. Kerana itu semua ahli dan penyokong PAS-PR perlu giat berdoa semoga Allah melaknat ke atas mereka semuanya itu dengan sehina-hina.
Sabtu, 23 Januari 2010
Cerita Engin Jet F5E yang tersembunyi
Pulak tu yang mencuri pula tu askar pangkat sarjen sahaja. Minggu lepas TV3 dalam 999 memaparkan kegagalan menjual kerata ke timor tengah. Kereta dalam kontena tu dapat dikesan oleh pihak kastam. Dalam kontena yang besar dapat dikesan tetapo engin jet yang lebih kecil dari saiz sebuah kereta tak dapat dikesan oleh kastam.
Tun Mahathir kata 700 lori pasir ke singapura, Saziman kata 500 lori pasir sahaja kesingapura. Mohd Yunus ( TKP Kastam) kata 10 lori sahaja dari johor. macam mana jadi macamni? SPRM tangkap hanya ikan bilis sahaja. Bila SPRM tangkap ikan bilis tentunya jerung akan terlepas. sebab jerung sudah tak kesitu kerana bilis dah tiada.
Dato mahfuz pertikai kenapa pemerentah kapal tentera laut didakwa tetapi yang TUDM tak didakwa. Dalam kes bakar gereja ( Kata mahfuz dalam harakah) rupanya hospital lebih cekap kenal penjenayah dari polis. Menteri kesihatan dari MCA dan menteri polis dari umno. MCA lebih cekap dari umno.
Ada ustaz di Ipoh, Kalau nak menipu biarlah patut padan. Sekarang orang semakin jelak dengan penipuan pemimpin umno.
marilah kepada yang tak mampu buat kerja lebih tu kita doakan semoga umno-bn segera hancur dan pemimpin (dan yang bersekongkol dengannya) yang menipu dan menzalimi rakyat menerima pembalasan dan penghinan dari Allah.
Jumaat, 22 Januari 2010
Bank Negara rugi berbilion
Khamis, 21 Januari 2010
Kemana perginya
SPRM kemana halanya
Audit negara kemana halanya
Semuanya barangkali bersama SPR berada dibelakang umno-bn secara tersembunyi.
Ceramah PR
Nasihat Syarikat APCO Worlwide
Barangkali antara nasihat syarikat ini kepada Najib seperti berikut.
1. Serangan bertali arus kepada Tok Guru Nik Aziz.
2. Serangan terus menerus kepada DSAI
3. Serangan keatas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
Menggunakan semua agensi kerajaan
SPR
SPRM
Polis
Media- TV dan akhbar
Berita tv menyiarkan kesusahan rakyat di negeri pakatan- sedangkan kesusahan itu telah berlaku lama dahulu sebelum PR memerintah.
Media menutup masalah bn contoh yang terlibat dengan kematian ngeri di NS dikatakan ibu saudara isteri PM. tetapi tidak dimaklumkan.
Mahkamah dan perundangan
Menekan rakyat dengan beban cukai yang berbagai
GST
Kad kredit
Kenaikan harga gula
kewangan persekolahan.
banyak lagi kebarangkaliannya.
Komponen tersembunyi BN mula bergerak
Komponen ini berkuasa. kerana itu ahli dan penyokong PAS-PR semuanya sekali perlu berbuat sesuatu. Setiap orang mesti ada peranan masing-masing.
Masing-masing ada tugasan tertentu. Pastinya kalau pengkesahan ini diserikan oleh Dinsman tentu lebih bergaya dan bersemangat.
Yang pekak menjaga meriam diperbatasan sesuai dengan keadaannya. Yang berkurap pula mengambil buluh. Gatal kerana kurap melebihi gatal miang buluh. Yang pekung menjaga padi jemuran.
Berbalik kepada politik
Jadi bila komponen tersembunyi mula bersuara ( SPR dengan pengundi pos) maka semua ahli dan penyokong PAS-PR perlu berbuat sesuatu. Peringkat ahli biasa perlu lakukan sesuatu yang terdaya. dalam hal terdaya ini yang paling mudah ialah berdoa. Sentiasalah wahai semua ahli dan penyokong PAS PR berdoa kehadrat Allah semoga segala perancangan jahat komponen tersembunyi digagalkan Allah dan tangan-tangan atau ampunya diri yang jahat merangka penipuan itu dilaknat dan dimusnahkan oleh Allah. Berdoalah dalam berbagai keadaan semada berdiri atau duduk. Dalam ruku' atau sujud. Disiang hari atau dikala malam yang sunyi sepi.
Sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui. Jauhi dari perasaan jemu dan berputus asa terhadap Allah.
Rabu, 20 Januari 2010
Mereka mengundang duka dengan memfitnah.
Minta SPRM siasat
Posted on Tuesday, January 19 @ 16:57:04 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Oleh: monazmuslim
"Dalam keadaan simpanan rizab negara hampir pupus, PM Najib dengan sewenang-wenangnya berbelanja besar mengupah sebuah firma Yahudi yang berpengkalan di Washington untuk memulihkan imejnya yang teruk akibat pelbagai skandal penyelewengan, rasuah dan kes pembunuhan Altantuya.
Salah sebuah media paling berpengaruh di India, The Times of India melaporkan baru-baru ini yang Najib memang menggunakan khidmat syarikat APCO Worlwide ini.
Syarikat yang berpengkalan di Washington ini juga memberikan perkhidmatannya kepada Diktator Nigeria Sani Abacha dan Presiden Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, salah seorang pemimpin pemuda Parti Komunis Rusia yang ada kaitan dengan mafia.
The Times of India menjelaskan APCO Worldwide memang pakar dalam membina dan memulihkan imej individu yang menjadi tumpuan umum dan juga untuk pemimpin yang tidak popular di kalangan rakyatnya.
Media India ini telah melakukan siasatan terhadap APCO Worldwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga menggunakan khidmat syarikat Yahudi ini.
Narendra dituduh bertanggungjawab menyebabkan berlakunya rusuhan agama di mana 1,000 orang terbunuh dan majoriti mereka adalah Muslim.
Bagi memulihkan imejnya, kerajaan Gujarat telah mengupah APCO Worldwide dengan membayar sebanyak USD 25,000 (RM80,000) sebulan untuk perkhidmatan tersebut.
Walaupun perkhidmatan APCO ini tiga kali ganda lebih mahal daripada firma PR yang lain, namun ia tetap menjadi pilihan sebab ramai konsultannya adalah terdiri daripada bekas pemimpin Republikan dan Demokrat.
Jumlah yang dibayar oleh Najib untuk khidmat ini adalah sebanyak RM 20 juta. Banyak betul duit Najib ni kan. Apalah sangat dengan RM 20 juta ni. Beli Sukhoi + Scorpene = RM 980 juta.
Macamana dengan ahli dan penyokong UMNO ?
Apa yang kamu dapat dengan menyokong parti hapraq ni. Pemimpin atasan kamu dengan mudah saja belanja RM20 juta untuk pulihkan imejnya. Dari mana datangnya duit sebanyak itu ? Kamu pula dapat apa ? Baru dapat RM50, sehelai kain pelekat dan gula 1 kg setiap kali pilihanraya, dah mula hilang akal sehingga merasakan dah takde lagi parti yang terbaik dalam dunia ni melainkan UMNO.
Inilah mentaliti bangsa ku... Tak tahulah aku apakah jenis manusia yang terus setia menyokong dan menjadi ahli UMNO ni. Dahlah hidup tak sekaya mana, lepas tu Aqidah pulak boleh rosak tanpa sedar kerana memberhalakan pemimpin. Pendek kata, dunia entah ke mana manakala di Akhirat pulak dijanjikan Neraka.
Dari mana Najib dapat RM20 juta ?
Andaikan gaji + elaun Najib sebagai Perdana Menteri RM 50,000 sebulan. Tahukah kamu wahai para penyokong dan ahli UMNO, Najib terpaksa simpan pendapatan bulanannya tanpa diusik selama 400 bulan (33 tahun 4 bulan) untuk dapat jumlah RM 20,000,000 (RM20 juta).
Mungkin sampai Najib mampus pun belum tentu cukup jumlah ni.
Dah jelas lagi tersuluh memang si Najib ni perompak wang rakyat. Oleh kerana dia tahu yang imejnya buruk di mata dunia ekoran skandal pembelian Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya, maka digunakan khidmat firma Yahudi untuk bina dan pulihkan kembali imejnya.
