ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 31 Disember 2009

Catatan Memali di Muzium

Membaca catatan itu dalam tranungkite, kesimpulan yang mudah ialah kerana polis begitu mudah dalam meletakkan label kepada Ustaz Ibrahim sebagai penjenayah, Justru marwah dan imej polis tercalah sehingga kini. Polis terlalu hina pada pandangan masyarakat politikus.

Isnin, 28 Disember 2009

Walaupun apa yang orang kata tapi kita yakin

Minta izin dari tranungkite.
Sumpahan Masjid Bujal menghambat Mat Said
Posted on Sunday, December 27 @ 22:36:13
PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Tok Pepijat
Nasib malang MB Terengganu Ahmad Said terus berpanjangan. Sebaik sahaja Mat Said pijak bumi Penyu dari Tanah Suci Mekah, "sial dan sumpahan" terus menjamah Mat Said. Peristiwa " keruntuhan" bersambung kembali. Kini Kuala Berang wilayah Rosol Wahid penentang "wahid" terhadapnya pula menerima bala. Terminal Bas Kuala Berang runtuh pula.
Bermula Stadium Sultan Mizan Gong Badak kemudian Masjid Batu Putih Kemaman dan terkini Terminal Bas Hulu Terengganu.
Nampaknya Mat Said terpaksa menerima nasib malang ini angkara Kerajaan Deris dulu. Deris yang "berak", Mat Said terpaksa suci dan basuh "tahi " Kerajaan Deris. Semua projek yang runtuh itu adalah diluluskan oleh Kerajaan Deris.
Banyak projek hebat berlaku zaman Kerajaan Deris. Antaranya seperti Masjid Kristal, Stadium Sultan Mizan, Taman Tamadun Islam dan Monsun Cup.
Tetapi yang "paling hebat" ialah merobohkan tempat orang Islam solat, Masjid Bujal dalam Mukim Kijal tempat Mat Said jadi ADUN.
Mat Said pernah ajak ADUN Wakaf Mempelam "bergocoh" , bila ADUN Wakaf Mempelam mengibaratkan Kerajaan Deris lebih jahat dan zalim dari rejim Zionis Yahudi kerana meroboh Masjid Bujal.
Sekonyong-konyong Mat Said bangun ajak bergocoh.
Sekarang tiba saatnya Mat Said terima "pembalasan Tuhan" !
Rasanya banyak benda telah dibuat Mat Said untuk buang "sial dan sumpahan"nya. Antaranya ambil "berkat" Ustaz Harun Taib melalui pembelian kambing Boer. Dan yang terkini pergi mengerjakan haji. Pun sial dan sumpahan masih menghantui Mat Said.
Mungkin selepas ini Mat Said pergi jumpa Dr Haron Din pulak !
Hoi Mat Said ! "Sial dan sumpahan" itu hanya dapat diubati jika kamu bina semula Masjid Bujal. Itu sahaja penawarnya.
Dipercayai runtuhan demi runtuhan bakal berlaku di bumi Penyu selagi Mat Said tidak bina semula Masjid Bujal.
Mungkin anda tak percaya. Tapi saya yakin dan percaya. Sama-sama kita lihat!
Kepada Mat Said yang saya kasihi, bermuhasabalah dan bertaubatlah. Jika Khalid Al Walid yang menjadi punca kekalahan Tentera Islam dalam Perang Uhud boleh bertaubat dan insaf seterusnya Khalid menjadi Wira Islam dalam Perang Mu'tah, apakah Mat Said tidak boleh ?
Apakah belum sampai masanya untuk anda bertaubat?
Kerana itu usaha bersungguh perlu dilakukan oleh ahli dan penyokong PAS dan PR dalam berhadapan dengan puak-puak umno-bn ini. Usaha yang dilakukan hendaklah secara istiqamah. Jangan cepat berputus asa. Pastinya Allah akan makbulkan permintaan kita yang bersungguh.
Sekarang kita berkuasa berkuasa di 4 negeri, kita buat macam mana tok guru buat, distadium kita bersolah hajat dan mohon pertolongan Allah. Kita sebut nama-nama pemuka-pemuka yang jahat itu. Kita mohon semoga Allah beri pembalasan.

7 Perkara Ajaib Dalam Demonstrasi "Penyokong PAS Selangor"

Batu api yang bijak pandang.

Gambar di atas demontrasi thd tok guru. tapi nampak sama dengan yang di selangor semalam.

Depa tu dok tengok saja dan takdak siapa pun yang kena balun
Serupa sama dengan yang pertama di atas . memanglah sah dari kumpulan yang sama.
yang atas ni benar-benar demonstrasi PAS
Dikesan oleh : Batu-api2

1. Tiada seorang pun para pendemo memakai kupiah.
2. Tiada seorang pun Unit Amal datang untuk menyokong kumpulan ini. Paling tidak pun pakailah baju unit amal.
3. Tiada seorang pun muslimat terlibat.
4. Tiada seorang pun orang tua berserban yang biasa dilihat di mana-mana demo PAS.
5. Tiada seorang pun SB yang biasa memakai beg galas atau ikatan tali di lengan.
6. Tulang Besi pun tak ulas dalam Malaysia Waves, kalau tidak mesti dia hentam Hassan Ali pasal kes tak bagi jawatan CEO. Masa ini peluang baik!!!
7. Pakaian dan muka para pendemo tidak seiras muka PAS.. muka puak PAS semua orang tahu.
8. Tambah sendiri.
sememangnya mereka itu jahat semoga Allah melaknat mereka itu dengan kehinaan yang pedih.

Ahad, 27 Disember 2009

Gunakan Senjata kita

Senjata bagi orang mukmin ialah doa. dalam menghadapi serangan jahat Umno-BN dan konco-kuncu mereka semua ahli dan penyokong yang tak berkemampuan dan berkemampuan hendaklah bersungguh-sungguh mengharapkan pertolongan Allah bagi memelihara semua kepimpinan PAS-PR dari segala fitnah dan perancangan jahat musuh umno bn dan kuncu-kuncu mereka.
Dengan doa yang bersungguh serta dilaksanakan dengan keikhlasan pertolongan Allah akan tiba. Semoga Allah menghancurkan segala rangcangan jahat umno-bn. Semoga Allah membinasakan orang-orang yang jahat dengan kehinaan. Semoga ALLAH memusnahkan organisasi yang beragenda jahat dengan kehinaan dan keji-amin

Sabtu, 26 Disember 2009

Astro Awani dengan penerusan agenda jahat mereka

Semalam ada lagi cerita yang hanya untuk menggusarkan penyokong PAS. Kerana itu kita doa secara khusus kemusnahan organisasi itu serta pemberita termasuk wartawan, editornya serta pembaca berita ditv. termasuk juga penganalisis yang dipanggil untuk memberi komentar. Tak mengapa kerana mereka ini semua tak percaya doa kita dimakbulkan Allah. Semoga Allah memusnahkan mereka dengan hina - amni

Jumaat, 25 Disember 2009

Sememangnya Ramai yang tertanya-tanya

Kehilangan enjin jet yang berharga RM50juta dan 2 pulak tu. bagaimana boleh hilang?
adakah macam hilang pemetik api. Kata menteri pertahanan yang terlibat alp sahaja. yang pangkat sargen ke bawah. Karut punya cerita. Buat andaian nanti kena ugut. tapi permasalahan tiada penyelasaian.
Lim Guan Eng ungkit pasal TBH akan dikenakan dakwa akta hasutan. macam-macam lagilah ugutan. Kerana itu sesiapa sahaja ahli dan penyokongPAS PR bila ada berita yang mengugut pemimpin kita tak kiralah pemimpin kita tu samaada tok guru ke atau DSAI ke atau Lim Guan Eng atau Karpal Singh ke atau sesiapa jangan kira pemimpin kita tu besar mana atau sekecil mana. Kalau pun Mursidul Am Pas atau Ketua Umum PKR atau Penasihat DAP atau ketua cawangan PAS atau ketua pemuda dan sebagainya kita perlu angkat tangan dan berdoa seperti doa tok untuk dapat royalti. Jadi kalau ada yang membuat hatiahli dan penyokong PAS-PR luka angkatlah tangan atau tadahlah tangan mohon pertolongan Allah. Semoga Allah beri pengajaran kepada orang itu atau semoga Allah musnahkan orang itu. Doa yang dizalimi tiada hijab dengan Allah.
Sekarang Ketua Polis Selangor dengan angkuhnya hendak mendakwa Lim Guan Eng, begitu juga ketua penerangan Keadilan selangor dan rakan dizalimi seperti gambar dalam suara keadlian. hati kita terguris luka dengan keangkuhan mereka ini. Moh kita diakan keatas mereka itu. Kita mohon semoga Allah beri pengajaran kepada mereka itu atau kita mohon Allah himpitkan kehidupan atau musnahkan kehidupan mereka itu dalam doa.
Mereka bertindak dalam zalim yang bertopengkan kuasa. Mereka bertindak atas kehendak umno. mereka tidak bertindak atas amanah. kerana mereka lari dari amanah Allah kita minta Allah memberi hukuman keatas mereka itu.
Kepada Allah kita mengadu.

Khamis, 24 Disember 2009

JK Mesjid yang dah meninggal masih terima Elaun

Betul ke tak betul tak tahu tapi yang ini nak cerita pasal bantuan banjir. Ada orang tanya telus ke. jawab yang ditanya entah. Banjir di Lenggong tak berapa lama dahulu. dikatakan setiap rumah yang terlibat di beri sumbangan RM300.00 seorang. tapi ada penyokong PAS tak disenaraikan dan tak dapat. ada juga bunyi tak kena banjir dapat. Umno ni walaupau dah memerintah lebih 50 tahun tetapi rakyat tetap miskin. Tidak ada usaha pembasmi kemiskinan dikalangan pemimpin umno. yang mereka pentingkan dapat duit yang manyak.