Di mana duduknya iman dan Islam Najib ni jika sanggup guna khidmat orang Yahudi (musuh Islam) sebagai penasihat dan perunding imejnya. Ooopss saya terlupa... UMNO = Yahudi = Nasrani
Teringat saya kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ceramah terakhirnya di Johor. Katanya "Dalam dunia ini ada 3 golongan yang bunuh Ulama' yaitu Yahudi, Komunis dan UMNO".
Kadang-kadang saya sedih dengan sikap orang Islam yang jadi ahli UMNO ni. Bukannya kita tak habaq pasal ancaman Allah terhadap golongan yang dok sokong pemimpin toghut ni. Tapi puak-puak ni degil. Masih dok percaya fahaman sesat Kristian yang memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).
Hujah Al-Qur'an dan Bukti
Sekali lagi saya bawa hujah Al-Qur'an dan fatwa Ulama' bagi membuktikan bahawa pemimpin UMNO ni memang munafiq atau kafir.
Sebelum itu saya ambil kenyataan Almarhum Tunku Abd.Rahman "UMNO adalah sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular."
Hujah 1 - Fatwa Syeikh Mustafa Sabri (Ulama' masyhur di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah) ;
"Jalan mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."
"Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hatinya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah orang itu walau masih bersolat."
Hujah 3 - Balasan Neraka bagi orang yang menyokong pemimpin sesat ;
Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud ;
"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang masih menjadi ahli dan penyokong UMNO agar buatlah penilaian semula sebelum terlambat.
Berhijrahlah dari kegelapan toghut kepada cahaya kebenaran (Islam).
Jazakallah.
Mudah menempah duka dan celaka
Gembiranya kerana berita ini
Jan 19, 10 3:08pm
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Berita harini
Posted on Tuesday, January 19 @ 17:05:34 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Oleh: sofiwahab
"Pengerusi SPR, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis. Beliau berkata SPR sedang meneliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.
Menurutnya pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.
Aziz menambah bahawa jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain.
Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya semalam.
Saya secara peribadi tidak pernah mendengar rungutan jururawat, doktor dan wartawan tentang kesulitan mereka untuk mengundi tetapi sering mendengar masalah tentang nama pemilih dicatatkan 2 kali dalam senarai pemilih; nama pengundi mati masih ada dalam daftar pemilih; isu pengundi hantu ; tuntutan menggunakan dakwat ; penghapusan undi pos ; ketidaktelusan SPR dan lain-lain. Tetapi SPR nampaknya lebih peka kepada masalah yang remeh temeh dan kecil berbanding dengan masalah integriti SPR itu sendiri.
Jelas sekali SPR tidak mengambil kira langsung pandangan sebahagian besar rakyat dan parti-parti politik khususnya PR yang sudah lama membuat tuntutan supaya daftar pemilih dibersihkan dari sebarang kekeliruan; tuntutan menggunakan dakwat untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali dan sebagainya.
Di saat rakyat dan parti politik bercakap tentang ketidaktelusan undi pos dan penipuan yang mungkin berlaku dalam urusan pengundian pos, tiba-tiba SPR ingin meluaskan penggunaan undi pos.
Jadi saya cadangkan kepada SPR mansuhkan sahaja semua pengundi awam jadikan mereka semua pengundi pos. Mudah untuk SPR buat kerja. Saya yakin BN pun lebih suka semua pengundi menjadi pengundi pos. Jadi tidak perlulah kita beratur panjang di pusat-pusat pengundian, kita hanya perlu tunggu kertas undi dihantar kepada kita di rumah dan kita mengundi di rumah. Selepas kertas undi kita pos atau petugas SPR datang sendiri ambil di rumah kita.
Harap SPR pertimbangkan cadangan saya ini, saya yakin Najib dan Muhyiddin pun setuju dengan cadangan saya ini.
Jadi kalau cadangan tersebut untuk tujuan menipu dan berusaha untuk memenangkan BN. tunggulah penghinaan dari Allah. Doa orang-orang yang ditipu(dizalimi) itu tiada hijab dengan Allah Azzawajalla.Rakyat perlu berdoa agar kerja jahat SPR ini Allah balaskan dengan kemusnahan dan kehinaan ke atas ampunya kerja buat itu sendiri.