Gambar banjir di Jeddah

Gambaran ini diulangkan lagi kerana perkhabaran angka kematian adalah tinggi dari yang dilapurkan. Perhatikan sebahagian gambarannya.

Siapa kamu...

Siapa kamu nak marah saya.
siapa kamu nak kata saya
siapa kamu nak pertikai saya
Kamu itu bapa saya bolehlah marah saya.
Kamu itu sahabat saya maka kamu boleh kata/tegur saya
Kamu musuh saya maka kamu boleh pertikai saya.
Kalau saya PAS dan kamu umno then kamu boleh pertikai saya sebagaimana saya juga boleh pertikaikan kamu. kamu boleh buat saya sakit hati dan saya juga boleh buat kamu sakit hati. kerana sama-sama bermusuh.
Kalau kamu bukan seperti di atas dan dan kamu kata saya macam-macam yang menyakitkan hati saya maka kamu ialah orang yang jahat dan zalim. Saya juga boleh bagi kamu sakit hati seperti itu. tapi kalau saya tak mampu saya tetap boleh berdoa semoga Allag bagi petunjuk kepada kamu atau Allah melaknat atas kamu.
Disebabkan kamu yang bukan dalam kumpulan musuh janganlah kamu buat musuh dengan bukan musuh kamu. kamu juga elak dari digunakan orang yang bermusuh dengan menjadikan kamu memusuhi saya yang tidak bermusuh dengan kamu.
Pesanan ini ditujukan kepada semua pengamal media.
Doa ialah senjata bagi orang yang dizalimi. menyakitkan hati juga merupakan satu kezaliman.

Tiada berita Engin Jet hilang di TV

Semalam tiada berita pasal engin jet F5E yang hilang disiarkan di berita TV. Di semua TV tak siarkan sebarang komen. Macam sepakat pula tidak disiarkan. Serupa isu umno minta pengerusi bn pulau pinang. Bila najib kata stop debat tersebut, semua cakap tersebut di TV stop.
Kenapa jadi begitu? Barangkali sikit sangat kot. tetapi yang pastinya ialah untuk mengelakkan dari diketahui rakyat dengan jelas. Dalam berita TV semalam banyak memperihalkan catatan PM dalam blog 1Malaysia PM. Dipanggil penganalisis untuk berbicara pandangan PM tersebut. Tidak lain semata-mata mengalih pengetahuan rakyat dari isu kepincangan kepada isu lain. Disinilah media utama memainkan peranan. Tiada isu dibuat isu. RTM1 dengan cuba mengalih isu dengan memanggil penganalisis dari UKM berbicara pasal DSAI kata letih. RTM1 juga pergi tanya pada roslan kasim dan ezam. kedua-dua tersebut lari dari PKR masuk umno. tapi umno tak mahu bagi tempat kepada mereka. mereka ialah umpama pejuang yang gugur dan berundur dari bertempur. Bagai kokok ayam berderai-derai ekor bergelumang tahi. Bertelur sebiji riuh sekampong.
Semata-mata mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Terlalu tidak manasabah dek akal engin yang begitu berat dan dalam kawalan boleh hilang. Lebih 10 tahun lalu kita digegarkan dengan cerita almaunah merompak senjata dari kem di gerik dan boleh main tembak-tembak pulak dijenalik. Bila diteliti kejadian tersebut dengan kejadian engin hilang terasa memang betullah barangkali almaunah rompak senjata tersebut. Ditambah pula dengan pengeboman c4 kepada atantuya yang memperlihatkan terlalu longgar kawalan keselamatan dinegara kita. Menteri kata yang terlibat dalam kehilangan engin itu ialah ALP yang berpangkat rendah. MasyaAllah sanggup zahid ni menghina para perajurit yang berpangkat rendah tu. Tentera yang pangkat rendah kalau deme tu nak curi pun sekadar curi jual minyak saja. ni dah sampai ratus juta handal benarlah anggota tersebut. Tetapi kalau benarlah begitu ternyata sistem kawalan keselamatan negara teramat-amat longgar.
Boleh jadi benar juga kalau kita fikir 2 orang yang dikatakan meletupkan atantuya itu ialah polis. mereka dikatakan meletupkan atantuya dengan c4. Polis tak guna c4. yang guna c4 ialah tentera. Jadi polis boleh ambil senjata tentera. Polis tu pangkatnya cif inspektor. jadi kalau Sargent dalam tentera tentu bolehlah. polis pun boleh curi inikan pula sama-sama tentera.
Jika kita merenung sedemikian rupa akan gambarannya ternyata terlalu terlalu terlalu amat amat longgar sistem pertahanan negara.
Kita dengar komision kapal selam sampai RM500 juta. benda dok dilaun lagi senang hilang. tup-tup nanti hilang 1 buah. sapa yang tahu. kalau begitu juga barangkali dah banyak sangat agaknya harta tentera yang hilang barangkali. kereta perisai untuk tentera darat. Manatahu benda yang masih boleh dipakai lepas tu dilupuskan beli baru.
Di Lenggong ada dua buah kenderaan tentera yang dikatakan yang lama 1 depan rumah rehat dan sebuah lagi dekat lampu isyarat nak masuk ke pekan lenggong.
Berita semalam dakwat kekal yang nak digunakan untuk pilihanraya 12 lalu telah dilupuskan kosnya bukan sekupang dua tapi berjuta. membazir sahaja. Membazir itu sedara syaitan.
Nak harap mufti harussani menyatakan kebenaran sorrylah. kerana itu atas rasa tanggung jawab setiap ahli dan penyokong PAS-PR mesti berbuat sesuatu. Paling kecil ialah doa. Doakan semoga Allah beri petunjuk kepada mereka itu atau Semoga Allah binasakan mereka itu. Kita kinta untuk semua yang terlibat tu. tak kira individu atau organisasi. Sebab mufti Harussani tak beri peringatan kita doa juga untuk dia semoga diberi petunjuk atau semoga Allah binasakan dia. Sebabnya Mufti harussani hanya bersuara apabila yang berkaitan dengan umno sahaja. sedangkan beliau diberi gaji oleh kerajaan. Begitu juga dengan RTM1 kita minta Allah beri petunjuk kepada semua wartawan, editornya, pembaca beritanya. penganalisis yang dipanggil memberi pendapat mereka. termasuk kepada pegawai yang berkuasa atau Allah membinasakan mereka dengan kehinaan.
Masing-masing ada tugas sendiri. sebenarnya tugas dan tanggungjawab itu yang utama kepada Allah. Kalau buat kerja kerana umno maka layak bagi Allah melaknat atas mereka itu.

Rabu, 23 Disember 2009

Dalam Kepelikan Malaysia

Pelik dan indahnya malaysia,
Warga lenggong pernah menjadi Panglima ATM. Namanya General Ghazali Che Mat. Orang lenggong tahu bagaimana General ini menangkap tentera yang mencuri menjual minyak. boleh tanya beliau. Jadi kalau yang sekadar menjual minyak dalam harga ketika itu 10 gallon sekitar RM10.00 merupakan anggota tentera bawahan, kalau yang jual puluh ribu barangkali pegawai kalau dah RM50,000,000.00 ke RM100,000,000.00 pegawai level mana. Kata komision kapal selam sampai RM500,000,000.00 dan melibatkan isteri menteri. 2 enjin RM100,000,000.00 rasanya sampai ketahap menteri juga. Tengok berapa kosong tu bukankah sama.
Tetapi sesuatu yang serius kita patut bersyukur kerana kita berada dikalangan negara asia tenggara. Dalam dunia sekarang ini ada satu negara yang menggunakan senjata dan peperangan untuk menakluk negara lain. Negara itu ialah Israel. Negara yang menjadi pak turut mengikut kehendak negara yahudi itu ialah kuasa besar USA dan UK. Negara lain agak kurang sedikit.
Jika Malaysia terletak dekat dengan yahudi nescaya dah lama malasia menjadi jajahan takluk yahudi. Harapkan pagar pagar yang makan padi. Tentera bawahan jual minyak. Almaunah dikatakan boleh masuk kem tentera dan curi senjata kemudian pergi bukit jenalik main tembak-tembak pulak tu. sampai berhari-hari baru tangkap. Dituduh menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong. Senjata C4 boleh dikeluarkan dan pergi bom atantuya tak boleh dicari pegawai yang mencatat dan orang yang mengeluarkan benda itu.
Sekarang setalah 2 tahun baru dengar khabar engin jet pejuang hilang kena curi dan kena jual. eh mudah sungguh. Jadi bagaimana kalau dekat dengan israel ? Mujurlah negara jiran tak buat begitu. kalau singapura atau thailan buat begitu padah barangkali dari perak ke utara dah pandai cakap siam. selangor keselatan comfirm fasih english.
Semuanya kerana tiada amanah dalam diri? diri siapa?
i. Menteri pertahanan ketika itu- tapi menteri pertahanan itu dah jadi perdana menteri.
ii.Pegawai tentera.
Sekarang sepatutnya PM kena letak jawatan kalau tidak Yang dipertuan agong patut pecat PM. Buat masani agong tak boleh pecat PM. Tapi bila hakim mahkamah persekutuan buat keputusan kes DS Nizar baru kita tengok. Jika hakim kata DS Nizar MB perak yang sah maka agong tak boleh pecat PM. Terapi jika hakim kata zamri MB yang sah, maka Agong sudah boleh pecat Najib dan lantik PM baru.
Marilah sama-sama kita aminkan doa Tok Guru Nik Aziz.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Hakim segera buat keputusan kes DS Nizar. Kalau hakim sengaja melengahkan keputusan itu kita doakan kemusnahan kepada hakim yang dengan sengaja melengahkan keputusan tersebut. Marilah juga sama kita doakan supaya Allah melepaskan segala fitnah dan mehnah yang ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama kepada Tok Guru Nik Aziz dan Datok Seri Anwar Ibrahim. Marilah sama kita berdoa agar Allah memusnahkan semua pemfitnah ke atas pemimpin PR. Kita minta Allah musnah individu dan organisasi jahat itu. Kalau media dari pemberita sampai kepada pembaca berita sampai kepada editor dan sampai terus kepada pemilik media itu.
Semoga Allah mengkabulkan doa kita.

66-63 sebenarnya 60-63

YB Gobala semasa ceramah di Malau Lenggong. Katanya beliau kira MP BN dalam berbagai bahasa. Kira dalam bahasa melayu 60, kira dalam bahasa tamil juga 60, kira dalam bahasa inggeris juga 60 tetapi yang jadinya 66. Macam mana pulak tu. DS Nizar dalam PerakExpress.com juga ada ceritanya.

Keangkuhan wanita pertama

Dilihat dalam Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.
Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.
"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar. "Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar."Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."
Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:
"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"- disinilah wajah keangkuhan sebenarnya wanita pertama itu. Dan ianya disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Kepelikan 1Malaysia

Gajah depan mata tak nampak
Kuman di pantai Amerika boleh nampak.
RM2400 nampak sampai mati TBH
RM100,000,000.00 tak sedar( tak nampakle tu)
Lebih 10 tahun dulu, kejadian Bukit Jenalik (BJ) senjata dicuri dari kem tentera di Gerik.
3 atau 2 tahun sudah cerita C4 dikeluar dan meletupkan tubuh atantuya
baru heboh dalam 4 atau 5 lepas 2 enjin jet yang harga RM50 Juta sedangkan kejadian itu sejak 2007.
Macam-macam cerita tentang enjin pesawat yang hilang kata menteri selain enjin ada alatan lain.
Awal tahun 2009 dulu zahid hamidi menteri di JPM menteri haji bila balik dari makkah dia berbohong pasal kelas tadika dan dewan orang ramai. itu rupa orang yang baru balik makkah. bulan 2 dia curi kerajaan negeri perak, tak habis tahun 2009 kementerian dia ada kecurian enjin jet pejuang.
Betul pantun orang tua-tua
Siakap sinohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.
Senator Dr Syed Husin berpantun begini
Siakap sinohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama jadi menteri.
kedua-duanya menjadi kenyataan kepada zahid.
dia antara orang yang mencuri kerajaan negeri perak. waktu itu dia timbalan ketua perhubungan umno perak selapas najib setelah Dato Tajol Letak jawatan.
Kerana kezaliman itu wajarlah doa kemusnahan kepadanya seperti yang telah didoakan oleh Tok Guru. Ya Allah musnahkan kerjaya hambamu yang bernama zahid hamidi. diatas kezaliman yang telah dilakukan kepada seluruh rakyat perak dan rakyat malaysia.
Banyak lagi dan akan disambung lagi. sesiapa juga boleh menghebahkan kepelikan yang berlaku dalam negara.

Selasa, 22 Disember 2009

Cerita di Lenggong Sabtu 19.12.09

Dibuat khemah depan dewan merdeka lenggong. Ramai menjangkakan nak buat sambutan maal hijrah. khemah didirikan pada hari rabu lagi dan maal hijrah hari jumaat. rupanya nak buat program alam sekitar.
buka depa tak tahu hari sabtu ada pekan hari tapi program itu nak bagi kat MP lenggong bercakap kalau buat di dewan tak ramai yang masuk dewan. kalau buat didewan tak ramai pulak orang yang akan pergi tengok. jadi lebih baik buat depan dewan dan depan arked mara. orang ramai dipekan hari akan menampakkan program yang disertai ahli parlimen Lenggong itu ramai orang . Nak harap umno buat program dan kumpul orang berat cerita. jadi terpaksa guna orang lain. kesian orang dijadikan tunggangan itu. Tetapi ada orang yang akibat dari program tersebut kena saman kerata kerana salah parking. sebab tempat parking dah jadi khemah.
depa buat macam tu menyebabkan orang bertambah meluatk
Semoga umno musnah - amin
kita kena doa semuga umno dan pemimpinnya hancur kerana pemimpinnya menyusahkan rakyat

Tahap Keselamatan Negara

Satu ketika dahulu dalam tahun 90an, semua orang masih ingat cerita di Bukit Jenalik. Kononnya sekumpulan orang telah menerobus kem tentera di gerik dan melarikan banyak senjata. Ya peristiwa al-maunah bunyi cerita. Sampai mati bekas tentera dan beberapa temannya itu dihukum gantung.
Dalam kes atantuya yang dibom dengan C4 tak diketahui siapa yang bawa keluar benda itu. kawalan yang tak dapat nak disiasat pulak tu. Dan yang terkini dalam lingkongan ketenteraan pula ialah hilang enjin pesawat pula.
macam mana boleh jadi perkara seperti ini. Kita sering mengagungkan kecekapan anggota keselamatan kita samada polis dan juga tentera. Tentera kita mendapat pengiktirafan dunia untuk mengawal kawasan panas dunia. tetapi barang kelangkapan persenjataan kita boleh dicuri, dikeluarkan dan dijual dengan mudah.
Siapa yang boleh diharap dalam hal ini. Pembelian kapal selam katanya wang undercounter mencecah ratusan juta. Jual enjin jet, keluar senjata yang tak boleh trace.
Satu ketika dulu dengar khabar saja sewaktu Genral Ghazali Che Mat selaku Ketua Turus ATM. Beliau sendiri yang menangkap anggota tentera yang menjual minyak. Beliau sendiri tanya kepada anggota yang menjual minyak itu pegawai tak tahu ke kegiatan itu. Mereka menjawab mereka lakukan diluar pengetahuan pegawai. Pegawai duduk sedap dalam pejabat depa meronda dan jual minyak. anggota itu tak kenal kepada General itu. General itu turun padang dalam menyamar dan tidak menyombong diri. Kerana itu General itu dapat menangkap kesalahan orang bawahannya.
Sekarangni bagaimana?
Komision kapal selam siapa yang dapat, jadi kalau betul yang diperkatakan orang habis yang bawah jual minyak atau skru atau tayar semuanya boleh berlaku. Jadi kalau yang boleh jual engin jet pulak tu dah tentu yang boleh pandu jet tersebut. Kalau tak ramai yang dapat makan dah lama yang kena tangkap.
Sekarang sebab yang makan tu ramai dan besar pulak tu payah dan barangkali tak dapat ditangkap.
Tengok saja PKFZ kata bagi kepada presiden MCA RM10juta. payah sangat nak dapat bukti ke?
Teoh Beng Hock disiasat sebab wang RM2400.00 sahaja sampai mati dikerjakannya. Khir Toyo buat rumah RM24juta sekejap saja disoal. Ust Idris kata hilang engin macam hilang kotak mancis
Jadi dimana tahapkeselamatan negara dan sejauhmana tangkas pegawai penyiasat negara. Hanya cekap bila siasat pembangkang. Tahap keselamatan negara tinggi bila berhadapan dengan ceramah pembangkang.
Rakyat seluruhnya hilang keyakinan kepada semua yang ada dalam negara.
Tentera dah jual senjata untuk kepentingan diri.
Bangunlah rakyat malaysia dan perkatakan sesuatu.
Jangan terpesona dengan selogan 1Malaysia hilang daya kreatif untuk bersuara. Bersuara dan bersuara. Umno buat macam untuk mengkayakan puak mereka dan menipu dan menindas orang lain. Sekarang kita sudah berada di abad 21 kita sudah bijak. jangan biarkan kepala kita dipijak.

Sememangnya Astro awani beragenda jahat

Semalam mereka memperbesarkan isu pendaftaran. Ust Hadi kata telah diputarbelitkan. mereka cuba menimbulkan seolah tak sefahaman.
Jahat sungguh mereka ini. Kerana itu ahli dan penyokong PAS dan PR bila terasa seperti itu selepas solat angkat tangan minta Allah beri petunjuk kepada mereka ini atau mintak Allah musnahkan mereka itu samada organisasi atau wartawan atau editornya atau pembaca beritanya atau juga penganalisis yang dijemput memberi pendapat yang bias kepada umno-bn yang juga bertujuan mengganggu persefahaman PR.
Itu sahaja yang kebanyakan ahli dan penyokong boleh buat. Tiada kepayahan pun. lebih cantik berdiri dan bersolah hajat. lagi cantik baca qunut nazilah ditambah pula diwaktu malam. Kita amat yakin terhadap kekuatan doa golongan yang terinaya. Mereka membuat kerja jahat itu kerana mereka menzalimi kita seluruh ahli dan penyokong PAS-PR. Apabila mereka berbuat demikian berlaku keresahan dikalangan kita. Bila mereka buat begitu ada antara kita akan besedih dan susah hati. jadi kerana itu mereka telah menzalimi kita maka perlu bagi kita berdoa minta Allah memberi pembalasan atau memusnahkan mereka dengan hinanya.
Kepada Allah kita berserah. Semoga Allah memberi pengajaran kepada semua Puak-puak yang ada dalam astro awani itu atau memusnahkan semuanya. sepadan dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Ahad, 20 Disember 2009

Agenda Jahat Astro awani

PR mengadakan convensyen pertamanya, astro awani mengulas dan meminta penganalisis dari UUM buat ulasan. Orang ramai dan penyokong sememang kenal akan penganalisis ini. dia ialah penganalisis yang berpihak kepada umno bn. jadi analisis beliau ialah untuk mengkritik dan melemahkan PR. semua orang tahu tu. jadi pemimpin PR berhati bila berhadapan dengan mike berwarna merah. tak pauah nak layan berlebih-lebih.
katau boleh kata no comment saja. bila beri komen mereka akan keluar berita yang akan menyakitkan hati ahli dan penyokong. Kita boleh panggil penganalisis yang lebih bebas seperti Dr Abu Hasan atau DR Aziz bari. mereka lebih jujur dalam memberi pandangan. tak payah nak dilayan puak yang ada hidden.
Malam semalam mereka menyiarkan berita.

Rabu, 16 Disember 2009

Astro awani - Media dalang yang berniat jahat.