Selasa, 19 Januari 2010
PAS Perak cari bukti daftar pemilih berganda
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain meminta semua ahli peka dengan maklumat berhubung usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.
Beliau ketika diminta mengulas mengenai pendedahan satu sumber di Perak bahawa terdapat pihak-pihak tertentu mengarahkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam bagi membolehkan mereka mengundi dua kali berkata, PAS Perak sedang berusaha mendapatkan kesahihan dan mengumpul bukti mengenai maklumat yang didedahkan sumber itu.
"Kita sedang berusaha mengumpul maklumat dan bukti untuk mengesahkan perkara itu. Bila kita dengar cerita, kena cari maklumatlah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Abu Bakar juga berkata, PAS Perak memandang serius pendedahan sumber itu kerana ianya timbul ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat ini, kemungkinan besar pada penghujung tahun ini juga khasnya di Perak.
"Kita tak boleh abaikan apa yang kita dengar ini begitu sahaja.Kita kena pastikan tindakan ini memang merupakan keperluan kepada anggota polis atau ianya memang satu strategi pilihan raya yang digunakan Umno BN," katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau menyeru seluruh ahli agar tidak terburu-buru dalam membuat sebarang tindakan berhubung maklumat yang didedahkan itu
"Saya pesan kepada semua ahli di setiap kawasan agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang diterima dan berusaha mencari bukti berkaitan perkara yang didedahkan itu," ujarnya.
Satu sumber memaklumkan Harakahdaily pagi tadi bahawa beberapa pegawai polis di satu kawasan di Perak dalam perbualan mereka memberitahu, kesemua 14 anggotanya diarahkan agar membuat kad pengenalan biasa walaupun tempoh perkhidmatan mereka masih panjang.
Menurut sumber berkenaan, pegawai polis itu memberitahu, kesemua mereka diarahkan membuat kad pengenalan itu di pejabat pendaftaran secara berperingkat.
Pembantu peribadi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Amran Harun yang dihubungi sumber berkenaan juga memberitahu, beliau turut mendapat maklumat tersebut malam tadi daripada pihak polis.
Cara yang dilakukan pihak-pihak berkenaan membolehkan anggota polis mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam
Berita duka yang perlu diambil iktibar
Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Gembira dan duka
Jan 19, 10 3:08pm
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Jumaat, 15 Januari 2010
Gembira dengan kejayaan diplomasi Turki
Khamis, 14 Januari 2010
Demonstrasi kepada siapa?
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.
Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).
Khalid berkata, sekiranya pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Khalid turut membidas pemimpin BN yang menurutnya mengamalkan 'double standard' dengan membenarkan protes tersebut, dengan syarat pesertanya berada dalam halaman masjid.
Beliau menyifatkannya sebagai amat ganjil kerana sewaktu demonstari diadakan terhadap 'tiga katak' di Ipoh, pemimpin BN berkata 'ini bukan budaya kita'.
"Jadi mengapa ia kini menjadi budaya kita sekrang," soalnya.Khalid merujuk kepada demonstrasi yang diadakan di Ipoh Februari lalu ketika tiga ADUN dari PKR dan DAP mengisytihar menjadi wakil rakyat Bebas, sehingga mencetuskan krisis perlembagaan di Perak.
Mengenai pendiriannya dalam isu 'Allah', Khalid berkata beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dengan memetik ayat-ayat al-Quran, Khalid mengulangi bahawa asas-asas sebenar Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Beliau juga turut mempertikaikan dakwaan ahli-ahli Umno bahawa undang-undang Selangor telahpun melarang penggunaan Allah oleh bukan Islam.
Menurut Khalid, Enakmen 1988 itu tidak digunakan hingga sekarang dan "sekarang mereka (Umno) menggunakannya untuk mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam.Enakmen tersebut menyatakan bahawa sejumlah 25 nama, termasuk Allah, tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Bagaimanapun, wujud perdebatan mengenai isu tersebut di kalangan ulama dan pakar undang-undang.
Isu 'Allah': NGO gesa Majlis Raja-Raja bersidang
Salhan K Ahmad Jan 13, 10 4:17pm
Muzakarah pemimpin 30 NGO Islam hari ini menggesa Majlis Raja-Raja supaya membuat keputusan muktamad bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.