Cerita rintihan anak Tok Guru dah dikeluar dalam blog dua minggu sudah. Tapi malam semalam dalam berita 7.45 dipaparkan lagi. Kerana itu kepimpinan PR perlu beringat dalam melayan wartawan dari astro awani. tak boleh percaya merekani. ada banyak kelingkin yang berkait.
Ingat pesanan Dinsman.
Kita doakan semoga media yang jahat ini dihancurkan oleh Allah. Setiap kali mereka meyiarkan fitnah dan adu domba maka kita akan panjatkan doa kehancuran bagi media itu termasuk pemberita, pembaca berita dan editornya. Amin.

Isnin, 14 Disember 2009

Melihat Berita mereka bercempera.

Barmacam-macam wajah dan suara mereka bercempera. Penguasa SPRM umum berhenti. Pertembungan Mahathir dan Nazri. terbaru semalam bila Nik Amar kata angkara manipulasi media yang menjadi kalam kabut astro awani. keutara dan selatan bertanya untuk mendapat pembelaan. Semua orang kenal akan watak yang ditanya. Itulah gelagat mereka. Semoga kita teruskan doa kita. kerana doa adalah senjata bagi kita. jika mereka terus dengan kezaliman dan adu domba, maka doa kemusnahan akan menjabati mereka. Doakan semoga mereka hancur dan hina. Setiap kali selepas solat kita panjatkan munajat.
RTM dan TV3 sudah termaktub akan agenda jahat mereka. kini yang sedang mula menjuarai serangan keatas PR ialah astro awani dan TV9.
Kepimpinan PAS dan PR diharap jangan layan sangat wartawan dari kedua media ini. ada agenda jahat dan tersembunyi dari mereka. Baca tulisan Saudara Dinsman. Nasihat beliau itu amat berguna. Kejayaan PR dalam PRU12 bukan dengan laporan benar mereka. Mereka tidak melapurkan hal kita kepada umum dengan benar.
Mereka tidak mengkritik sedikitpun keengganan najib untuk mematuhi perjanjian petrolium yang ditandatangani pada tahun 1975. Pada waktu najib masih tengah seronok dengan dunia lagi. tetapi najib tak mahu patuh kepada perjanjian. mana ada media yang berani mengkritik mereka. Itulah tanda media bermuka-muka. Maka wajarlah doa semoga media ditimpa malapetaka.
amin.

Bila Pakatan Rakyat Senada BN Cempera

Pakatan Rakyat Selangor senada dalam hal BTN - maka jadi huru haralah mereka sampa bercempera menuduh sana sini sesama mereka sampai mantan-mantan penguasa dipanggil untuk berhujah sama. Mahathir bersuara disanggah oleh nazri. Pak Lah bersuara tak ada siapa pula yang menyanggah. nazri dia tak menjawab pada paklah rupanya ada cerita lama.
Huru hara berita pertembungan yang tua dengan yang muda. terpantul kata bapak racist dan berbagai rupa. Punyalah banyak belanja sampai hampir setengah billion. dalam PR semua senada memberi kata. akibatnya mereka bercempera.
Pakatan Rakyat Kelantan senada dalam hal Royalty- ditambah dengan kejujuran Tengku Razaliegh. sehingga mereka berkata nak bagi wang ehsan. Pemberian wang ehsan menambahkan lagi Kesepakatan Pakatan, dihari aidul Adha Tok Guru mohon rakyat kelantan doakan agar dilembutkan hati PM jika tidak dipohonkan agar kemusnahan bagi PM dan puak-puaknya. Haru biri mereka mengankat hujah bodoh yang tidak ada nas dan fakta. Menjemput sebilang orang yang dikatakan mengerti tetapi jahil. menyeret sama para mufti yang berkepentingan mengeluarkan kata yang tiada dalil atau nas. Kata yang dikeluarkan memperlihatkan kejahilan mufti yang bergelar tan seri dr.
Semuanya kerana senada.
Dalam pada itu mereka menggunakan hidden komponen mereka. Di selangor mereka menggunakan SPRM. di Kelantan mereka menggunakan astro awani (media) Apabila Nik Amar menyalahkan media, sang media astro awani meminta tolong tukang salak mereka dari uum untuk berkata dan bersuara. mereka contact yang di ukm untuk bawa hujjah mereka. Sememang semua dalam agenda tersembunyi astro awani untuk menyerang pakatan rakyat.
Najib yang mengingkari perjanjian 1975 astro tak berani nak korek dan dedah mengapa tulisan pak syed yang menyerang menantu dalam blognya di warwarkan? pastinya semua itu dalam agenda astro awani hendak menyentuh dan memalukan Tok Guru.
Ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sila ambil perhatian DSAI telah memberi amaran kepada sesiapa yang sengaja hendak memalukan Tok Guru. Jadi kita yang kecil-kecil ini sepatutnya berbuat sesuatu dalam menghadapi serangan umno-bn dan koncu-koncunya. astro awani merupakan konco bagi umno-bn kerana itu setiap kali selepas solat panjatkan doa semoga Allah menyedarkan mereka jika tidak mohon Allah musnahkan mereka. Termasuk astro, SPRM dan sesiapa/organisasi yang berlaku zalim kepada pemimpin Pakatan Rakyat.
Ya Allah berilah kesedaran kepeda mereka yang zalim itu atau musnahkan mereka itu seperti mana Engkau memusnahkan kaum-kaum yang zalim terdahulu.

Ceramah Pakatan Rakyat Di Lenggong

Akan diadakan di Kampong Gua Badak antara penceramah ialah Speaker DUN Perak
YB V Siva Kumar
Semua dijemput hadir.
Kita tiada media untuk penerangan, Jadikan ceramah sebagai momentum perjuangan Pakatan Rakyat.

Jumaat, 11 Disember 2009

Bagus untuk dibaca.

Minta izin untuk diterbitkan
Apabila artis mula kutuk TGNAPosted on Thursday, December 10 @ 15:18:41 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh: notan"
Nampaknya isu doa yang disarankan oleh TGNA sudah mula menyerap ke seluruh pelusuk tubuh tubuh orang orang yang terlibat dengan aktiviti mungkar dan lagho.Aku pernah diberitahu kelibat azwan ali yang mula kelihatan lantang bersuara menghentam TGNA(tak tahulah pulak setakat mana benarnya) dan kelihatan bersemangat membela dr maza ketika perbicaraannya(yang ini aku menerima kutukan melulu tanpa asas dari beberapa pihak kerana menulis mempersoalkan tujuan kehadirannya di perbicaraan itu).
Tetapi aku membaca sendiri tulisan paknil atau hj aznil hj nawawi yang terkenal sebagai seorang selebriti.Sesudah membaca tulisan paknil baru aku sedar bahawa saranan doa TGNA ini rupa rupanya sudah menyelinap masuk ke jiwa jiwa yang kurang tenteram termasuk kumpulan mansuia yang bernama artis, artis yang paling banyak mempromosikan kemungkaran dan kelalaian kepada umat Islam di negara kita. Paknil dalam tulisannya itu cuba memperkecilan TGNA yang pada hematnya menyarankan doa kepada saudara seagama ditimpa bala dan malapetaka itu menyimpang dari tuntutan agama Islam.Pada paknil Islam menganjurkan sikap keamanan dan menganjurkan doa untuk kesejahteraan lebih lebih lagi apabila ianya berkaitan sesama Islam.Dangkalnya hujah Paknil yang berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi(ekonomi dan pentabdiran) dari universiti malaya dan graduate pada tahun yang sama dengan prof Agus yusof.Nampaknya sikapnya sama dengan prof Agus yang pernah mengatakan Osama bukan berjihad untuk agama.
Paknil sebenarnya mendedahkan kejahilannya tentang Islam apabila berkata demikian.Paknil tidak pula menyebut kenapa TGNA menyarankan doa sedemikian rupa kepada rakyat Kelantan.Jelasnya, Paknil tidak pernah tahu mengenai janji ALLAH melalui janji Rasulnya ia itu janji melalui hadis yang menyebut bahawa doa 3 golongan tidak AKAN DITOLAK OLEH ALLAH.Di sinilah Paknil jahil pada ketika menyatakan TGNA tidak seharusnya menyaran sedemikian rupa.
Paknil juga cuba mengugut TGNA apabila dia berkata bahawa PM juga boleh menadah tangan dan membalikkan doa itu kepada TGNA.Paknil memang jahil benar dengan adat adat berdoa pada ketika berkata demikian.Mungkin Paknil tidak pernah mendengar orang baca hadis mengenai ALLAH tidak akan memakbulkan doa orang orang yang lalai dan tidak pernah melihat perkaitan hadis ini dengan carahidup PM hatta carahidup Paknil sendiri yang baru sahaja mengerjakan haji tahun lalu.
Paknil semacam tidak nampak bahawa apa yang dibuatnya siang dan malam itu adalah bertentangan dengan suruhan agama sebaliknya menganggap agama hanya ritual semata mata yang tidak ada kaitan dengan perlakuan individu dan perlakuan kerajaan.Kerana itu Paknil berkata beliau tidak mahu melihat isu doa ini dari sudut politik tetapi mahu mengupas isu doa ini melalui isu kemanusia.tetapi Paknil semacam menyembunyikan satu ketakutan kepada kemungkinan saranan ini akan disambut oleh rakyat Kelantan dan musibahnya turut dirasai oleh Paknil.
Kalau isu kemanusian yang ditekankan Paknil, kenapa perlu takut dengan saranan doa ini? Apakah kesan kemanusian hasil dari doa ini?Sebaliknya isu royalti yang tidak dibayar kepada pihak yang berhak boleh membawa kesan kemanusiaan yang besar khususnya kepada rakyat kelantan, Jadi sebenarnya, isu ini boleh diselesaikan dengan cara PM dan kerajaan persekutuan membayar royalti seperti mana dipersetujui kepada kerajaan Kelantan dan kalau ini berlaku maka saranan doa itu tidak perlu diperbesarkan.Paknil seolah tidak nampak bahawa isu ini boleh diselesaikan semudah ABC.
Inilah antara perkara yang tidak dikupas oleh Paknil ketika memperlekehkan TGNA kerana saranan doanya itu.Tetapi tersirat satu kemungkinan ia itu ada rasa takut di dalam diri Paknil dan orang orang yang seangkatannya termasuk orang orang yang dianggap Paknil sebagai orang orang politik dari kem kerajaan yang engkar dengan persetujuan royalti dan cuba membelit belit pemberian royalti dengan nama wang ehsan.

Serangan umno-bn

Kini serangan umno-bn sedang menghala kepada komponen PR yang ketiga pula. Isu yang dipaparkan ialah isu agama dan perkauman. agen ialah utusan. Mangsa pertama serangan YB Ngar Kor Ming.
Sebelum itu mereka membebaskan bekas ketua umno bukit bendera yang membangkitkan kemarahan gerakan dan mesyarakat cina dengan seorang wartawan telah ditahan isa untuk seketika. Kalini YB Nga dengan utusan yang menjadi pelapor.
Beberapa minggu lalu Dato Husam difitnah oleh utusan. Dato husam membuka tembelang penipuan utusan dalam kes pembunuhan isteri yang menuntut cerai dengan payong ada lambang dacing yang di padamkan.
Jadi itulah kerja golongan ini. Sebagai ahli dan penyokong PR, yang islam terutamanya kekuatan kita ada pada keyakinan kita. kerana itu, jangan segan dan jangan banyak karenah tadahkan tangan dan mohon doa sambil mengharap pertolongan dari Allah. Setiap masa terutama diwaktu lepas solat.
Ternyata kini doa amat berkesan terutama bagi orang dizalimi. Sekarang kita dizalimi secara beramai-ramai.
Ahli dan penyokong PR menyokong tindakan YB Nga Kor Meng untuk menyaman utusan.

Khamis, 10 Disember 2009

Mahathir v Nazri (2)


Nazri: Saya tidak akan mohon maaf pada Dr M
Dec 9, 09 5:51pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.
Katanya walaupun pelbagai pihak mengkritik kenyataannya itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir kerana berpendapat modul baru BTN haruslah selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang...dulu tak kiralah, tapi dipinda, itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator, oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan bahawa kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.
"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.
Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya."Jangan anggap yang saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita, dengan itu beliau perlu menerima hakikat yang beliau juga terbuka kepada kritikan," katanya.Mohamed Nazri juga berkata yang beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.
Ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai."Malahan pembangkang juga saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka. Ini zaman teknologi maklumat, bagaimana anda nak sembunyi? Apa salahnya saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka?," katanya.Semalam Muhyiddin berkata adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap dan tidak dilihat berdebat atau berpolemik secara terbuka mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN. Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat timbalan perdana menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah."Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia," katanya.

Nazri: Dr M 'bapa segala perkauman'
S Pathmawathy Dec 9, 09 7:07pm
Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai "Bapa Pemodenan".Hari ini, beliau diberi gelaran baru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'.Hari ini, Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).
Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.Semalam, Dr Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawtan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.Nazri pula menjawab, oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah 'bapa segala perkauman' kerana menjadi presidennya selama 22 tahun.

Indahnya Malaysia

Beberapa minggu lalu tersiar berita Tok Guru dalam senarai 42 orang tokoh islam yang berpengaruh dalam dunia. Minggu lalu tersiar pula Dato Seri Anwar sebagai pemikir ke 32 dalam global. Beberapa hari lalu tersiar pula orang yang terkaya di Malaysia.


Senarai Orang Kaya Di MalaysiaPosted on Monday, December 07 @ 15:38:08 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh Alohai21. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)

25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng - $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian - $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin - $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad - $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah - $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling - $145 million (Gamuda – founder and MD)

37. Ong Leong Huat - $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat - $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng - $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak - $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Rabu, 9 Disember 2009

Mahathir v Nazri

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Perdebatan kontroversi berhubung modul Biro Tata Negara menyaksikan Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir saling bertikam lidah.
Nazri menuduh Mahathir sebagai rasis Melayu kerana tidak menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak modul BTN agar selari dengan konsep 1Malaysia.
Sebagai maklum balas, Mahathir pula meminta Nazri meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana didakwa tidak petriotik Melayu.Nazri pagi tadi menyifatkan kritikan Mahathir belakangan ini seolah-olah mahu menjadi Perdana Menteri semula, menggantikan Najib.
"Waktu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) jadi Perdana Menteri dulu, semuanya (polisi kerajaan) tak betul. Seolah-olah dia (Mahathir) saja yang betul. Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah," soalnya.
Beliau turut mengkritik tindakan Mahathir mempertikai kepemimpinan Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Dulu masa kita (Umno) kata jangan berhenti (dari jadi Perdana Menteri), dia juga yang nak berhenti. Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia mula suruh orang lain (Abdullah) pula berhenti.
"Beliau juga menasihatkan Mahathir supaya menyokong kepemimpinan Najib.
"Dulu, masa orang sokong kita (Mahathir), sekarang masa kita (Mahathir) sokong orang (Najib) pula," soalnya.
Beliau juga menganggap kritikan Mahathir belakangan ini banyak menguntung pembangkang.
"Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia serang kita (Umno) pula, lebih teruk daripada pembangkang," sindirnya lagi.
"Hari ini, pembangkang tidak perlu buat kerja, cukup dengan Dr. Mahathir saja, semuanya (polisi kerajaan) tidak betul.
"Pun begitu, Nazri mengakui sumbangan Mahathir dalam Umno dan kerajaan sebelum ini.Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri.
Pertikaman lidah antara dalam kalangan beberapa pemimpin terbabit tersebut sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya pada pluralisasi kaum melalui konsep 1Malaysia

Dr M Jawab Nazri: Keluar UMNO buktikan anda tidak racistPosted on Tuesday, December 08 @ 18:04:17 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
KUALA LUMPUR: "Dia adalah ahli UMNO. Dia patut letak jawatan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai selaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadapnya mengenai isu Biro Tata Negara (BTN).
Bekas Perdana Menteri itu turut menambah, Umno sendiri adalah sebuah parti bersifat perkauman yang membela nasib orang Melayu.Oleh itu, beliau berkata, tidak ada sebab mengapa kursus BTN tidak dapat diteruskan.
Beliau ditemui pihak media selepas membentangkan ucapan bertajuk 'Peluang dan Cabaran Hubungan Dua Hala Malaysia-Indonesia dari Perspektif Ekonomi, Politik dan Sosial' di seminar 'Merangka Kerjasama Ekonomi Malaysia-Indonesia Menghadapi Krisis Global:Peluang Dan Cabaran Dari Perspektif Media Dan Perniagaan' semalam.Seminar itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).- Mstar

Pemimpin UMNO biadap dan kurang ajar!!Posted on Tuesday, December 08 @ 00:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab
" Saya kesian, kesian yang teramat sangat. Belumpun mati Tun Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO dan bekas perdana menteri Malaysia itu telah dihina, dikeji dan dicaci ketahap yang amat memalukan sekali. Lebih memilukan orang yang menghina Tun Mahathir adalah orang yang satu ketika dulu menjadi penjilat dan tukang lap segala najis yang Tun muntahkan.
Nazri called Dr Mahathir a “bloody racist” for defending BTN courses while reasserting the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme in line with the policy of 1 Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. - More hereKan dah cakap dah.
UMNO ini memang parti sialan!! Umno ni parti perkauman yang menyesatkan! Puak lahanat pencacai sialan umno, Pukida, Cybertroper cakap DAP perkauman, gilake dia orang! Hi Nazri, Mandey suruh Lu belah. “He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno.
Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,”
Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.- Jahat kan!! Jahat betullah pemimpin-pemimpin umno ni kan. Kan kan kan...!!! Masa Tun Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri, Nazri ini yang paling lantang membodek Tun. Sekarang bila Tun Mahathir sudah tua, nyanyok, mamai dan merepek, si Nazri ni hina dan caci Tun pula. eh... eh... ehhh. jahat sungguh Nazri.
Tapikan, balik-balik fikir, padah dengan muka Mamak Mandey tu...!!!Nazri Aziz kata Mandey keluarkan kenyataan yang amat BODOH...!!! Dah betul le tu. Saya tak cakap. Orang PKR tak cakap. Pemimpin umno sendiri yang cakap Tun Mahathir BODOH. Kurang ajar betul Nazri ni.
KUALA LUMPUR, Dec 8 — Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad today and described the former premier’s remarks as the “most stupid statement that he has ever heard.- Lihatlah wahai rakyat satu Malaysia betapa hina dan jijiknya perangai pemimpin-pemimpin umno. Mereka langsung tidak menghormati bekas pemimpin mereka yang sudah tua dan nyanyok...!!!Kalau pemimpin UMNO perangai macam ini, bayangkan macam mana pulalah perangai pencacai UMNO...!! Patutpun orang cakap PUKIDA tu iblis jelmaan....!!!!
- Kerajaan Rakyat
itu baru sikit tu

Pesanan untuk semua Khusus Hj Aznil

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
-Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
-Bacalah Al-Qur'an ·
-Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
- Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
- Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
-Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
- Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
-Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
- Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
- Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Cerita dari albanjari