Ia adalah antara resolusi yang diputuskan dalam muzakarah itu, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tersebut.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata wakil gabungan NGO itu akan memohon untuk mempersembahkan sendiri resolusi tersebut kepada Seri Paduka.
"Hari ini semacam ada permuafakatan oleh wakil-wakil yang datang bahawa resolusi ini telah diluluskan dan kita akan segera menghubungi pejabat pemegang mohor Majlis Raja-Raja Melayu bagi menentukan tarikh kita boleh menghantar (resolusi).
"Tapi kita akan memohon untuk mengadap sendiri Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat," katanya kepada media selepas selepas forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.
TERAS merupakan salah sebuah daripada kira-kira 30 NGO yang menyertai forum tertutup itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.
Turut berucap forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.
Bercakap dalam sidang media yang sama, Mohd Azmi menjelaskan 12 resolusi diluluskan yang secara umumnya menyatakan penggunaan kalimah Allah merupakan hak eksklusif orang Islam sahaja.
"Isinya ialah kita pertegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah eksklusif kepada orang Islam dan kita tidak mahu ketegangan ini berterusan.
"Kita memohon dan merayu sungguh-sungguh supaya Raja-Raja Melayu mengambil peranan yang muktamad, tidak membiarkan ini berlarutan dan kami bersetuju supaya pihak Katholik menarik balik niatnya untuk menggunakan Kalimah Allah.
Muzakarah pemimpin 30 NGO Islam hari ini menggesa Majlis Raja-Raja supaya membuat keputusan muktamad bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.
Ia adalah antara resolusi yang diputuskan dalam muzakarah itu, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tersebut.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata wakil gabungan NGO itu akan memohon untuk mempersembahkan sendiri resolusi tersebut kepada Seri Paduka.
"Hari ini semacam ada permuafakatan oleh wakil-wakil yang datang bahawa resolusi ini telah diluluskan dan kita akan segera menghubungi pejabat pemegang mohor Majlis Raja-Raja Melayu bagi menentukan tarikh kita boleh menghantar (resolusi).
"Tapi kita akan memohon untuk mengadap sendiri Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat," katanya kepada media selepas selepas forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.
TERAS merupakan salah sebuah daripada kira-kira 30 NGO yang menyertai forum tertutup itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.
Turut berucap forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.
Bercakap dalam sidang media yang sama, Mohd Azmi menjelaskan 12 resolusi diluluskan yang secara umumnya menyatakan penggunaan kalimah Allah merupakan hak eksklusif orang Islam sahaja.
"Isinya ialah kita pertegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah eksklusif kepada orang Islam dan kita tidak mahu ketegangan ini berterusan.
"Kita memohon dan merayu sungguh-sungguh supaya Raja-Raja Melayu mengambil peranan yang muktamad, tidak membiarkan ini berlarutan dan kami bersetuju supaya pihak Katholik menarik balik niatnya untuk menggunakan Kalimah Allah.
Bagaimanapun, katanya, resolusi tersebut tidak boleh didedahkan buat masa ini, sebelum ianya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga berkata muzakarah itu menyatakan kebimbangan atas ketegangan yang kini timbul di ka Turut bercakap dalam sidang media sama ialah presiden MACMA Datuk Mustafa Ma, yang menyuarakan seruannya kepada masyarakat Katholik."Kita merayu, khususnya kepada saudara Katholik kita, supaya menggunakan pengaruh mereka bagi meminta (penerbit mingguan Katholik, Herald ) untuk menggunakan perkataan Tuhan (bagi menggantikan kalimah Allah yang kontroversi)," katanya. langan masyarakat berikutan perkembangan isu tersebut yang semakin berlarutan.
"Kita bimbang bukan sahaja tentang keputusan mahkamah, tapi juga sentimen masyarakat, ianya sangat-sangat rapuh.
"Jika dibiarkan lebih lama, keadaan akan menjadi bertambah panas, ada orang akan ambil peluang untuk berbuat sesuka hati mereka," tambahnya.
Sepatutnya semua NGO buat memo hantar kepada Peguam negara kerana apa Peguam negara tak bersungguh mempertahan kalimah tersebut. Sepatutnya Peguam Negara sendiri yang berhujjah dalam sidang mahkamah tersebut.