Wak bukan mahu mempertikaikan apa yang Hj. Aznil tulis di ruang kolum minggu lalu. Walaupun pada hakikatnya, hujah yang disampaikan beliau jelas dangkalnya, tetapi sekurang2nya beliau berani menulis dan mempersoalkan doa TGNA itu dari kacamatanya.
1 soalan sebelum wak meneruskan penulisan ini. Soalan ini ditujukan kepada Hj. Aznil, dalam isu yang beliau tulis, mengapa beliau tidak menganalisis serta mengulas doa TGNA secara keseluruhan, bukan sekadar ambil sekerat-sekerat, Kenapa beliau tidak ulas dan sebut doa-doa TGNA yang meminta dan memohon kepada Allah swt. diperbetulkan jalan berfikir PM supaya menerima Islam yang syamil ?
Dari sudut islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh islam !
Perkara yang utama yang perlu ada pada Haji ni ialah muhasabah diri sendiri sendiri terlebih dahulu. Sebagai pengacara yang mengendali orang ramai tak kira mahram bersalam dan gelak huh hah ingin mempertikaikan seseorang. Tak kiralah samada Tok Guru atau bukan tok guru layakkah dia memberi kritikan tersebut. Dia akan berkata dia layak sebab dia dah haji barangkali dan dengan suara besar beliau di TV serta kemasyhoran dia dalam blognya orang akan baca. kanak kanak kecil yang bersama dengannya akan terpengaruh dengannya. dan dia menjadi agen mengharu birukan fikiran kanak-kanak. Sebabnya beliau tidak muhasabah diri. Beliau menulis mengikut rasa diri. Beliau tidak menulis mengikut ilmu dan iman. Kerana ingin mendapat peluang dan penghormatan umno dia berkata.
Beliau tidak baca atau dibacakan peringatan berikut,
Rasullullah bersabda bermaksud: " Sudah memadai seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina kawannya sesama Islam" Beliau mengkritik doa tersebut tanpa alasan dan hujjah merupakan menghina.
Beliau sepatutnya mengemukakan dalil bukan sekadar dalih aqal sahaja kerana doa Tok Guru berdasarkan hujah dan nas dari Quran dan Hadis.
kerana itu Haji Aznil perlu ingat pantunni
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Yang haji kritik itu doa (pakai akal saja), yang jadi mangsa kritik itu orang (tok Guru)
Allah yang menjadi saksi atas kritikan itu.
Tidak salah bagi anda untuk mengkritik tetapi bawak dalil dan hujjah.
Apabila kamu sudah berani berkata begitu, orang akan nampak kamu dalam keseluruhan hidup kamu. Kesimpulan yang mudah " Seperti ketam mengajar anak berjalan betul" dia sendiri yang juga berjalan tak betul.
Barangkali sekarangni kamu rasa tak perlu minta maaf dari tok guru. Tetapi setelah kemasyhoran kamu hilang tiada siapa yang akan memperdulikan kamu.
Ingat akan seksa yang pedih yang dijanjikan Allah.

Bolasepak Perak- Dato' Seri Nizar di mata FIFA.

Cerita pertama
FA Perak diberi pilihan: mengiktiraf atau melepaskan atau mengemis

IPOH 19 Nov 2009 Pengurus Pasukan Bolasepak Perak, Ustaz Nor Azli Musa yang dihubungi melalui telefon semalam berkaitan kemelut yang melanda Pengurusan FA Perak kesal dengan kenyataan yang dihebohkan. Perkara ini menambahkan kekeruhan dan bukannya merungkai masalah kewangan Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).
Persatuan ini yang dipimpin oleh Presiden Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin mulai November 2008 dilihat menghadapi masalah dan sesuatu yang tak kena dari prestasi merosot Pasukan Perak di Liga Super Piala Malaysia 2009.
Sebenar Persatuan Bolasepak Negeri telahpun dihadapi hutang lapuk yang dihebuhkan itu semenjak zaman Dato’ Seri Tajol Rosli dan beban hutang ditanggung dikatakan mencecah jutaan ringgit. Ustaz Nor Azli, Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menjelas pimpinan Nizar tidak membuat sebarang hutang baru atau bayaran tertangguh satu senpun. Berbanding dengan Pasukan Negeri-negeri lain hutang lapuk Pasukan Bolasepak Negeri ada yang mencecah jutaan ringgit malah lebih tinggi lagi.Nampaknya fahamlah kita Nizar diberi pilihan iaitu memohon melutut mengiktiraf Kerajaan Zambry atau melepaskan pengurusan (PAFA) atau Nizar mengemis mencari dana persatuan.
Sementara itu, Dato Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak juga meminta Kerajaan Negeri Perak mengenepikan ideologi politik demi masa depan sukan bolasepak Perak. Ini dapat dilihat semasa Pakatan Rakyat memerintah telah membantu persatuan dengan lebih RM500,000 ringgit dibelanjakan. Tambahnya, sekurang-kurangnya bantulah sementara ia mampu untuk berdikari sendiri dan mencari penaja.
Cerita kedua.
IPOH 8 DEC Piala Dato Seri Nizar akan dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 15 pasukan daripada seluruh daerah di negeri Perak.Pertandingan bolasepak ini juga merupakan satu langkah yang diambil oleh Pafa untuk mengenalpasti bakat-bakat baru dinegeri Perak bagi musim-musim yang akan datang, demikian dinyatakan oleh Sdr Abd Aziz Yeop Jamaluddin, ahli majlis yang diamanahkan untuk mengendalikan pertandingan Piala Dato Seri Nizar tersebut.
Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan wang tunai sebanyak RM1,500 sebagai memudahkan persiapan mereka untuk menyertai pertandingan ini.Setiap daerah akan diminta untuk menghantar pasukan dan jika tiada pasukan yang bertanding daripada sesuatu daerah itu maka peluang akan dibuka kepada mana-mana kelab bolasepak di dalam daerah tersebut."Ini juga merupakan peluang terbaik untuk ahli-ahli gabungan Pafa menunjukkan komitmen mereka dalam memajukan sukan bolasepak negeri. Bukannya hanya memberi komen semata-mata tanpa penglibatan yang sepenuhnya." ujar beliau lagi.
Cerita ketiga
Ipoh : Sidang akhbar oleh President PAFA di Pejabat PAFA.Petang ini telah diadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh President PAFA yang mana ia menyaksikan satu perlantikan ahli majlis yang baru iaitu Yb Kesavan yang telah diterima oleh semua Ahli Majlis yang menghadiri mesyuarat tersebut.
Dato Seri Nizar menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini diadakan dan telah membincangkan apakah halatuju PAFA dan keputusan ahlijawatankuasa yang lain dalam pelbagai isu yang melibatkan PAFA,bagi memudahkan pemain-pemain utnuk terus memberikan performent yang baik.Dan untuk itu kita telah pun mengenalpasti beberapa kelemahan-kelemahan dan beberapa perkara yang baik untuk kita laksanakan.
Dato Seri juga mengangkal desas desus yang tersebar di akhbar yang mana menyatakan bahawa timbul pelbagai isu tentang PAFA yang mana Beliau menyifatkan bahawa ia tidak berapa tepat dan segala macam permasaalahan mengenai isu dan juga organisasi PAFA telah diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut.Beliau juga memuji ketangkasan dan kebijaksanaan ahli-ahli majlis juga kematangan mereka dalam menangani isu.Ia yang sememangnya bertujuan untuk memajukan Sukan Bola Sepak Perak,maka President dan Timbalan President telah berbincang dalam suasana profesional dan akhirnya ia mencapai keputusan yang menampakkan kemajuan buat PAFA.
Dato Seri juga menafikan perkara-perkara yang tidak betul berkenaan dengan PAFA dimasa-masa yang kebelakangan yang banyak dimainkan dan digembar gemburkan.Dato Seri juga mengajak para penyokong,peminat dan semuanya untuk sama-sama kita memberikan ransangan semula kepada PAFA dan juga Pasukan Bola sepak Perak bagi menghadapi musim akan datang.Untuk itu beberapa lantikan pengurus dan jutulatih yang baru telahpun kita buat dahulu dan beberapa lantikan ahli majlis baru telah kita SAH kan dalam mesyuarat hari ini.Beliau juga menyatakan bahawa dalam mesyuarat petang ini ,PAFA akan terus berjuang untuk mempertingkatkan pretasi Bola Sepak Perak.
Dato Seri juga merakamkan penghargaan kepada M Karathu yang merupakan bekas jurulatih Perak yang telah banyak menyumbangkan ilmu bagi memantapkan Pasukan Bola Sepak Perak pada musim yang lalu.Dato Seri Nizar juga menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana membantu menaikan PAFA yang mana Beliau menegaskan bahawa PAFA tidak akan menyelitkan apa-apa elemen politik di dalam sisitem pentadbiranya.
Dato seri juga menyatakan kepada pihak media bahawa semalam Beliau telah hadir dalam mesyuarat FAM yang dipengerusikan oleh President FAM iaitu Tuanku Sultan Ahmad Shah,dan Beliau telah menerangkan kepada Tuanku Sultan tentang kedudukan PAFA dalam konteks ruang yang diberikan kepada Beliau.Tuanku Sultan juga telah memberikan lonjakan penghormatan dan juga satu gaya ransangan kepada Dato Seri Nizar yang mana Tuanku Sultan tidak mahu melihat adanya eleman politik didalam corak pengurusannya.Dato Seri turut ditanya mengenai perkara adakah berlaku di dalam mesyuarat ini usul bagi mendesak Beliau melepaskan jawatannya sebagai President PAFA,dan Beliau menjawab bahawa tidak timbul dan tidak ada langsung satu usul yang bersifat demikian sambil dipersetujui oleh beberapa lagi ahli majlis yang hadir di dalam sidang media tersebut.Sidang Media berakhir sekitar jam 6.00 petang.
Cerita bagi ketiga-tiga tersebut melegakan peminat bolasepak Perak. Pada tahap kini dimana Pasokan bolasepak Perak boleh bermain diperingkat Piala Super. Melihat cerita pertama menimbulkan kegeruan pada penyokong bolasepak perak. Ada berita kata kalau tidak dapat diselesaikan diperingkan FAM ianya barangkali sampai ke FIFA. Begitu hebat sekali gerangan. Namun kerjasama yang baik dan ikhlas antara DS Nizar dan semua yang berada dalam PAFA memberikan hasilan yang bagus. umno buat kacau dalam PAFA seperti mana mereka buat kacau merompak dan merampas Kerajaan Negeri Perak. Mereka boleh gna semua yang berada dalam negeri dan negara untuk tujuan jahat mereka tapi dalam bolasepak mereka tak berdaya mengguna orang yang berada di FIFA. kerana itu kejayaan DS Nizar dalam misi bolasepak Perak sebenarnya suatu kemenangan moral dari segi politik di mata dunia luar. Mudah difahami krisis politik perak ini pada pandangan global pastinya berpihak kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat.
Berita rujukan PAFA ke FIFA boleh dilihat dalam suara keadilan 1-8 disember 2009 halaman 8.

Selasa, 8 Disember 2009

Fitnah- Memperkatakan sesuatu dengan niat jahat

Memperkatakan sesuatu terhadap seseorang dengan sesuatu niat jahat. Ada orang mendakwa sesuatu kepada DSAI sedang beliau tidak melakukannya itulah satu fitnah. Lagi teruk pula ialah dengan tidak memberi peluang kepada beliau membela diri. Kenapa seseorang itu buat cerita mengenai orang lain? Pertama kerana sakit hati ? maka itu fitnah. Kedua kerana kebenaran supaya orang lain beringat itu peringatan bukan fitnah barangkali. Tetapi yang kedua itu juga boleh jadi fitnah. Jadi orang yang difitnah dan yang boleh jadi fitnah perlu ada hak sendiri untuk membela diri. Orang ini perlu mendapat peluang yang seadilnya untuk membela diri.
Berita harakah adalah suatu contoh yang baik untuk direnung.
Dakwa difitnah, Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Zaid Ibrahim, ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyaman penulis blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai pengacau dalam PKR melalui tulisannya Zaid, the Hurricane Hattie of PR bertarikh 21 Oktober lalu, tulis A Kadir Jasin dalam blognya.
Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin beralamat di kadirjasin.blogspot.com dalam tulisannya petang ini bertajuk Senator Zaid Ibrahim Saman Saya menulis saman itu telah disampaikan kepadanya oleh syarikat guaman Zaid hari ini.
"Buat makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk 'Zaid, The Hurricane Hattie Of PR' yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu," tulis Kadir.
Tulis Kadir, antara tuntutan Zaid termasuk perintah tuntutan maaf, ganti rugi kerana libel dan injunksi menghalang penerbitan tulisan dalam blog terbabit.
Dalam tulisan terbaharunya itu, Kadir menulis beliau percaya kepada kebebasan bersuara, menyebabkan beliau tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid yang membalas tulisan beliau pada hari yang sama.
Kadir juga menulis, "Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya."
Zaid dalam tulisan bertajuk Kalau Hati Dah Busuk... di myzaidibrahim.wordpress.com juga pada 21 Oktober lalu mengkritik keras Kadir yang disifatkan sebagai orang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan membawa propaganda bohong.
"Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya," dakwa Zaid
Ada berita dalam blog mengatakan pemandu zambry ditangkap kerana mabuk. kemudian dibebaskan. apakah benar berita itu atau fitnah?. Kalau berita itu fitnah zambry perlu saman blog yang bawa cerita itu. jika benar itulah hakikatnya sepaya umum tahu.

Cara yahudi

Kita lihat di asia barat. Kita lihat bagaimana mereka berperang dengan orang arab. Orang arab guna batu sebagai senjata. dan mereka guna pelbagai senjata yang hebat. Orang arab tak boleh guna kereta kebal, peliru berpandu. Arab terpaksa buat sendiri senjata tetapi yahudi boleh beli dari kuasa besar dunia. mudah kata yahudi sekat segala senjata arab. pertentangan yang tidak adil antara yahudi dan arab. Segalanya dikuasai oleh yahudi.
Tetapi si yahudi lupa yang mereka tidak mampu menguasai hati manusia dan tidak juga mampu menguasai akal manusia. kerana itu banyak negara tidak bersetuju dengan cara tindakan yahudi itu dan ada juga berbagai kaedah dan cara untuk menentang dengan yahudi dari kalangan arab. Kemunculan kumpulan yang mampu menggugat keangkuhan kuasa besar. Di Mesir muncul Ikhwan Muslimin, di Palentin muncul gerakan hamas, di lebanon muncul Hizbollah. dengan berpaksikan aqidah mereka mengenbelingkan tenaga menentang kerakusan yahudi. Di Palentin juga muncul gerakan Fatah tetapi tidak digeruni oleh yahudi.
Peperangan yahudi dengan Hizbollah selama 34 hari membunuh keangkuhan Ehud Olmert. Peperangan Gaza menentang hamas membunuh keangkuhan stepnie levi. Sedangkan fatah terus dipermainkan 0leh yahudi.
Kesimpulan awal ialah untuk berhadapan dengan yahudi ini memerlukan asas spiritual yang kukuh (ikhlas). Kekuatan persenjataan yang lengkap pastinya akan memusnahkan terus yahudi. Dalam keadaan persenjataan yang tidak sempurna yahudi gagal bila berhadapan arab yang memiliki kekuatan spiritual yang tinggi.
Di Malaysia juga begitu. Apa yang dimiliki oleh PAS dan PR terlalu dhaif. PAS dan partn dalam PR hanya memiliki kekuatan semangat dan kekuatan ilmu berbicara (Kepetahan berkata) dengan mengolah sesuatu isu. Kadang-kadang olahan tersebut tidak berkesan kerana dakyah kuat dari media dan juga sogokan. Isu rasuah umpamanya sebahagian tak begitu diterima. Terlalu sukar bagi pemimpin PR menerangkan isu rasuah. Mendiang Teoh kerana RM2400 sampai terbunuh dia. Ong Tee Kiat dengan RM10juta dan Khir Toyo dengan rumah RM24juta. kedua-duanya dalam selesa sedang Teoh mati. Begitu sukar bagi PR untuk memberitahu rakyat umum. Dalam pada itu terdapat kepayahan pula untuk menerangkan kepada umum dengan keperluan permit polis dan tempat untuk ceramah. Kepayahan untuk menyatakan perasaan melalui demo (berhadapan dengan polis) sedangkan bila umno bn buat demo tiada masalah dengan polis.
Bila berhujjah dengan sesuatu isu akan berhadapan pula dengan manipulasi oleh media. Sekali pemimpin PR bercakap, dan media berperanan bertanya orang tertentu yang menyokong umno-bn. Orang yang menyokong umno-bn pastinya akan mengkritik pemimpin PR tadi dan pemimpin PR tiada ruang untuk memberi penjelasan lanjut. Serangan yang bertalu taluan dan bertalian arus menyebabkan pemimpin PR menjadi sukar.
Pendek kata terlalu banyak ranjauan yang terpaksa dilalui oleh kepimpinan PR dalam memberi khidmat kepada rakyat. manakala umno dan bn terus mengasak dengan memperbodohkan rakyat. Dalam isu terbaru ialah isu doa Tok Guru. Mereka cuba menyekat Tok Guru dan pemimpin PR berdoa dalam menghadapi kezaliman umno-bn. Sedangkan doa itu ialah hak indivivu dan umum untuk mengharap sesuatu dari Allah. Mereka marah bila tok guru berdoa. Semua yang mereka lakukan persis seperti yang dilakukan oleh yahudi. malah lebih dari yahudi. Yahudi pun tak marah bila arab berdoa kemusnahan yahudi. Orang yang berpuasa di makkah dalam bulan Ramadhan pasti melalui doa diakhir ramadhan dengan qunut nazilah. Iman Abdul Rahman Sudais mengetua doa selepas ayat lazim annas hampir sejam. tapi bila tok guru berdoa tak sampai 10 minit saja sudah hiruk pikok keluar dari mulut orang yang mengaku dia anak orang alim. terbit dari orang mengata dia orang alim, malah yang mengaku dia mufti dan orang panggil mufti.
Ada orang pernah kata
Tiada manusia dalam masyarakat monyet
Tetapi ada monyet dalam masyarakat manusia
Menggunakan analogy yang sama
Tiada melayu dalam masyarakat yahudi
tetapi ada yahudi dalam masyarakat melayu
Doa ialah ibadah
Orang yang berdoa dikasihi Allah.
Teruskan doa dan Allah pasti akan mengkabulkan.
antara yang perlu didoakan
1. Doa untuk diri dan keluarga sendiri.
2. Doa untuk saudara mara
Sekarangni banyak sangat yang perlu didoakan
1. Saudara di Palestin memerlukan doa kita
2. Wabak perlu doa untuk menghindarkannya
3. Rakyat kelantan yang dizalimi dengan penafian hak royalty
4. DS Nizar penantian keputusan mahkamah
5. DSAI dengan tuduhan jahat keatasnya
banyak lagi yang memerlukan doa.
kerana itu berdoalah dengan istiqamah.