Rabu, 13 Januari 2010
Selasa, 12 Januari 2010
Pemimpin Rakyat
Muslimeen United
>>>>> Islam Will Unite Us All <<<<< Laman Utama
Keluar Hospital Dato Seri Nizar hadir 2 majlis ceramah..!
on date_replace('1.11.2010'); Jan 11
Bidor / S.Pulai :
Kalau begitu kita tak halal
Orang lain taja tok guru depa kacau. tapi TH bagi dia dok senyap. Penabung dalam tabung haji tak halal. Kita akan dak wa di akhirat kelak jika benar. Wallahi
Isnin, 11 Januari 2010
Dari Ketua penerangan PAS
Posted on Monday, January 11 @ 19:35:50 PST Dilulus untuk paparan oleh abujihad
Oleh Ust Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan terhadap sembilan gereja sejak 8 Januari lepas berikutan bantahan meluas tentang isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald. PAS juga kesal dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu mengunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini.
Jelas apa yang berlaku sekarang dan ugutan Menteri ini menafikan kata-kata manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjamin bahawa keadaan di negara ini adalah terkawal.
PAS melihat bahawa Hishamuddin gagal menyelesaikan masalah ini walaupun sebelum ini mendakwa sudah mengenalpasti suspek yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Hingga kini rakyat bertanda tanya tentang tindakan lanjut Polis terhadap suspek-suspek itu. Bilakah mereka akan ditangkap dan didakwa dimahkamah? Rakyat juga risau kerana setiap hari ada sahaja gereja yang diserang seperti rekod berikut;
8 Januari 2010
Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar
Gereja Assumption di Petaling Jaya dibaling bom api
Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dibaling bom api
9 Januari 2010
Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya dibaling bom api
10 Januari 2010
Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.
Gereja All Saints di Taiping dibaling bom api
Pos pengawal SM Convent di Taiping dibaling bom api
Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling bom api
Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, Miri di baling bata
11 Januari 2010
Pintu utama Gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban dibakar
PAS berharap agar Menteri tidak mengambil jalan mudah dan menjadikan isu ini sebagai Ops Lalang kedua, di mana suspek yang membakar gereja gagal ditangkap tapi orang lain pula disumbatkan ke dalam ISA demi kepentingan politik BN menjelang PRU-13.
Mesej rakyat kepada Menteri jelas, "Buat Kerja, Jangan Cakap Merapu-rapu".
PAS berharap agar rakyat pelbagai agama dinegara ini dapat bertenang dan tidak terus menerus melayan provokasi yang dicipta oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Rakyat perlu bekerjasama untuk menjaga rumah-rumah ibadat dan komuniti keseluruhannya dari menjadi sasaran penjenayah. Isu penggunaan nama Allah hanya boleh diselesaikan dengan akal yang waras bukannya dengan tindakan ganas.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahad, 10 Januari 2010
UMNO - Parti berasaskan mealyu.
Yang cerdik tidak akan terpedaya
Sabtu, 9 Januari 2010
PAS Menerang bukan berperang
Jumaat, 8 Januari 2010
DS Nizar Kemalangan
PasGopeng, Friday, January 8, 2010
.fullpost{display:none;}
IPOH 7 Jan 2009 Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.Beliau hilang kawalan ketika dia cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang itu.Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.- Bernama
Khamis, 7 Januari 2010
Puak umno demonstrasi kepada siapa?
sendiri yang bodoh dan nak memperbodohkan orang lain.
semoga umno dan puak serta pemimpin musnah dalam kehinaan.
Laporan Rasuah di kelantan
Rabu, 6 Januari 2010
Kalimah menutup banyak isu
Selasa, 5 Januari 2010
Katanya harini baru KDN merayu
Fokuskan Protes Keputusan Mahkamah(2)
Blogers ucap terima kasih pada mahkamah
Isnin, 4 Januari 2010
Fokuskan Protes Keputusan Mahkamah.
Dasar Perpaduan Pakatan Rakyat
Belum ada berita rayuan terhadap keputusan Mahkamah
UMNO sengaja mempolitikkan isu Kalimah
Ahad, 3 Januari 2010
Peguam yang mewakili KDN Lemah
Kalimah Allah
Keputusan pantas terhadap rayuan spr terhadap kes ADUN kota seputih. Penangguhan PRK