Isnin, 7 Disember 2009

Bila PR Senada Mereka Merana

Contoh pertama di Selangor,
PR senada dalam isu BTN- akibatnya huru hara jadi umno-bn. Huru hara dan haru biru mereka dengan berbagai kata dan dalih. Sekarangni Pulau Pinang pula turut serta.
Contoh kedua royalty petrol- Pemimpin umno jadi terkejut beruk. dan tok guru yang diserang bertalu-talu memanjat doa kalau najib tak bagi royalty mintak Allah musnahkan najib dan puaknya. Maka jadi huru hara puak dalam umno bercakap merapu dan ada yang tak terkata apa-apa. Meraka kata tak boleh doa musnah kepada orang tapi mereka tak bagi nas atau dalil yang mentakbolehkan doa begitu. Muhyidin kata tak boleh doa begitu tapi tak beri dalil. Dia kata ayah dia orang alim. kata ayah orang alim tak cukup. yang penting tunjukkan kitab yang ayahnya tulis yang kata macammana dia kata. Ada yang kata Mufti Perak pun kata tak boleh juga tapi kenapa tak keluarkan nasnya.
Sebaliknya tok guru kata dan berdoa begitu ada asasnya. Ustaz Ghani Samsudin memberi penjelasan seperti berikut,
Tiada kesalahan bagi individu yang dizalimi mendoakan kemudharatan kepada penzalim.
Hujah
1. Satu hadis bermaksud “ Hindarilah doa orang-orang yang dizalimi Kerana doanya tiada hijab dengan Allah.
2. Hujah Imam Bukhari telah mentakhrijkandari Abu Hurairah bahawa Rasullullah preña dari ruku’ dan telah menyebut samiaallahu liman hamidahu rabbana lakalhamdu kemudian baginda berdoa untuk kebaikan orang tertentu. Baginda berkata “ Ya Allah selamatkan Al Walid bin Walid, Salamah bin Hisyam, dan Aiyasy bin Abi Rabiah, Golongan mustadh’afin dan para mukmin. Ya Allah ketatkanlan hukumanmu kepada kaum Madhr dan jadikan hari-hari mereka seperti hari-hari kemarau eran Nabi Yusuf”
Kerana itu kesepakatan Pakatan Rakyat memerlukan kepada senada persefahaman dan senada dalam perkataan. Elakkan pertembungan secara terbuka antara kenyataan kepimpinan. Rakyat ramai sedang memerhatikan kepada kepimpinan PR. Yang paling jahat dihadapan kita (PR) ialah talibarut umno yang terdiri dari media tv dan akhbar. Elakkan temubual tepi jalanan dengan media seperti ini. RTM dan media Prema sememang dah 1malaysia digerakkan untuk mencaci PR dan sekarang yang juga menjadi juara ialah astro awani. Jangan dilayan mereka ini berlebih-lebih. Bila nak buat press ststement ok. selepastu sambil berjalan tak payah lah.
Tengok Doa tok Guru. Tok Guru sebut dalam khutbah, lepas khutbah ditanya untuk penjelasan dan tok guru layan. lepas tu dia asak dengan kenyataan orang yang jahil dan bodoh.
Kepimpinan PR perlu bijak.

DAP Anjur berkhatan

Begitulah berita muka akhir harakah.
Kalau dulu yang ditakuti sangat masyarakat cina ialah dakyah umno. umno kata kalau PAS memerintah tak kira orang apa akan kena sunat. mereka (orang bukan islam ) jadi takut jadi kenyataan itu menjauhkan masyaraat bukan islam dari PAS dan dengan itu bn terus mendapat undi. bn mendapat undi dari penipuan terhadap hakikat. bn menfitnah PAS denga menakutkan pengundi bukan melayu.
Siapa yang tak takut bersunat? anak kita yang kecil itu terpaksa setelah dipujuk dan diupah. Ada cerita yang berbagai dengan ketakutan bersunat yang digambarkan dalam pelbagai versi yang semuanya untuk menakutkan.
Tetapi apabila penjelasan dan persefahaman diberi semua faham si anak kecil yang baru tahn 1 sudah berani untuk berkhatan. dan kini masyarakat yang bukan melayu yang dulu ditakutkan dengan potong ****** sekarang dah menganjurkan majlis berkhatan. Konsep Pakatan Rakyat difahami semua ahli dan penyokong akan hak seseorang individu. Konsep Pakatan Rakyat yang meraikan persefahaman yang sejagat lebih utama dari membesarkan perbezaan yang sedikit.

Baca Pemikiran Dinsman

Kita baru berkira nak tulis rupanya Dinsman tulis lebih dulu. Sekarangni banyak sangat fitnah dan serangan yang dilakukan oleh umno dan kunco-kunconya terhadap PAS-PR. Disamping itu serangan terus dan bertalu-talu juga kepada individu dalam Pakatan Rakyat. Kepada Tok Guru Nik Aziz termasuk menantu, Kepada Tuan Guru Ustaz Hadi, yang lain-lain ramai lagi kepimpinan dalam PAS. Kalau nak disenaraikan fitnah itu boleh melangkau angka ratus sehingga tak sempat pulak nak disenaraikan Kepimpinan PR yang lain.
Dalam PKR pula DSAI menjuarai senarai yang kena fitnah. Sedangkan dimata dunia DSAI antara 32 pemikir global sedangkan di dalam negara segala haknya dinafikan. Sepatutnya kes mahkamah telah ditolak tetapi sebaliknya permohonan beliau yang ditolak. Beliau meminta untuk memeriksa bahan bukti juga masih belum berjaya. Apakah semuanya ini. Tidak lain semuanya kezaliman yang ditujukan kepada DSAI.
Dato Seri Nizar dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak telah, sedang, dan akan terus dizalimi. dari awal sehingga kini. yang terakhir keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang telah lebih sebulan tanpa keputusan. Sedangkan keputusan mahkamah Rayuan pertama hanya beberapa jam dan keputusan mahkamah rayuan kedua dalam masa 2hari. keputusan mahkamah rayuan kes kota seputih boleh siap dalam masa 2 hari.
Persoalannya kenapa jadi begitu apakah kerana terlalu sukar atau ada muslihat lain. Jika keadaan yang berlaku itu kerana muslihat maka muslihat itu merupakan suatu tindakan zalim dan jahat.
Jadi kita tak tahu akan apa yang ada dalam hati perut mereka itu. Tetapi yang ada dalam kepala Najib ialah tak mahu beri royalty kepada kelantan. Kerana itu kezaliman najib diketahui umum. Oleh itu harus mendoakan dengan menyebutkan nama beliau. tapi yang tak diketahui secara nyata kita boleh sebut secara umum.
Penegasan s/u Syura PAS Ustaz Abdul Ghani Samsudin.
Tiada kesalahan bagi individu yang dizalimi mendoakan kemudharatan kepada penzalim.
Hujah
1. Satu hadis bermaksud “ Hindarilah doa orang-orang yang dizalimi Kerana doanya tiada hijab dengan Allah.
2. Hujah Imam Bukhari telah mentakhrijkandari Abu Hurairah bahawa Rasullullah preña dari ruku’ dan telah menyebut samiaallahu liman hamidahu rabbana lakalhamdu kemudian baginda berdoa untuk kebaikan orang tertentu. Baginda berkata “ Ya Allah selamatkan Al Walid bin Walid, Salamah bin Hisyam, dan Aiyasy bin Abi Rabiah, Golongan mustadh’afin dan para mukmin. Ya Allah ketatkanlan hukumanmu kepada kaum Madhr dan jadikan hari-hari mereka seperti hari-hari kemarau eran Nabi Yusuf”
Kerana itu kita mencadangkan sempena sambutan maal hijran nanti diwaktu malam 1muharram di Stadium 4 negeri yang PR memerintah kita adakan sambutan dari waktu maghrib lagi hingga malam. Doa sebelum maghrib selepas itu solat maghrib dan seterusnya solah isya. Sebelum Isya baca surah yasin dan solat hajat. Selesai solat isya' ceramah.
Kita baca yasin dan solat hajat bagi memohon Allah memelihara kepimpinan PR dan juga memelihara kepimpinan tertentu PR yang sering dan sedang difitnah. Kita Berdoa juga semoga Allah memberi petunjuk kepada penzalim supaya tidak berlaku zalim atau jika tidak kita berdoa agar Allah mendatangkan hukuman kepada Penzalim dan sekutunya. Kita doa kemusnahan Penzalim dan juga yang bersubahat dengan penzalim itu.
Sesungguhnya doa bagi orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah- maksud hadis.
" Ya Allah berilah petunjukkan kepada orang-orang yang berbuat zalim ke atas Tok Guru Nik Aziz, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak supaya menarik balik kezaliman mereka dan tak buat zalim lagi. Jika tidak Mohonlah ya Allah memusnahkan mereka yang zalim itu. Sesungguhnya Engkau Ya Allah maha Mengetahui lagi maha Adil"

Sabtu, 5 Disember 2009

BTN-Macam orang kata- Mahathir pun kata.

Dipihak kerajaan BN kata bagus. Pihak PR kata ianya suatu tempat untuk mengumnokan kakitangan kerajaan. Yang bekas terlibat dengan BTN ada kata tak bagus dan ada kata bagus. Tun Musa juga kata tak bagus. Yang dalam BN kata bagus tu yang sedang dalam kerja sebagai timbalan menteri. dia kata Dato Hasan Ali juga pernag jadi penolong pengarah. ada juga kata Tan Sri Khalid juga ada kena. Tiba-tiba Dr Mahathir pulak kata BTN masih relevan.
Mahathir minggu lalu kata umno busuk sampai ke usus tak ada liputan dalam TV. Tapi bila dia kata BTN relevan muka dia masuk TV. Betullah Mahathirni pandai menyakat orang. Dalam pada itu rakyat ramai pandai dan bijak melihat gelagat tersebut. Meluat dan menyampah dengan gelagat media.
Sebenarnya mahathir kata begitu kerana beliau tiada maklumat dah selepas dah tak jadi PM. Kalau dia nak tahu macam orang kata kat dia macam-macam dan orang yang kata itu ramai dan yang terbaru Dato Nazri orang lain juga kata macam zahid hamidi dan ramai lagi.

Mahathir kata BTN relevan

Dia kata begitu masa dulu dan relevan cara dia. tetapi dia tak tahu bila dia dah tak duduk di kerusi PM tu. Dia tak tahu apa yang dikata oleh pemimpin umno setelah belia mula mengkritik Abdullah badawi.
Masa dia duduk kerusi PM ada orang soal sikitpun dan kena. M Nasir sekadar bertanya siapa mahathir? sudah kena gam buat seketika. Persoalan siapa mahathir itu kerana ada 2 mahathir satu mahathir PM yang ke dua mahathir lokman pembaca berita tv3. Huru hara jadi M Nasir dibuatnya. Tapi selepas tu orang kata macam kepada dia dan dia tak tahu. Sekarangni yang kata dia nyanyok dah jadi orang besar dalam umno. siapa yang berani mengaku?

Jumaat, 4 Disember 2009